Bertolak dari rumah jam 5.00 pagi hari Rabu 18 Mei 2011 ke airport Pengkalan Chepa untuk ke Putrajaya mewakili Jabatan ke Mesyuarat Akademik antara Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Negeri bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat kali ke dua tahun ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 18-19 Mei 2011. Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada perkara beriku:
1. Analisis SPM 2011
2. Analisis Ujian Bulan Mac UPSR, PMR. SPM dan STPM 2011
3. Perkongsian Maklumat Tingkatan Enam
4. Pengurusan Pemantauan Akademik
5. Pelaksanaan School Enhancement Program
6. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (LP)
7. Memperkasakan SK
8. Penggunaan Teks Interlok Dalam Kesusasteraan Melayu (BPK)
Pencapaian murid dalam peperiksaan awam menjadi tugas penting bagi Sektor Pengurusan Akademik disamping peranan utama asas memantapkan P & P.Setiap negeri perlu mencapai lebih dari GP Nasioanal untuk tahun 2011
Gred Purata UPSR – 2.29
% Lulus UPSR SK – 75.00
% Lulus UPSR SJKC – 70.00
% Lulus UPSR SJKT – 65.00
% Lulus Semua A UPSR – 11.00
% Lulus (ABC) – 70.00
Gred Purata PMR – 2.72
% Lulus Minimum D – 70.41
Gred Purata SPM – 5.18
% Layak Sijil – 94.20
% Cemerlang – 2.78
Untuk tahun ini, focus perlu diberi kepada Sejarah dan PI yang tidak banyak menyumbang kecemerlangan. Sejarah menjadi mp wajib lulus SPM 2013.
Program Kecemerlangan Mata Pelajaran untuk SPM 2011 melibatkan :
BM, BI, Pi, Sej, Mat, Sc, Sastera, Geo, PSV, Add. Math, Pdg, PA, EA, Fizik, Kimia, Bio, Tasawwur Islam, LK ( berdasarkan mp popular)
Perancangan Strategik (2011-2015) Negeri sepatutnya dah mantap tanpa mengabaikan pelaksanaan HC, Peningkatn Pencapaian Peperiksaan Awam, Analisis pencapaian keseluruhan mp dalam peperiksaan awam 2006-2010, P & P berkesan, pemantauan akademik, NKRA( LINUS, Pra sekolah, SIP), MBMMBI, Transformasi Kurikulum (KSPK/KSSR/KSSM)
Pencapaian kecemerlangan murid dangi kelas di Skim Tuisyen Felda untuk 2011 : UPSR – 15 %. PMR- 6 %, SPM 3 % termasuk PPS
Pencapaian LINUS Peringkat Kebangsaan terkini:
Literasi – 91.0 %
Numerasi – 98.5 %
Sepatah kata dari YBrs. Dato Isa bin Abu, Pengarah BPSH.. jaya dan capaikan KPI kecemerlangan untuk tahun ini bagi semua kelas.
Pada hari kedua ini, mesyuarat ditangguhkan jam 1.30 tgh, dan dengan mengambil teksi bertolak ke LCCT untuk mendapatkan penerbangan balik ke KB dengan AirAsia tepat jam 6.15 petang.
( Bermalam pada 18 Mei 2011, di Concorde Inn KLIA sempat jumpa pegawai jpn negeri-negeri yang menghadiri mesyuarat di sana mengenai pendidikan swasta )
Marilah kita semua berkerja untuk mendapatkan kecemerlangan ini berlandaskan apa yang diperolehi dari SIP iaitu meningkatkan band yang rendah kepada band yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment