Thursday, October 28, 2010
Penyelarasan Pengoperasian KSSR
Tentu tuan sedia maklum dalam era TRANSFORMASI ini banyak bidang utama dilibatkan ke arah meningkatkan pencapaian negara di masa depan. Tema " 1 Malaysia Menjana Transformasi" sempena merdekanya Malaysia yang ke 53 tahun ini amat memerlukan penglibatan serta komitmen semua pihak. NKRA dalam memperhebatkan pencapaian dalam kuantiti dan kualiti pengurusan serta outputnya dan NKEA dengan ETP dalam melonjak perkembangan ekonominya, menjadi fokus ke arah Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.
Lantas sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai penghubung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi fokus kerja utamanya kepada menjayakan pelbagai program, melalui penyebaran maklumat, latihan guru, penggumpulan dan pemerosesan data dengan post-mortem serta pemantauan profesional. Antara program ini ialah;
1. LINUS untuk Tahun 1 (pelaksanaan 2010) dan Tahun 2 (pelaksanaan 2011)
2. Prasekolah
3. MBMMBI - untuk memertabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris
serta yang terbaharu iaitu Pelaksanaan Kurikulum Standar Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahu 2011 yang bakal menjelang tak sampai 3 bulan lagi.
Tepat jam 9.00 pagi, 28 Oktober 2010 (Khamis),bertempat di PKG Banggol,Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, satu mesyuarat JK Kerja KSSR negeri telah berlangsung dengan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan.
Antara pengisian mesyuarat ini:
* Pengesahan JK Kerja KSSR Negeri yang terdiri dari pegawai akademik SPA serta Pegawai Akademik PPD yang akan dikenali selepas ini sebagai Pegawai Meja KSSR Negeri / Daerah.
* Pembentangan status peruntukan pelaksanaan program oleh En. Md. Yusof b Hasan selaku Pegawai LDP Negeri (Pembentangan kali akhir beliau sebelum bersara wajib mulai 2 November 2010)
* Taklimat Perancangan dan Pelaksanaan KSSR oleh Setiausaha KSSR Negeri- En. Mat Nawi Wahid
* Penetapan serta penjadualan kursus secara 2 hari 'on site' oleh setiap PPD yang akan bermula awal November sehingga tarikh akhir sesi persekolahan tahun 2010 ini. P
Peserta kursus adalah seramai 3652* orang ini termasuk Urus setia dan Jurulatih Utama Mata Pelajaran yang terlibat dalam KSSR iaitu Dunia Sains Teknologi, Matematik, Dunia Seni Visual, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani serta Pendidikan Kesihatan . (Terima kasih kepada Sektor Pengurusan Islam kerana telah memulakan kursus KSSR bagi Pendidikan Islam mulai 27hb Oktober 2010 lagi)
( * seorang guru setiap mata pelajaran bagi setiap sekolah )
Semasa kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pendekatan baru setelah dibuat penambahbaikan dari KBSM sebelum ini. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) melibatkan Kreativiti dan Inovasi (KI), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Keusahawanan akan diterapkan semasa pelaksanaan P & P dalam KSSR Tahun 1 mulai tahun depan. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan diletakkan dalam kelas Tahun 1 supaya hasrat KSSR itu dapat dipenuhi.
Bilangan JU bagi semua mata pelajaran termasuk juga JU KI dan TMK adalah seramai 103 orang. Mereka inilah yang akan bergerak ke setiap PPD untuk menggerakan guru-guru peserta kursus tentang peranan mereka nanti untuk tahun 2011. (EMK Keusahawanan telah diberikan kepada semua JU Mata pelajaran-sebab itu tiada JU Keusahawanan)
Mssyuarat ditangguhkan jam 1.30 tengah hari.
Kepada yang menjayakannya, dan kepada guru peserta , bersama kita galaskan amanah ini untuk kejayaan anak generasi mendatang.
Semoga bertemu lagi dengan apa itu KSSR..Terima kasih
No comments:
Post a Comment