Monday, May 16, 2011

Program USM-JPN Komuniti 2011



Hari ini, bangkit dari tidur seawal jam 4.00 pagi untuk ke airport Pengkalan Chepa bagi mendapatkan penerbangan MAS ke Putrajaya. Tiba disana betempat di Palm Garden IOI Resort berlangsunglah majlis KTP- Knowledge Transfer Programe yang melibatkan Universiti dan Komuniti serta Industri. Mewakili JPN Kelantan sebagai Komuniti kepada program USM, telah berjaya mendapat kelulusan kewangan dalam bentuk Geran yang mana akan melibatkan seramai 1000 pelajar dari semua PPD negeri Kelantan.

Juga terlibat dalam majlis ini ialah Pn. Mazinah Muda dari SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra yang mewakili Komuniti bagi program Kelab Neurosains di sekolah berkenaan dan SK Kubang Kerian 3.

Terima kasih kepada Prof Madya Azwany, Prof Jefri dan pensyarah dari USM yang hadir bersama dalam majlis ini. Sesuatu yang tak diduga ialah dapat bertemu dengan waris dulunya menuntut dan berkerja di UK selama 14 tahun, kini kembali berkhidmat di USM.. Dr. Dr. Muzamil.

Balik ke KB jam 6.30 petang dengan Airbus Air Asia buat kali pertama melalui LCCT. Suasana sibuk disini, tambang murah yang banyak permintaan. Dapatlah juga makan nasi lemak yang diberikan oleh pihak Air Asia semasa penerbangan, mengalas perut menambah energi badan yang dah agak lesu.

No comments:

Post a Comment