Tuesday, June 8, 2010

Banyaknya "Make gulai" musim cuti ni...





Bermula 4 Jun 2010 sehingga 20 Jun 2010 merupakan cuti persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah. Gembira mereka setelah penat mengikuti sesi persekolahan sebelumnya walaupun semasa cuti ini masih ada lagi kelas untuk pemulihan , pengukuhan maupun pengayaan..lebih-lebih lagi pelajar kelas peperiksaan UPSR,PMR maupun SPM/STPM. .demi satu matlamat meningkat dan mencapai kecemerlangan akademik para pelajar mereka.

Namum begitu, saban tahun menjelang musim cuti begini, majlis kenduri kendara rancak dilaksanakan sebagai kesyukuran menyambut kedatangan "orang baru" anak menantu atau majlis aqiqah.Setiap hari tentu ada saja majlis ini mengikut tarikh sebagaimana kad jemputan kenduri kesyukuran atau perkahwinan. Tiga empat jemputan sehari dah menjadi perkara biasa.Bertolak ke situ sini tanpa mengira jauh dekat memenuhi undangan para sahabat.Jika demikian boleh dikatakan setiap orang menerima sekitar 20-30 jemputan dalam musim cuti ini.Semua ini perlu kepada perancangan pergerakan yang baik agar semua jemputan dapat dipenuhi.

Menghadiri majlis kenduri bermakna kita akan makan, banyak sikit itu bergantung. Tetapi dalam juadah di musim begini banyak menu mempunyai kandungan kolestrol, lemak,protin, gula dan lainya begitu tinggi..yang mungkin boleh memberi ancaman kepada keseimbangan komposisi kandungan keperluan dalam tubuh..Ini akan akhirnya menjejaskan fungsi tubuh kita. Terkadang rasa tak selesa badan, sengal sakit serta lengguh anggota badan kesan makan daging yang agak berlebihan.Yang tak ada apa-apa dah rasa semacam, inikan pula yang telah ada sedikit sebanyak penyakit yang sedia menanti.

Sehubungan itu, sewajarnya kita semua sentiasa beringat tentang kaedah serta budaya makan ini agar kita sihat walafiat. Kajian sains yang dilakukan oleh pakar pemakanan mendapati bahawa perkara negatif sedemikian berlaku disebabkan oleh lebihan asid berada didalam badan kita. Kehadiran asid ini telah menimbulkan kesan tak selesa dan ianya perlu diatasi dengan mengambil sumber makanan yang lebih bers ifat alkali. Di sini dipaparkan satu artikel mengapa perlunya kita memakan bahan yang kaya dengan sifat alkalinya agar kita sihat sentiasa hendaknnya.


Terdapat 2 jenis makanan yang utama:
1. Makanan berasid: Contoh makanan berasid adalah seperti daging, ikan, udang, ayam. roti dan tepung.
2.Makanan beralkali: Contoh makanan beralkali adalah seperti sayuran, rumpai laut, buah-buahan dan juga telur putih.

Mengikut pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.

Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya bahan makanan yang mengandungi asid adalah hasil makanan yang telah mengalami pencernaan makanan dan asimilasi.

Contohnya buah lemon. Pada awalnya lemon mempunyai asid. Namun selepas proses pencernaan makanan ianya akan menghasilkan abu alkali. Lebih dari sekadar isu lemon, perlu ditekankan di sini bahawa perkara ini hanya terjadi sekiranya buah tersebut dipetik ketika telah sedia masak. Sekiranya buah tersebut belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, maka buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.Hasil akhir ini amat merungsingkan kerana ianya boleh memberi kesan kepada badan kita.

Secara fakta, ianya tidak hanya terjadi kepada lemon sahaja tetapi kepada buah-buahan lain seperti nenas, mangga, peach, dan epal. Pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Kembali kepada topik makanan berasid dan beralkali, jadi yang mana satukah yang kita patut makan? Sebetulnya, kedua-dua jenis makanan ini perlu diambil secara sederhana demi kesihatan yang baik. Menurut Dr. Ragnar Berg dari United States, ‘Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri dari 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.

Sama ada badan anda beralkali atau berasid adalah bergantung kepada makanan yang anda ambil. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH7.3 ke 7.4). Adalah penting sekali bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang anda ambil agar anda dapat mencapai kesihatan yang seimbang iaitu 80% alkali dan 20% asid.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan untuk pelbagai penyakit yang lebih rendah berbanding pesakit lain yang mempunyai nilai kandungan asid yang lebih rendah di dalam urea mereka. Kajian juga telah di jalankan ke atas binatang. Binatang tersebut terdiri dari binatang beralkali dan berasid. Kedua-dua badan binatang ini kemudiannya disuntik dengan virus. Bintang yang mengandungi badan beralkali hanya mengalami sedikit kecederaan dan lebih cepat sembuh. Binatang yang mempunyai badan berasid pula akan lebih cepat jatuh sakit dan seterusnya mati.

Kesimpulannya, badan beralkali adalah sistem pertahanan pertama melawan penyakit. Badan yang mempunyai kandungan asid yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti serta mudah jatuh sakit dan seterusnya menjadi kepada penyebab kemerosotan sistem badan.

Jadi bagaimana badan kita mendapat kandungan asid ini? Apabila kita makan makanan yang mengandungi daging, telur, dan produk binatang yang lain dengan terlalu banyak, ini akan menyebabkan badan mempunyai nilai pH asid yang tinggi. Salah satu cara yang tercepat untuk memastikan bahawa pH badan kembali seimbang ialah dengan mengambil hidangan spirulina, alga biru-hijau yang juga dikenali sebagai makanan super kerana mempunyai makanan yang berketumpatan tinggi dengan nutrien. Makanan tambahan kesihatan ini juga mengandungi 100% alkali.



Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.

Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan berasid, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.


Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.

Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)
Pencemaran
Gaya hidup tidak aktif
Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:
Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.
Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.
Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.

“Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.

Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:
Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)
Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)
Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.

Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.

“Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.

Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.

Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.

Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.

Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.

SUMBER :Motivasi Tip Kesihatan


Dan sesungguhnya sederhana itu amatlah diutamakan.Allah menjadi lidah dengan ciri pengesanan tersendiri..ada zon manis,masim, pahit dan masam.Kecapai rasa-rasa berkenaan itu untuk kesihatan dalam menjalani penghidupan ini. Juga sekalung tahniah kepada sahabat yang menerima ahli keluarga baru. Terima kasih diatas kesudian Tuan menjemput saya untuk hadir memeriahkan sambutan ini. Nanti cuti berikutnya, majlis seumpama ini akan bermula lagi.

No comments:

Post a Comment