.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, November 10, 2011

Mendapat Keredhaan Allah SWT


Telah berkata Hatim bin A'sam: Sesiapa yang istiqamah dalam empat perkara maka ia akan mendapat keredhaan Allah swt:

1- Yakin hanya kepada Allah swt yakni memberi rezeki,memberi kemudharatan dan segalanya dari Allah swt. Selain daripada Allah swt tidak akan dapat memberikan manfaat dan kemudharatan tanpa izin Allah swt.

2. Bertawakal kepada Allah swt semata-mata.Yakni menyerahkan segala urusannya kepada Allah swt setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan telah melakukan yang terbaik, maka yang selebihnya diserahkan kepada Allah swt.

3. Ikhlas hanya kepada Allah swt. Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan hanya untuk mendapat balasan Allah swt tanpa ingin mendapat pujian dan balasan daripada makhluk Allah yang lain.

4. Mememahami dan mengenali Qada' dan Qadar Allah swt. Yakin menyakini bahawa segala yang berlaku adalah atas perancangan dan kehendak Allah swt dan kita sebagai hambanya mampu berusaha sahaja.

Wednesday, November 9, 2011

Apa Pandangan Tuan Tentang Ini ?



Terasa juga hibanya..

Tuesday, November 8, 2011

Saya antara peminat tinju..



KUALA LUMPUR – Bagi anak-anak yang lahir di zaman millenium ini, mungkin mereka tidak pernah mendengar nama Muhammad Ali,Joe Frazier dan lainnya sebagai peninju lagenda yang pernah berjaya menarik berbilion manusia di seluruh dunia untuk bertumpu kepadanya selama beberapa jam.

Bagi penggemar sukan tinju, nama Joe Frazier atau nama timangannya, “Smokin’ Joe”, begitu hebat dipuja sebaris dengan lagenda tinju nombor satu dunia, Muhammad Ali, yang menjadi seteru utamanya di gelanggang pertandingan tinju kategori heavyweight dunia selama hampir dua dekad.

Pertarungannya sebanyak tiga kali dengan Muhammad Ali ‘memaksa’ seluruh dunia untuk berada di depan kaca televisyen masing-masing dan menyebabkan hampir semua aktiviti tergendala untuk beberapa jam sehingga perlawanan mereka selesai.

Perlawanan pertama antara Joe Frazier dengan Muhammad Ali berlangsung pada 8 Mac 1971, di mana aksi penuh mendebarkan terhidang di sepanjang 15 pusingan merebut kejuaraan tinju heavyweight di Madison Square Garden, New York, yang dipenuhi ratusan ribu penonton dari seluruh dunia.

Dilahirkan pada 12 Januari 1944 di Beaufort, South Carolina, Joe Frazier begitu digeruni lawan dengan tumbukan ceduk tangan kiri yang kencang dan mampu menumbangkan lawannya dengan sekali hayunan sahaja.

Pertandingan yang digelar sebagai “Fight Of The Century” itu berlangsung sengit menyaksikan rahang Muhammad Ali bengkak teruk menerima penangan tumbukan ceduk Joe Frazier pada pusingan terakhir perlawanan tersebut yang membantu kemenangan beliau yang pertama terhadap seterunya itu.

Bagaimanapun, kedua-dua lagenda tinju tersebut kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas pertandingan berakhir.

Perlawanan kedua antara mereka berlangsung pada 28 Januari 1974 di lokasi yang sama di mana Muhammad mahu membalas dendam atas kekalahan pertamanya tiga tahun lalu.

Meskipun pertarungan kali kedua ini bukanlah menawarkan kejuaraan tinju heavyweight yang ketika itu menjadi milik George Foreman, namun kehangatannya jelas terasa apabila kedua mereka bertikam lidah dan saling memaki hamun sebelum perlawanan bermula lagi.

Kali ini, mengambil pelajaran dari perlawanan pertamanya, Muhammad yang menyedari bahaya tumbukan ceduk Joe, bijak memilih strategi mengelak ke kanan lawannya dan menyaksikan beliau menebus kekalahan pertamanya dengan memenangi pertarungan kedua itu.

Klimaks pertembungan Muhammad Ali – Joe Frazier berlangsung setahun kemudiannya di Quezon City, Manila, Filipina, yang menyaksikan sekali lagi seluruh dunia meninggalkan aktiviti masing-masing serta bertumpu kepada kedua peninju terhebat dunia itu.

Digelar “Thrilla In Manila” berlangsung pada 1 Oktober 1975, pertarungan finale antara kedua peninju tersebut diadakan bagi menentukan siapakah yang paling layak bergelar ‘Juara Heavyweight Sebenar Abad ke-20’ setelah keputusan pertarungan mereka sebelum ini terikat 1 – 1.

Pada peringkat awal dan pertengahan pertarungan, Joe menampilkan aksi meyakinkan dengan mengawal gelanggang dan memaksa lawannya itu bertahan sepenuh kudrat dari terkena tumbukan maut dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, selepas pusingan kesepuluh, Joe mula keletihan dan menyebabkan Muhammad mengambil kesempatan tersebut untuk meng’hadiah’kan beberapa kombinasi tumbukan pada tepat dibahagian muka dan matanya.

Pada pusingan ke-12, meneruskan momentum asakan, Muhammad bertubi-tubi menyerang hingga menyebabkan muka Joe Frazier bengkak teruk, terutamanya di bahagian yang hampir dengan mata.

Melihat lawannya cedera dengan penglihatan yang semakin terhad akibat bengkak-bengkak, Muhammad tidak melepaskan peluang untuk terus membelasah Joe dengan tumbukan yang mengenai bahagian mulut dan menyebabkan penampan gigi lawannya itu tercabut ‘terbang’ ke arah penonton.

Baki dua minit pada pusingan ke-13 itu dipergunakan sepenuhnya oleh Muhammad Ali menyebabkan mulut Joe Frazier mengalami kecederaan teruk sehingga akhir pusingan tersebut.

Pada pusingan ke-14, Joe Frazier masuk ke gelanggang dengan pandangan yang hampir kelam, ditambah pula dengan tumbukan Muhammad Ali yang hampir pada mata sebelah kanannya menyebabkan beliau terhoyong-hayang dan hampir rebah ke lantai gelanggang.

Melihat keadaan Joe Frazier tersebut, pengurus beliau, Eddie Futch, membuat keputusan untuk meminta pengadil menghentikan perlawanan epik tersebut walaupun beberapa kali dibantah oleh anak didiknya itu.

“I want him boss..(Saya mahukan dia boss..),” kata Joe Frazier kepada pengurusnya dengan baki semangat juang yang ada sebelum Muhammad Ali kembali ke sudut gelanggang dan membuka sarung tinjunya.

“It’s all over. No one will forget what you did here today (Semuanya sudah berakhir, tiada sesiapa yang akan melupakan apa yang awak buat di sini hari ini),” kata Eddie sayu melihat peninju yang dilatihnya itu.

Meskipun kemenangan memihak kepada Muhammad Ali, peninji lagenda dunia nombor satu itu tetap memberikan penghormatan beliau kepada “Smokin’ Joe” dengan menyifatkannya sebagai lawan paling hebat yang pernah dihadapinya.

“He is the greatest fighter of all times, next to me..(Beliau adalah peninju paling hebat untuk selamanya, selepas saya..),” kata Muhammad Ali selepas menewaskan seteru utamanya itu.


“Thrilla In Manila” berlangsung pada 1 Oktober 1975



Namun hari ini, Joe Frazier pernah mengukir sejarah dunia itu telah dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati dan dijangka akan mengejutkan Muhammad Ali yang sebelum ini sukar menerima derita pesaing utamanya itu.

Petikan Dari: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Teringat masa di sekolah dulu ( tahun 1971 di SMK Kota dan 1975 di SM Sains Kelantan ) pihak sekolah menyewa khas TV untuk tengok siaran langsung perlawanan tinju ini lebih-lebih lagi apabila legenda pujaan Muhamad Ali beraksi. Senyap sunyi seluruh sekolah, seluruh kampung, negeri dan negara malahan seluruh dunia. Hebatnya di waktu itu, tetapi sekarang ni kebanyakan orang buat dak saja dengan tinju ini.. Mengapa ya ?

Monday, November 7, 2011

Bicara Profesional Buat Orang Profesional 2


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

ika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.

Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.

Politik melampau

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.

"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.

"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.

Sudah muak

Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.

"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya.

Petikan: AntaraPos.com


< Semoga semua orang tanpa mengira siapa dia wajib mempupuk menyubur nilai murni lebih lagi dia seorang yang beragama >

Sunday, November 6, 2011

Hari ini kita menyambut raya haji


Wukuf di Arafah semalam, 9 Zulhijjah 1432H ( 5 November 2011, Sabtu), maka hari ini 10 Zulhijjah 1432H (6 November 3011, Ahad) kita di Malaysia menyambut raya Aidiladha. Yang mampu akan melaksanakan ibadat korban se awal pagi selepas Solat Sunat Aidiladha.

Kini hampir 3 juta umat muslimin dan muslimat akan berada di Padang Arafah, Muhdzalifah dan bermalam di Mina. Sehaluan matlamat tanpa megira siapa dia. Semuanya sama saja.Mengabdi diri ke hadrat ALLAH SWT dengan penuh keinsafan dengan niat tak akan mengulangi lagi laku dosa sesama manusia dan ingkar perintah ALLAH SWT.

Maksudnya :
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.


Semua masih ingat bahawa Malcolm X atau nama Islamnya El-Hajj Malik El-Shabazz kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat.

Hanya yang membezakan darjat disisi ALLAH SWT adalah Taqwa.

Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin

Saturday, November 5, 2011

Berkorban Di Jalan ALLAH SWT


Sempena dengan hari mulia ini, saya mengambil kesempatan masa untuk mengucapkan selamat Adiladha kepada semua pembaca pengunjung blog ini.

Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

8:24PM Nov 5, 2011
Suasana hening di bumi Arafah di Mekah langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di Mekah yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.

Dalam panas terik di Mekah, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

Friday, November 4, 2011

Kot-kot rahsia kita juga dia tahu


Pengasas Facebook Mark Zuckerburg telah melakukan
apa yang CIA gagal selama 60 tahun
dengan ambil masa hanya 7 tahun. Dia
tahu semua rahsia 10% daripada
penduduk dunia.

Beliau yang baru berusia 27 tahun menduduki senarai ke 9 sebagai manusia yang paling berkuasa didunia ini.

Forbes menyenaraikan 5 teratas manusia paling berkuasa dunia kini ialah:

1.Barack Obama - Amerika
2.Vladimir Putin - Rusia
3.Hu Jintao - China
4.Angela Merkel - Jerman
5.Bill Gates - Amerika

Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud berada di tangga ke 6 mengatasi Pope Benedict XVI


Tahukah anda bahawa pada 31 Oktober 2011,warga bumi, seorang bayi yang ke 7000000000 (hahaha…7 billion) dunia telah dilahirkan di sebuah hospital di Filipina. Bayi bernama Danica Mei Camacho telah dipilih oleh PBB sebagai simbolik warga bumi mencapai jumlah 7 billion.

Bererti Mark Zuckerburg tahu rahsia hampir 700 juta orang. Itupun Twitter serta lama sosial lain tak dimasukkan lagi.

Ehemmm..
Maka ingat-ingatlah agar rahsia kita tidak terlodeh dengan Facebook atau yang sewaktu dengannya ini. Elakkan bahawa rahsia mu rahsia ku juga .

"Soft Landing" PPSMI sehingga 2021


Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.


"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.

Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.

Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.

- Bernama

< Tahun 2021..blogger ini dah pencen sebab umur dah 60 tahun tapi pencen menulis tidak sekali>

Thursday, November 3, 2011

Solat Untuk Ibadat Solat Untuk Sihat


Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.

Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat. Berikut adalah penjelasannya.

TAKBIRATUL IHRAM

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.

Manfaat:

Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK

Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat:

Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

IKTIDAL

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat:

Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

SUJUD

Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.

Manfaat:

Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK

Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.

Manfaat:

Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM

Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat:

Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.

Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan

Semoga Bermanfaat.
Oleh blalang

< Solat Untuk Ibadat Solat Untuk Sihat Rohani dan Jasmani >

Maka solat itu mencegah mungkar.. termasuk yang ini

Monday, October 31, 2011

Bersama Menterjemah KSSR

Setelah bertolak dari rumah jam 10.00 pagi dengan menjemput rakan sekerja di Jalan Yakubiah, Kota Bharu dan di Machang, tiba di Permai Hotel Kuala Terengganu jam 3.00 petang (sepatut tiba lebih awal tetapi hujan lebat melambatkan perjalanan) untuk bersama memenuhi undangan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kursus pendedahan KSSR dan PBS Tahun Dua untuk Pegawai JPN dan PPD.
( Ketua Sektor Pengurusan Akademik DAN Pegawai Pelajaran Daerah serta pegawai meja KSSR/penyelaras) Program peringkat zon timur ini dihadiri pegawai dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Perwakilan dari Kelantan terdiri seramai 36 orang, iaitu 16 dari JPN dan 20 dari PPD. Setibanya terus memasuki Dewan Berlian untuk slot pertama yang disampaikan oleh Dr. Ong Soon Bong. Sempat jumpa dengan urusetia BPK yang merupakan rakan lama sewaktu era PPSMI dulu serta rakan jpn dan ppd dari negeri Terengganu dan Pahang. Lama tak jumpa tentu banyaklah ceritanya.

Kronologi Pengisian

31 Oktober 2011 (Isnin)
2.30 - 4.30 petang
KSSR Dunia Sains & Teknologi dan KSSR Matematik- Dr. Ong Soon Bong
Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum sebagai penambahbaikan SP dan HSP dalam KBSR.
Ini dicetuskan agar FPK dapat dicernakan di mana sebelum ini hanya tumpuan Intelek sahaja dibuat, seolah-olah meminggirkan pelajar dalam aspek Jasmani, Emossi dan Rohani. JERI pincang.

8.30 - 10.30 malam
Pentaksiran Berasas Sekolah - Wakil LP
Dokumen Standard Kurikulum dihasilkan oleh BPK manakala Standard Prestasi dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan. Dan perlu jelas, bahawa dalam pelaksanaan P & P dalam 'kelas" , guru perlu membawa hanya Dokumen Standard Kurikulum sahaja sebab Standar Prestasi dalam PBS itu sebenarnya dah merupakan ekstrak atau sari dari
Dokumen Standard Kurikulum

1 November 2011 (Selasa)
8.00 - 9.15 pagi
Penyediaan RPH- Wakil Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Segala tindak ikut amat perlu kepada punca kuasa yang diberi sama ada SPI/Surat Siaran.
RPH berdasarkan Dokumnen Standard Kurikulum ( Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) merangkumi sepanjang tahun sesi persekolahan berdasarkan takwim sekolah serta diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid.

Draf Cadangan RPH:
1. Mata Pelajaran
Kelas
Masa
2. Tema /Tajuk (Fleksi kepada persekitaran P & P)
3. Standard Pembelajaran (Kod sahaja)
4. Objektif Pembelajaran ( Objektif banyak sikitnya bergantung kepada potensi murid, yang terpenting adalah kemanjadian murid)
5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (ikut masa yang diperuntukan dengan rancangan yang berimpak tinggi kepada P & P )
6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) (amat perlu diberi penekanan)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR, EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P & P
7. Bahan Bantu Belajar
8. Penilaian P & P
9. Refleksi:
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P & P
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

Kita pandukan guru bukan lagi menghukum guru sekiranya ada kesilapan.
Setiap guru perlu membuat resipinya sendiri bergantung kepada selera anak muridnya, bukan terus mengambil resipi dari orang lain .[ Analogi sekiranya masak di rumah, kita tahu kadar manis masinnya, masim pahit, tinggi rendah kolestrolnya dan lain-lain lagi tidak seperti membeli makanan segera yang kita sendiri tak tahu komposisinya di mana kita sedari kita banyak lemah dalam pelbagai antibodi dalam tubuh kita, akhirnya kita merana]

9.20 - 10.00 pagi
Buku Teks KSSR - Wakil Bahagian Buku Teks
Dalam KSSR , BBT hanya menerbitkan hanya 2 bahan bercetak iaitu Buku Teks dan Buku Aktiviti (menyokong Buku Teks) tidak seperti dalam KBSR selain dari Buku Teks dan Buku Aktiviti ada juga bahan CD serta bahan lain untuk membantu guru dalam melaksanakan P & P.
Kini ada 13 judul untuk kegunaan mulai tahun 2012 bagi KSSR Tahun 2. bagi sekolah bekeperluan khas ada 8 judul.

Konsep utama Buku Teks KSSR yang ditulis dengan pendekatan MODULAR antaranya,
1. Hanya disediakan untuk MURID bukan untuk GURU.
2. Membantu murid mempolehi kemahiran dan nilai
3. Merangsang murid berfikiran kritis dan kreatif, menaakul dan menyelesai masalah
4. Mengggalakan murid berkomunikasi
5. Mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian.
6. Berpusatkan MURID

10.30 - 11.30 pagi
KSSR Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Komunikasi- KSPI BPK
Diharap mampu membentuk murid amal makruf nahi mungkar penerus generasi berinsaniah.
Dalam "standard" murid kena tahu dan boleh buat, menjadi harapan agar sejak awal lagi penghayatan ajaran islam dapat dihayati melalui Alquran dan Hadis dengan memberi fokus kepada akidah, ibadah,sirah, adab dan jawi. Hasrat murni melalui KSSR ini agar murid kita nanti hidupnya bahagia di dunia dan di akhirat.

Bahasa Arab sebagai bahasa kedua selain dari bahasa Inggeris.

( Kata KSPI BPK - Sekiranya nak marah marahlah apabila masuk hari Jumaat dan penghujung bulan, jangan marah pada hari Ahad atau tengah bulan )

11.20 - 12.30 thg
PBS: Pengurusan Pengendalian - Wakil LP
2011 - Bermula dari Tahun 1 dengan SPPBS
2012 -Bermula dari Tingkatan 1 dengan SPPBS
PBS dilaksanakan sepanjang tahun tetapi pelaporan prestasi PBS melalui SPPBS mengikut keperluan (ditentukan oleh JK PBS sekolah)
Penyimpanan Eviden juga bergantung kepada JK PBS sekolah (Eviden boleh dilupuskan kerana nak kumpul nantu terlalu banyak untuk sepanjang tempoh pengajiannya.

PBS terdiri:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
PAktiviti Jasmani Sukan Kesihatan
Pentaksiran Psikologi

Penubuhan JK PBS
JK PBS Negeri/Daerah/ Sekolah perlu diadakan. Antara peranan JK PBS adalah membuat penataraan @ penyebaran maklumat kepada yang berkaitan.

Cadangan LP bagi Pentaksiran Sekolah : 1 Fail untuk 1 murid ( Tetapi jika sekolah yang mampu, itu bergantunglah) tetapi eviden perlu disimpan dengan teratur dan mudah akses dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) dimana setiap murid mrnyimpan setiap eveden terbaik untuk setiap mata pelajaran. Eviden diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS . Fail Showcase juga disediakan untuk menyimpan eviden yang terbaik. Fail Showcase perlu ada pada guru.

Cadangan LP bagi Pentaksiran Pusat (Kerja Kursus): Setelah selesai proses penjaminan kualiti, eviden boleh diserahkan kepada pelajar.

PBS adalah manifestasi tanggungjawab jujur oleh semua guru pelaksana.

KBSR ada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Vs
KSSR ada Standard Kurikulum dan Standard Pembelajaran

KSSR adalah kurikulum manakala PBS adalah Pentaksiran Berdasarkan Kurikulum.
KSSR dilaksanakan dalam masa P & P dengan merujuk Standard Kurikulum dan Standar Pembelajaran.
Pengurusan PBS dilaksanakan diluar masa P & P dengan merujuk Diskriptor dan Eviden yang terdapat semasa dalam pelaksanaan P & P. Bermakna PBS adalah dihasilkan dari amalan P & P yang baik dalam waktu yang diperuntukan kepadanya.

KBSR hanya lebihkan berpusat guru tetapi amalan dalam KSSR lebihkan berpusat pelajar.Biar pelajar sentiasa dicabar untuk berkreatif dan berinovasi serta cekap berhujah dan berkomunikasi serta bertindak dengan normal kehidupan.

KBSR hanya lebihkan fakta tetapi dalam KSSR mengujudkan iklim ekplorasi dan percambahan minda pelajar dengan kemahiran tersendiri.

Sistem Aplikasi Pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS) - Wakil LP

Mengurangkan beban memasukkan markah dengan penggunaan atas talian dan stand alone (tanpa akses internet)-rujuk laman sesawang LP : http://www.moe.gov.my/lp
[Nama Login:? Kata laluan:? dapatkan dari Sektor Peniliaan dan Peperiksaan.
Tidak sulit kepada JPN/PPD]
Tugas JPB/PPD:
Memantau pelaksanaan PPBS

2.30 - 3.30 petang
Pendidikan Khas KSSR - Dr. Rusilawati KS Pendidikan Khas BPK
Definasi Pendidkan Khas: Murid bermasalah dalam
1. Penglihatan
2. Pendengaran
3. Pembelajaran

KSSR mementingkan pendidikan khas kerana mereka juga sebahagian tenaga pembina negara.

3.30 - 4.30 petang
Pentaksiran Pendidikan Khas- Wakil LP
Guru beperanan untuk meningkatkan potensi murid dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sistem pelaporan Pentaksiran Pendidikan Khas belum ada lagi. LP masih dalam menyediakan sistem pengoperasian dan pelaporan ini.
Murid pendidikan khas ini juga mengikuti sistem dalam arus perdana mengikuti apa yang diamalkan oleh aliran perdana, kecuali murid bermasalah pembelajaran. Kini sedang diusahakan pentaksiran untuk murid bermasalah pembelajaran ini.

8.30 - 10.30 malam

Bahasa dalam KSSR - Wakil BPK

2 November 2011 (Rabu)

8.00 - 8.45 pagi
Pendidikan Moral dalam KSSR - Wakil BPK
Murid bukan islam tidak dibenar ambil pendidikan islam tetapi murid islam boleh ambil pendidikan moral.

8.40 - 9.40 pagi
Pendidikan Dunia Kesenian (Muzik dan Seni Visual) dan Pendidikan Kesihatan & Jasmani
- Pn. Zaidah -KS Seni dan Kesihatan -BPK

Kini ada 2 buah sekolah seni - di Sarawak dan Johor.
Untuk melahirkan murid/generasi yang sihat aktif sepanjang masa hayat.
Masa Pendidikan Jasmani bagi negara maju lebih dari 90 minit. Negara Cina memperuntukan 180 minit seminggu.
Pendidikan Seni Visual melalui kurikulum Seni Visualnya dilaksanakan oleh guru yang telah diberi latihan . Walau bagaimanapun kini masih ramai guru PSV yang tidak opsyen.

Bahan yang dibekalkan
i. CD KSSR dan Dokumen KSSR -Salinan Lembut
ii. Buku Panduan Kreativiti
iii. Buku Panduan P & P
iv. Bahan Salinan Keras - dari bahan CD

Ingat bahawa KSSR bukan sesuatu yang baru tetapi merupakan hasil penambahbaikan dari KBSR yang dilaksanakan sebelumnya.

KBSR ada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
Vs
KSSR ada Standard Kurikulum dan Standard Pembelajaran

Dalam KBSR hanya fokus kepada kemahiran 3 M - Menulis-Membaca-Mengira
Dalam KSSR bukan lagi 3 M tetapi 4M - Menulis-Membaca-Mengira-MENAAKUL

KBSR masih menitikberatkan hanya yang jelas dalam JERI hanyalah I sahaja
tetapi harapan dalam KSSR agar dapat menitikberatkan kesemuanya iaitu J, E, R dan I

KBSR dilihat hanya output atau hasil akhirnya tetapi KSSR akan melihat outcome nya iaitu proses untuk mendapatkan hasil.
(proses ini bergantung kepada potensi individu)

10.50 - 12.30 thg
Ucapan Penutup- YBrs. Tn.Hj.Zanal Dirin -Timbalan Pengarah BPK
Kurikulum- set kursus dan kandungan yang ditawarkan di sekolah @universitii
Topik atau sukatan perlu dicapai
Outcome base kini diubah kepada standard base.
Siapa yang terlibat dalam implimentasi kurikulum ini:
* Guru
* Murid
* Pengetua @ Guru Besar
* Penolong Kanan
* Pegawai Pelajaran Daerah
* Pegawai JPN
* Pembina kurikulum
* Orang Akademik
* Ibubapa
* Orang Politik
* Orang awam (lay citizens)
Perubahan Kurikulum
* Apa yang berlaku spabila perubahan berlaku
* Apa yang menyebabkan perubahan ini
* Tanggapan awam kepada perubahan
* Kesan perubahan kepada pendidik
3 Peringkat perubahan kurikulum
* Minor
* Medium
^ Major
Masyarakat kini dah berubah maka kurikulum perlu berubah. Ini berdasarkan analisis kurikulum meliputi polisi, World Trend, Penyelidikan Penilaian, Teori Pembelajaran, dan Pendapat Awam.

Ada GB yang tidak tahu KSSR (dapatan Dato Seri KPPM semasa lawatannya ke salah sebuah negeri baru-baru ini)

KSSR sebenarnya bukan kaedah baru tetapi baru nak buat.
Hasrat Pendidikan memberi tumpuan kepada Ilmu, Kemahiran dan Nilai

Bagaimana cikgu bertaya soalan supaya murid boleh bertanya soalan?

Negara menuju kearah negara berpendapatan tinggi maka kurikulum wajib berubah dengan era pembelajaran abad ke 21 dengan berpusat murid.

Kurikulum kita ini adalah setanding dengan kurikulum dunia

Makna kita dengan bacaan nombor
Tengok nombor nampak nombor
Tengok nombor nampak data
Tengok nombor nampak isi

Laman web KSSR : www.moe.gov.my/bpk

Mari bersama menjayakan Transformasi ini.
Peranan Pentadbir Sekolah @ orang nombor satu amat penting untuk menrealisasikan transformasi ini.

Majlis ditutup jam 12.48 tgh dengan penyampian sijil penyertaan.

Apa pandangan anda tentang klip video ini?


( Saya mewakili KSPA untuk tujuan ini. Setelah penat, rehat di bilik 1010 untuk 3 hari 2 malam. Berita terkini yang disampaikan oleh Hj. Nik Razak (sahabat lama semasa bertugas di SMK Bandar Pusat Jengka,JPN Pahang ) memaklumkan bahawa Tuan Hj. Yahya Zainal Abidin dari Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang kini mulai minggu lepas telah dinaikpangkat selaku Tuan Pengarah Pelajaran Pahang. TAHNIAH. Dulu sama-sama dalam menjayakan program kecemerlangan antara SMK Bandar Pusat dengan SMK Jengka Dua )

Sunday, October 30, 2011

TIADA PILIHAN BAHASA UNTUK PPSM


Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pihak kementerian itu tidak akan membenarkan sekolah memilih bahasa untuk pengajaran matematik dan sains kerana ini akan menyukarkan keadaan.

Menurut Muhyiddin, menyediakan pilihan akan menimbulkan masalah dalam perancangan.

Katanya, jika sekolah dibenarkan membuat pilihan, keadaan akan menjadi kucar-kacir dalam sistem pendidikan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, adalah sukar bagi kementerian untuk menyediakan guru jika sekolah memilih untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, atau dalam Bahasa Melayu.

Kumpulan pendesak yang terdiri daripada ibu bapa meminta kerajaan membenarkan sekolah memilih bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut berikut perubahan dasar untuk kembali mengajar dalam Bahasa Malaysia.
[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap...jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di ibunegara hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

"Kita sedar mungkin sebahagian daripada mereka itu menghendaki supaya kita tidak mengetepikan bahasa Inggeris...mereka punya kebimbangan kalau perubahan dasar ini bermakna bahasa Inggeris itu tidak diberikan perhatian.

"Sebab itu kita ubah dari PPSMI kepada MBMMBI kerana kedua-duanya ada... bahasa Melayu untuk kita martabatkan dan bahasa Inggeris untuk kita perkukuhkan," katanya.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka.

Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Saya telah perkenalkan beberapa inisiatif, contohnya kita sudah ubah kurikulum pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah secara yang lebih menarik, lebih berkesan dan kita sudah tambah waktu pembelajarannya daripada 240 minit kepada 300 minit seminggu.

"Kemudian kita bawa masuk guru-guru penutur jati yang sudahpun ditempatkan di seluruh negara sebagai 'Master Teacher'. Pendekatan ini dilihat amat berkesan kerana mereka memantau guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di seluruh negara.

"Kita juga melatih lebih ramai guru di Institut Perguruan Malaysia iaitu jumlahnya 10,000 guru yang nanti akan membimbing pembelajaran dalam bahasa Inggeris," katanya.

Maka dengan ini, mulai tahun 1 2011 mata pelajaran sains dan matemtik akan diajar dalam bahasa-bahasa sebelum Dasar PPSMI. Kepada rakan pendidik penguasaan konten dengan disertai pedagogi yang penuh kreativiti akan menyeronokan para pelajar. Bahan-bahan yang dibekalkan sewaktu era PPSMI atau sebelumnya tetap kekal relevan sebagai sumber ilmu.Cuma dalam MBMMBI, guru pelajar hebat berbahasa Kebangsaan dan hebat Berbahsa Inggeris.

BARU BETUL.

Friday, October 28, 2011

Sedap Rasanya.. Banyak Lagi Khasiatnya


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.


ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.


iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :


1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!


3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!


Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?


Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.


Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.


Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.


Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!


Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.


Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi. AM

( Teringat masa kecil dulu, banyak pokok ini disekitar rumah dan kampung tetapi kini sukar sekali diperolehi.. mahal pula tu harganya. Kini ambil inisiatif, tanam di sekitar rumah, sambil menghijau kawasan rumah, dapat juga merasa buah yang berkhasiat ini. Semuga ALLAH SWT mengizinkan biji benihnya untuk tumbuh dan berbuah.. Insyaallah. Setiap penyakit ada penawarnya dan itulah ketetapan dan ketentuan NYA ) )

KEBESARAN BULAN ZULHIJJAH


Petikan
Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.

Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.

Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.

Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya:

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)

Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.

Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:

Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).

Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.

Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)

Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.

Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda:

“Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari”.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar”.

Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.

Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun”.

Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya”.

Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.

Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.

Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah”.

Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata:

“Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:

“Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq”.

Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Aidil Adha

Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa’ (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT:

Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.

Ini sebagaimana sabdanya:

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami”.

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.

Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.

Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.

Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.

nurjeehan

Tuesday, October 25, 2011

Inilah kreativiti


Flood victim having to perform acrobatic walk on the high pole telephone wire lines.Along Phetkasem Road, Thailand

Kini Bangkok dilanda Banjir agak teruk. Nak hidup perlu usaha. Usaha melalui kreativiti tanpa menjejaskan orang lain.

Monday, October 24, 2011

Dok mano kita ni ?



Rupa-rupanya banyak bercakap beserta rajin bekerja itu BAGUS SEKALI
Cakap-cakap-cakap jangan tak cakap
Buat-buat-buat jangan tak buat

Thursday, October 20, 2011

Menu Rakyat 1Malaysia..SEDAP MURAH BERKUALITI


"..... hanya RM3.00 "

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Restoran Ukhwah bagi memberi publisiti berhubung hidangan kos rendah yang ditawarkan.

Perdana Menteri makan tengah hari dengan hanya berbelanja RM3 - untuk sepinggan nasi, dua ketul ayam sepotong daging, taugeh, dan 'poppadom'


Itulah Menu Rakyat 1 Malaysia.. SEDAP MURAH DAN BERKUALITI

Rasa nak cuba, tetapi di mananya, restoran di Kota Bharu yang menjayakan menu rakyat ini. Kata sahabat, nama restoran berkenaan telah dipaparkan dalam dada akhbar arus perdana pada hari Rabu lepas...Kena Cari.

Nama-nama restoran yang terbabit dengan program itu juga akan disenaraikan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan dibekalkan dua sepanduk.

AKHIRNYA BEGITU TERHINA



TRIPOLI: Terkulai di kaki pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), gambar Muammar Gaddafi itu menjadi bukti terhadap dakwaan kematian bekas pemimpin Libya berkenaan, semalam.

Menurut laporan awal, Gaddafi ditemui berlindung dalam saluran sistem pembetungan di tengah Sirte sejurus selepas pejuang NTC memasuki bandar kelahirannya itu dalam serangan terakhir.
Seorang daripada pejuang NTC berkata, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak ketika cuba menyerah diri.

Beberapa laporan media Arab melaporkan, Gaddafi, 69, menemui ajal akibat kecederaan pada kakinya.


Imej rakaman kamera telefon bimbit yang dikeluarkan sejurus selepas penangkapannya tersebar menunjukkan Gaddafi ditawan.


Pemberontak berkata, Gaddafi bersenjata sepucuk pistol bersadur emas ketika ditemui.



[ Gadhafi and his family had an estimated $33 billion and $60 billion in unaccounted money around the world before his death.The country's oil wealth, as the world's 12th largest oil exporter, was a source of high-living not necessarily for Gadhafi but for his children]

Kolonel Moammar Gaddafi menghabiskan minggu-minggu terakhirnya dengan mengais-ngais makanan dan bersembunyi di rumah-rumah yang ditinggalkan penghuninya di kota kelahirannya, Sirte.

Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina.
Tetapi Gadhafi juga banyak meninggalkan kebaikan untuk negaranya.

Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah:

1. SETIAP rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

2. GADDAFI pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.

3. BANK Libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.

4. RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

5. RAKYAT tidak dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan elektrik.

6. PENDIDIKAN diberikan secara percuma kepada semua gologan masyarakat.

7. KEMUDAHAN perubatan juga diberikan percuma.

8. PASANGAN pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

9. PEMBELIAN kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

10. SISTEM pengairan dan saliran yang hebat dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung sumber asing.

11. RAKYAT dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.

12. LIBYA mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu.

13. KADAR celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf hanya 10%.

Begitulah Awal dipuji akhir dikeji
Yang sepatutnya Awal dipuji Akhir Terpuji
Pengajaran buat kita semua bagi orang yang berfikir


Kadang-kadang terlintas difikiran ini, adakah beliau menjadi mangsa onar Yahudi ?

7 Gadgets That Won't Be Around In 2020


" Teknologi Terkini Setiap Waktu Nukilan Manusia Kreatif dan Inovatif "

Hindsight may always be 20-20, but you don’t need particularly great foresight to know many of the gadgets on today’s market won’t be around in 2020 given how quickly the tech industry keeps changing. In the first half of the 2000s, retailers were buzzing about the prospects of MP3 players and netbooks, but by the end of the decade, those products had largely been replaced by smartphones and tablets.

As tempting as it may be to imagine otherwise, some of the gadgets you may rely on most right now will likely suffer the same fate and be killed off or made obsolete by the end of this decade. Sure, you may still be able to find these products for sale in certain niche stores, but they will no longer be produced for a mass-market audience.

“You can still find and buy VCRs and there are people still using mainframes from 1992, so it’s not like this stuff disappears forever,” says Stephen Baker, an industry analyst at the NPD Group. Baker notes that the main reason retailers continue to market and sell outdated products is to cater to shoppers who buy them for nostalgia’s sake, but for all intents and purposes the market has left these products in the dust. So which popular products today will join the likes of VCRs, cassette players and transistor radios in the next few years? MainStreet asked five tech analysts to offer their thoughts on the gadgets that will largely be phased out by the end of this decade.



1, Photo: mroach/Flickr
Standalone GPS Systems
The days of spending $200 or more on a standalone GPS device won’t last much longer, analysts say.

“Portable navigation devices like those sold by TomTom and Garmin will probably not be sold in 2020, just because mobile phones will have taken on that function themselves and because GPS systems will be standard equipment in cars,” says Charles S. Golvin, an analyst at Forrester, a market research firm. As a result, there won’t be much of a need to buy a product whose only function is to tell you directions.

If there is a demand for these GPS systems, it will likely come from a very specific segment of consumers.

“Maybe you could argue there will be a market for guys climbing Mount Everest or long-distance truckers or the military, but for the vast majority of consumers, standalone GPS systems will be irrelevant and redundant,” Baker says.



2.Photo: Jinx!/Flickr
E-Readers
The e-reader has already undergone significant changes in its short history, evolving from a product with a keyboard to one with a touchscreen and more recently being integrated into a kind of a tablet-hybrid, but according to Golvin, the market for e-readers will mostly disappear by the end of the decade.

“The tablet will largely supplant the e-reader in the same way that the iPod increasingly gets displaced by smartphones,” Golvin says. “Tablets will take on the e-reader function of handling magazine, newspaper and book reading.” In essence, spending money on an e-reader that can only handle reading when tablets can do this and more will come to seem as useless as buying a GPS system that can only look up directions when other technology does this as well.

Just how small the e-reader market becomes may depend somewhat on advancements in display technology. One of the biggest incentives for consumers to buy a pure e-reader is to have an e-ink display (like reading from a book) rather than a backlit display (like reading from a computer screen), but according to Golvin, manufacturers are already working on ways to merge the two reading experiences and create a tablet that doubles as an authentic e-reader.

Even then, there may be still be some e-readers on the market at the beginning of next decade, but not many.

“It could be that by 2020 you can still buy a super cheap e-reader for $20, but by and large, the volume of sales will be so close to zero as to be indistinguishable, like CD players are now,” he says.



3. Photo: Mr.Thomas/Flickr
Feature Phones
Several of the products that are likely to be phased out will ultimately be the victim of advances to smartphones, and none more directly than feature phones.

Tim Bajarin, a technology columnist and principle analyst with Creative Strategies, predicts that 80% of all phones sold in 2015 will be smartphones and every phone sold in 2018 will be a smartphone. This rapid decline will come about thanks to a drop in prices for consumers and an increase in revenue opportunities for carriers.

“Even today, the money that is made is not on the phone itself but on the services,” Bajarin says, noting that carriers will opt to “fade out” their feature phone option in favor of smartphones with more services.



4. Photo: FaceMePLS/Flickr
Low-End Digital Cameras
When Apple unveiled the iPhone 4S, smartphone competitors probably weren’t the only ones beginning to sweat. Digital camera makers also have much to be worried about. Apple’s newest phone has a killer 8-megapixel camera that takes in more light and records video at 1080p HD video. Until recently, those kind of specs were unique to digital cameras, but increasingly smartphones are taking over the market.

“Flip cameras went bye-bye and now low-end camera functions are being taken over by smartphones,” says Rob Enderle, principle analyst for the Enderle Group. Going forward, consumers will have less incentive to carry around a camera when they already have a phone in their pocket that takes quality pictures. “The point-and-shooters – and particularly the cameras that sell for under $200 – will eventually go away and be replaced by cellphones that do the same thing.”

On the other hand, Enderle predicts more expensive and high-tech cameras may have a brighter future, though not by much, as a smaller market of photo enthusiasts seek out professional-quality cameras that go above and beyond what’s offered on a phone.



5. DVD Players
DVD players are in the process of being phased out now by Blu-ray players and will likely be erased from the consumer landscape by the end of the decade.

“The DVD player should be replaced by digital delivery,” says Ian Olgeirson, a senior analyst at SNL Kagan, who points to streaming movie services like Netflix as being the future. “Blu-rays and whatever the next generation high-end movie format emerges could prolong the lifespan because of challenges around streaming, but eventually the disc is going to be phased out.”

The idea of placing a disc into a DVD player to watch a movie will eventually seem as outdated as placing a record on a turntable, which brings us to the next product on our list…


Photo: alixanaeuphoria/Flickr
6. Recordable CDs and DVDs
Using CDs and DVDs to view and store content will soon be a thing of the past.

“CDs are clearly not going to make it over the next 10 years because everything will shift over to pure digital distribution, so all those shiny discs will be gone,” Bajarin says. This will be due in part to more streaming options for music and movies and a greater reliance on digital downloads, combined with more efficient storage options for consumers, including USB drives, external hard drives and of course the cloud.

“All a CD is is a medium for distribution of content … and within 10 years, you won’t need a physical transport medium,” Bajarin says.



7. Photo: bochalla/Flickr
Video Game Consoles
Popular video game systems such as the Wii, PlayStation and Xbox may still be in homes next decade, but they will look much different. Rather than buy a separate console, Enderle expects that consumers will instead buy smart televisions with a gaming system built into it, not to mention tablets and smartphones that will continue to ramp up their gaming options.

“It looks like analog game systems won’t make it until the end of the decade,” Enderle says. “You are already seeing the Wii have a tough time holding on to the market and PlayStation has been struggling for a while.”

The gaming systems that will succeed in the future will be those that manage to move away from being focused solely on video games and more on other entertainment options such as movies, evolving from a traditional game console into more of a set-top box.

Wednesday, October 19, 2011

Gunalah keintelektualan kita



Ingatan YBM Tengku Razaleigh,seorang ahli politik yang konsisten dengan pegangan dan idealismenya yang berpaksikan kepada Melayu Islam kepada rombongan kepimpinan pelajar dari beberapa universiti tempatan ke kediamannya di Jalan Langgak Golf Ampang semalam, ialah mengharap anak muda menggunakan ilmu mereka menilai sesuatu dan bukan menerima secara sambrono apa yang dihadapkan.

"Intelektual kita sangat penting untuk menilai sesuatu, dan apa juga keadaan kita perlu menggunakan intelektual kita untuk menerima atau menolak sesuatu," begitulah ujarnya

Maka bersamalah kita renung dan praktikkan

Monday, October 17, 2011

Air zamzam, air terbaik di dunia


"telaga zam-zam"

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”

Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya -SG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh