Kata orang pi mai pi main dok tang tu juga... maknanya tak kemana. Nak maju tapi tak ada inisiatif untuk mengerakkan minda dan tindak ikut ke arah yang lebih baik. Tak nak berusaha lebih dan yang lebih teruk lagi tak payah fikir. Semua dah orang lain sediakan. Tapi kena waspada, kena ingat sampai bila kita nak mengharapkan orang lain. Dah lah kejuruteraan dan teknologi tercurut dibelakang. Kalau orang tak bagikan teknologi, alamat padah kita. Itupun diberikan pindahan teknologi yang dah agak lapuk di negara mereka.
Maka nak tak nak kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu melakukan transformasi dalam mendidik anak generasi akan datang agar mereka lebih kompiten dan mempunyai jati diri dengan ilmu agama yang tinggi. Dan di antara elemen transformasi dalam pendidikan ini ialah memupuk daya berfikir yang sebelum ini seolah-olah hilang fokus terhadapnya. Berfikir secara mencapah dalam segala aspek hidup dan kehidupan.Garapkan segala kemahiran yang disesuaikan dengan pelbagaian kebolehan individu mereka.
Dah sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita sejak dulu masih tertumpu kepada pendekatan peperiksaan kerana kita terlalu menitikberatkan kepada nilai yang surface, dan spoon fed. Suap-suap-suap dalam beberapa tahun dan ‘muntahkan’ di atas kertas peperiksaan cuma satu dua jam sahaja.Berkebetulan dengan jawaban maka akan cemerlanglah seorang pelajar itu walaupun sebelum ini dia agak malas untuk belajar. Kata orang ‘belajar last minute’ dapat juga menjadi salah seorang pelajar cemerlang.
Sukar atau tak ada budaya kritis dan ianya tidak digalakkan dalam sekolah kerana dalam peringkat sekolah rendah, hanya cikgu yang bercakap. Cikgu yang mengajar, selepas itu murid-murid dengar kemudian balik dan buat kerja rumah. Seorang cikgu satu kerja rumah dan sekiranya semua cikgu memberi kerja rumah maka bayangkan penat lelahnya nanti murid Itu untuk menyelesaikannya. Jika buat sendiri tentu lewat tidurnya. Jika tak buat kemungkinan esoknya kena denda. Maka nak tak nak, budaya meniru terus disuburkan. Meniru boleh merencatkan inovasi dan kreativiti.
Pembelajaran dengan pendekatan satu hala ini tak akan menggalakkan budaya menyoal dan tidak ada cabaran kepada minda murid untuk berfikir dan tak ada pemikiran kritis. Keghairahan untuk belajar seolah-olahnya tiada hanya sekadar gitu-gitu sahaja.
Bagi negara berstatus negara maju, dasar pendidikan mereka ialah menggalakkan murid-murid untuk menyoal, untuk berhujah supaya meningkatkan keghairahan mereka untuk mengetahui sesuatu. Keghairahan itu begitu tinggi.
Sekiranya dulu guru-guru dilatih untuk menyampaikan maklumat,dilatih untuk mengajar sahaja. Tetapi kini guru amat perlu dilatih sebagai seorang fasilitator. Menyediakan pada dirinya dengan segala ilmu yang berkaitan mendepani ilmu pengetahuan anak muridnya sendiri agar mereka dapat membetulkan kesilapan murid atau berhujah fakta dengan mereka.
Telah terbukti bahawa guru telah berjaya melahirkan masyarakat yang boleh membaca, menulis dan mengira yang dikenali sebagai 3 M. Maka untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang berdiri setanding dengan mereka di negara maju, M yang ke empat iaitu Menaakul @ Memikir perlu diterapkan dalam dasar pendidikan kini. Daya memikirkan ini akan menjanakan inovasi dan kreativiti, melahirkan Malaysia nanti sebagai sebuah negara maju.
Tahukah kita bahawa TIMSS di Singapura telah melibatkan murid tahun 4 bersama murid Tingkatan 2 untuk bertanding dalam pelbagai skop ilmu dan kemahiran sains dan matematik di peringkat antarabangsa, sedangkan kita hanya mempu menyediakan murid tingkatan 2 sahaja ke peringkat tersebut. Skor mereka antara terbaik di dunia. Kerana apa, kerana kita masih lemah dalam menaakul.
Ayuh kita transformasikan melalui pelaksanaan KSSR ini. KSSR melalui PBS akan melahir masyarakat 4 M yang sentiasa komit tanpa memencilkan kehendak ajaran agama dan nilai moral manusia.Insyaalah akan tercapai matlamat ini.
Anda sebenarnya seorang TRANSFOMER
No comments:
Post a Comment