Thursday, January 21, 2010

Cerita Mesyuarat di Putrajaya

Pada hari Rabu lepas yang bertarikh 13 Januari 2010, pegawai meja (En. Abu Hashim) mengenai Skim Tusyen Felda (STF) dan Pusat Pemebelajaran Sains (PPS) telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Program Peningkatan Akademik Sekolah Felda:STF dan PPS Bersama Pegawai Penyelaras JPN dan PPD akan diadakan pada 20 januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Kemboja (Utama),Aras 4, Blok E2, Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau memaklumkan semua pegawai penyelaras negeri STF dan PPS serta penyelaras dari PPD seluruh negara 'wajib' hadir menyertai mesyuarat tersebut. Memandangkan tahun 2010, tahun penjimatan perbelanjaan, maka beliau menyarankan agar berkongsi menggunakan kereta untuk ke sana.

Sehubungan itu, pada 19 Januari 2010,saya selaku Penyelaras Negeri STF dan PPS bertolak dari rumah jam 9.30 pagi ke PPD Tanah Merah untuk mendapatkan kenderaan PPD, Toyota Fortuner (Terima Kasih Tuan PPD atas kelulusan Tuan membenarkan penggunaan kenderaan tersebut). Dari PPD Tanah Merah, bersama En. Husain Ab Ghani (Penyelaras PPS PPD) dan En. Razali Kasim (Penyelaras STF PPD), kami bertolak jam 11.00 pagi ke Kuala Lumpur.Tiba di KL , jam 6.30 petang setelah berhenti untuk makan-minum dan solat.Bermalam di Adamson Inn (belakang Hotel City Villa )dengan 4 katil bagi kami berempat.Rakan dari PPD Gua Musang, En. Wan Badruddin (Penyelaras PPS PPD) dan En. Zuhdi (Penyelaras STF PPD) bertolak jam 10.00 malam.

Esoknya, kami "check-out" hotel dan terus ke Putrajaya selepas mengambil breakfast di Plaza Putrajaya.Jam 9.00 pagi mesyuarat bermula dengan dipengerusikan oleh , Dr. Madzniyah Md Jaafar, Ketua Unit Akademik bersama pegawainya dan 68 pegawai STF/PPS seluruh negara. Turut bersama ialah Y.Bhg. Dato' Hj. Ahmad Azmi,Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran. Antara yang menjadi fokus utama dalam mesyuarat ini ialah:

i. Ucapan Y.Bhg. Dato' Ahmad Azmi
- STF/PPS merupakan program pelengkap kecemerlangan akademik pelajar
- PPS dapat meningkatkan penyertaan pelajar dalam menjayakan Dasar 60:40 S & T Negara
- Felda dan Petronas akan menaja "biasiswa" pelajar PPS yang mendapat semua A dalam SPM
- Pertonas membuka peluang kepada pelajar PPS untuk mengikuti kursus di Institut Teknologi Petronas (Instep) , Batu Rakit,Terengganu.(kerjaya dalam petroleum)
- Pengurusan Jadual Waktu amat penting sebelum melaksanakan P & P ( sekiranya semua pelajar dah menguasai satu mata pelajaran dengan baik, berilah masa mata pelajaran tersebut kepada mata pelajaran lain, di mana ada lagi pelajar yang belum mengusainya)
- Inovasi P & P dan pengurusan perlu dibuat [ Jika Buat yang sama, Hasilnya sama tapi Jika Buat berbeza, Hasilnya berbeza ]
- MBMMBI : Mengapa MBM - mempertahankan "jati diri" dengan Bahasa Melaysia sebagai Bahasa Kebangsaan; Mengapa MBI - memperkuatkan 'daya saing" menjadikan pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa International

ii. Pembentangan oleh Dr. Madzniyah
- Keputusan 2009: Keseluruhan UPSR Keb - 63.10 %, UPSR STF - 72.29 % : Kecemerlangan 5A UPSR Keb- 9.5 %, UPSR STF - 9.6 % ( Kedua-dua Meningkat )
- Pelaksanaan STF/PPS 2010
^ Perubahan Kaedah Pelaksanaan:

UNTUK STF( Murid : hanya melibatkan 30 % murid dalam kelas pengayaan sahaja bagi Tahun 6, PMR, dan SPM, Mata Pelajaran hanya 4 MP sahaja :Tahun 6 : 4 MP ( BM, BI, M, S) Tingktan 3 (BM, Bi, M, S) Tingkatan 5 ( BM, BI,M, S atau 'fleksi' dengan MP lain, Jumlah Jam:32 jam/MP/tahun, Elaun Guru Tuisyen: SR:RM30/jam, SM:RM40/jam)Elaun Penyelaras: RM100/bulan x 8 bulan, bayaran Utiliti:RM100/bulan x 8 bulan,Alat tulis- buku-bahan edaran:RM100/bulan x 8 bulan, Program Motivasi-bengkel MP : SR RM1000/taghun, SM RM2000/tahun) )

UNTUK PPS( Murid : 70% warga Felda 30 % dari luar bandar, Tuisyen untuk 6 Mata Pelajaran ( BI,M, MT,F, K, B/Elektif)) Jumlah Jam: 2jam/ MP/minggu @ 64 jam /tahun (40 jam -waktu akademik (kelas) dan 24 jam - waktu ko-akademik (seminar 4 jam,bengkel 8 jam, amali(kertas 3) 8 jam, kursus 4 jam), Elaun Guru Tuisyen: RM40/jam)Elaun Penyelaras: RM200/bulan x 8 bulan, Program Motivasi-bengkel MP : SR RM2000/kelas/tahun, Kem Jejak Kerjaya Petrosains RM2000/tahun) )

^ Program/aktiviti (mesyuarat pelaksanaan STF/PPS, Promosi PPS, Kursus Belajarlah sayang, Program Lesson Study peringkat daerah, Kursus Headcount dan Post-Mortem, Kursus Pendidikan Kerjaya,Program Ko-akademik bersama Petrosains( Projek Sains,Program Sains,Kembara Kerjaya (PPD Tanah Merah 3 Jun 2010),Kuis Mutiara Felda(Spelling Bee,Kuiz Sains Matematik Agama),, DBP,Enviroment Online(ENO),)
^ Pemantauan peringkat KPM/JPN/PPD (gunakan instrumen sedia ada, laporkan dapatan ke KPM, Pemantauan Headcount dan Post-Mortem, Pemantauan Lesson Study, )
^ Penggumpulan data dan Penyediaan laporan (setiap kali peperiksaan utama sekolah, TOV tahun sebelum,Setengah tahun, Percubaan. Akhir Tahun, Peperiksaan Awam UPSR,PMR,SPM )
^ Peruntukan- FELDA sepenuhnya

Terima kasih kepada pihak pengurusan FELDA kerana masih ada peruntukan untuk meneruskan program ini walaupun banyak program lain terpaksa dibatalkan untuk pelaksanaan tahun 2010 ini.

Mesyuarat berakhir jam 5.00 petang.

Di kesempatan yang ada, saya dapat bersembang dengan YBhg. Dato' Hj. Ahmad Azmi sewaktu makan tengah hari membicarakan beberapa isu pendidikan terkini. Jemput Dato' ke Kelantan, tapi katanya dalam masa terdekat ini, tak sempat kerana MBMMBI juga kini merupakan sebahagian tugas barunya. Juga dapat bertemu dengan bekas bos "Tuan Haji Husin Awang" yang kini merupakan Timbalan Pengarah (Dasar) BPSH, KPM.Tak lupa, bertemu juga dengan En. Razali, dulu di Jemaah Nazir Kelantan, kini di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster bersama Pn. Faridah Yang Razali, kini KPP bahagian tersebut (dulu di Jemaah Nazir Persekutuan, di mana sempat bersama memantau PPSMI pertengahan tahun 2009 di SK Ipoh, Tanah Merah)

Tepat jam 5.20 bertolak balik ke Kelantan, singgah solat di Masid Ketari, Bentong jam 6.30 petang, makan di depan Petronas Kechau K.Lipis. Di sepanjang jalan tak terlelap mata ,walhal dua sahabat flip-flop matanya. Tiba di PPD Tanah Merah, jam 12.30 malam, terus bekereta balik ke rumah. Tiba di rumah jam 2.00 pagi, esoknya telefon ke pejabat tak hadir nak tidur ganti.Kesihatan kena jaga... Tak tidur malam dan dalam perjalanan amat memenatkan badan dan minda.. lesu seharian.Bukan kerana apa,, kita dah berumur.Alhamdulillah selamat semuanya.

Tak dilupakan kepada Abe Man yang memandu Fortuner.. Terima kasih, ada peluang dan ruang kita dapat bersama lagi. < Kita semua klim dengan BPSH di bawah peruntukan FELDA >

No comments:

Post a Comment