Monday, September 6, 2010

Iman Ghazali-Tawadhuk Seorang Hamba



Suatu ketika, sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampung asalnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Iman Ghazali. Mereka merampas semua harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah buku catatan ilmu yang dipelajari oleh Iman Ghazali dari gurunya di Jarjan, Iman Abu Nashir Al Ismaili.

Lantas Iman Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya itu dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dann menghargainya.

Mendengar permintaan Iman Ghazali, ketua perompak itu merenung tajam ke arah beliau. Kemudian dia tertawa berdekah-dekah seraya bertanya secara menyindir."Untuk apa catatan ini wahai anak muda, bukankah engkau telah memahami dan menghafal seluruh isi kandungnya?"

Walaupun begitu ketua perompak itu akhirnya memulangkan juga buku catatan tersebut kepada Iman Ghazali. Namun beliau sangat terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Ia telah memberi makna yang tersendiri dan kesan yang sangat mendalam dalam diri beliau. Begitu Allah mendidik hamba-hamba Nya. ia boleh datang walau dari mulut seorang yang derhaka.

Selepas peristiwa itu, Iman Ghazali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Beliau mula menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mancatat.

Suatu ketika, swaktu Iman Ghazali mengiman sembahyang, adiknya Ahmad yang turut menjadi makmum, telah mufaraqah (memisahkan diri dari iman lalu sembahyang berasingan).

Apabila hal ini diberitahu kepada Iman Ghazali kemudiannya,beliau telah menemui adiknya lalu bertanya, " Benarkah engkau telah mufaraqah daripadaku dalam sembahyang tadi?"

" Benar saya mufaraqah dengan abang kerana saya tidak mampu berimankan orang yang memasukkan dunia dalam sembahyangnya" jawab adiknya Ahmad dengan lembut dan spontan.

" Apa maksudmu, wahai adikku?" tanya Iman Ghazali bagitu terkejut.
Lalu si adik pun menceritakan apa yang dilihatnya sewaktu dalam sembahyang tadi.

Sekali lagi Iman Ghazali terkejut dengan jawapan adiknya itu. Apakah lamunannya di dalam sembahyang tadi dapat diketahui oleh adiknya? dan bagaimana adiknya boleh mengetahuinya?

"siapakah yang mengajar kamu ilmu pengetahuan sejauh itu, hai Ahmad? bawa aku kepadanya agar aku juga dapat belajar daripadanya." kata Iman Ghazali.

Ahamd menjawab, "Abang tidak akan sanggup melakukannya"
"Bila kukehendaki sesuatu akan ku usahakan walau dengan apa cara sekalipun." balas Iman Ghazali.

Setelah didesak berkali-kali akhirnya Ahmad pun memberitahu abangnya siapa nama gurunya dan di mana beliau berada.

Tanpa membuang masa, Iman Ghazali pun segera menemui orang yang dimaksudkan oleh adiknya itu. Rupa-rupanya lelaki itu seorang penjual daging.

"Saya ingin belajar dari tuan." kata Iman Ghazali kepada lelaki penjual daging itu.
Lelaki itu memandang Iman Ghazali lalu berkata " kamu Al Ghazali. Mahaguru di Universiti Nizamiah (Baghdad). Apa benar kamu mahu belajar?"
" Benar, tuan," jawab Iman Ghazali merendah diri.

"Kalau begitu, bukalah jubah kebesaranmu dan laplah tempat potong daging ini dengan jubahmu itu," kaya lelaki tersebut.

Dengan hati penuh rela, Iman Ghazali melakukan suruhan itu tanpa bersungut. Demi memperolehi ilmu yang bermanfaat, beliau sanggup melalukan apa sahaja asalkan tidak melanggar syariat.

" Esok lepas Subuh datanglah ke rumahku." kata lelaki itu sebaik-baik saja Iman Ghazali selesai mengelap tempat potong daging dengan jubahnya. Sejak hari itu Iman Ghazali menjadi murid kepada lelaki penjual daging itu semata-mata kerana mengharapkan curahan ilmu yang berguna untuk dirinya, sekaligus dapat dimanfaatkan kepada orang lain juga.

Suatu ketika, sewaktu Iman Ghazali mengarang kitab Ihya Ulumiddin di atas loteng Masjid Umawi di Damsyik, datang seekor lalat lalu hinggap dihujung penanya.
Ketika itu beliau sedang memberi sepenuh perhatian pada penulisannya. Payah buat manusia biasa menyedari ia adalah sebahagian dari dugaan Allah untuk melihat sejauh mana kasihnya seorang hamba kepada makhluk yang lemah. Namun hatinya yang halus sangat tersentuh.

Menydari lalat itu dahaga, beliau berhenti menulis. Dibiarkan lalat itu minum titisan air yang melekat pada penanya hinggalah selesai dan puas.

Setelah lalat itu terbang dari penanya, barulah beliau menyambungkan semula kerja-kerja penulisannya yang terhenti sebentar. Tidak hairanlah jika tulisannya begitu halus sehingga dapat merubah hati yang kasar dan menyatukan manusia yang berpecah.

Begitu hebatnya seorang yang bergelar Iman Ghazali
Sekali lagi.. "Selamat Hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin"

No comments:

Post a Comment