Wednesday, April 20, 2011

Sebuah Kejayaan Dipersada Kebangsaan

Malam ini , hampir jam 11.30 tergerak minda untuk menulis sedikit bagi berkongsi maklumat ilmu yang baik sesama rakan. Terlebih dahulu dipanjatkan berbanyak syukur kepada ALLAH SWT yang mencurah nikmatnya kepada kita semua. Dengan bermulanya penilaian Pertandingan Anugerah Guru Inovatif, yang saya singkatkan sebagai PAGI ini pada awal Februari lalu di peringkat negeri, pencalonan untuk keempat-empat kategori telah dipanjangkan kepada Urusetia Peringkat Kebangsaan sebagai salah satu pengisian bagi program sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011.

Pencalonan terdiri dari:
1. Kategori Pra Sekolah di wakili oleh SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu
2. Kategori Individu Rendah di wakili oleh SK Ayer Merah, Machang
3. Kategori Individu Menengah di wakili oleh SMK Sering, Kota Bharu
4. Kategori Kumpulan di wakili oleh SK Cherang Ruku, Pasir Puteh

Rombongan panel yang terdiri dari pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bertandang ke sekolah yang mewakili setiap kategori berkenaan. Hasil dari kunjungan pertama, telah melayakkan 3 kategori untuk pusingan kedua. Kategori berkenaan ialah:

1. Kategori Pra Sekolah
2. Kategori Individu Rendah
3. Kategori Individu Menengah

Dan hasil dari kunjungan kedua pula telah menobatkan Kategori Pra Sekolah mendapat tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan 2011 manakala ianya juga melayakkan 1 kategori untuk pusingan akhir. Kategori berkenaan ialah

1. Kategori Individu Menengah yang telah dinobatkan sebagai JOHAN Individu Menengah Peringkat Kebangsaan 2011.
Penilaian pusingan akhir ini hanya melibatkan JOHAN dari keempat-empat kategori iaitu Johan Pra Sekolah, Johan Individu Rendah, Johan Indivudu Menengah dan Johan Kumpulan. Panel penilaian untuk ini diketuai sendiri oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah BPK, KPM.

Dan pada hari ini secara rasminya, SMK Sering telah dinobatkan pula sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan Tahun 2011.

Sekalung tahniah dari saya untuk:
1. En. Asmawi - Johan Keseluruhan
2. Pn.- Tempat Ketiga
3. En.- Saguhati
3. En... - Saguhati

Juga tidak lupa kepada YABrs, Tuan Pengarah, Tuan KSPA serta sahabat dari SPA yang sentiasa pro aktif bermula dengan tugas sebagai panel hakim negeri seterusnya membantu nasihat bimbing untuk memacu kejayaan ini. Terima kasih juga kepada pegawai meja mata pelajaran yang berkaitan. Demikian kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat. Juga kepada Tuan Timbalan Pengarah BPK serta semua panel hakim KPM .Jasa tuan semua akan diingati dan sudilah kiranya untuk terus membantu guru-guru bagi PAGI musim depan.

No comments:

Post a Comment