Friday, July 15, 2011
Panggilan Pulau Kapas 2011
Bertolak dari rumah jam 11.00 pagi ke Machang jemput Pak Su A’Seri untuk ke Kapas Island Resort, Pulau Kapas, Marang, Terengganu untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisma Pegawai Akademik Bidang Pengurusan Kurikulum. Kursus yang berlangsung dari 14 Julai dan berakhir 16 julai ini dihadiri oleh Pegawai Akademik dari Sektor Pengurusan Akademik, JPN serta Pegawai Akademik dari PPD. Buat kali pertama, kursus kali ini turut disertai oleh kalangan staf sokongan SPA. Pegawai seramai 25 orang manakala staf seramai 13 orang.
Majoriti peserta tiba lebih awal dan menaiki Bot Resort Kapas ke Pulau Kapas pada jam 12.30 tengah hari . Memandangkan agak lewat bertolak, kami tiba di Jeti Ke Pulau Kapas jam 4.00 petang. Jeti ini berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia Marang. Sepatutnya bot bertolak jam 4.30 petang tetapi dengan hujan lebat terpaksa delay boating. Ke Pulau Kapas dengan bot kecil dengan muatan 10 orang , kecut juga perut apabila bot meredah laut dengan ‘pumping’ yang agak teruk. Tetapi bagi mereka sebagai seorang pelaut, ini dah jadi perkara biasa.Kebetulan dengan hampir cuti hujung minggu ramailah juga pelancong domestic tiba di pulau ini. Pelancong antarabangsa tu dah biasalah berekreasi cara mereka.
Chalet No. 4 merupakan tempat penginapan bersama Pak Su. Berehat sekejap kerana penat dalam perjalanan memandu kereta antic yang baru dibaiki drive shaft dan brake pump nya. Selepas makan malam, program kursus adalah sebagaimana kronologi berikut:
14 Julai 2011 (Khamis)
8.30 Malam
1. House Keeping oleh En. Mat Nawi Wahid
2. Taklimat Pengurusan Akademik Semasa
Saya telah diberi peluang untuk berkongsi maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan semua pegawai akademik di JPN dan PPD serta staf sokongan iaitu
• Pemaufakatan kerja (sinergi) membuah banyak kecemerlangan dalam akademik
• Program e-Cakna telah melonjakkan JPN Kelantan untuk diberi status 5 bintang dalam penarafan MS ISO 900:2008 PK03-1 (Pemantaun)
• Pefokusan tugas pegawai dalam menjayakan NKRA terutamanya SIP yang meilbatkan pemantapan pentabdir dan peranan guru mata pelajaran:
- SIPartner
- SiSc
- SAPS pelengkap SIT
15 Julai 2011 (Jumaat)
8.30 pagi
En. Ehsham (Penolong Pengarah (BM) – Taklimat Pelaksanaan dan Pencapaian LINUS Terkini
Pencapaian terkini LINUS setelah pelbagai pendekatan dan program dibuat adalah:
Literasi – 86.48%
Numerasi – 91.98 %
9.30 pagi
En. Mohd. Hassany (KPP (BM))- MBMMBI
9 Julai 2009 keputusan Kabinet memutuskan PPSMI di soft landing kan dimana mulai tahun 2011 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dah bermula di Tahun 1 dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Kini Sains dan Matematik dikembalikan BM sebagai bahasa penghantarnya. Begitu juga dalam pemantapan pedagogi (kreativiti dalam P & P) untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah menggunakan BM. Kini JPN berkaliboratif dengan Bahagian KPM untuk menjayakan pelbagai program dasar MBMMBI di bawah Unit BM dan Unit BI masing-masing. Kata YAB Menteri Pelajaran “ MBMMBI jangan gagalkan”
10.15 pagi
Hj. Daud Yusoff ( Penyelia Pelajaran Matematik)- PROTIM
Kejayaan Program Tiga M ( Menulis , Membaca, Mengira) bagi pelajaran tahap 2 sekolah rendah bermakna peningkatan pencapaian akademik pelajar dapat diterjemahkan. Pencapaian keseluruhan UPSR tentu dapat dipertingkatkan. Kini dengan adanya program e-PROTIM V 2.0 yang dibina oleh JK PROTIM Negeri , pelaksanaan program ini semakin mudah untuk memperolehi data dan penganalisaan data dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program yang relevan dengannya. Pemantauan amat perlu dikerapkan. Dalam program LINUS di Tahap 1 , hanya sekitar 1 k pelajar yang tegar tetapi dalam program PROTIM di Tahap 2 masih ada seramai hampir 9k pelajar yang tidak dapat menguasai kemaniran mengira.
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi
En. Nasir Mohd Noor – Dapatan e-Cakna Fasa 1
Status Pencerapan terkini e-Cakna peringkat negeri sehingga 30 Jun 2011 ialah 33.08 % (SK) 28.83 % (SM). Data ini diperolehi dari pencerapan pogram pemantauan oleh pegawai JPN, PPD dan sebahagian besarnya oleh pentadbir sekolah. Ada sebilangan guru yang capai 91-100 %. Mereka ini layak untuk dicalonkan sebagai GC. Masih ada juga guru yang mendapat skor kategori LEMAH yang amat perlu dibantu. Kategori kehebatan guru mata pelajaran menjalankan P & P ialah Cemerlang, Baik, Harapan, Memuas dan Lemah. Penilaian Guru semasa P & P banyak merujuk kepada Item dalam SKPM.
Fasa 2 e-Cakna kini dah bermula dari 1 Julai – 30 Okt 2011, selepas selesainya e-Cakna Fasa 1. Sebagaimana biasa, pematau harus smart dengan pengurus sekolah.Melaksanakan tugas dengan profesional bersama guru dengan ilmu yang mantap dalam coaching and mentoring.
12.00 tengah hari – Rehat dan Solat Jumaat
Ketibaan Tuan KSPA dari Kota Bharu,
3.30 petang
Aktiviti yang dirancang untuk rekreasi peserta telah dibuat dimana dengan bayaran RM15 seorang, snorkling tengok ikan comel didasar laut. Ramai rakan turun untuk perhatikan kawanan ikan comel di dasar laut. Saya takut nak turun tetapi dapat juga tengok ikan tersebut dari atas dek bot dengan taburkan sedikit roti. Seronoknya mereka. Takut bukan apa, tak pandai berenang seperti ikan. Selesai saja dalam keadaan hujan lebat, kami kembali ke jeti pulau kapas. Lepas itu terus mandi laut. Hampir 2 jam terapung di laut dengan life jacket. Berhenti jam 6.30 petang dan balik ke bilik No 5.
9.00 malam
En. Mohd Nasir Mohd Noor – Hala Tuju & Peranan Guru Tingkatan Enam
2008 pengurusan tingkatan 6 distruktur semula oleh KPM di mana BPSH bertanggungjawab untuk akademiknya. Tingkatan 6 kini dikenali Kelas Pra-U manakala kelas selainnya Kelas Perdana. GPK Tingkatan 6 dengan 10 kelas ke atas dengan gred DG 48 jika tidak hanya DG 44. Jika 4 kelas ke atas, Guru Akademik layak DG 52 walaupun GPK 48.
GPK Tingkatan 6 dibantu oleh Ketua-Ketua Unit yang berkaitan
(Pentadbiran,Kurikulum,HEM,Kokurikulum,Penyelidikan.Cuma perlu ada satu mekanisme untuk menentukan bidang tugas antara GPK Tingkatan 6 dengan GPK Arus Perdana. Peruntukan masa antara 16 hingga 24 waktu seminggu. Penyelidikan murid dan penyelidikan guru amat dititikberatkan. Kuliah, toturial,amali, kajian dan kolokium, lebih kepada adragogi, menggunakan folio bagi merekod, perancangan P & P, kokurikulum, penyelidikan,penilaian dan pentaksiran. Mulai 2012, sistem modular diperkenalkan untuk kelas Tingkatan 6.
9.30 malam
En. Mohd Razali Abu Talib (Penolong Pengarah Sains) - Analisis e-Cakna
Masih terdapat sekolah yang tidak menghantar laporan lengkap e-Cakna yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah. Tugas setiap PPD untuk turun padang bagi memastikan semua sekolah mengambil tindakan. Setiap GPK perlu mahir dalam e-Cakna dan pengurusannya. Ada dan pandai dalam literasi komputer. Dalam sesi ini, semua pegawai diberi penerangan mengenai cara membuat analisis data yang berkaitan dengan keupayaan dan tahap pelaksanaan P & P guru mengikut mata pelajaran dalam bilik darjah. Dapatan analisis ini amat membantu pegawai di JPN dan PPD untuk membuat persediaan sebelum tindakan susulan jika perlu terhadap P & P guru serta pengurusan kurikulum di sekolah berkenaan. Dengan adanya e-Cakna ini, adalah menjadi harapan agar pihak pentadbir sekolah khususnya dan guru mata pelajaran sentiasa bersedia dengan peningkatan amalan P & P yang terbaik. Semoga tiada lagi kategori LEMAH dan MEMUASKAN.
16 Julai 2011 (Sabtu)
8.30 pagi
En. Mat Nawi Wahid (Pegawai LDP)
Pelaksanaan Latihan KSSR
Kini dah selesai 2 sesi iaitu 2 minggu pelaksanaan KSSR Tahun 2 dengan kendalian serta peruntukan dari BPG melalui kerjasama dengan JPN dan PPD . Kandungan kursusnya ialah Konten dan PBS. Semuanya dikendalikan oleh JU yang telah dilatih oleh BPK dan LP, KPM. Taklimat serta bengkel kursus ini hanya melibatkan JU sahaja tanpa kehadiran pegawai kurikulum dari JPN maupun PPD.
Pegawai penyelaras pelaksana kursus ialah Penolong PPD mata pelajaran yang berkaitan. Pegawai dari JPN boleh membuat pemantauan bagi setiap sesi kursus yang dibuat secara “5 day On-site” dibawah bidang masing-masing.
Berbeza KSSR Tahun 2 ini ialah kandungan Konten dan PBS dilaksanakan secara berturutan oleh JU yang sama manakala KSSR Tahun 1, untuk kontennya JU dilatih oleh BPK dan untuk PBS, JU dilatih oleh LP. JU konten dan JU PBS tahun 1 ini tidak terdiri dari orang yang sama. Tahun 2010, kursus PBS telah diadakan selama 2 hari secara on site lebih awal dari kursus Konten KSSR yang juga dilaksanakan dalam masa 2hari secara on site.
Sistem On Line PBS telah dibina oleh LP bagi memudahkan PBS dilaksanakan oleh guru. Juga dengan SAPS yang baru dibina sistem on line nya oleh Unit NKRA Pendidikan akan di ketuai oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan melaui pegawainya di JPN dan PPD. Dengan kata lain, satu kursus yang berkaitan dengannya akan dijalankan oleh sector berkenaan.
Untuk KSSR Tahun 1 , Dokumen Standard Kurikulum telah diedarkan ke semua sekolah untuk kegunaan guru dalam bentuk CD. Bagi Standard Penilaian pula perlu dirujuk kepada portal KPM. Bagi KSSR Tahun 2 , Dokumen Standar Kurikulum dan Standard Penilaian akan diberi kepada guru mata pelajaran oleh JU kepada semua guru sewaktu kursus sedang dijalankan.
Mulai tahap 2, PBS akan menjadi rujukan rasmi untuk penarafan band pelajar. Walau bagaimanapun PBS Tahap 1 perlu dilaksanakan oleh kesemua guru disiplin mata pelajaran sebagai pemantapan untuk guru dan pelajar mengenai pelaksanaan PBS.
Pelaksanaan dasar MBMMBI dengan peruntukan untuk Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti dalam P & P) kini dah selesai 7 pakej dan bakinya 9 pakej.
10.30 pagi
Amanat Tuan KSPA
Perjumpaan ini adalah buat kali terakhir selaku seorang Ketua Sektor Pengurusan Akademik dengan pegawai SPA JPN dan PPD kerana beliau mula pencen mandatorinya pada 20 Julai 2011. Antara intipati ucapan beliau ialah:
1. Pertahan tahap prestasi yang tinggi dikalangan pegawai sebagaimana sebelum ini.
2. Elakkan budaya negative, tunjukkan status kepegawaiaan tinggi dengan ilmu yang mantap dan kemaskini.
3. Setiap pegawai adalah pemunya data dengan penguasaan yang terbaik untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang releven
4. Kerja sepasukan dengan keseronakan
5. Elakkan kerja buat tanpa orang lain boleh ‘perli’
6. Sentiasa baik sangka remeh temeh letak ketepi
7. Jangan tangguhkan kerja.
8. Sentiasa bugarkan hati klien- guru dan murid
9. Tepatlah masa dalam menjayakan kerja
10. Senarai semak menjadi panduan kerja
11. Perbetulkan pengurusan akdemik sekolah- Pengurusan Fail Panitia
12. Kekemasan dan kemaskini kerja
13. Sikap diplomasi antara pegawai dengan klien
14. Intergriti , akautabiliti dan kejujuran yang hebat dikalangan pegawai
Berkerjalah bersungguh dengan redha ALLAH SWT
Majlis ditangguhkan jam 11.00 pagi untuk bersedia menaiki bot ke tanah besar. Bertolak dari jeti jam 12.00 tengah hari dan tiba dalam masa 20 minit kemudian. Selesa dengan bot besar, tidak seperti bot kecil. Dengan kelajuan 70 km/j, setelah hantar pak su ke rumahnya, tiba di rumah jam 6.00 petang. Alhamdullilah selamat.
No comments:
Post a Comment