Wednesday, August 18, 2010

Menyubur S & T melalui PPS



Pada hari ini bermulalah Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti Dan Pelaporan Prestasi SPM 2010 Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Felda bertempat di Suria Beach Resort Cherating, Pahang. Mesyuarat ini melibatkan pihak penganjur Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Penyelaras PPS Negeri, Penyelaras PPS Daerah, Pengetua PPS serta Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah Negeri yang terlibat dengan program PPS.

Bertolak dari rumah jam 9.00 pagi ke PPD Tanah Merah untuk menaiki kenderaan PPD, Toyota Fortuna sebagai memenuhi hasrat penjimataan perbelanjaan. Konsep "car pool" sebagaimana kehendak BPSH menemukan kami bertiga ( Saya sebagai Penyelaras PPS Negeri,En. Husain Ab. Ghani, Penyelaras PPS Daerah dan En. Sahar (wakil Pengetua SMK Kemahang)untuk bergerak ke tempat mesyuarat bermula jam 11.00 pagi. Setelah hampir 5 jam 30 minit perjalanan tanpa henti, alhamdullilah kami tiba dengan selamat di Suria Beach Resort (yang telah saya kunjungi sebelum ini pada tahn 2006, meeting PPST bersama Bahagian Sekolah pada waktu itu). Tenang sahaja suasana nya selepas melintasi sempadan Terengganu-Pahang.Dengan mengambil masa sekitar 5 minit berkelajuan biasa tibalah di persimpagan masuk ke resort. Dari jalan utama cuma 500 m ke dalam menghampiri pantai Laut Cina Selatan. Lapor diri dengan bayar sendiri RM145.00 satu malam selama 3 hari 2 malam.

Berehat di Bilik 113 menunggu waktu berbuka. Jam 7.20 malam dibunyikan paluan gong menandakan azan maghrib, maka berbuka puasalah kami peserta mesyuarat. Berjumpa rakan lama penggiat PPS negeri-negeri dan juga muka baru. Kali pertama berbuka puasa di resort untuk kali ini. Banyak juadah yang enak di mata cuma yang dimakannya hanya yang termampu dek volume perut sahaja. Malam tiada program mesyuarat tetapi diisi dengan solat terawih selepas solat fardu insya. Itu pun dibuat tanpa berjemaaah tidak sepertimana malam-malam sebelum ini masjid dikampung halaman,jaga jam 4.30 pagi untuk bersahur.Agak selesa sedikit badan setelah penat dalam perjalanan.

Jam 8.00 pagi, 19 Ogos 2010 (Khamis), bermulalah mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Abu Hashim, pegawai BPSH dengan membentangkan laporan status pencapaian SPM 2009 bagi semua sekolah PPS.Dapatan menunjukkan begitu banyak impaks hasil pengwujudanan PPS ini dalam kejayaan pelajar. Jika dalam PMR tahun 2007, ada pelajar yang mendapat matematik D, tetapi pelajar yang sama setelah mengikuti PPS selama 2 tahun, dalam SPM tahun 2009 memperolehi A+ dalam Matematik serta A- dalam Matematik Tambahan. Ini antara contoh kejayaan pelaksanaan PPS.

Tetamu VIP yang hadir merupakan orang penting dalam melahirkan idea dan seterusnya menjayakan PPS iaitu YBhg. Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib selaku Pegawai Khas Menteri Pelajaran Malaysia. Setelah berhenti rehat selama 10 minit, meeting disambung semula jam 10.10 pagi sehingga jam 12.30 tengahhari. Selepas solat zohor dan berehat sekejap, majlis disambung jam 2.00 petang dan berakhir jam 7.15 malam. Diisi dengan peloporan dari 14 buah sekolah PPS seluruh negara dengan pembentangan pencapaian SPM 2009 serta target SPM 2010 serta pelaksanaan pelbagai program dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Berbuka jam 7.20 malam,waktu tempatan dengan paluan gong dan selepas itu berehat setelah penat bermesyuarat sepanjang hari. Jam 11.00 malam keluar ke bandar Kemaman, yang satu ketika dulu dari 1983 hingga 1987 merupakan laluan utama berulang alik ke Bandar Pusat Jengka,bertugas sebagai pendidik di sana (era pengetua : Tn. Hj. Abbas Awang, Tn. Hj. Kamaruzaman ) , tinjau fenomena malamnya dengan restoran yang dihidupkan. Sempat minum kopi ginseng tongkat ali di Restoran Dinnie 2, pekerjanya dari Golok dan Petani, Thailand.

Antara intipati Dato' dalam ucapannya ialah:
* meningkatkan penyertaan waris felda dalam PPS yang kini semakin mengucup.
* meningkatkan kecemerlangan A+, A dan A- dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi Pencapaian dalam Bahasa Melayu dan Matematik amat memberangsangkan tetapi tak boleh diabaikan tumpuan kepadanya.
* peranan pengetua dalam pengurusan dan penglibatan secara langsung dalam PPS
* guru opsyen mata pelajaran hendaklah opsyen lagi komited
* PPS merupakan satu inisiatif untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang Sains demi kejayaan masa depan mereka. Walaupun tahap pencapaian dalam PMR dengan C, C dalam Sains dan Matematik, mereka berkeupayaan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah,Diploma ataupu Sijil setelah tamat SPM
* PPS akan menjadi antara penyumbang dalam meningkatkan Dasar 60:40 (pencapaian terkini 39:61 )
* PPS meningkatkan penyertaan pelajar luar bandar dalam bidang S & T (Pelajar Felda dan sekitarnya)
* PPS saling berkolaboratif sesama PPS yang lain (Twin School)
* Pihak pengurusan sekolah perlu cakna dengan isu ketidakhadiran aerta isu displin pelajar dalam program PPS
* Kebijaksanaan pengurus sekolah dalam mengatur jumlah masa tuisyen kepada pelajar berdasarkan kategori pencapaian mereka.
* Pelbagaikan kaedah penyampian ilmu secara fleksi termasuk seminar, kem mata pelajaran serta lainnya yang difikirkan sesuai lagi befaedah agar minat pelajar untuk belajar terus subur. Kaedah streotaip hanya akan menjemukan pelajar terutamanya di kalangan mereka yang agak lemah.
* Setiap sekolah PPS ada yang sama programnya dan ada yang baru serta tak sama. Kongsi dan suaiamalkan di sekolah masing-masing.
* "Follow-thru" pelajar selepas SPM hendaklah dilaksanakan demi perancangan sekolah untuk tahun berikutnya.
* PPS merupakan antara projek utama BPSH, KPM

Hari ketiga merupakan hari terakhir mesyuarat diisi oleh sesi perbincangan, pembentangan wakil Jabatan dan majlis anugerah SPM 2009. Mewakili JPN Kelantan, saya membentangkan langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Tahniah kepada yang berjaya dalam pencapaian SPM 2009, dan yang lain dapatkan kejayaaan seumpama ini dengan membantu pelajar yang akan menempuhi SPM Tahun 2010 ini. Kepada Tuan, semua guru-guru PPS bimbing bantulan mereka disaat-saat ini yang amat diperlukan oleh mereka.

Pencapaian Terbaik SPM 2009
SMK Kuala Repas Bentong, Pahang- BM
SMK Jengka 2, Pahang-BI
SMK Pelong, Terengganu- Matematik
SMK Purun, Pahang - Matematik Tambahan,Fizik,Biologi, kategori Khas, Pencapaian Keseluruhan.
SMK Air Puteh, Terengganu- Kimia

(Kecemerlangan mata pelajaran dan kategori khas setiap satu menerima RM 1000 , pancapain keseluruhan RM 2000. Tahniah SMK Purun, banyaknya dapat )


Tempat jam 12.00 tengah hari, mesyuarat ditangguhkan dan kami peserta membuat "Check Out" dan belepas balik kedistinasi masing-masing. Khas kepada YBhg. Dato' yang akan bersara pada 31 Ogos ini (setelah 4 tahun kontrak), saya ucapkan selamat bersara dan jasa serta tunjuk nasihat Dato' tetap saya ingati sebagai panduan dalam meneruskan kerjaya ini. Tanpa henti, kami tiba di PPD Tanah Merah pad jam 5.00 petang dan tiba di rumah hampir waktu berbuka dalam hujan yang lebat.

Kepada rakan semesyuarat sekelian, banyak perkara yang telah kita kongsi bersama dalam menjayakan PPS ini.Jumpa lagi dilain kali.

(JPN Kelantan di wakili oleh: Saya (PenyeLaras PPS Negeri), YM Tengku Fauzi, Penolong Pengarah Sektor Pengursuan Sekolah Menengah,En, Husain Ab. Ghani( Penyelaras PPS Daerah Tanah Merah), En. Wan Badruddin ( Penyelaras PPS Daerah Gua Musang),En. Ariffin (Pengetua SMK Chiku 2) DAN En. Sahar (SMK Kemahang)

No comments:

Post a Comment