Wednesday, March 2, 2011
Sehari di SK Karangan
Jam 9.30 pagi mula bertolak dari Jabatan dengan pemanduan berhemah berhalaju purata 60 km/j. Singgah di PPD Kuala Krai menjemput sahabat, Tn. Hj. Mohd Yunus Yussof, Penolong PPD Sains Matematik (Menengah) bersama untuk memantau pelaksanaan KSSR Tahun 1 di SK Karangan, salah sebuah sekolah agak pendalaman di Kuala Krai, jauhnya dari Kota Bharu sekitar 100 km, dan jauhnya dari Kuala Krai, 30 km.
Masuk melalui kampung dengan suasana dingin nyaman dengan kehijauan dedaun pokok menyegarkan mata dan minda. Sebab oksijen yang padat di kawasan ini disamping aliran sungai berdekatan dengannya.. Tiba jam 11.20 pagi dengan disambut oleh Tuan Guru Besar dan Abang Din, PK Pentadbiran.
Ada bangunan baru tersergam indah bersama bangunan pra sekolah serta Apartmen Guru yang cantik di tengah hutan.
Pada kesempatan ini, Cikgu Saidi sebagai guru KSSR DST banyak memberi input yang begitu berguna kepada kami berdua. Beliau adalah merupakan salah seorang guru dari seramai 3700 guru yang telah dilatih khas tahun 2010 untuk KSSR pelaksanaan tahun ini. Dengan pelajar untuk 1 kelas beliau teleh cuba merealisasikan KSSR DST sebaik mungkin walaupun masih terdapat sedikit masalah dalam melaksanakannya termasuklah melaksanakan PBS. Maklumlah baru masuk bulan ketiga pelaksanaanya.
Jam 2.00 petang, kami meninggalkan SK Karangan dengan membawa maklumat penting untuk kami membuat penambahbaikan dalam menentukan pelaksanaaan KSSR mencapai matlamat. Sebelum bertolak, Tn. Guru Besar menjemput kami untuk hadir esok, 3/3/2011 sempena sambutan Maulidur Rasul dan majlis penyerahan bangunan baru kepada pihak sekolah.
Tahniah sekolah telah mendapat bangunan baru.. juga dapatkan dalam setiap warga sekolah ini dengan semangat baru mencapai kejayaan dalam segala aspek. Berkebetulan berjumpa dengan En. Nik selaku Pengerusi PIBG yang selalu berada di sekolah membantu guru dan ibu bapa bagai memastikan semuanya cakna pendidikan.
Sapaan seorang guru semasa menghampiri kelas pra.. " Cikgu, tak kenal saya ke ? saya dok kak rumah cikgu " . Oh rupanya anak sekampung dah jadi guru pra. Jawab saya mudah " maaf kerana dikampung hanya berkawan dengan semua kaum lelaki saya, yang perempuan orang rumah yang kawan "
Cuma yang agak bimbang, adakaah guru yang diberi kursus KSSR , dia sendiri yang balik mengajar di sekolah atau cikgu lain yang tidak diberi kursus?..Jika ini benar, penatlah.
Alhamdullilah selamat tiba dirumah jam 6.45 petang.
No comments:
Post a Comment