.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, January 10, 2013

Fitnah bukan ajaran pendidik

Pendidik itu luas maknanya iaitu orang yang menyeru perkara baik dan membenci perkara jahat. Diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui insan yang bernama ibu, bapa, guru, ustaz,ustazah,ulamak dan pemimpin. Budaya memfitnah besar musibahnya . Jika tak di dunia akan nanti juga di akhirat sana. Terkadang didunia ini dah pun menerima musibahnya. Termatlah  malunya kerana hilang maruah kehormatan dan harta benda berupa wang ringgit dan seumpamannya. Maka hindarilah melakukan fitnah ..berkata benar dengan berfakta.Katalah walaupun pahit dan pastikan tiada pembohongan perkataan yang diluahkan itu.
IPOH: Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.

Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN.

Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Bagaimanapun akhbar Utusan Malaysia tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli.

sebelum itu..
Dr.Novandri 

   
Semua sudah tahu apa yang terjadi kepada pengendali blog Minda Intelek Melayu Dr.Novandri yang terpaksa memohon maaf kepada Khalid Samad atas satu artikel yang pernah beliau tulis dan dikhabarkan juga terpaksa membayar sejumlah wang (khabarnya RM50 Ribu) sebagai ganti rugi penyelesaian luar makamah.

Gara-gara difitnah.. dapat fulus pula, banyak tu.

Tuesday, January 8, 2013

Hutang Keliling Pinggang....bengang



Hentikan budaya hutang dan boros

SM Mohamed Idris, 09 Jan 2013
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan satu laporan berita akhbar yang mendedahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelesaikan sebanyak RM139,000 hutang ceti haram atau ah long yang melibatkan 102 anggotanya.


Menurut berita itu lagi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bayaran itu merupakan jumlah yang berjaya dikurangkan hasil perundingan bersama pihak berkenaan walaupun jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar RM370,000.

Katanya, kegiatan meminjam wang daripada ‘lintah darat’ itu melibatkan anggota pelbagai pangkat dan dalam hal itu TLDM menggunakan pendekatan penerangan dan ceramah untuk membantu mereka.

CAP berpandangan pihak TLDM tidak sepatutnya menggunakan wang awam untuk digunakan bagi menyelesaikan hutang ah long yang diambil oleh anggotanya kerana ini akan memberikan satu contoh yang tidak baik.

Ini kerana ia akan memberikan persepsi atau tanggapan dalam kalangan anggota TLDM bahawa adalah tidak salah untuk meminjam dan berhutang dengan ceti haram atau ah long kerana sekiranya gagal untuk membayarnya pihak berkuasa akan menyelesaikan hutang itu.

Pendedahan ini juga menunjukkan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bukan sahaja melibatkan anggota TLDM yang mengamalkan dan terjebak dengan budaya meminjam wang dan berhutang daripada ceti haram dan ah long walaupun sudah lama pihak kami berusaha mendidik pengguna agar mengelakkan budaya hutang dan boros.

Eloklah kita menginsafi hakikat bahawa hutang isi rumah di negara ini pada 2010 ialah sebanyak RM577 bilion. Segenap lapisan masyarakat di negara ini sanggup berhutang bagi memenuhi tuntutan gaya hidup moden termasuk mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Namun hidup mereka akhirnya semakin merana apabila Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa mengisytiharkan 85,175 daripada mereka sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

Tiga jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan.

Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yang tertera di atas. Kegagalan menguruskan hutang mengakibatkan 85,175 rakyat negara ini menjadi bankrap ketika usia muda.

Berikut adalah kes muflis di Malaysia. Sebanyak 85,175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012.

Sewa beli kenderaan 21,796 kes, pinjaman peribadi 12,547 kes, pinjaman perumahan 12,098 kes dan pinjaman perniagaan 9,865 kes (Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia).

Bagi mereka yang sudah pun terjebak dengan budaya meminjam dan berhutang ini, tidak ada jalan lain kecuali melunaskan hutang mereka sekiranya tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan pelbagai kerenah ceti haram dan ah long.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang itu meminjam atau berhutang antaranya bermain judi tetapi ada juga yang meminjam dan berhutang kerana hendak hidup mewah atau terpengaruh dengan gaya hidup orang lain yang lebih mewah daripada mereka.

Inilah masalahnya yang sering melanda masyarakat kita, kalau tidak mampu untuk memiliki sesuatu dalam hidup kita ini, usahlah membebankan diri dengan meminjam dan berhutang yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Terimalah hakikat kemampuan gaji dan pendapatan kita serta hiduplah dengan sikap sederhana (terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad “Tidak akan kekurangan orang yang hidup sederhana).

Orang yang membelanjakan harta dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan dan berlebih-lebihan dan sudah tentu tidak akan kekurangan. Satu lagi sikap yang perlu diamalkan ialah qanaah iaitu cukuplah dengan apa yang ada, seperti kata pepatah Melayu ukurlah baju di badan sendiri.

Jangan sekali-kali terpedaya dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa baik media elektronik atau media cetak terutama sekali di musim-musim perayaan yang menonjolkan budaya hidup mewah, boros dan membazir yang semuanya berpaksikan kepada wang.

Dalam masyarakat kita, memang terdapat mereka yang suka meminjam wang, gemar hidup bergaya lebih daripada kemampuan serta berbelanja lebih daripada pendapatan, banyak orang kelihatan hidup senang walaupun pada hakikatnya kesenangan itu berasaskan kepada hutang.

Satu lagi amalan buruk di dalam masyarakat kita ialah membazir. Kini amalan membazir di dalam masyarakat nampaknya tidak dibendung malah semakin dibiarkan.

Perilaku membazir ini dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk seperti membazir makanan, aksesori dan hiasan diri, pembaziran di dalam rumah, membazir di dalam pakaian, hiasan dan perabot rumah serta pejabat.

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah menularnya budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara ini.

Pihak berkuasa juga digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang disiarkan di dalam media massa itu tidak menggalakkan masyarakat ke arah budaya hidup mewah, boros dan membazir.

Masyarakat perlu dididik untuk mengamalkan cara hidup sederhana, berjimat-cermat, tidak boros dan membazir di dalam hidup dan menginsafi bahawa masih ada anggota masyarakat yang hidup di dalam kemiskinan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Penulis ialah Presiden CAP.

Banyak Program dengan 1M ni

 

Klinik   1 Malaysia -K1M
Kedai Rakyat 1 Malaysia-KR1M
Tayar Rakyat 1Malatsia =TR1M
Program Internet 1M
..... dan terbaharu
Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.
Roti 1Malaysia?

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan. 

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.

Aduhai Persembahan Mengejut....Sekalung Budi Segunung Intan




Polis: Tarian bertentangan budaya, Islam
 
NONEKetua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.

"Tarian yang dipamerkan itu bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.

"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.Tambahnya lagi, penganjur telah membuat aduan dan meminta penjelasan secara peribadi berhubung isu berkenaan daripada pihak hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.
Zahedi mengulas rakaman gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan berlegar di laman sosial.

Menurutnya juga, majlis itu dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.

"Saya ingin tegaskan bahawa PDRM sejak kewujudannya tidak pernah menganjurkan majlis sebegini kerana ia bertentangan dengan teras budaya PDRM dan agama Islam," katanya.

Lirik Lagu Rasmi Beberapa Buah Negeri

Monday, January 7, 2013

Ya ALLAH..jauhilah musibah ini


January 7, 2013


 Ribut Tropika Sonamu Menuju Malaysia 

 "Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...

This visible image of Tropical Storm Sonamu in the South China Sea was captured by the MODIS instrument aboard NASA's Aqua satellite on Jan. 4, 2013
Sonamu has left the Philippines and Palawan behind and NASA satellite imagery showed the storm intensified into a tropical storm while moving through the easternmost South China Sea.
At Jan. 4, 2013 at 0535 UTC (12:35 a.m. EST), a visible image of Tropical Storm Sonamu was captured by the Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) instrument that flies aboard NASA's Aqua satellite.
The Joint Typhoon Warning Center (JTWC) noted that some animated infrared satellite imagery shows central convection persisting over the low level circulation center and some fragmented formative banding over the northern semi-circle.
By 1500 UTC (10 a.m. EST/U.S.), Sonamu's maximum sustained winds had increased to near 35 knots (40.2 mph/64.8 kph). Sonamu's center was located near 8.9 north latitude and 113.2 east longitude, about 430 nautical miles (494.8 miles/ 796.4 km) east-southeast of Ho Chi Minh City, Vietnam. Sonamu is moving to the west at 14 knots (16.1. mph/26 kph) and is expected to continue in that general direction for the next couple of days with its center staying over open waters as it passes southern Vietnam.
Extreme southern Vietnam, from near Ho Chi Minh City southward may feel the effects of the outer fringes of the storm, with gusty winds, heavy rainfall, and rough coastal conditions.
JTWC forecasters expect that Sonamu will peak in intensity sometime on Jan. 5 and then weaken as vertical wind shear increases.
Sonamu is forecast to turn to the south-southwest and make landfall early next week in east central Malaysia.

http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html
Text Credit: Rob Gutro
NASA's Goddard Space Flight Center
NASA Catches Tropical Storm Sonamu in South China Sea



Tropical storm Sonamu expected to hit east coast today

PETALING JAYA (Jan 6, 2013): With tropical storm Sonamu expected to pound the east coast of Peninsular Malaysia this week, all residents and fishermen in those states have been advised to stay away from the sea.
National Security Council Secretary Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab said in a statement on Saturday that the Malaysian Meteorological Department (MMD) has forecast turbulent sea conditions and flooding in low-lying areas today until Wednesday.
The storm is expected to affect Kelantan, Terengganu and Pahang.
"Those in flood-prone areas should be alert for warnings of heavy rain and should make advance preparations for the possibility of floods," said Mohamed Thajudeen.
He said the public should heed orders from the authorities to evacuate their homes.
The MMD on its website has issued a warning of strong northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 4.5m occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang and Palawan.
These conditions are expected to continue until Friday.
-THE SUN-
NASA Catches Tropical Storm Sonamu in South China Sea


Photo: Ribut Tropika Sonamu Menuju Malaysia...Ini maklumat untuk rujukan semua...share !

Ini paparan imej terkini...

Perbanyakkan Istiqfar,Solat Taubat Dan Hajat semoga dijauhkan daripada bala bencana ini...

Jangan mengundang kemurkaan Allah dengan menambah maksiat dan dosa...

http://ezli007.blogspot.com/2013/01/ribut-tropika-sonamu-menuju-malaysia.html

Maka doakan agar dijauhi.. kepada NYA adalah segala.
AYUH KITA BERDOA...MOGA MALAYSIA SELAMAT

Jangan amalkan ...dibenci ALLAH SWT

Lebih-lebih lagi menjelang hari-hari yang semakin hampir untuk memilih orang untuk dijadikan sebagai wakil.
 
Jangan amalkan dalam Web,Portal,Fb, Twitt, Blog dan seumpamanya. Mudah tulis tetapi akan mengundang musibah di dunia dan di akhirat. 
 
1. Fitnah

 Terlalu banyak seseorang buat fitnah maka orang hilang kepercayaan untuk selamanya.Terkadang duit habis melayang bayar pampasan fitnah.

2. Maki hamun

Demgam perkataan bodoh di samping perkataan bengap, tolol, bohong, penipu, mengheput dan lain-lain kata kesat

3. Hina peribadi keterlaluan

Ingat peribadi kita ini elok sangat ke :..entah-entah lebih teruk lagi

4. Mencarut

Orang baik-baik, agamawan dan kaum wanita sudah tentu tidak gemar untuk mendengar perkataan mencarut macam ni. 

5. Lucah

    Menyiarkan bahan lucah macam ni untuk menunjukkan kononnya kejahatan pihak lain... sama   

             juga     dengan  kes mencarut tadi, golongan yang rasional tidak suka melihatnya .
6. Provokasi
 
Provok rakan-rakan maya suruh berkelahi dengan posting  bahan menyakitkan hati lepas tu tag pada semua pihak sehingga menyebabkan  orang berkelahi 

Ingat jangan buat..kita orang muslim, takutkan ALLAH SWT.

 

Sunday, January 6, 2013

Mencari Kebenaran Hakiki


Memang Dah Tak Dok Otak...

Hebat! Fasyen Show Dari Kondom Diadakan Di Melaka?

Apabila kreativiti dan inovasi yang tak bersandarkan tuntutan agama, inilah jadinya.

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/252070_374029929359865_308805142_n.jpg
http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/248639_374030006026524_1434150113_n.jpg
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/553081_374030019359856_262299918_n.jpg

Saturday, January 5, 2013

bak po ni ?.. tak lama lagi PRU 13

5/01/13




Satu demo oleh beberapa ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Pengkalan Chepa mendesak agar Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan.
Tujuan demo yang bertempat di lapangan terbang Pengkalan Chepa ialah "DEMI MENYELAMATKAN UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA".
 
Apabila hampir PRU.. ada-ada saja.

Bekas ketua hakim: Yakini undang-undang Islam


 Petikan Dari Bernama


 
Umat Islam perlu meyakinkan diri sendiri serta masyarakat bukan Islam di negara ini bahawa undang-undang Islam adalah adil dan saksama, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau berkata sayangnya hari ini umat Islam Malaysia begitu cuai dan alpa sehingga mengabaikan khazanah berharga yang diwarisi daripada para ulama Islam dan cendekiawan ilmu perundangan Islam.

"Kita harus mempelajari undang-undang Islam ini dan berikhtiar serta berjihad, jika perlu, untuk menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia," kata Ahmad Fairuz, yang merupakan Ketua Hakim Negara pada 2003 hingga 2007.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dihadiri kira-kira 1,200 peserta di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata beberapa langkah telah pun diambil Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Serentak dengan itu juga, beliau berkata Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa turut ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan para penuntutnya untuk menerima dan mengemukakan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas bagi umat Islam di negara ini.

"Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan buruk sangka terhadap undang-undang Islam dan mengiktiraf serta menghormati undang-undang Islam di Malaysia.

"Undang-undang di negeri barat dengan secara langsung ataupun tidak, dan dengan diketahui atau tidak, telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England sendiri, banyak pembaharuan telah dibuat yang membawa undang-undang itu (Common Law) lebih dekat dengan undang-undang Islam," katanya.

Ahmad Fairuz, yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata malangnya, di Malaysia sehingga hari ini kerap kali mencontohi pembaharuan undang-undang yang berlaku di England sungguhpun peruntukan yang setanding dengan undang-undang berkenaan atau yang lebih baik boleh dirujuk daripada undang-undang Islam.

"Kita sebagai orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya layak menerima undang-undang Islam dan selepas itu bolehlah kita cuba memujuk jiran-jiran kita (masyarakat bukan Islam) di negara ini untuk bersama-sama menerimanya," katanya.

Ahmad Fairuz, dalam ucapannya turut memetik Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaldin dalam rencananya yang merujuk kepada kenyataan bekas pensyarah undang-undang Dr Aziz Bari yang dilapor sebagai berkata bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.

Kenyataan Aziz itu berbunyi: "Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam adalah agama persekutuan sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam."

Merujuk hal sama, Ahmad Fairuz berkata Perkara 3 (1) adalah kekuatan bagi umat Islam Malaysia kerana Islam termaktub sebagai agama persekutuan dan dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip keamanan dan kedamaian.

"Walau bagaimanapun, penganut agama lain mesti sedar bahawa agama mereka bukanlah agama persekutuan. Jadi berhati-hatilah membuat tuntutan kesamarataan.

"Perkara 3 (1) telah menjelaskan bahawa Islam itu agama persekutuan, mana boleh nak samarata?" katanya.

Friday, January 4, 2013

Dr. MAZA : Kembali kepada politik yang dapat membina negara

Menilai Amanat Hadi dengan adil 

Oleh : PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/544/470x275x93f7263e49d97b448d282391e2b7cbd0.jpg.pagespeed.ic.G_PqqJzech.jpg


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dibangkitkan menjelang pilihan raya ke-13 ini. Walaupun amanat tersebut lebih daripada 30 tahun usianya, namun seperti biasa politik mampu membangkit-ungkit apa sahaja.

Kedua belah pihak - kerajaan dan pembangkang memakai pendekatan yang hampir sama. Cumanya, ‘kelebihan' kerajaan di negara kita ini ia menggunakan media awam demi tujuan politik kepartian.

Saya tidak pasti apakah jika pembangkang hari ini jika berkuasa akan menggunakan pendekatan yang sama ataupun tidak?

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

"Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekalian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.

"Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

"Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Fatwa-fatwa Pantai Timur

Saya ingin mengajak pembaca melihat isu amanat ini di luar dari kerangka fanatik kepartian, sebaliknya menelusurinya secara fakta dan rasional.

Amanat Haji Hadi itu dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ketika itu saya masih lagi bersekolah rendah. Saya rasa bukan Abdul Hadi yang menamakannya amanat, sebaliknya ia adalah inisiatif orang PAS sendiri.

Apakah amanat ini satu-satunya punca sebahagian orang PAS mengkafirkan Umno? Saya tidak pasti. Namun kita tahu, ramai guru-guru agama yang lain yang pro-PAS juga mengkafirkan Umno. Ada sesetengah tokoh agama yang mengkafirkan Umno ketika itu kemudiannya masuk Umno dan mendapat pelbagai jawatan.

Saya sendiri pernah berjumpa orang PAS yang mengkafirkan Umno. Bahkan saya pernah berjumpa mereka yang mengharamkan bersekolah di sekolah kerajaan kerana kononnya ‘sekular' dan seumpamanya.

Ertinya, kafir-mengkafir disebabkan perbezaan parti politik telah berlaku dalam sejarah umat Islam dalam negara ini. Fatwa-fatwa PAS terutamanya dari Pantai Timur telah mencetuskan fenomena tersebut.

YB Dr Mujahid Yusuf, seorang ahli Parlimen PAS, tokoh reformis dalam PAS dan anak bekas presiden dan mursyidul am PAS dalam bukunya Menuju PAS Baru menghuraikan isu ketika itu dengan menyebut:

"Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam... penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa' sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi' telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini." (ms 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).

Mungkin Abdul Hadi sendiri tidak pernah menyebut Umno kafir secara jelas, namun sikap kebanyakan tokoh PAS yang tidak menangani isu-isu mengkafir ataupun seakan membiarkan orang awam PAS mengkafirkan orang Umno sehingga berlaku dua imam, tidak makan sembelihan, tidak menjawab salam dan lain-lain ketika itu, amat mendukacitakan.

Konteks

Dalam memahami sesuatu teks, kita wajar melihat kepada konteks. Hakikatnya, pendekatan PAS ketika itu bukanlah asing jika dilihat kepada perkembangan gerakan Islam secara keseluruhan. Pada tahun 70-an dan 80-an kebangkitan Islam berlaku di Asia. Kesedaran tentang perlunya umat Islam kembali kepada Islam dan menghapuskan unsur-unsur penjajahan kedengaran di sana-sini.

Buku tokoh-tokoh gerakan Islam di Timur Tengah menjadi menu penting para aktivis ketika itu. Buku-buku itu ditulis oleh tokoh-tokoh berkenaan dalam keadaan tekanan yang berat oleh rejim-regim Arab yang sangat zalim dan khianat.

Mereka juga biadap terhadap Allah dan rasul-Nya. Mereka yang membaca buku-buku cuba menyamakan hal tersebut dengan keadaan setempat.

Isu takfir (mengkafirkan) juga timbul di Timur Tengah sehingga mursyidul am al-Ikhwanul al-Muslimin menulis buku Du‘aah La Qudah (Pendakwah Bukan Hakim) bagi tujuan menangani isu ini.

Fatwa-fatwa ulama juga dibaca kepada masyarakat. Antaranya, fatwa Mufti Saudi masa itu al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdillah bin Baz yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan Islam, dalam erti kata lain menjadikan seseorang kafir.

Abdul Hadi ketika itu antara yang mempopularkannya. Dalam fatwa itu antaranya menyebut:

"Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad SAW itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum Allah (aturan-aturan taghut), dan mengetepikan hukum Rasulullah SAW, maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir.

"Sebagai contoh: Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum Muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.

"Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini...."

Walaupun ini hanyalah kaedah umum yang perlukan perbahasan dan perinciannya, malangnya kalangan orang PAS ketika itu telah menggunakannya ketika secara ‘borong' untuk mengkafirkan setiap penyokong Umno.

Ia disuburkan lagi dengan kuliah-kuliah agama PAS yang menegaskan persoalan ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Menerangkan tentang batasan iman dan kufur adalah suatu kewajipan, namun mengkafirkan individu memerlukan penelitian dan kecermatan.

Suatu perkara yang tidak boleh disembunyikan juga, Umno pada era 70-an dan 80-an bukanlah seperti Umno hari ini. Ucapan-ucapan yang tidak selaras dengan Islam, ataupun dengan seakan menghina Islam kadang-kala kedengaran di sana-sini. Proses Islamisasi dalam Umno belum berlaku ketika itu.

Sikap angkuh dan dominasi yang melampau juga wujud. Orang PAS dapat merasai sikap tidak adil kepada mereka, bermula dari JKKK di kampung sehingga ke atas.

Ini menyuburkan lagi kecenderungan menghukum Umno dengan fatwa-fatwa yang keras. Ini tidaklah menghalalkan PAS mengkafirkan keseluruhan Umno, namun itulah realiti ketika itu. Sikap Umno ketika itu juga menyumbang kepada keadaan itu.

Pada masa tersebut kematangan PAS dan gerakan Islam yang lain juga amat terhad. Mereka belum ada pengalaman pemerintahan. Bahkan saya percaya, Abdul Hadi ketika itu tidak begitu mendalami hakikat Perlembagaan Malaysia seperti hari ini.

Hari ini jika kita membaca Mujahid menulis dalam bukunya Rejuvenasi PAS, beliau membincangkan tajuk ‘Islam Dalam Kerangka Perlembagaan', kita mendapati tokoh PAS ini melihat perlembagaan dengan harmoni yang mempunyai ruang untuk Islam. Hal ini 30 tahun lepas tidak pernah diungkapkan dalam PAS.
Ulama Umno juga mesti dikritik

PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Hadi termasuk diri Abdul Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan Amanah lama Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf perlembagaan.

Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kaca mata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.

Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka. Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil.

Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

Di samping PAS, jangan lupa dalam Umno juga ada yang ‘kaki pengkafir dan penyesat' orang lain. Seorang dua guru pondok yang masuk Umno, ada yang menghukum akidah menteri besar Kelantan sesat bahkan kufur.

Di Arab Saudi, tokoh penghukum sesat umat iaitu al-Madkhali terkenal menyesatkan begitu ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan aktivis umat.

Golongan ulama muda Umno amat terpengaruh dengan aliran ini maka kita boleh tonton dalam Internet dan tulisan mereka di akhbar menyesatkan tokoh-tokoh seperti Hasan al-Banna, Syed Qutb, Muhammad al-Ghazali, al-Qaradawi dan lain-lain. Ini juga mesti dikritik.

Media-media Umno juga kebelakangan ini sering menjadikan isu akidah sebagai isu politik seperti yang PAS lakukan dalam era 80-an. Umno hendaklah berhati-hati, jangan ulangi perkara yang sama. Umno hari ini seakan menuju PAS era Amanat Hadi.

Kembali pada politik membina negara

Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar.

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir' atau ‘musuh Allah' sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam Majmu‘at al-Fatawa:

"Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir.

"Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa."

Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, January 3, 2013

Oh Dunia Politik...

My Photo



Friday, 4 January 2013

Cis Bedebah! Ini semua angkara durjana anti Melayu!

Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com
Apa lah yang Najib nak bising beri BR1M 01 atau 02? Berapa jumlah nya? RM 4-5bilion untuk 2 tahun tersebut? Bukan duit UMNO. Duit kutipan cukai yang kerajaan Najib tidak tahu mentadbir. Najib tambah hutang nak rasuah rakyat supaya menyokong nya. Tahun depan , hutang kerajaan RM503bilion.
Eleh- negara lain pun hutang jugak- Jepun hutang. Singapura hutang. Benar- tapi hutang mereka bersandarkan kepada kemampuan membayar semula. Hutang Malaysia macam hutang negara Afrika. Kapasiti nak bayar tak kelihatan. Yang kita dengar ialah laungan dan jeritan kosong Najib. Transformasi sana, transformasi sini. Transformasi rupa2 nya- rompak sana, rompak sini. Bantailah kau- MRT RM50bilion. Jalan Taiping- Banting 233km harga RM7.7 bilion. Batu istimewa 1Malaysia kah? RM33 bilion satu kilometer? Rompak, jangan tak rompak!
Semenjak 1997, ini kali ke 16 negara belanja lebih dari pendapatan. Ketika ekonomi baik, Najib lebih suka hutang daripada bersikap frugal. Kerajaan bazir sana sini.
Apalah yang hendak di banggakan dengan RM4-5 juta Beri Rasuah 1 Malaysia? duit rasuah yang sebenar mengalir sebanyak RM193 billion dalam tahun 2010, apa Najib buat? Dia tak mampu menyekat aliran duit rasuah, duit hitam serta komisyen2 yang dibuat oleh pemimpin UMNO dan rakan niaga mereka. Apa pasal?
Sebab seperti yang Daim beritahu rakan saya, The Oracle of Syed Putera, perdana menteri pun kong kali kong,  2 kali 5. Raja Ropiaah kapur ratusan juta, dia bisu seribu bahasa. Shahrizat punya family hantam RM250 juta, semua pemimpin UMNO jadi bisu. Inilah prinsip jaga menjaga.
orang yang jiwa dia sombong akan kata- ah, kalau PR memerintah pun ada rasuah jugak. Orang yang macam inilah- satu hari nanti, para perasuah masuk kerumah dia, tidur dengan isteri dia, tidur dengan anak perempuan dia, dia kata takpe. Biasa lah tu.
Bukan begini sikap kita, kalau kita mahu membangunkan masyarakat. Rasuah kita kena tentang. PR rasuah kita pun balun. Janganlah kita, bila sudah tak dapat jawap pendedahan yang kita buat, menuduh kita buat spin, mengejek NIk Aziz dengan beri dia gelaran Nik Aziz alaihissalam dan sebagai nya. Bila tak boleh jawab pendedahan kita, tuduh sebagai pencuci pantat Lim Kit Siang dan sebagainya.
Baik orang Melayu sokong Nik Aziz daripada sokong Najib al wasatiyah, maqasid shar-‘iyah. Baik sokong Nik Aziz dari sokong Najib  .
Kamu nak sokong Najib silakan. Kita tak marah. Apa kita peduli. Jilat lah sepuas mana Najib dan ditempat mana sekali pun, tidak dapat memadamkan fakta bahawa 1.2 juta ahli UMNO dan 2 juta lagi orang Melayu sudah tolak UMNO. Fakta nya, UMNO dan penjilat UMNO hanya mampu memperolehi 30% sahaja sokongan pengundi Melayu.Dalam PRU13 nanti, kalau ada 7 juta pengundi Melayu, UMNO  kalau dapat 2.5 juta undi Melayu pun nasib baik.
Bila PR memerintah, kita akan buka kes Razak Baginda semula. Kalau 2 polis yang di hukum gantung itu masih hidup, kita akan masukkan mereka semula kedalam kandang saksi. Apa yang susah sangat nak suruh mereka beritau apa sebenarnya berlaku? Kita akan tengok pendakwa dulu melakukan tugas mereka betul atau tidak? Kalau mereka cuai dalam tugasan sebagai pendakwa raya, kita pulak dakwa mereka. Bukan susah.
Yang kita nak bertegang leher dan nak bertetak berparang mengenai Deepak apa pasal?  Bawak dia ke mahkmah- soal dia. Beri dia hari dia dimahkamah, kita tengok apa dia kata. Baru senak perut pemimpin UMNO.
Tolong jawab- mana nya Puspahanas? Duit sudah pemimpin UMNO songlap, pusat penyelidikan RM100 juta tu mana wok?
Kita dah tahu apa strateji puak UMNO nanti. Akhir sekali- dan pembaca boleh lihat betul atau tidak- puak UMNO akan kata- semua fitnah dan tuduhan kepada Najib Razak adalah konspirasi bangsa bukan Melayu yang dengki dan irihati kepada orang melayu.
Hanya yang mereka lupa- yang menghentam dan mengkritik Najib ialah orang Melayu sendiri. Orang Melayu yang bukan dalam UMNO tidak kurang keMelayuan mereka dari keMelayuan puak UMNO.
Berhentilah hendak temberang. Tolong berhenti nak pedaah nya. Jangan campur yang hak dan benar dengan yang batil. Akhirnya rakyat  akan sedar bahawa UMNO hari ini bukan UMNO seperti UMNO 1946. 
UMNO hari ini UMNO Dr Mahathir. kita pun tak suka orang fitnah Mahathir ada USD44 billion. Esok, bila PR memerintah, kita akan ujudkan mahkamah khas dengan pendakwa khas. Sungguh kurang sopan nak tuduh pemimpin unggul Melayu yang boleh jalan atas air ini sebagai perasuah. Cis!
He3... dunia politik ini sama kot dengan dunia bola.. hari ini sarung jersi ini esok berpindah sarung jersi lain.Tiba masa berlawan. Tentunya antara lawannya adalah rakannya sendiri sewaktu bersama dalam pasukan sebelumnya.Tetapi yang pentingnya janganlah bermain jahat di padang nanti kena kad merah.. terbuang padang. Malu bagi yang ada ke'malu'an. Yang tiada, hentam sajalah walaupun dah jelas haramnya...cas keting make gu

Dek Kerna Bernamanya Pembangunan.. wajar ke tanah kubur dipindahkan ?

Mufti cadang tangguh kerja alih kubur Pengerang
 
Jabatan Mufti negeri akan menghantar surat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang, di Kota Tinggi.
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, hasil lawatan ke tapak perkuburan baharu di Punggai, beliau mendapati ia belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

NONE"Kita harap pihak yang berkenaan dapat perhalusi dahulu perkara ini sebelum urusan pemindahan 1,545 kubur termasuk 940 yang tidak berwaris membabitkan tujuh kampung dipindahkan ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan perkuburan Islam untuk projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Kota Tinggi, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah.

Sebelum itu, Mufti dan rombongan turut melawat tapak perkuburan Islam yang baharu di Punggai, selain tanah perkuburan Islam di Teluk Empang dan Kampung Jawa Darat.

Beliau juga berkata Jabatan Mufti akan memberi perhatian terhadap rungutan penduduk tentang jarak kubur antara satu sama lain yang terlalu dekat iaitu hanya 0.3 meter selain beberapa kelemahan semasa prosedur pemindahan kubur.

Sebanyak 1,545 kubur yang dikenal pasti termasuk 940 tidak mempunyai waris di Kampung Teluk Empang, Sungai Kapal, Sungai Buntu dan Kampung Jawa, Langkah Baik, Sebong dan Batu Mas akan dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang baru di Punggai.

Pemindahan kubur dari tujuh buah kampung ke kawasan berkenaan yang merupakan tanah rizab kerajaan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Tapak perkuburan baru itu mempunyai lapan lot dengan setiap lot boleh memuatkan antara 805 hingga 1, 495 petak kubur mengikut pekeliling serta piawaian yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Dalam pada itu, Mohd Tahrir berkata kerja-kerja pemindahan kubur itu diharuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan selain bagi memuliakan jenazah itu sendiri.

Menurutnya, proses pemindahan itu telah beberapa kali dilakukan di negeri ini seperti sekitar tahun 1980an di Muar melibatkan projek pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menghubungkan Johor dengan Kuala Lumpur.

- Bernama

Sambutlah tanpa maksiat..itu OK

Maksiat malam tahun baru

Maksiat malam tahun baru
Salah satu pemeriksaan dilakukan Jaim di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.
BANDARAYA MELAKA - Gejala maksiat mencemari sambutan malam tahun baru 2013 apabila tiga pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu serbuan bersepadu, awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 41 saman atas pelbagai kesalahan syariah.

Menurutnya, operasi turut membabitkan Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), polis dan Imigresen.

“Dalam operasi yang dinamakan Ambang Tahun Baru 2013 malam tadi (kelmarin), kita telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pusat hiburan dan juga hotel di sekitar bandaraya Melaka.

“Ia membabitkan beberapa agensi dengan kekuatan anggota seramai 45 orang dari agensi terlibat dan hasil dari pemantauan kita malam tadi, Jaim telah mengeluarkan 41 saman hadir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rahimin berkata, operasi diketuai Ketua Unit Operasi Jaim, Zuruliman Zakaria.

“Tiga pasangan terbabit telah ditahan di beberapa hotel di sekitar bandar yang disyaki tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah.

“Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata, selain tangkapan itu, Jaim turut menahan mereka yang minum minuman yang memabukkan di bawah Seksyen 50 enakmen sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali.

“Kita juga melakukan pemeriksaan dan mendapati ada juga yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 71 enakmen sama kerana berpakaian tidak sopan terutama kalangan wanita.

“Dari pemantauan bermula dari jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi dan kita kesal kerana terdapat segelintir umat Islam yang menyambut tahun baru ini dengan mengunjungi tempat-tempat tidak sepatutnya seperti pusat-pusat hiburan, minum minuman yang memabukkan dan juga mengambil kesempatan sempena cuti umum dengan bersekedudukan bersama pasangan masing-masing,” katanya.
sinar/-

Tiada Masalah

Wanita dilarang duduk seperti lelaki

20 Safar 1433H. [MOD] -
 

BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.

Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.

"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.

"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.

Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.

Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.

Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP

cARA yANG bETUL.. bUANG aIR bESAR @ bERAK

CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI


Ketahui Beza Buang Air Besar: Bercangkung VS Duduk

Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah di bawah ini.


Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Sumber

myberita

Wednesday, January 2, 2013

Sungguh teramat kurang sopan

Bekas KSU Di Cekup Bersama 36 GRO


Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

(Gambar) Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.~hmetro

Tuesday, January 1, 2013

1.1.13

 

Pemandangan Waktu Pagi Di Pintu Masuk SMK Kota, Kota Bharu Dalam Hujan Rintik-rintik



Hari ini, bermula tahun baru dan bermulalah sesi persekolahan hari pertama. Musim tengkujuh masih dalam edahnya maka beginilah suasana di jalan raya dengan kenderaan bersusun untuk mengantar anak ke sekolah. Anak yang veteran di sekolah, boleh jadi hadir dengan bas tetapi buat yang baru masuk , Tahun 1 atau Tingkatan 1, emak bapak lah yang menghantarnya. Sesak jalan dikiri kanan jalan lebih-lebih lagi tempat parking guru di kawasan sekolah digenangi air.

Maka bermulalah sesi formal para guru mendidikan anak generasi Y ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh