Tuesday, December 21, 2010

KSSR yang mendepani




Mengapa Transformasi?

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan manambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengeahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh sera ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Penambahbaikan
Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk,organisasi,pedagogi,penegasan kurikulum,peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

Prinsip KSSR
> Pendekatan Bersepadu
> Perkembangan individu secara menyeluruh
> Pendidikan yang sama untuk semua murid
> Pendidikan seumur hidup

Bentuk Kurikulum KSSR
Berdasarkan 6 Tunjang:
1. Komunikasi
- Pengabung jalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
2. Perkembangan fizikal dan estetika
- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
- Pemupukan daya imaginasi, kreativitim baat dan apresiasi
3. Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
4. Keterampilan diri
- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
5. Sains dan Teknologi
- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
6. Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

( Dalam KBSR hanya 3 Tunjang sahaja iaitu 1. Komunikasi 2. Manusia dan Alam sekeliling 3. Perkembangan Diri Individu )

Semua perkara ini dapat diterjemahkan melalui pemikiran kritis & kreatif serta inovatif yang akhirnya memanusiakan manusia itu dalam ertikata 'Insan Seimbang'

Bila Pelaksanaan KSSR ?
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.

Fokus 4 M dalam KSSR
* Membaca
* Menulis
* Mengira
* Menaakul
(Dalam KBSR hanya 3 M iaitu 1. Membaca 2. Menulis 3. Mengira )

Dokumen Kurikulum
Dalam KSSR dikenali sebagai Dokumen Kurikulum yang terdiri dari:
Bahan Kurikulum
- Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Sokongan Kurikulum
- Buku Teks
- Modul pengajaran
- Buku panduan kreativiti

Elemen Nilai Tambah
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)inilah yang membezakan dengan KBSR iaitu:
> Kreativiti dan Inovasi
> Keusahawanan
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Sumber Rujukan : Risalah KSSR Keluaran BPK, KPM -Oktober 2010

No comments:

Post a Comment