Hari ini sempat bersama dengan 2 kumpulan Guru Besar yang kini mengikuti kursus KSSR dan PBS di Demong Beach Resort dan Bukit Keluang Beach Resort, kedua-duanya di Besut Terengganu. Bertolak jam 12.00 tengah hari dari JPN , tiba jam 2.30 petang di DBR bersama dengan Tuan PPD Kota Bharu bagi sesi perasmian di mana transformasi kurikulum merupakan 'touch point'nya. Peserta adalah dari kalangan GB dari PPD Kota Bharu 1 dan PPD Jeli.
Setelah selesai, bertolak ke BKBR dimana sesi KSSR DST dan Matematik dibentangkan buat GB dari PPD Pasir Puteh dan PPD Pasir Mas. Dipenghujung sesi hampir jam 5.15 petang telah diberi peluang untuk bercakap kepada semua sidang hadirin. Mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua kepimpinan sekolah,orang nombor satu sekolah yang telah bersama melonjak kecemerlangan UPSR 2011 buat Negeri Kelantan yang kini mendapat kepujian dari pihak KPM.
Bertolak balik ke rumah jam 6.00 petang kerana amat perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan penyediaan laporan untuk dipanjangkan ke KPM. Ucaputama untuk kumpulan BKBR akan disampaikan oleh YBrs. Ketua Sektor Pengurusan Akademik malam ini.
" Sekiranya komitmen dan keprihatinan semua GB dapat menterjemahkan kecemerlangan UPSR buat Negeri Kelantan maka tidak ada sebab kehendak dan hasrat KSSR tidak dapat diterjemahkan "
{Setiap kumpulan mengikuti kursus ini selama 2 hari satu malam}
The KSSR will replace the existing primary school integrated curriculum (KBSR), which was first introduced in 1983, and reviewed in 2003. What does this all mean?
pupil centered fun and interactive less-exam orientation project and activity based creativity and innovation communication ICT literacy holistic critical thinking and reasoning skills independant learning
"The new curriculum is based on six key areas — communication, spiritual attitude and values, humanitarianism, literacy in science and technology, physical and personal development — to produce holistic individuals."
KSSR aims to strengthen the command of Bahasa Malaysia and English among primary school pupils
Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan kursus ini.. semakin bersuluh kefahaman mengenainya.
Kini dah berada di rumah setelah bersama di Putrajaya selama dua hari bermula hari Khamis 1/12/2011 dan berakhir, Jumaat 2/2/2011. Bertolak dari airport Kota Bharu, jam 6.50 pagi dan tiba di KLIA jam 8.00 pagi dan seterusnya di Putrajaya tepat jam 9.00 pagi dimana mesyuarat kurikulum dan akademik SPA bersama BPSH bermula. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Dato Haji Mazlan, pengarahnya.
Perkara yang dibincangkan ialah analisis UPSR 2011 yang baru diumumkan menjelang cuti sesi akhir tahun 2011. Antara ucapan beliau ialah memberi tahniah kepada semua negeri kerana menunjukkan peningkatan baik dalam ujian tersebut. Setinggi tahniah kepada negeri keseluruhan terbaik iaitu negeri Kelantan.
Program intervensi yang dilaksanakan oleh JPN Kelantan bersama PPD dengan respons yang amat baik dari kepimpinan sekolah di negeri ini memberi impak berganda dalam mencapai target yang telah ditetapkan sebelum ini.
Negeri Kelantan, tambah beliau, telah menunjukkan prestasi terbaik untuk kecemerlangan A, keseluruhan ABC, Gred Purata Negeri disamping semua capaian mata pelajaran bagi Sekolah Kebangsaan meningkat, SJKC dan SJKT ada sedikit YOYO nya.
Majlis seterusnya dipengerusikan oleh YBrs. Dr, Rodiah memberi fokus kepada set target kebangsaan dan negeri untuk UPSR 2012 yang akan menjelang nanti.Keputusan majoriti kalangan ahli mesyuarat yang terdiri dari KSPA @ wakilnya mengambil ketetapan agar nilai minimum yang perlu dicapai untuk UPSR 2012 adalah:
Kecemerlangan A : + 0.50 % Kelulusan ABC : +3.00 % Gred Purata Kebangsaan / Negeri : - 0.02 %
demikian jugalah nilai minimum setiap mata pelajaran berdasarkan angka keramat twersebut.
Hari kedua mesyuarat , iaitu Jumaat bermula jam 9.00 pagi setelah malamnya berehat di Lotus Hotel Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ( Mengikut cadangan En. Zulkepli, KPP Sains Kedah yang juga menginap di sana).
Fokus mesyuarat lebih kepada Memperkasakan SK di mana Kelantan telah diminta untuk berkongsi kejayaan dengan program intervensi yabng agak berimpak tinggi sehingga meletakkan Kelantan dtempat tersebut. Pihak BPSH memohon agar memaklumkan kepada ahli majlis tentang e-Cakna dan aplikasi HC di negeri ini.
Majlis tamat jam 12.45 tengah hari dan selepas itu 'mengisi masa' sendiri sebelum ke LCCT untuk mendapat penerbangan balik ke Kota Bharu. Berkebetulan bertemu dengan YBrs. Tuan Hj. Zainal Dirin, Timbalan Pengarah BPK yang balik bercuti ke Alor Star. Isu LINUS bagi Gua Musang hangat diperbincangkan.
Berlepas jam 9.00 malam bersama sahabat JPN dan PPD yang baru balik dari Langkawi setelah selesai bermwsyuarat dengan Unit NKRA Akademik mengenai SISc.
Maka itulah yang menjadi cabaran kini untuk merealisasikan peningkatan kecemerlangan di negeri ini. Sesungguhnya tanpa komitmen yang tinggi dari semua pihak, sukar untuk kita jayakan... terjemahkan X-Plus nescaya akan dapat hasilnya.
Catatan : Cuaca di KL dan sekitarnya mendung, petang hujan lebat, hari Jumaat, Kajang ditenggelami banjir kilat di mana hampir 200 kereta tak dapat diselamtkan.
“ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu: 1. Sebelum khatam Al-qur’an 2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir 3. sebelum para muslim meridhai kamu 4. sebelum kau melaksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah: “Ya rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?”
2. “membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat”.
3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhai kamu.” Astagfirullahalazim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih (3x)
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”. Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar (3x)
Khusus buat guru sains yang sentiasa cakna dengan kecemerlangan dan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar, sekalung tahniah untuk tuan di atas pencapaian UPSR Sains Negeri Kelantan tahun 2011.
Bagi keseluruhan negeri
Bilangan Calon - 34499 Bilangan hadir - 34168 Bilangan A- 11364 ( 33.30%) Bilangan B-13590 (39.80%) Bilangan C-6754 (19.80%) LULUS (ABC)-31708 (92.80%)
Bilangan D-1394 (4.10%) Bilangan E-1066 (3.10%) GAGAL (DE)- 2460 (7.20%)
GPMP - 2.04 %
Jika mengikut aliran: Sekolah Kebangsaan (SK)
Bilangan Calon - 33512 Bilangan hadir - 33183 Bilangan A- 11108 ( 33.50%) Bilangan B- 13197 (39.80%) Bilangan C- 6558 (19.80%) LULUS (ABC)-30863 (93.01%)
Bilangan D-1324 (4.00%) Bilangan E-996 (3.00%) GAGAL (DE)- 2320 (6.99%)
GPMP - 2.03 %
Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Bilangan Calon - 981 Bilangan hadir - 979 Bilangan A- 256 ( 26.10%) Bilangan B- 391 (39.90%) Bilangan C- 192 (19.60%) LULUS (ABC)- 839 (85.70%)
Bilangan D- 70 (7.20%) Bilangan E- 70 (7.20%) GAGAL (DE)- 140 (14.30%)
GPMP - 2.29 %
Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) Bilangan Calon - 6 Bilangan hadir - 6 Bilangan A- 0 ( 0.00%) Bilangan B- 2 (33.33%) Bilangan C- 4 (66.66%) LULUS (ABC)- 6 (100.00%)
Bilangan D- 0 (0.00%) Bilangan E- 0 (0.00%) GAGAL (DE)- 0 (0.00%)
GPMP - 2.67 %
Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya...semestinya sagu yang berkualiti. TANHIAH TUAN
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (AlBaqarah; Ayat:218)
Maal Hijrah bermakna bersama berhijrah, tetapi ke mana ?
Walaupun tak sama darjat Walaupun tak sama rupa Walaupun tak sama keturunan Walaupun tak sama warna kulit Walaupun tak sama besar Walaupun tak sama tinggi Walaupun tak sama kaya Walaupun tak sama cantik Walaupun tak sama handsome Walaupun tak sama jenama
Tetapi bagi ALLAH yang mencipta segala apa yang ada di alam ini dengan manusia maupun jin adalah sama kecuali status taqwa kepada NYA.
Maka marilah kita menuju distinasi yang penuh redha NYA.
Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Semoga ALLAH menghindari hamba mu ini melakukan ulang dosa lepas dan semoga ALLAH meredhai laku buat kerja mendatang.. Amin
Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.
"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilapurkan abs-cbnnews, 22/11.
Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.
Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.
Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.
Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah.
< Dia baru dapat tetapi kita dah lama dapat.. kita bimbing dia lebih menjadi taqwa dari kita >
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.
Proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu itu adalah:
1. Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak.
2. Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan.
3. Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan.
Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu.
Sementara itu, Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 Sept 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.
Perdana Menteri semasa membentangkan usul itu berkata langkah memansuhkan proklamasi-proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.
Undang-undang yang masih berkuatkuasa selepas diperkenalkan lebih 40 tahun itu membolehkan polis menggunakan kuasa-kuasa khas yang diperuntukkan dalam Ordina Darurat bagi menangkap dan menahan orang ramai tanpa perlu dibicarakan.
Najib pada malam 15 September lalu sempena perutusan Hari Malaysia, mengumumkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap tidak lagi relevan hari ini.
Katanya, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Usul itu diluluskan pada 4 petang apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyaksikan lebih suara menyokong.
Hari ini, jam 8.00 pagi setelah selesai tugasan dipejabat, berpayung bejalan kaki ke Kelantan Trade Center, Kota Bharu bagi menghadiri majlis bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan rasmi sehari ke bumi Kelantan. Setelah tiba, dengan izin ALLAH SWT berjumpa dengan senior sewaktu menuntut di SM Sains Kelantan ( kini SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra). Ketika itu semasa tingkatan empat, beliau di tingkatan lima. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancak berinteraksi dengan kisah dan kenalan semasa bersama menuntut di sana. Itulah YBhg. Dato Dr. Rosli Mohamed, masih dengan mudah mesra ramah bicara.
Berkebetulan juga muncul YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan bersama berbicara. Sempat beliau memaklumkan TAHNIAH, TAHNIAH WAN. (Terima kasih Tuan Pengarah)
Program di KTC ini yang dipenuhi dengan limpahan hadirin untuk mendengar pidato dari orang nombor dua kepimpinan Kerajaan Malaysia berakhir jam 11.00 pagi.
Syukur Alhamdullilah dapat bertemu beliau, antara mereka yang hebat.
Pagi ini mulai jam 7.30 bertolak ke PPD Pasir Puteh, 40 km dari rumah. Hujan masih turun sekejap-sekejap. Renyai dan kekadang lebat. Memandu rilek dan tiba di PPD jam 8.20 pagi. Bermula mesyuarat jam 9.00 pagi kerana menunggu korum dari pegawai LINUS dan FasiLinus Daerah negeri Kelantan.
Mempengerusikan mesyuarat dengan ucapan pembukaan 'terima kasih' kerana penglibatan mempamerkan kelantan dalam UPSR 2011 dengan GPN -2.09. Peratus A-15.45 dan Peratus ABC (LULUS) - 73.58. Katanya terbaik di Malaysia kecuali Peratus A. Seterusnya membicarakan pelaporan Saringan 6 Kohort 1 (Tahun 2)dan Saringan 3 Kohort 2 (tahun 1) di mana hasil negerinya ialah:
Disamping itu juga disertkan pelaporan dari 4 PPD yang sempat mengenai isu dan program intervensi bagi mengurangkan kategori TEGAR.
Mesyuarat berakhir jam 2.15 petang di kala hujan tetap mencurah. Bertolak balik jam 3.00 petang tetapi amat perlahan perjalanan kerana lebat hujan dan air dah melintas jalan utama ke Kota Bharu. Depan Taman Sri Aman, kereta dah bersusun atur ditepi jalan dan yang memandu meredah air yang masih boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Cuba memberanikan memandu meredah air kerana tercabar oleh sang kancil dan sang viva yang bergerak lancar dalam air. Tetapi ada yang dah padam injinnya terpaksa ditolak. Ada beberapa tempat lagi air agak dalam hampir 1 kaki iaitu di padang Pak Amat, Depan Sekolah Padang Pak Amat, Padang sebelumSMK Pak Badol, Depan SJK Padang Kala. Depan SK Peringat, Depan SK Long Ghafar dan Pauh Butut sebelum tiba di rumah. Alhamdulliah perjalanan meredah air ini selamat.
Ada kebaikan meredah air ini iaitu kereta bahagian bawahnya cuci bersih kerana sebelum ini jarang-jarang kena cuci.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MESYUARAT INI- mencapai hasrat KPI(NKRA-LINUS)
Petikan Bernama
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam. Ini berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, .
Dua daerah di negeri itu yang kini dilanda banjir adalah Kota Bharu dan Pasir Puteh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.
"Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran.
Bermula petang ini sekitar jam 3.00, hujan dah mulai turun mencurah air dari awam yang mengandungnya. Tanpa henti dengan renyai dan lebat bersilih ganti.Mengikut apa yang diramalkan oleh Jabatan Jabatan Meteorologi, angin dan laut mula bergolora di laut Cina Selatan mulai hari isnin ini.
Agak berbahaya kepada perahu kecil. Berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi. hujan turun amat lebat ketika ini berbanding tahun lepas dan kemungkinan besar 40 peratus melebihi tahun lepas.
Ramalan Jabatan Meteorologi, antara 25 hingga 28 November ini air di sungai-sungai di mana-mana tempat dijangka tinggi.Tapi itu hanyalah ramalan berdasarkan data emperikal yang dicatatkan oleh aparatus moden sains. Korelasinya banyaklah kandungan hujan maka banyaklah air yang akan dicurahkan. Tetapi kita manusia wajib akur bahawa hujan ini diturunkan oleh Malaikat Mikail yang sentiasa menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH SWT.
Malam tadi hujan turun tanpa henti. Kadang-kadang berkumandang guruh dilangit lepas. Yang enak didengar ialah alunan sahutan sang kodok. Meriahnya suasana persekitaran rumah semacam sebuah orkestra philharmonic.Owng…. owng…. bersahutan.Kenapa katak berbunyi? Betul ke nak panggil hujan atau diri dah kesejukan atau dah lemas ditenggelami air ?
Betul ke penyataan ini "Katak bernafas melalui paru-paru walaupun katak juga boleh bernafas melalui kulit. Pada musim hujan, kelembapan udara sangat tinggi , jadi katak sukar bernafas. Oleh sebab itu katak akan menggelembungkan lehernya untuk menyedut lebih banyak udara. Proses menggelembung dan mengerutkan leher akan mengeluarkan bunyi".
Sekiranya hujan berlarutan, banjir @ bah akan berlaku. Tanah digenangi air. Sekira tohor ok lah tetapi jika dalam terpaksalah mengambil langkah sewajarnya untuk keselamatan nyawa dan harta benda. Sematelahan buat anak pelajar yang kini menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Kelicinan dan keselesaan amat diperlukan. Sekiranya banjir akurkanlah arahan demi keselamatan.
Terkini Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat. • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat. • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. • Bersedia dengan peralatan kecemasan. • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH • Pergi ke tempat tinggi dan selamat. • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. • Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa). • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat. • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN • Pakai kasut. • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap. • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor. • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin. • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Cuma janganlah bermain air banjir, banyak bahayanya. Selain kotaran ada juga hidupan lain seperti lintah. Jika diluar tubuh tak mengapa, tetapi jika dah masuk ke dalam tubuh boleh mengancamkan nyawa. Oleh itu awas bagi gologan wanita. Mengikut statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,pada musim banjir tahun 2010 seramai 13 orang pelajar telah dimasuki lintah dalam kemaluannya dan seorang telah meninggal dunia.
Hujan menyejukkan suasana, menyegarkan kehidupan makluk, tetapi banjir banyak yang tak elok.Maka marilah kita bersama bermunajat kepada ALLAH SWT agar musibah ini dijauhi dari kita semua. Doa orang yang ikhlas itu amat mustajab. Semoga malaikat Mikail terus menurun rezeki dan menurunkan hujan demi sejahteranya hidup ini. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> SEDIKIT INFO TENTANG LINTAH INI BUKAN LINTAH DARAT.. Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya alergi terhadap haiwan itu.
Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai penghisap darah cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau bermesra dengannya.
Bagi yang biasa atau bermain dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing itu, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.
Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersiol.
Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu sasaran dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.
Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.
Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.
Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Mulai minggu ini sehinggalah 28 November 2011, semua pelajar sekolah dari tahun 1 2011 sehinggalah pelajar tingkatan empat akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebagaimana ucapan bajet YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Oktober 2011 lepas.
Peruntukan ini akan disampaikan terus kepada pelajar melalui ibu bapa masing-masing yang akan hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.Penyerahan akan dibuat oleh tokoh utama masyarakat setempat berdasarkan surat arahan yang di keluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Rosli Mohamed.
‘Surat makluman tambahan mengenai penyerahan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada murid’
“Mesyuarat susulan Jemaah Menteri Bil. 11/2011 pada 28 Oktober 2011 memutuskan supaya pimpinan wakil-wakil rakyat, termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ‘wakil rakyat yang terpilih’ dari Kerajaan Persekutuan hadir menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa murid,”
Cuma satu harapan agar RM100 ini adalah hak pelajar untuk digunakan bagi menyediakan keperluan persekolahan untuk sesi 2012 nanti. RM 100 untuk uniform baru, kasut stokin serta alat tulis bukan untuk kegunaan khas ibu dan bapa. Berilah peluang kepada mereka untuk meghadapi sesi baru dengan wajah baru dan tekad baru. Semoga tiada lagi yang hadir berbaju lama berkasut robek berstokin carit tanpa alat tulis.Sayangilah mereka kerana mereka adalah pengganti kita semua nanti. Menjadi orang berinsaniah hebat berfikiran jauh.
Buat yang dah di sekolah menengah tu, jangelah tukar handphone baru ye !
PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.
"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.
"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.
Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.
Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.
Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.
Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.
Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.
Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.
Analisis pretasi Gred Purata Mata Pelajaran Sains Kebangsaan adalah:
Tahun 2011 ( 2010) Calon: 484844 (481964) % A : 24.3 (26.3) % B : 39.2 (37.0) % C : 24.3 (25.3) % ABC: 87.8 (88.6) % D : 6.5 (5.7) % E : 5.5 (5.7) GPMP SAINS: 2.30 (2.27) GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31)
Bagaimana UPSR Sains negeri kita?
Tahun 2011 ( 2010) Calon: 34168 (35339) % A : 33.26 (31.53) % B : 39.77 (35.60) % C : 19.77 (23.26) % ABC: 92.80 (90.49) % D : 4.08 (4.92) % E : 3.12 (4.59) GPMP SAINS: ?.?? (?.??)
GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31) Pada tahun 2011 Gred Purata Negeri bagi Negeri Kelantan ialah 2.09 meningkat 0.13 dan merupakan negeri terbaik dalam GPN UPSR 2011 ( Rujuk: -Berita Harian 18 November 2011 Jumaat ms 11)
TAHNIAH SEMUA " JOM KITA TEKADKAN AZAM MELALUI USAHA GIGIH UNTUK MENYAINGI GPN TERSEBUT BUAT TAHUN 2012..Kita pecah rekod kita sendiri .TINGKATKAN NAFSU TENTU BOLEH DENGAN IZIN ALLAH SWT "
Terlalu sering berinteraksi dengan komputer bisa membuat pinggang terasa pegal, bahkan nyeri. Tak hanya itu, rutinitas ini juga punya dampak buruk terhadap leher dan bahu. Menurut ahli, dampak negatif ini muncul akibat postur tubuh Anda yang kurang baik ketika bekerja. Coba simak beberapa tips berikut agar Anda bisa menyelesaikan pekerjaan tanpa harus diganggu nyeri pinggang. Sebab, bila nyeri sudah mendera, mau tak mau pekerjaan juga akan terbengkalai, bukan?
1. Miliki kursi kerja yang berkualitas, nyaman, dan mudah disesuaikan. Posisikan kursi di dekat meja, lalu atur ketinggian kursi sehingga bagian siku, pinggul, dan lutut Anda menekuk 90 derajat selama bekerja. Lengan bawah sebaiknya paralel atau sedikit diturunkan ke arah alas meja. Kedua kaki menjejak mantap di lantai. Jika tidak sampai, gunakan kardus atau bangku kecil sebagai tumpuan.
2. Gunakan penahan dokumen yang diletakkan di samping layar komputer dengan jarak pandang yang sama dari mata sehingga Anda bisa bekerja lebih nyaman. Bekerja dengan dokumen yang diletakkan di alas meja akan membuat Anda sering membungkuk sehingga bisa membuat leher gampang pegal.
3. Batasi penggunaan komputer dan ambil jeda setiap 30 menit untuk melakukan peregangan di bagian leher, pergelangan tangan, serta bahu. Alihkan fokus pada titik yang jauh dari Anda, supaya mata bisa rileks sejenak. Bangkitlah dari tempat duduk dan berjalanlah sedikit.
4. Belajarlah mengetik sepuluh jari, sehingga Anda bisa mengetik dengan lancar tanpa harus berkali-kali membungkukkan badan ke depan keyboard untuk mencari-cari huruf yang ingin diketik. Ketahui juga beberapa shortcut komputer, sehingga Anda tidak harus setiap kali menggunakan mouse. Ini juga akan membuat kerja Anda lebih efisien dan cepat.
5. Jaga selalu kesehatan dengan sering berolahraga. Pertahankan kekuatan dan kelenturan tubuh dengan aktivitas seperti yoga dan Pilates. Kelola stres dengan baik di dunia kerja, serta seimbangkan dunia karier dan personal.
Sumber : Kompas.com
< Harap anda juga faham bahasa Melayu Indon ini ... saya bisa sekali kerana sering nonton movie indon di Astro >
UPSR sudah, PMR pun sudah, kini pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan Enam Atas mula menghadapi peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2011. SPM vermula pada 14 November 2011 manakala STPM bermula pada 21 November 2011.
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di 3,533 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai hari ini hingga 14 Disember depan.
Di KELANTAN, seramai 36,333 calon SPM menduduki peperiksaan tersebut di 282 pusat bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut seramai 28,087 merupakan calon sekolah kerajaan, MRSM (650 calon), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (136 calon) dan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 4,935 calon.
Kepada semua calon didoakan memperolehi kejayaan cemerlang.
( Anaknada ke empat juga kini menduduki SPM di SMK Kota. Semoga ALLAH SWT mengizinkannya berjaya sebagaimana abang dan kakak-kakaknya yang juga belajar di sekolah kedua ayahndanya ini )
Hari ini diberi peluang dapat berada bersama dengan YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan di BTPN Kelantan untuk majlis penutup Khatam Al-quran Peringkat Negeri Kelantan. Berada selama hampir 3 jam bermula jam 12.00 tengah hari , sungguh sejuk hati ini dan hadirian yang lainnya kerana melihat anak-anak dibangku sekolah rendah dah khatam pengajian Al-qurannya.
Persembahan mereka yang mewakili daerah pelajaran negeri ini begitu mempesonakan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab dalam pertandingan kuiz, coral speaking maupun dikir barat serta lain. Tanpa insiatif guru dalam menjayakan J-QAF, agak sukar perkara seumpama ini berlaku. Anak kecil dah pandai baca kitab.
Harapan tinggi kepada mereka penerus kepimpinan negara nusa ini agar dapat menghayati apa yang diajar dalam kitab ALLAH SWT ini agar dunia ini selamat sejahtera. Manusia yang beramanah dan berintergriti kerana taqwanya.
Tahniah kepada warga Sektor Pengurusan Islam, JPN yang menjayakan program pada hari ini yang dari pagi tadi hujan apabila musim tengkujuh menjenguk tiba.
Bertarikh 4 November 2011, Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 tahun 2011 di bawah tajuk Pelaksanaan dasar Memartabatkan bahasa malaysia Memperkukuh bahasa Inggeris atau ringkasnya MBMMBI. Dengan ini bermakna SPI Bil. 12/2011 ini MEMBATALKAN SPI Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 yang dikeluarkan sebelum ini.
Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memmansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan diGANTIKAN dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBI)
Dasar MBMMBI in dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 di mana dalam proses peralihan ini, sekolah BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris DAN?ATAU bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Ini bertujuan membanytu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, iaiitu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsan.Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sesebuah sekolah.
Perincian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains da matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti berikut:
SEKOLAH KEBANGSAAN(SK)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BM SEPENUHNYA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BC SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BC SEPENUHNYA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)
Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2) Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 ) Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 ) Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 ) Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BT SEPENUHNYA ( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)
Tahun 2016 dan seterusnya Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BT SEPENUHNYA
SEKOLAH MENENGAH
Tahun 2012 HINGGA Tahun 2016 Tingkatan Satu hingga Tingkan Lima menggunakan BM sepenunhnya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI
Tahun 2017 Tingatan Satu menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2018 Tingatan Satu dan Tingkatan Dua menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2019 Tingatan Satu hingga Tingkatan Tiga menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2020 Tingatan Satu hingga Tingkatan Empat menggunakan BM SEPENUHNYA ( Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)
Tahun 2021 Tingatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM SEPENUHNYA
Walau bagaimanapun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik bagi Tingakatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam BI.
PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AWAM (bagi mata pelajaran sains dan matematik)
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) Sehingga tahun 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) mengguNakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2015
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) mengguNakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI sehingga tahun 2015
SEKOLAH JENIS KEBNAGSAAN TAMIL (SJKT) mengguNakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI sehingga tahun 2015
Pada tahun 2016 SK menggunakan BM SEPENUHNYA SJKC menggunakan BC SEPENUHNYA SJKT menggunakan BT SEPENUHNYA
PENILAIN MENENGAH RENDAH (PMR) BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2018 Pada tahun 2019 BM digunakan SEPENUHNYA
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2014
SIJIL PELAJARAB MALAYSIA (SPM) BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2020 Pada tahun 2021 BM digunakan SEPENUHNYA
Harap kita semua rakan pendidik semakin jelas mengenai perubahan dasar ini.
Telah dimaklumkan di Parlimen bahawa guru akan diberi tugas secara rasmi untuk 9 jam sehari mulai tahun 2012. Cadangan ini akan dirintiskan di empat buah negeri dengan melibatkan hampir 140 buah dan 5000 guru.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.
Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.