Friday, October 10, 2008

DOAKAN KEJAYAAN ANAK KITA

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH pada tanggal 9 Oktober 2008 bersamaan 9 Syawal 1429H, hari Khamis malam Jumaat saya bersama isteri telah hadir di majlis Solat Hajat di SMK Kota, Jalan Salor, Kota Bharu. SMK Kota merupakan sekolah kedua saya setelah menamatkan pelajaran di SK Tiong.Banyak kenangan indah di sekolah ini yang kini merupakan sekolah tempat anak-anak saya meneruskan pelajarannya.

Kami hadir tepat jam 6.45 petang, sempat bertemu ramai rakan-rakan persekolahan diera awal 70'an di mana di sini anak kami akan menempuhi PMR minggu depan iaitu pada 13 hingga 17 Oktober 2008. Setelah azan maghrib berkemundang, ibubapa yang memenuhi mussala SMK Kota mengerjakan solat secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan bacaan YASSIN.

Setelah selesai mengerjakan solat Isya', ucapan penghargaan dan terima kasih telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengetua SMK Kota. Beliau telah memberi input yang begitu berguna buat ibubapa yang hadir bagi membantu kejayaan anak-anak mereka. Antaranya ialah kita sebagai ibubapa hendaklah mengurus anak kita dengan kasih sayang, memberi pemakanan yang baik, mengingatkan anak-anak agar menjaga masa tidur mereka, bersama mereka mengerjakan solat dan mendoakan kejayaan.

Jelas pada pandangan dan pengamatan saya, harapan semua ibubapa yang hadir ingin melihat kejayaan anak-anak mereka adalah begitu tinggi. Kejayaan anak adalah kejayaan mereka.Demikian juga rakan guru yang hadir bersama dalam majlis ini menginginkan bahawa anak didik mereka ini berjaya mengharumkan nama sekolah.

Inilah antara senario yang berlaku di sekolah ini dan ianya juga merupakan salah satu pengisian yang dibuat oleh semua sekolah di negeri ini. Terima kasih kepada semua rakan pendidik yang amat prihatin, juga untuk semua ibubapa yang sentiasa bersama membantu ke arah meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan di negeri tumpah darah ini.

Marilah kita bersama doakan kejayaan mereka...semoga mereka berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment