Monday, November 29, 2010
Buku Teks KSSR Dunia Sains Teknologi
( Seronoknya belajar ..banyak alat bantu bersama komputer )
Mulai sesi persekolahan baru tahun 2011 yang bakal menjelang nanti, kurang lebih sebulan dari sekarang, Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai memenuhi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menerbitkan sebuah buku sebagai teks rujukan guru-pelajar tahun satu.
Buku setebal 97 muka surat ini mengandungi 12 Unit P&P. Ia berpandukan kepada Draf KSSR Dunia Sains Teknologi (DST) terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK untuk kegunaan Tahun Satu ini, Unit berkenaan adalah:
Unit 1: Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP
Unit 2: Manusia
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP
Unit 3: Haiwan
Terdiri dari 2 SK dengan 5+3 SP
Unit 4: Tumbuhan
Terdiri dari 3 SK dengan 5+2+1 SP
Unit 5: Mata Untuk Melihat
Terdiri dari 4 SK dengan 4+2+4+4 SP
Unit 6: Hidung Untuk Menghidu
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP
Unit 7: Lidah Untuk Merasa
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP
Unit 8: Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa
Terdiri dari 1 SK dengan 5 SP
Unit 9: Telinga Untuk Mendengar
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP
Unit 10: Menggunakan Semua Deria
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP
Unit 11: Timbul Dan Tenggelam
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP
Unit 12: Reka Bentuk
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP
*SK- Standard Kandungan
*SP- Standard Pembelajaran
Contoh:
Unit 1 : Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Standard Kandungan
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup
Standard Pembelajaran
Murid boleh
1.1.1 Mengegenal pasi benda hidup dan benda bukan hidup
1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu:perlukan air dan makanan, bernafas,bergerak,membesar dan membiak
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan
Bila kita kaji, Unitnya hanya ada 12, muka suratnya hanya 97, tetapi hari belajar hanya 210 hari atau 30 minggu, bererti dalam seminggu hanya sekitar 3 muka surat. Dalam seminggu masa hanya 60 minit untuk ini. Maka apa yang perlu dirancangkan oleh guru..tentunya perbanyakkan akiviti yang menyeronakkan pelajar untuk belajar.Kreativiti Inovasi dengan gabungan unsur EMK (Keusahawanan dan TMK) amat perlu dilontarkan semasa P & P.
Murid Tahun Satu dalam era Transformasi Kurikulum ini bukan saja hebat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira tetapi juga hebat menaakul. Berilah mereka peluang untuk juga berkreativiti inovasi bersama. Generasi akan datang perlu dengan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan dengan KBKK tersendiri bukan sekadar hanya berpengetahuan semata-mata. Tidak hanya disuap kemudian dimuntahkan kepada kertas peperiksaan, selepas itu tak tahu apa.Lebih-lebih lagi dalam Sains yang melibatkan KPS dan KMS.
Sekian, jumpa lagi diposting yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment