Friday, February 26, 2010
Hadirnya 12 Rabiulawal 1431 H
Tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi mengingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w.. Ianya mengingatkan kita kepada sirah Nabi, perjuanganya menegakkan agama Islam dan halangan halangan yang terpaksa ditempuh oleh Kekasih Allah itu dalam memastikan Islam dijulang.
Umat Islam di dunia khususnya di negara ini, bulan ini adalah bulan paling sibuk, bulan paling banyak ceramah, masjid masjid akan mengadakan sambutan Maulidul Rasul untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Memperingati kelahiran Rasulullah dengan berbagai program, ada yang berarak, ada yang melakukan sambutan di tempat tertentu, ianya merupakan satu penghormatan kita terhadap Nabi Muhammasd s.a.w.Namun satu yang perlu kita ingat, sekadar menyambut kelahiran Rasulullah sahaja tidak bermakna jika kita tidak mematuhi perintahnya... kita wajib menghayati perjuangannya.
12 Rabiulawal, Isnin lahirnya junjungan Nabi juga seingat saya pada tanggal 25 November 1985 juga 12 Rabiualawal , hari Isnin, saya membawa pulang kereta kebanggaan Malaysia, Proton Saga DP5884 ke rumah setelah dua bulan dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir Muhamad. Kehebatan Malaysia terserlah kerana dapat berada bersama dalam senarai negara pengeluar automobil dunia.Kereta itu kini masih elok dan berfungsi tetapi nilaiannya semakin tinggi disebabkan ada title " antik ".
Pada tahun ini 12 Rabiulawal yang bersamaan 26 Februari, jatuh pada hari Jumaat. saya mendapat jawapan balas dari salah seorang sahabat setelah SMS saya dihantar kepada beliau mengenai ucapan Selamat Menyambut Mauludi Rasul.. mengapa dalam masa terdekat ini terdapat banyak peristiwa yang jatuhnya pada penghulu segala hari itu.
Peristiwa dalam Islam dan Bukan Islam
27 November 2009 - Jumaat - Hari Raya Qurban
18 Disember 2009 - Jumaat - 1 Muharam 1431 H
( 25 Disember 2009 - Jumaat - hari Natal)
( 01 Januari 2010 - Jumaat - Tahun Baru 2010)
26 Februari 2010 - Jumaat - Maulidul Rasul
( 28 Mei 2010 - Jumaat - hari Wesak)
27 Ogos 2010 - Jumaat - Nuzul Alquran
10 September 2010- Jumaat - hari raya Idilfitri
( 05 November 2010 - Jumaat - Deepavali)
Di akhir SMS beliau menyebut " Ingatlah saudaraku, di dalam Al-Quran ALLAH telah menyebut bahawa KIAMAT juga terjadi pada hari Jumaat.
Adakah terjadinya peristiwa di atas itu satu suratan atau satu kebetulan. Bagi saya tiada satu pun yang terjadi adalah secara kebetulan, tetapi semuanya sudah menjadi suratan.Kita hanya pandai merancang tetapi takdir yang menentukan.
Akhir kalam, selamat menyambut Maulidul Rasul dan hayati pengajarannya.
No comments:
Post a Comment