Thursday, June 23, 2011
"Haiwan Juga Perlu Kasih Sayang"
Bertempat di UMK, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa berlangsunglah Majlis Perasmian Hari Terbuka Fakulti Perubatan Veterinal Sempena Sambutan Tahun Veterenar Sedunia 2011. Perasmian disempurnakan oleh Naib Cancelor UMK, YBhg. Prof. Emeritus Dato.Ir. Zainai Bin Mohamed.
Saya ditugaskan mewakili YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan bersama ketua jabatan persekutuan dan negeri yang lain termasuk guru dan pelajar sekolah. Antara hasrat program ini diadakan adalah untuk memaklumkan kepada umum mengenai adanya satu lagi bidang pengajian baru iaitu Fakulti Perubatan Veterinar di UMK yang menjadikan nombor empat keujudannya di dunia ini. Di Malaysia, UPM meneroka penubuhannya sejak 20 tahun lepas.
Fakulti ini akan melahirkan doktor veterinar yang akan member fokus professional, kompeten dalam penjagaan kesihatan awam, bermodal insan yang berdaya maju dan menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat, keusahawanan industry asas tani dan warisan yang berkaitan dengan profesion perubatan veteriner.
Tema ‘Haiwan Juga Perlu Kasih Sayang’ seharusnya menyedarkan masyarakat tentang isu-isu berkaitan kebajikan haiwan.Masyarakat perlu prihatin tentang kebajikan haiwan sekeliling bukan sahaja sebagai sumber protin, tetapi juga sebagai haiwan kesayangan.
Sesungguhnya makhluk ciptaan ALLAH SWT ini perlu hidup secara simbiosis antara satu sama lain. Tanpa adanya tumbuhan dan haiwan , tentu sukarnya hidup dan kehidupan manusia di muka dunia ini. Tumbuhan hijau memberi keseimbangan komposisi oksijen dan karbon dioksida diudara. Manusia tak akan hidup dengan kandungan karbon dioksid. Manusia bergantung kepada oksigen. Haiwan makan tumbuhan hijau untuk tumbesarnya.
Maka sayangilah haiwan peliharailah mereka dengan seadanya.
Selesai dengan mengunjungi gerai pameran mengenai penjangaan kesihatan haiwan peliharaan. Sempat juga bersembang dengan sahabat lama semasa belajar di SM Sains Kelantan , Hj. Hashim selaku pegawai kanan ( R & D) MARDI di Telong, Bachok, Kelantan.
No comments:
Post a Comment