Thursday, February 18, 2010

Jangan Lupa Jasa Bonda



Pada hari ini, jam 8.30 pagi..kebetulan masih bercuti rehat musim perayaan tahun baru cina,saya telah menghadiri Majlis Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 2010 SK Tiong Kota Bharu. Anak ke lima, Wan Nur Syahida, kini menerus jejak menuntut ilmu di sekolah lama saya, seperti abang dan kakak-kakaknya, termasuk adiknya, Wan Nur Syaziyah,pelajar tahun 2. Mereka tidak mengambil cuti ganti seperti sekolah-sekolah lain di sekitarnya. Syukur Alhamdulillah, mereka meneruskan kerjaya, walaupun kakak-kakak mereka di sekolah menengah masih bercuti.

Motivator yang dijemput merupakan rakan lama. En. Ghazali Salleh dari SMK Long Ghafar, Kota Bharu. Antara yang diberi fokus, dan begitu terkesan ialah kewajiban anak menghormati dan menyanjungi kedua ibu bapa mereka.Tanpa kehadiran mereka berdua, tentu kita semua tidak dapat menghirup udara di dunia fana ini. Sayangi mereka, kelak anak-anak kita akan menyayangi kita.Ajar didiklah mereka dengan ilmu dan penghayatan agama, nescaya mereka tidak sampai hati melakukan dosa kepada kita nanti.

Mereka, anak-anak yang hadir termasuk ibu bapa terkedu sendu, mengrefleksi diri akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Anak inginkan kejayaan, begitu juga ibu bapa lebih inginkan kejayaan buat generasi keturunan mereka.Seusai program ini, pengisiannya diselangseli dengan tayangan slaid dan lagu-lagu yang penuh pengajaran buat semua.

Kita pastinya tak boleh lupa, bahawa kita juga adalah seorang ANAK...anak kepada kedua ibubapa kita..ingatlah jasa mereka.

Sekalung tahniah dan terima kasih buat Puan Guru Besar dan Sahabat Guru-Guru SK Tiong yang menganjurkan program ini.

Ya Allah terus berikan restu MU agar anak-anak kami semua menjadi orang yang solleh memakmurkan dunia MU ini.

No comments:

Post a Comment