Friday, December 5, 2008

...BELAJAR DOH TAPI TAK FAHAM!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Pada tanggal 1-3 Disember 2008, bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang, Selangor, kami yang terdiri dari 15 orang Pegawai Sains & Matematik JPN/PPD, Guru Cemerlang dan Guru telah menghadiri "Science and Mathematics Educational Regional Conference 2008 (SMEReC2008)" bertemakan Sustainable Human Capital Development Through Science and Mathematics Education. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan pakar pendidik dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Australia.

Pengisian SMEReC2008 ialah mengenai kepentingan ilmu Sains dan Matematik dalam membawa negara ke arah negara maju dengan pembangunan modal insan yang hebat demi menambahkan kekuatan daya saing menghadapi cabaran dalam abad ke 21 ini. Ianya amat bersesuaian sebagai satu platform untuk guru sains, guru matematik, pembuat dasar, pembangun kurikulum dan yang berkepentingan dalam memperkasakan modal insan ini.

Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah isu Belajar Doh Tapi Tak Faham ( Learning Without Understanding). Ianya mungkin telah dilalui oleh semua orang termasuk kita sendiri. Dengan kata lain, proses pembelajaran agak sukar atau tak berlaku, nanti natijahnya ialah tajuk atau mata pelajaran berkenaan akan dilabelkan sukar. " Tak payah masuklah aliran sains, susah ........". Sindrom ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Bagi konteks kita, adalah sukar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai hasrat Dasar 60:40 menjelang tahun 2010.

Apakah sebabnya ?. Mengikut dapatan yang dicadangkan, perkara ini boleh diatasi secara berhemah oleh guru mata pelajaran berkenaan. Mereka perlu meningkatkan mutu pengajaran dengan pelbagai pengkaedahan pengajaran bermula dengan aras rendah diikuti aras sederhana dan aras tinggi. Kita golongan guru perlu ada pedagogy-content-knowlegde yang secukupnya. Kita guru sains dan matematik sentiasa mengatakan bahawa belajar sains dan belajar metematik itu mudah, maka menjadi tugas kita agar anak didik kita juga akan mengatakan demikian kerana mereka telah dipermudahkan oleh kita... sebabnya pengajaran yang dibuat oleh kita begitu mudah difahami dan dihayati oleh mereka.

Tapi itu semua bergantung kepada perancangan dan kerjabuat yang lebih sistematik oleh kita..Proses pengajaran yang baik oleh guru akan menjadikan proses pembelajaran yang baik oleh pelajar. Semoga sesi persekoahan 2009 diisi dengan penuh makna.Sekian.. WASSALAM

No comments:

Post a Comment