.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, April 11, 2013

Kuasa ALLAH

Gambar pokok dibelah petir 

Sumber : 

Warta Shubhi

3 hari sudah hujan lebat disertai guruh kilat sambung menyambung tak berhenti. Dalam punya banyak kilat, ada satu yang cukup kuat seperti petir yang sedang turun membelah bumi.

Macam biasa keesokkan paginya, aku berjongging keliling taman permainan bersama isteri, terlihat sebatang pokok terbelah kesemua cabangnya ranap ke bumi.

Aku mula jadi wartawan dan bertanya semua yang sedang keluar untuk ke tempat kerja apa telah berlaku pada pokok tersebut. Pokok sekelilingnya elok tidak terjejas menunjukkan ianya bukan kerja angin ribut.


Apa yang mernarik dari 3 orang berbeza yang aku tanya kenapa pokok itu terbelah, ada tiga jawapan berbeza:

  1. Sebab angin
  2. Sebab petir memanah betul-betul pada pokok tersebut.
  3. Tak ada apa-apa yang berlaku, tiba-tiba saja pokok terbelah
Kesemua mereka tinggal berhampiran pokok itu!. Mana satu boleh pakai?

Setelah siasatan lanjut aku lakukan, maka dapatlah maklumat daripada mereka yang menyaksikan sendiri bagaimana kilat datang begitu laju, terang dan tajam seperti pedang membelah pokok dengan pantas dan terbelahlah kesemua dahannya ke bumi.

Bayangkan jika kilat sebegitu menyambar kepala anda!...Subhanallah!

Berita 1: Hari Kelapan Bubar

KUALA LUMPUR: Untuk MCA, PRU13 akan datang ialah pilihanraya yang paling genting, tanpa presidennya.


 









Ini kerana Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihanraya umum kali ini.

“Saya akan mengetuai kempen sehingga hari mengundi tetapi tidak akan menjadi calon. Ini adalah selari dengan proses menjelma dan mencergaskan semula parti dan membawa pemimpin baru untuk mengambil alih,” kata Chua.

Kenyataan Chua datang di tengah-tengah rungutan ahli-ahli MCA terhadap usaha Umno untuk mengambil kebanyakan kerusi MCA di Johor, setelah meramalkan MCA bakal terkubur di dalam PRU13.

Chua juga mengumumkan hari ini, kerusi MCA di Kuantan diberi pinjam kepada Umno untuk pilihan raya ini kerana Umno mendakwa mereka boleh menang berbanding MCA.

Kuantan adalah kerusi tradisi MCA sejak dahulu. Anggota Parlimen Kuantan sebelum ini adalah bekas timbalan presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek.

Dalam pilihan raya umum 2008, kerusi itu jatuh ke tangan PKR dan kali ini ia dirampas oleh Umno dari MCA.

Para penganalisa politik telah menjangkakan MCA akan tewas dengan teruk kerana ketidaksenangan pengundi tradisinya telah memuncak.

Sebelum ini, MCA telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk mendapat kembali sokongan kaum TiongHua, yang telah mensisihkan parti tersebut pada 2008.

Chua berkata beliau tidak bertanding adalah bukti beliau memperjuangkan sesuatu tanpa berharap kepada jawatan awam.

"Dalam sejarah MCA, kali ini adalah kali pertama ada presiden MCA yang bekerja sepenuh masa,” kata Chua, yang terpaksa meletakkan jawatan pada 2008 selepas mengaku beliau adalah pelakon seks dalam satu video bersama wanita yang didedahkan pihak musuh dalamannya sebelum PRU ke 12.

 Itulah politik....

Betul ke ni Dato Rocky's Bru ?

Mereka dikatakan  berada dalam senarai 'Drop list' atau senarai nama yang digugurkan berdasarkan Rocky Bru atau  nama sebenarnya Ahirudin Bin Attan.

Selain drop list, Rocky juga memasukkan nama dua tokoh muda Umno iaitu Reezal Merican dan Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai orang yang tidak dibenarkan bertanding (NOT ALLOWED TO CONTEST).

Di samping itu, beliau juga menamakan empat tokoh Umno di dalam senarai 'NO MORE OF THESE'

Mereka adalah Abdul Rahim Tamby Chik,  Mohd Isa Samad, Radzi Sheikh Ahmad dan Syed Hamid Albar.

Berikut adalah senarai penuh mereka yang tidak akan bertanding kali ini menurut Rocky.


DROP LIST:
1.   Nor Mohamed Yakcop
2.   Awang Adek Hussein
3.   Shahrizat Jalil (she already announced not to contest)
4.   Noh Omar
5.   Abdullah Ahmad Badawi
6.   Abdullah Md Zin
7.   Abu Seman Yusop
8.   Azalina Othman
9.   Azmi Khalid
10. Baharum Mohamed
11. Bung Mokhtar Radin
12. Halimah Mohd Sadique
13. Hamim Samuri
14. Ismail Kassim
15. Jamaluddin Jarjis
16. Lilah Yassin
17. Mohd Nazri Aziz
18. Mohd Johari Baharum
19. Mohd Zin Mohamed
20. Rafidah Aziz
21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin
22. Tengku Adnan Tengku Mansor
23. Shahrir Samad


NOT ALLOWED TO CONTEST
1.  Reezal Merican

2.  Abdul Azeez Abdul Rahim


NO MORE OF THESE

1.  Abdul Rahim Tamby Chik
2.  Mohd Isa Samad
3.  Radzi Sheikh Ahmad
4.  Syed Hamid

Kaji Selidik SH Online

Kaji Selidik Sinar Harian Online

sinar harian poll pru13
 
Matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.

Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.

Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca

Poll 3 poll sh poll sh1

Wednesday, April 10, 2013

KL banjir kerana hujan 1 jam

KL Sesak, Banjir Kilat!

(Minggu lepas, Jumaat 5 hb saya berada di Jalan Duta..dah hujan sikit-sikit..rungsing juga takut banjir nanti tak sampai LCCT )





Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. -Bernama 








Selepas ngundi 5 Mei ni ada kerajaan la kito

PUTRAJAYA, 10 April — Sumber Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengenai PRU 13:

Pembubaran Parlimen - 3 April 2013
Penamaan calon - Sabtu, 20 April 2013
Pengundian awal - 30 April 2013
Pilihan Raya Umum - Ahad, 5 Mei 2013.
Tempoh Kempen - 14 hari
Peruntukan pengurusan - RM400 juta
Pegawai pengurus - 222 orang
Penolong pegawai pengurus- 1088 orang
Pegawai penguatkuasa - 379 orang
Pusat mengundi - 8,789 dengan saluran mengundi - 26, 219
Pusat mengundi awal - 544 dengan saluran mengundi - 842
Kerusi parlimen-222
Kerusi DUN - 505
Pertandingan - Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR)
Status Pertandingan - Hebat

Pemilih berdaftar - 13.3 juta orang

"dengan tangan merekalah akan menentukan siapakah yang akan memegang tampuk pemerintahan nanti......"


Yang terpenting kita yang berakal ini perlulah membuat pilihan yang terbaik dengan mempamerkan ketamadunan insaniah yang tinggi berlandaskan ajaran agama yang maha suci

Monday, April 8, 2013

Kenapa Jepun Hebat


10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Berita 1 : Hari Kelima Selepas Bubar

Dr M akan kempen untuk 'tuan guru' Ibrahim Ali

Menteri perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum nanti.

former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2"Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

"Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

"Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

"Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

"Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen.

Banding-bandingkan ...cari yang terbaik


 
Sebagai rakyat kita berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Terbaru peluncuran Manifesto Barisan Nasional  dan awal tahun ini Manifesto Rakyat.

Tema

• Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” berbanding  tema “Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat.

•  Pakatan Rakyat dan  Barisan Nasional   menggunakan perkataan “harapan”  sebagimana  harapan yang telah disuarakan rakyat.

Pendekatan Dasar

• Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan Manifesto Rakyat yang jelas mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.

Perbandingan Progam , antaranya

Manifesto Barisan Nasional

1.     Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20% – 30% secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambahbaik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam

 Manifesto   Pakatan Rakyat 

• Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan,.

• Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh 5 tahun.

• Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, 

• Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma – Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma.

• Caruman Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja – Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, 

• Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak.

• Memberikan royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak.

 .

Saturday, April 6, 2013

RM Kereta Turun !

Antara komitmen utama yang akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN kembali berkuasa ialah:

"Satu dasar automotif yang secara beransur-ansur akan menurunkan harga kereta sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus dan menjadikan kereta nasional lebih kompetitif"

Berita 3 : Hari Ketiga Selepas Bubar

BN janji tidak akan pinggir sesiapa

6 April 2013
Manifesto BN 2013
Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang disempurnakan oleh Najib, malam ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mentransformasi seluruh negara kepada keadaan lebih baik dan mendekati semua lapisan masyarakat - demikian intipati manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Daripada menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu dengan pendapatan lebih tinggi, hinggalah kepada memanfaatkan sepenuhnya potensi dan keupayaan rakyat yang mempunyai keperluan khusus dan mengambil langkah proaktif bagi memulihara alam sekitar dengan lebih berkesan, dokumen ini sebenarnya mengandungi satu aspek yang amat penting.
Apakah aspek yang dimaksudkan ini?
Ia adalah segala janji yang diikrarkan bersifat realistik dan mampu dipenuhi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam tempoh empat tahun lepas, telah membuktikan kemampuan dan keupayaannya melaksanakan semua komitmen yang diberi sebelumnya.
Dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan dan ekonomi (GTP dan ETP) ketika menyandang jawatan, Najib memastikan semua program itu mencapai hasil yang diharapkan dan berdasarkan hakikat inilah beliau dengan yakin menegaskan bahawa kesemua janji PRU13 boleh dikotakan.
Dalam sejarah manifesto pilihan raya di negara ini, manifesto kali ini merupakan satu-satunya manifesto yang sarat dengan projek, program dan tindakan khusus yang bakal dilaksanakan bagi meliputi setiap aspek kehidapan rakyat.
Manifesto 32 muka surat ini mengandungi lebih 150 komitmen, kebanyakannya melibatkan projek dan program khusus.
Ini amat berbeza dengan manifesto pembangkang yang diumumkan baru-baru ini, yang mengikut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mengandungi dasar, arah tuju dan sasarannya secara umum.
Sebaliknya, BN berjaya membentangkan satu manifesto menyeluruh yang mengandungi segala maklumat yang benar-benar ingin diketahui pemilih, dalam kata lain, semua komitmen dihurai secara khusus berdasarkan projek dan program yang begitu realistik kerana BN telah menunaikan komitmen serupa dalam tempoh empat tahun lepas.
Perkara paling menyerlah dalam manifesto BN ini ialah penegasan Najib bahawa "kami tidak akan sekali-kali meminggirkan sesiapa" dalam mentadbir negara dan mencapai agendai nasional.
Sambil menggesa rakyat Malaysia supaya menghakimi BN berdasarkan merit, beliau berkata: "Marilah berganding bahu dengan saya dan rakan-rakan saya untuk memanfaatkan potensi kita ke arah memajukan sebuah negara yang benar-benar boleh kita banggakan..."
"Sebuah negara di mana yang lemah diberi perlindungan, mereka yang memerlukan, diberi bantuan, yang paling kuat, diberi perlindungan, yang muda disayangi, yang tua dihargai, mereka yang memerlukan tumpuan, diberi perhatian dan mereka yang memiliki potensi, diberi peluang untuk berkembang."
Antara komitmen utama yang akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN kembali berkuasa ialah:
* Menambah nilai BR1M kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah, baucer buku dan bayaran bantuan persekolahan
* Satu dasar automotif yang secara beransur-ansur akan menurunkan harga kereta sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus dan menjadikan kereta nasional lebih kompetitif
* Menurunkan kadar caj jalur lebar sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus dengan jaminan lebarjalur (bandwith)
* Melaksanakan pelbagai langkah berorientasikan pengguna untuk membantu meringankan kos sara hidup
* Memberi lebih banyak fokus untuk menangani perubahan berkaitan bandar yang ketara termasuk menubuhkan sebuah kementerian baharu dan menyediakan perumahan awam berkualiti
* Membina satu juta rumah mampu milik dan membantu golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah membaik pulih rumah
* Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk setiap rakyat Malaysia, harga diskaun bagi rawatan perubatan tertentu bagi rakyat yang memerlukannya dan penjagaan paliatif di rumah bagi golongan berusia lanjut dan sakit teruk
* Membina terminal bas, rel dan teksi di semua bandar dan bandar raya serta memastikan wujudnya perkhidmatan bas yang lebih cekap
* Meluaskan rangkaian lebuh raya, membina Lebuhraya Pan Borneo
* Mewajibkan penyedia perkhidmatan memastikan mereka memberi perkhidmatan telefon mudah alih dan akses tanpa wayar yang boleh diharapkan
* Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi merangsang transformasi luar bandar dan membawa masyarakat luar bandar ke dalam pembangunan arus perdana.
* Mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu, dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
* Berusaha ke arah mencapai pendapatan perkapita RM45,000 menjelang 2020
* Melaksanakan program transformasi bagi perusahaan kecil dan sederhana
* Melaksanakan perubahan terhadap struktur percukaian agar ia mempunyai asas lebih luas dan secara beransur-ansur memberi potongan kepada cukai pendapatan peribadi dan korporat
* Meningkatkan keberkesanan agenda Bumiputera dengan menyediakan sistem sokongan lebih kukuh serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan
* Menggubal dasar yang lebih adil dan saksama bagi semua kaum
* Menambah baik sistem pendidikan agar menjadi antara yang terbaik di dunia
* Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar, memantapkan lagi prestasi dalam pengajian Matematik dan Sains serta menjadikan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib lulus di peringakat peperiksaan Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM)
* Mewujudkan kehadiran polis yang lebih ketara agar rakyat berasa lebih selamat dan terjaga
* Meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan
* Mengadakan program untuk memupuk kepimpinan berkualiti dan kreatif dalam kalangan belia
* Mewartakan semua tanah adat pribumi dan mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan untuk masyarakat pribumi
* Melantik seorang menteri untuk mentadbir hal-ehwal orang bukan Islam
* Mendedahkan kepada umum perkara berkaitan kontrak bagi meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan kerajaan
* Mewajibkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri menandatangani pek integriti
* Memastikan keanggotaan secara adil oleh semua kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
* Menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui, antara lain, pembangunan bakat
* Mewujudkan pusat transformasi bandar di semua bandar dan pekan utama
* Berusaha mendapatkan kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan Malaysia memainkan peranan penting bagi keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan kerajaan
* Memperuntukkan ruang bagi kawasan hijau di bandar raya utama, memberi nafas baharu kepada sungai dan anak sungai, menambahkan lagi sumber tenaga hijau boleh diperbaharui dan memodenkan pengurusan pelupusan sampah. - Bernama

Orang lain meraikan kehebatannya ..tidak kita

06 April 2013

Tan Sri Hassan Marican [bekas CEO Petronas] dilantik sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte,

APRIL 05, 2013
Tan Sri Hassan Marican dilantik menyertai Temasek pada Mac. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 5 April — Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican, 58  telah dinamakan sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte, anak syarikat tenaga baru di bawah Temasek Holdings yang menguruskan pelaburan Singapura.
Hassan yang meninggalkan syarikat minyak negara pada awal 2010 dikatakan mempunyai perbezaan pendapat dengan kerajaan, telah menerima jawatan lembaga pengarah beberapa syarikat antarabangsa dalam sektor tenaga, termasuk pengerusi Singapore Power Ltd semenjak Febuari tahun lalu.
Menurut laporan Bloomberg, Hassan dilantik bersama-sama dengan ketua eksekutif Temasek Seah Moon Hing yang menyertai Temasek pada Mac.
Laporan tersebut mengatakan, Pavilion Energy ditubuhkan dengan permulaan modal dibenarkan S$1 bilion (RM2.47 bilion), untuk mengambil kesempatan daripada permintaan yang semakin meningkat di Asia, terutamanya pada gas cecair asli (LNG).
Syarikat tenaga tersebut dijangka “akan melibatkan diri dan melabur di merata tempat yang mempunyai LNG untuk memastikan bekalan jangka pangjang LNG,” kata Seah dalam satu kenyataan.
“Ini termasuk perdagangan LNG; melabur di samping syarikat-syarikat minyak dan gas antarabangsa sebagai rakan kongsi untuk membangunkan projek-projek LNG; terminal bangunan penyimpanan dan pengegasan semula LNG dan melabur dalam perkapalan LNG.”
Syarikat itu akan memulakan operasi pada bulan September tahun ini.
Hassan telah menyertai beberapa syarikat berkaitan pemerintah Singapura dalam tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk SembCorp Industries Limited dan SembCorp Marine Limited. Beliau juga merupakan pengarah di Sarawak Energy Berhad dan syarikat gergasi minyak dan gas Amerika Syarikat ConocoPhillips.
Hassan, 58, merupakan sebahagian daripada ahli lembaga pengarah yang muncul bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009-an ke atas pelantikan seorang bekas pembantu kanannya sebagai ahli lembaga pengarah Petronas walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan ahli lembaga pengarah.
Dilaporkan bekas pembantu Najib, Omar Mustapha Ong, telah ditolak dua kali dan kemudiannya dilantik hanya selepas Najib campurtangan.
Hassan, dilihat sebagai orang yang membawa Petronas, sebuah syarikat milik kerajaan sebaris dengan syaraikat minyak dan gas asli dunia.

Bersama Kita Fikir Renung dan Beraksi Demi Kebaikan Sejagat

Pilihan raya dan harta awam
 
Apabila kita membaca Sirah Nabi SAW kita merasa betapa kita umat Islam khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil teladan dari sirah baginda yang agung.

Sekalipun nama Nabi Muhammad SAW itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan label dari mengambil isinya.

NONEMenjelang pilihan raya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda.

Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa.  Ada yang mengakui kononnya ‘salafi' bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW.

Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW.  Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntungkan kehendak politik mereka.

Jika nama Nabi SAW boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.

Tidak pelik

Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media.

NONEKemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya.

Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka.

Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.

Hudaibiyah

Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimeterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengagumkan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcRamai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimeterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut.

Antara isi perjanjian yang dipersetujui yang ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish.

Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad'. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).

Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana diseksa oleh bapanya.

Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum Muslimin.

NONEKata Suhail kepada Nabi SAW: "Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah kembalikan dia kepadaku."

Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini.

Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi diseksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.

Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut.

Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut: "Wahai kaum Muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyeksa daku kerana agamaku?"

Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: "Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka." (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).

Janji ditepati

Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian.

Memang, jika kaum Muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah.

NONENamun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.

Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama Muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat.

Setiap pihak, terutama yang mengaku Muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.

Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri. BN dan Pakatan juga sama.

Pada musim pilihan raya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka.

Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti
.

Khianat

Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun Pakatan. Jika yang pro-BN reda, yang pro-Pakatan mungkin tidak reda.

Jika yang pro-Pakatan reda, yang pro-BN mungkin tidak reda. Jika kedua pihak reda meredai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau Pakatan tidak reda. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.

bagan pinang by-election nomination 031009 pakatan and bn supporterDemikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik.

Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat' habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama' yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.

Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihan raya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikian pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki.

Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu. 

Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut.

Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.

Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampung dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi.  Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat.

Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinnya menggambarlan pendirian rasmi Malaysiakini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh