.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, April 6, 2013

Berita 1: Hari Ketiga Selepas Bubar

Maka Berkatalah Tokoh Politik Ini
(Dulu UMNO-PKR-KITA- ?)
 
Zaid Ibrahim: Melayu undi Pakatan untuk lebih manfaat
12:33PM Apr 6 2013  
Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang lantang, menyeru pengundi Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana jika Pakatan Rakyat kuat, mereka akan mendapat lebih manfaat.

Zaid menyeru orang Melayu yang membentuk blog pengundi terbesar supaya memberikan peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Kerajaan baru akan membolehkan kamu membandingkan dengan apa yang kita ada sekarang. Kamu sudah diberitahu berulang kali, selain Umno-BN, tiada sesiapa boleh mentadbir.

“Tetapi lebih baik untuk kamu cuba sendiri? Macam mana kita tahu Pakatan akan lebih teruk daripada Umno jika mereka tidak diberi peluang?” soal Zaid dalam blognya semalam.

Lagi pun tambahnya, gabungan pembangkang mempunyai lebih ramai keanggotaan Melayu berbanding BN “yang menjadikan mereka tidak akan mengapa-apakan kamu”.

Friday, April 5, 2013

Berita 3 : Hari Kedua Selepas Bubar


KUALA LUMPUR:  
Semua pegawai kerajaan negeri Selangor mesti memulangkan kemudahan milik kerajaan negeri melainkan untuk tujuan rasmi termasuk semua kenderaan rasmi dan aset kerajaan negeri semasa kerajaan sementara.

Peraturan tegas itu terkandung di dalam surat pekeliling Selangor yang dikeluarkan pada 19 Februari - menggariskan agar tiada polisi baru, kontrak, projek pembangunan mahupun perlantikan jawatan dibuat semasa menjadi Kerajaan Sementara.


 

Berita 2 : Hari Kedua Selepas Bubar

 
10:31AM Apr 5 2013  
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di Kota Baharu pada pukul 11.55 malam.
Photo: Atas akuran batang  tubuh undang-undang negeri maka mulai jam 11.55 malam tadi, DUN Kelantan dibubarkan dengan perkenan Duli Tuanku Sultan Muhamad V
Ia dilakukan setelah Datuk Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.
 
Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pada pilihan raya umum lalu menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.

Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November 2010, BN merampas kembali kerusi itu dari PAS.

Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menguasai lapan kerusi, BN (2), PKR (3) dan Bebas (1).

Tarikh akhir DUN Kelantan adalah pada 28 April ini.

- Bernama

Berita 1 : Hari Ke dua Selepas Bubar

Gambar Tun Musa kempen untuk menangkan Pakatan?

 
Billboard "NEGARA TAK AKAN BANKRAP JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH" oleh Tun Musa Hitam kini banyak terpacak megah di merata tempat di Pulau Pinang.

Ungkapan itu beliau ucapkan semasa soal jawab Dialog Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Karangkraf Kuala Lumpur pada 12hb Mac 2013 yang lalu.

Thursday, April 4, 2013

Berita 4 : Hari Pertama Selepas Bubar


(Sultan Sarafudin menandatangani surat pembubaran DUN Selangor dengan diperhatikan Khalid dan pegawai kerajaan dalam majlis yang penuh istiadat)

SHAH ALAM: Buat pertama kalinya dalam sejarah Selangor, Dewan Undangan Negeri dibubarkan dengan penuh istiadat.

Majlis itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang petang tadi dengan upacara menghadap baginda Sultan Selangor oleh semua pimpinan utama kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sultan Selangor di majlis itu kemudiannya menandatangani watikah pembubaran Dun dengan disaksi oleh semua pembesar negeri dan para wartawan.

Ia turut ditandatangani oleh Khalid Ibrahim sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Berita 3: Hari Pertama Selepas Bubar

Saya pilih Jumaat, penghulu segala hari

Harakahdaily, 04 Apr 2013


PETALING JAYA: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."

Itulah alasan yang digunakan oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari esok Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Pagi tadi Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.

Beliau mencadangkan agar esok dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu.


Berita 2: Hari Pertama Selepas Bubar

Tok Mon berhasrat tanding lagi di KT
 
Warga emas, Maimun Jusuh, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama - Kuala Terengganu.
  
Lebih mesra dengan panggilan Tok Mon, beliau berkata hasratnya untuk bertanding lagi ialah "atas amanah orang lama".
  
Maimun Yusof nenek calon bebas 04"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," katanya kepada pemberita ketika datang seorang diri dengan 'teksi sapu' untuk mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di Kuala Terengganu.
  
Kedatangan beliau menarik perhatian wakil media yang berada di situ.
  
"Tok nak bertanding banyak kali dah, tapi dacing (Barisan Nasional) kuat belaka...nak cari pencadang dan penyokong, dua orang pun payah (sekarang)," katanya.
  
Tok Mon berkata beliau bertanding kerana berasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat seperti golongan miskin dan warga tua.

Tok Mon tidak berhasrat menyertai mana-mana parti sekiranya ditakdir memenangi pilihan raya itu nanti.
  
Ditanya mengenai modal untuk bertanding, Tok Mon berkata beliau tidak risau kerana anak-anak buahnya akan membantu.
  
"Tok ini minta dengan orang. Untuk kempen nanti pandailah Tok buat. Anak tahu Tok bertanding tapi mereka tidak suka Tok abiskan pitih (wang)," katanya.
  
Mengenai lambang Bebas yang akan digunakan, katanya, SPR tidak membenarkan beliau menggunakan simbol Istana cadangannya.

"Kita tunggulah keputusan daripada SPR. Tok ada sijil dah diamanahkan pakai logo itu," katanya sambil mengeluarkan sijil perakuan 'Civics Course' bertarikh tahun 1954 daripada beg kanvas berwarna biru.
  
Pada PRU12 beliau menggunakan lambang kunci dan bertanding menentang Timbalan Menteri Pelajaran (Allahyarham) Datuk Razali Ismail (BN) serta Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu.

Tok Mon hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan.
  
- Bernama

Berita 1 : Hari Pertama Selepas Bubar


NONEPengumuman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi bahawa PAS mencalonkan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin untuk bertanding di kerusi Jempol  itu.
"Pemilihan beliau mungkin dibuat pimpinan parti atas sebab beliau merupakan anak jati sana (Jempol) dan dikenali ramai sebagai penyanyi," kata Tarmizi.

Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan. 
Keputusan PAS mencalonkan Aishah - yang berkelulusan sarjana sains politik - bertanding di parlimen itu dilihat sebagai usaha PAS meningkatkan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
Di atas kertas, kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi kerusi di Negeri Sembilan.

Wednesday, April 3, 2013

Debat Dalam Bahasa Arab... hebat ni

Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat

2:05PM Apr 2 2013  
Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.

Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu ditujukan kepada pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah.

NONECabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri.

"Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri.

Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini.

Resam Orang Politik...

Samy Vellu: Saya calon boleh menang
 AMAT BERBEZA ANTARA UMNO DAN MIC MELAYANI MANTAN PRESIDEN PARTI MASING ...
  • 1:00PM Apr 3 2013
 
Bekas presiden MIC Tan Sri S Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau seorang "calon boleh menang" sekiranya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
"Persoalan mengenai 'calon boleh menang' – Sayalah calon yang boleh menang, tiada sangsi lagi," kata Samy Vellu, yang tewas di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya 2008.

Samy Vellu dalam sidang medianya hari ini berkata beliau sedia menjadi calon sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memutuskan bahawa beliau merupakan calon yang layak untuk mewakili parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jawapajn yang jelas sama ada presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan pemimpin parti lain patut bertanding di kerusi selamat.

"Di negara ini, tiada kerusi yang selamat sekarang. Anda perlu berkorban untuk bertarung di kesemua kerusi.

"Jika ada orang yang mahukan kerusi selamat, cara paling selamat adalah dengan tidak bertanding," katanya.

Demi politik sihat

Kerana kita adalah orang profesional dalam membudayakan  politik sihat
Menjelang PRU 13 ini marilah kita semua menolak sebarang amalan politik negatif seperti budaya politik samseng, fitnah dan lucah serta pendekatan politik londeh-melondeh

Marilah kita bersama-sama mengamalkan politik bermaruah sebagai landasan terbaik menjayakan pemilihan pemimpin untuk menerajui tanahair tercinta

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) ini bakal diadakan dengan penuh telus, teratur dan demokratik serta terhindar dari sebarang insiden negatif yang memalukan pengamalan demokrasi di negara ini.

Sudah pastinya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memainkan peranannya bukan sahaja secara efektif dan berkesan mengikut tatacara pilihanraya, bahkan yang terlebih penting ialah memastikan kredibiliti dan integriti SPR itu sendiri tidak diragui sepanjang pengendalian pilihanraya nanti.

Badan-badan pemerhati dan pemantau pilihanraya yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil dapat memainkan peranan penting sebagai badan pemantau dan pengimbang (check and balance) dalam memastikan kelancaran PRU 13.


Pengumuman pembubaran yang dibuat oleh Perdana Menteri hari ini adalah sebagai langkah penting ke arah perkembangan demokrasi yang sihat di negara ini serta demi memastikan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang selaku asas sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini tetap terpelihara.

Berita ter HOT hari ini...BUBAR

My PM-Ketua Kerajaan


p.s: tersalah sebut tahun
Ketua Pembangkang

Parlimen Bubar Hari Ini

Yang ditunggu-tunggu kini dah tiba..SOHIH BUBAR
3/4/13 @11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Tuesday, April 2, 2013

Menjelang PRU 13.. "Sudah sampai masanya kita pentingkan Kesihatan Politik"

Apabila orang profesional bercakap..

MP Temerloh YB Saifuddin Abdullah apabila Ketua Pemuda PAS Pusat dipilih sebagai calon PRU 13 Parlimen Temerloh, Pahang.

Photo ............................................................................................
Reaksi saya terhadap Nasruddin Hassan bertanding Parlimen Temerloh: (antara petikan FB beliau)

1) Saya menjangkakan PKR akan brtanding d sini kerana mrk telah bekerja keras sejak selepas PRU12 lagi. Apa-apa pun BN bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jentera BN telah bersiap lengkap & para sukarelawan kami bersemangat tinggi.

2) saya menunggu nama calon yang bakal diumumkan pucuk pimpinan parti. Kalau saya tak bertanding, saya akan bantu calon yg dipilih & bekerja untuk kemenangan BN.

3) saya telah sms Nasrudin tadi: ucap tahniah krn dipilih bertanding, selamat datang ke Temerloh & kalau saya yang bertanding, saya akan berkempen sihat sama seperti masa saya bertanding dgn Nizam PKR pd pru12.


Syabas YB.." Kesihatan politik juga amat penting dalam menobatkan ketamadunan bangsa di mata dunia "

Wahai Duta.... tak terfikir oleh ku

Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

Hazayani Zakaria, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.


Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.

Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.

"PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya.

Menjelang PRU 13.... Ngapa orang kuat ni 'berbalik' ?

Bekas pengarah Kagat sertai PAS

Hazayani Zakaria, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Brigeder Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi.
Adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Nakhaei Ahmad itu berkhidmat dalam ATM selama 28 tahun sebelum bersara pada tahun 2006.

Najmi, 62 adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah.

Selepas tamat belajar beliau menyertai ATM pada tahun 1979. Bahagian ini kemudian menjadi Kor Agama Angkatan Tentera pada tahun 1986.

Beliau juga diumumkan akan bertanding di Parlimen Baling menggantikan penyandang sekarang, Datuk Taib Azamuddeen Taib yang tidak akan dicalonkan semula kerana masalah kesihatan.

Mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Hadi berkata, Najmi dicalonkan kerana pengalaman yang dimiliki boleh membantu kemenangan PAS.

"Kekuatan (Najmi) dapat memainkan tanggungjawab menyampaikan mesej parti dan tokoh yang dapat diterima secara keseluruhan sama ada pengundi muda dan wanita," katanya.

Monday, April 1, 2013

Dulu dan Kini tidak selamanya sama...medan politik orang politik

Raub: DAP calon bekas ketua penerangan Umno Pekan
9:31PM Apr 1 2013
DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

NONEIa diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.
Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

bentong ge storySementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab. (Anak kepada Raja Puji..orang kuat PAS Pahang)

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.
 
Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
PRU 13 :
 
Kerusi Parlimen Raub
Kerusi majoriti pengundi Melayu
Penyandang :  Datuk Dr Ng Yen Yen - MCA
Pencabar :  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - DAP 
( ADUN UMNO Pulau Manis PEKAN dan Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan)

Kerusi DUN Mentakab
Kerusi majoriti pengundi Melayu
Penyandang :  Chuah Boon Siong - MCA
Pencabar :  Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - DAP 
( (Anak kepada Raja Puji..orang kuat PAS Pahang))

DS yang rapat mengenali Sultan Kiram

Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan

12:04PM Apr 1 2013

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
  
Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.
  
NONEBercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
  
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
  
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
  
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
  
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.
    
- Bernama


Juga hebat bersama orang bergelar.
 
(Gambar-gambar yang disiarkan dalam laman sosial)




(Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno)



 .







(Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno)












 

Saturday, March 30, 2013

7 Negeri ?..milik PR

Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Mac 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor.

Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

"Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini.

"Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Karpal yang juga Ahli Parliemn Bukit Gelugor berkata, DAP akan menampilkan lebih banyak muka baru pada PRU13.
Ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di luar Pulau Pinang, Karpal berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor.

"Saya memilih untuk mengekalkan kerusi saya di sini jika itu yang ditentukan parti," katanya.
  
Mengulas mengenai kesediaan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow untuk bertanding bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam PRU13 dengan bersyarat, beliau berkata, Chang Yeow tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat.

“Chang Yeow tidak perlu meletakkan sebarang syarat. Beliau bukan setaraf dengan bekas Presiden Gerakan yang lalu iaitu Tun Dr Lim Chong Eu.

“Chang Yeow terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Chong Eu," katanya.

Perkara Sepenting Begini Janganlah Tersasul

Semalam 29/3/2013 (Jumaat)

Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri DS Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? 

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilafazkan oleh seseorang juruhebah.

Kenapa mudah tersasul atau disasulkan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh