Saturday, October 2, 2010
Penataran TIMSS 2010
Pada 28 September 2010 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Kelantan mulai jam 9.00 pagi telah berlangsung satu siri penataran TIMSS (Trends International in Mathematic and Science Study) peringkat Negeri Kelantan. Program yang dianggap amat penting bagi pemulihan imej negara dalam bidang Sains dan Matematik ini dihadiri oleh Pengetua dan Guru Kanan Sains Matematik dari 11 buah sekolah menengah di negeri ini.
Bermula dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, siri penataran diteruskan oleh YBrs. Dr. Latif Muhamad, Pegawai Unit Projek Khas, EPRD, KPM yang hadir khas bagi menerangkan akan peranan Pengetua dan Guru Kanan Sains Matematik sekolah bersama Guru Sains dan Matematik serta pelajar-pelajar 'responden' tingkatan 2 sekolah masing-masing.
Bermula dari tarikh ini, semua sekolah yang terlibat perlu memberi tunjuk ajar serta latihan yang sepatutnya agar apabila TIMSS yang akan bermula pelaksanaannya mulai 25 Oktober nanti, tidak lagi merupakan perkara baru buat mereka. Mereka ini perlu dilatih agar bukan saja mendapat pengetahuan sains dan matematik secara asas tetapi juga mereka dapat mengaplikasi dan membuat penaakulan terhadap isu yang dibangkitkan.
Pelaksanaan ini begitu penting kerana kita tidak rela lagi mendudukan Malaysia dalam rangking ke 20 dalam Sains dan ke 21 dalam Matematik bila dibandingkan dengan negara jiran, khususnya Singapore yang mengungguli kedua-duanya (No.1). Kedudukan ini menggambarkan hebatnya masyarakat dan pelajar yang menepatkan mereka dalam kalangan manusia yang maju dalam sebuah negara yang maju.
Kepada semua sekolah yang terlibat, Tuan boleh lakukan.Kita boleh menghambat dan mungkin boleh melintasi mereka..kerana kita mampu berbuat demikian.
Terima kasih kepada En. Mat Nawi Wahid (PP ICT Akademik) yang banyak membantu melancarkan program ini yang tamat jam 2.00 petang.
No comments:
Post a Comment