Wednesday, March 16, 2011

Bengkel Peningkatan Prestasi PPS 2011


Jam 8.30 malam ini, saya hadir bersama dengan pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan Bengkel Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran bagi Pusat Pembelajaran Sains untuk tahun 2011. Bertempat di Sutera Inn, Kota Bharu, bengkel ini disertai seramai 50 orang dan diketuai oleh guru-guru cemerlang dan berpengalaman dalam bidang masing-masing disamping penyelaras PPS Sekolah dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Hadir sama disamping Tn. Hj. Abu Hashim dari KPM,adalah En. Suhaimi (JPN Pahang), En. Mohd. Razali (JPN Kelantan), yang bertindak sebagai urusetia.

Majlis bermula dengan suai kenal antara peserta yang terdiri daripada guru Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggeris,Matematik dan Matematik Tambahan. Seterusnya masing-masing dipecahkan mengikut kumpulan disiplin mata pelajaran. Selesai jam 10.30 malam, saya bersama pegawai berkenaan termasuk sahabat lama Cikgu Zamri (GC Fizik) yang kini bertugas di Kemaman,Terengganu, keluar minum di sebelah hotel berkenaan. Panjang cerita bual mengenai isu semasa P&P dengan hasrat murni yang ingin dicapai tetapi sikap pengamal P&P yang tidak komited menyukarkannya.Jam 11.50 malam, kami bersurai untuk berehat malam bagi menyambung perbengkelan untuk esoknya. Memandu dan sampai ke rumah jam 12.00 tengah malam.

Pada hari Khamis, kumpulan bengkel mengenalpasti topik-topik penting yang perlu diutamakan dengan pendekatan terbaik semasa melaksanakan P & P. Fokus juga kepada kaedah dan teknik menjawab soalan dalam peperiksaan SPM. Guru-guru muda ini perlu dipandu oleh rakan guru veteran yang penuh pengalaman agar mutu P&P mereka menjadi hebat.

Bengkel ini berakhir pada hari Jumaat dengan pembentangan ringkas dari setiap ketua kumpulan mengenai kelebihan pengisian bengkel seumpama ini. Mereka begitu responsif dan mengharapkan agar dapat diteruskan untuk masa yang akan datang. Ada dimaklumkan masa 3 hari 2 malam dah tak menjadi cukup kerana banyak lagi yang perlu dibincang dan dikongsikan bersama.

Ada juga cadangan agar pengkongsian maklumat berkaitan disalurkan melalui Facebook. Juga "Lesson Study" perlu dijalankan ke arah mempertingkatkan mutu P&P dalam kalangan guru mata pelajaran.

Majlis penutup disempurnakan oleh Hjh. Juraida Umat, Ketua Unit Akademik Menengah, BPSH, KPM yang hadir bersama.

JPN Kelantan diwakili oleh Tn. Hj. Che Yaacob Che Amat (GC Biologi-SMK Pangkal Kalong, Kota Bharu) dan En. Mohd Jasmin (Fizik- SMK Manek Urai, Kuaal Krai)) sebagai fasilitator subjek.

Terima kasih kerana memilih Kelantan sebagai destinasi bengkel PPS tahun 2011.

( Mulai 15 hingga 17 Mac, ambil cuti rehat, tetapi sempat juga bersama menyertai bengkel ini )

No comments:

Post a Comment