Friday, June 3, 2011

Marah Vs Senyum

Marah dan senyum adalah dua tingkahlaku yang sentiasa berlawan antara satu sama lain. Marah boleh menyebabkan manusia 'hilang maruah' dan bertindak mungkin melampaui batas kemanusian. Marah yang dirasuk syaitan mengundang keburukan.

Dalam Islam, apabila marah mula menguasai diri maka lekas-lekaslah mengatasinya dengan mengingati ALLAH SWT sebanyak-banyaknya, sekiranya berdiri , duduklah. Tetapi masih juga tak menjadi, tidurlah dan jika tak juga berkesan, ambillah wudhu dan bacalah ayat suci yang menenangkan atau solat sunat yang menambah pahala.

Bagi seorang pendidik sebenarnya istilah marah yang sentiasa diberi oleh pelajar itu adalah "bengkeng". Bengkeng kadangkala inilah yang menyebabkan pelajar sentiasa beringat akan kerjabuat mereka selaku seorang yang menuntut ilmu dari seorang guru. "Marah Profesional" inilah akan memandu pelajar untuk lebih berjaya dalam akademik dan sahsiahnya.

Manakala senyum itu merupakan tingkahlaku yang menyenangkan. Menceriakan antara dua manusia walaupun baru pertama kali berjumpa. Dan senyum itu adalah sedekah yang pahalanya boleh di'top up" setiap masa. Maka senyumlah bertempat.

Setiap manusia sentiasa ada kedua tingkahlaku ini.Manusia yang hebat adalah MANUSIA YANG LAMBAT MARAH TETAPI CEPAT SENYUM. Manusia yang haprak adalah MANUSIA YANG CEPAT MARAH TETAPI LAMBAT SENYUM.

Senyum meramaikan rakan taulan manakala marah mengurangkan rakan taulan. Setiap orang perlu maramaikan sahabat dari sehari ke sehari. Jangan menjadi kera sumbang.

Senyuman itu boleh menyebabkan orang terpaku.

No comments:

Post a Comment