Saturday, June 11, 2011

Jihad Dalam Pendidikan

Posting kali ini membicarakan tentang kepentingan pendidikan dalam memperkasakan golongan muda khususnya kearah menyediakan pelapis kepimpinan masa depan negara. Teks khutbah Jumaat pada 10 Jun 2011 banyak menyentuh akan kepentingan dan peranan mereka nanti apabila meningkat dewasa. Sebagaimana sedia maklum kini terdapat hampir 6 juta murid dari tahun 1 hingga keperingkat tingkatan 6 atau matrikulasi dan hampir 1 juta kini sedang menuntut ilmu di IPT.
Dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi lelaki maupun perempuan, dari mula dilahirkan sehinggalah meninggalkan dunia yang fana ini dan dari sini sehinggalah ke seantero dunia.Baginda Nabi Muhamad SAW menyuruh sahabat dan umat ketika itu agar menuntut ilmu sehingga ke negara China. Mendambakan ilmu untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tuntutlah ilmu untuk dunia, tuntutlah ilmu untuk akhirat atau tuntutlah ilmu untuk kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Dengan ilmu dan amal akan memartabatkan ketamadunan manusia itu sendiri.
Menuntut ilmu adalah salah satu cabang Fisabilillah, jihad yang sangat dituntut. Kemiskinan ilmu akan memundurkan umat. Miskin ilmu banyak kelorasinya dengan miskin harta, sehinggakan boleh mengkufurkan. Maka perlu ada petugas yang mengamal dan menyebarkan ilmu ini. Mereka ini adalah ibu bapa, pendakwah dan guru. Dalam pendidikan formal, guru dan pensyarah perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin kerana dalam islam mereka adalah insan yang memberi tarbiyah untuk membezakan antara baik buruk serta halal haram. Atau dengan kata lain mereka inilah yang menyuburkan amal makruf nahi mungkar.
Maka sebagai golongan pendidik, marilah bersama menyuburkan yang baik untuk menghindari segala yang mendatang kemudaratan kepada hidup, kehidupan dan penghidupan manusia segajat ini. Semoga anak generasi akan datang hidup dengan penuh jati diri dan seorang insan kamil yang menceriakan semua. Agar tidak pantas lagi manusia untuk berebut membuat dosa, dosa dengan ALLAH SWT dan dosa sesama manusia. Inilah jihad dalam pendidikan yang perlu diterjemahkan.

No comments:

Post a Comment