Saturday, October 2, 2010

Menghayati Sains Dalam Kehidupan


Pada hari ini, merupakan hari penutup Program 1 Daerah 1 Program UMK (Universiti Malaysia Kelantan) bertempat di SK Temalir, Kuala Krai. Program Cakna Sains Sekolah Rendah Luar Bandar ini yang sepatutnya dilaksanakan bulan Mei lalu dijalankan dengan lancar sekali. Bermula pada 30 September, seramai 130 orang pelajar termasuk dari sekolah tuan rumah menyertai kem ini.

Pengisian kem, antara lainnya ialah bagaimana menghayati Kemahiran Proses Sains (KPS) serta Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang amat jarang diperolehi oleh sebahagian besar pelajar kerana kekangan tertentu semasa mengikuti P & P sains di sekolah. Masa yang diperutukkan selama 3 hari 2 malam ini digunakan seoptimum mungkin, di mana fasilitator dari kalangan guru sains yang hebat dengan dibantu oleh tenaga pensyarah UMK bersama mahasiswa telah menghidupkan program ini. KPS dan KMS dihayati melalui eksperimen mudah tetapi amat menarik seumpama bagaimana membina sebuah payung terjun yang baik tanpa memecahkan telur sebagai pemberatnya, juga bagaimana meletakan sebiji telur dalam bekas bergaram untuk memastikan telur itu tenggelam dan berada ditengah-tengah bikar berisi larutan garam tersebut. Perkara ini yang sepatutnya didedahkan untuk mereka supaya mereka menjadi orang yang berfikiran kreatif lagi berinovasi dalam dunia sains dan teknologi.Mereka bukan saja ada ilmunya tetapi juga dapat mengaplikasi dan membuat penaakulan dalam bidang berkenaan.

Majlis penutup program disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd. Adnan Mohd. Nor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan tepat jam 12.30 tengahhari. Cerianya wajah mereka, peserta kem ini, ada dikalangan mereka, katanya panggil lagi jika ada.

Terima kasih buat UMK kerana banyak membantu dalam menjayakan program ini, tahniah Tuan PPD dan pasukannya. Terima kasih semua yang terlibat.

Bersama memperkasakan KPS dan KMS..

No comments:

Post a Comment