Hari ini, khutbah Jumaat di Masjid Kubang Kacang, membicarakan keperihalan masyarakat terhadap nilai dan pegangan agama yang semakin terhakis sedikit demi sedikit. Dulu begitu ramai ilmuan agama yang sentiasa memandu ahli masyarakat untuk hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Ilmu untuk memaju kehidupan di dunia, Ilmu untuk memaju kehidupan di akhirat dan ilmu juga untuk memajukan kedua-dua kehidupan di dunia dan di akhirat. Kini dahlah semakin berkurangnya ilmuan ini, tetapi juga ilmu dah dijadikan untuk memajukan dunia sahaja. Maka timbullah gejala buruk berlandaskan materialistik.
Manusia dah tak merasa takut akan dosa pahala, syurga neraka. Adu domba, fitnah merata,terkadang sanggup menjahnamkan darah keturunan sendiri.Semuanya aku yang punya. Cinta dunia dan dah tak takut mati. Harta aku, memang aku yang punya dan harta kau juga aku yang punya. Peduli apa syurga, takut apa neraka. Begitu angkuhnya manusia kini.
Kita manusia, makhluk yang kena jadi. Hadirnya kita dimuka bumi ini adalah makhluk terbaik untuk memajukan bumi. Didatangkan khas bukan untuk mencari masalah tetapi untuk menyelesaikan masalah. Sesungguhnya tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cumanya kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Semalam sewaktu balik dari lawatan kerja di Jeli, melalui pusat membeli belah KB Mall, Kota Bharu, di dapati jalan jem di depannya dengan dipenuhi oleh orang ramai yang memandang ke atas bangunan. Sempat juga memerhati seorang perempuan muda berusia 20'an berada di birai bangunan dalam cubaan membunuh diri dengan memegang pisau dan telefon bimbit.
Anggota polis, bomba, bulan sabit merah serta petugas keselamatan KB Mall dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam suasana tegang ini. Kataku " mengapa dah sia-siakan usia semuda ini, membunuh diri itu berdosa besar seumpama juga dengan menabur fitnah ". Bermasalah ?.. semua manusia bermasalah. Juga binatang pun ada masalah tetapi tiada seekor binatang pun setahu saya setakat ini merelakan diri untuk membunuh dirinya sendiri. Bemnar sekali ajaran kita ada mengatakan bahawa manusia ini mungkin lebih mulia daripada malaikat atau mungkin lebih hina daripada binatang.
Bersama kita tontonkan kejadian ini.
Gempar !!! Gadis Nekad Cuba Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Bangunan KB Mall
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.KOSMO
Buat teman, bersama kita teruskan tugas mendidik ini supaya generasi penerus kepimpinan ini adalah generasi yang hebat dan dikagumi. Bukan generasi yang sanggup menggadai maruah agama.Hinanya kita nanti.
No comments:
Post a Comment