Wednesday, May 25, 2011

Pemantauan Berfokus Akademik di SK Limau Kasturi

Agaknya tuan masih ingat tentang sebuah drama rakyat yang ditayangkan lebih sedekad lalu. Pengkisahan mengenai seorang guru yang di'posting' kan di sana. Kisah suka duka mengharungi hidup mendidik anak bangsa dan komuniti masyarakat setempat akan pentingnya ilmu dan nilai murni bermakna.

Maka pada pagi jam 4.00 bertolak dengan kereta ke stesyen keretapi Kuala Krai. Bukan kerana tak nak naik di stesyen Wakaf Baru, tapi dek tidur begitu lena, teringgal.. sepatutnya berada di Wakaf Baru jam 3.00 pagi sebagaimana yang dijanjikan bersama Tuan KSPA dan rakan-rakan pegawai SPA yang akan ke SK Limau Kasturi. Alhamdullilah rakan Tn. Hj. Mohd Husaini menelefon. Bangun jam 3.30 pagi, nak gi atau tak nak, kalau ke Wakaf Baru tentu tak sempat, jika ke Pasir Mas juga tak sempat maka dengan bertawalkal kepada ALLAH SWT, bertolak ke Kuala Krai. Speed tak juga sekitar 60-70 km/j, biasa saja. Alhamdullilah, tiba dan terus parking di stesyen jam 5.30 pagi. Selang 10 minit, tibalah keretapi dan dapatlah bersama semua pegawai berkereta pai ke SK Limau Kasturi.

Dalam keretapi ramai guru dan pelajar menggunakan perkhidmatannya untuk ke sekolah. Dari pelajar sekolah rendah hingga pelajar tingkatan enam. Setiap hari tanpa jemu, berulang alik rumah -sekolah untuk mendapat ilmu bagi mencorak hidup yang ceria di masa depan.

Tiba di hentian Limau Kasturi jam 8.30 pagi dan dijemput oleh Tuan Guru Besar dan pengurusan sekolah. Terius ke SK Limau Kasturi dalam sekitar 5 minit perjalanan. Suasana ceria menyambut deligasi kami. Seperti biasalah urusan akademik kami dengan pihak sekolah, dari aspek pengurusan kurikulum sehinggalah pelaksanaan P & P di bilik darjah. Saya sempat berinteraksi dengan pelajar UPSR dengan berkongsi input dan resipi kejayaan. Agar ia menjadi pendorong kepada mereka semua.

Jam 12.30 selepas menikmati judah tengah hari, kami sekali lagi dihantar ke stesyen untuk bertolak balik. Bertolak jam 1.30 dengan keretapi Lokal ini, saya tiba di Kuala Krai jam 4.00 petang. Dengan berteman dengan En. Zamri Zakaria balik ke rumah dan tiba jam 5.30 petang setelah menghantar En. Zamri di rumahnya di Chica, Kubang Kerain.

Begitu banyak pengajaran yang diperolehi, tahniah kepada Tuan Guru Besar serta guru yang komited dengantugasan walaupun berada nun agak jauh di pendalaman. Jasa kalian semua hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment