.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, May 3, 2012

"Walk With Me" Bersama Tuanku Al-Sultan

Kelantan Negeri Tumpah Darah Ku

Pada petang ini, selepas solat Asar, hampir jam 5.30, berlangsung program tahunan cetusan KDYMM Baginda Al-Sultan Kelantan,   Sultan Muhammad ke V , "Walk With Me" yang merupakan acara tahunan bagi tahun keduanya.

 "Nyayian Lagu Selamat Sultan"


Tentu ada sesuatu yang dibicara antara 2 tokoh ini...
 KDYMM Al-Sultan Bersama Tengku Mahkota Kelantan




 "Selebriti top kini (UAI) .. menjadi sebutan " Itu Ustaz , itu Ustaz oleh kebanyakan peserta"
 Tuanku mula berjalan bersama rakyat selepas pelapasan oleh YAB MB.

Penyertaan melibatkan hampir 25,000 orang  rakyat dari pelbagai peringkat usia, dari pelajar hinggalah pegawai tinggi kerajaan negeri dan persekutuan.  Berkumpul dalam stadium, selepas pelepasan rasmi melalui pintu H, berjalan di depan Padang Perdana mengikuti jalan depan JPN, ke Jalan Temenggong, melalui Parkson ke simpang empat Maybank dan seterusnya ke Stadium semula  melalui Jalan Hospital, Jalan ke KFC, KTC dan berakhir di tempat mula. DYMM Al- Sultan dan Tengku Mahkota mencemar duli untuk bersama rakyat berjalan untuk bersama dan untuk kesihatan.

Rakyat sihat, hasrat semua.

"ALLAH HU AKHBAR"

( Tamat jam 7.00 malam, bersolat Mahgrib di JPN dan pandu cari makan sebab anaknda ke tiga yang belajar di SMK Kota, Tingkatan Enam Atas,  juga yang terlibat dalam acara ini nak makan.. sampai di rumah jam 9.30 malam... rasa penat tetapi sihat.. banyak peluh yang keluar.....kata pakar kesihatan berjalan adalah aktiviti paling bagus untuk kesihatan.. sekurang-kurangnya 10k langkah sehari )

Malamnya, ada ceramah agama sempena Karnival Walkaton Di Raja ini yang disampaikan oleh selebriti tersebut. Anak jemput, tapi tak larat.
Antara ribuan umat yang sempat hadir mencari ilmu agama untuk guna hidup masa depan yang bermakna.
" Ustaz Don yang popular di TV Al-Hijrah juga ada sama "

lantas Salam Sejahtera Untuk Semua Pengunjung... dari ku blogger Sains4u


Wednesday, May 2, 2012

Majlis Persaraan Rakan Sejawat

Pada 29 Mei 2012 (Sabtu), sebelah malamnya, satu majlis anjuran Badan Kebajikan Sektor Penguruan Akademik, JPN Kelantan,  bertempat di Tingkat 6, Hotel Renaissance Kota Bharu diadakan bagi meraikan persaraan Tn. Hj. Wan Nordin bin Ali , Pembantu Tadbir yang memilih bersara awal 52. tahun. Beliau mula berkhidmat di SPA mulai tahun 1978 lagi..agak begitu lama.

 KSPA antara hadirin
Antara  pendendang lagu  dan pemuzik
Tak lupa kepada mereka yang menyambut Hari Lahir Bulan April

Kepada Tuan Hj. Wan Nordin.. bersara ceria dan jangan lupa rakan lama di SPA.

Post Mortem STPM dan SPM PPD Tanah Merah

Hari ini 2 Mei 2012 (Rabu), bergerak jam 9.00 pagi dari JPN Ke PPD Tanah Merah dengan mengambil masa hampir 1 jam pada jarak 50 km untuk post mortem STPM bersama Pengetua dan teamnya dari 12 buah sekolah di daerah ini.

Post Mortem SPM diberi laluan untuk diawalkan manakala selepas ucapan Tuan KSPA barulah post mortem STPM di sampaikan. Penyampaian dibuat secara santai tetapi bermakna kerana semua jemputan telah disajikan dengan makan tengah hari...Kot-kot mata semakim tertutup dek perut agak berisi dengan rezeki.
Fokus diberi kepada 4 buah sekolah yang menyediakan aliran tingkatan enam ini iaitu:
1. SMK Tanah Merah 1 - Sains
2. SMK Tanah Merah 2- Kemanusiaan
3. SMK Dato Mahmud Paduka Raja 1 - Kemanusiaa
4. SMK Batu Gajah - Kemanusiaan

Majlis behenti jam 1.10 tengah hari.
( Bertemu ramai rakan lama yang kini dah menjawat Pengetua.. Alhamdulillah )

Monday, April 30, 2012

Post Mortem STPM/SPM Peringkat PPD Gua Musang

Bermula jam 2.00 petang setelah selesai di SK Kuala Betis, bertempat di SMK Seri Wangi berlangsung..

Task Force di SK Kuala Betis

Bertolak dari kuartes guru di Gua Musang (jalan ke SMK TIP2) jam 8.00 pagi untuk mengambil breakfast roti canai dan air di kedai jalan ke PPD. jam 9.00 ke SK Kuala Betis

Saturday, April 28, 2012

Akibat "Duduk Bantah" Yang Dibantah

KUALA LUMPUR: Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).


Sebelum itu,  Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka pada perhimpunan Bersih 3.0 pimpinan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A.Samad Said, .kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.Ada kalangan mereka yang pengsan akibat terhidu gas.Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan 

Kesemua mereka sebelum itu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis

Juga tidak diduga bahawa Bersih 3.0 ini berlaku hampir 72 tempat di seluruh dunia.


 
Bagaimana ini boleh berlaku?
Juga sukar untuk difikirkan bahawa orang disebelah ini juga turut berada bersama ... dalam Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 ada juga.(Dato Marina binti Tun Dr Mahathir)

Hai... apa nak jadi.

Jika tokoh ini, amat jelas..pendirianya.

Di KTC Wacana PRU 13 pada 10 April 2012.
Itulah pandangan politik oleh orang politik atau berdarahdaging politi
k.

Friday, April 27, 2012

Turapan baru jalan di depan halaman.. TQVM

Kepada pihak yang begitu prihatin mencaknai kehendak keperluan umum. terima kasih diucapkan kerana terturap juga jalan pintas di depan rumah.

Maka itu harapan rakyat kepada pimpinan yang mencaknai.. kerana tugas mereka ialah mengurus khazanah untuk kesejahteraan umum bukan mengaut ke poket sendiri.

Turapan dibuat pada 16-17 April 2012 ( tak ada dilokasi kerana berada di N9)

Mengejar harta yang halal

Intipati khutbah Jumaat  hari ini.......

Usia semakin tua tetapi yang sentiasa tetap muda pada seseorang ialah sentiasa berimpian dan mengejar harta. Berimpian pada diri seorang tidak akan melibatkan orang lain tetapi apabila kita mencari harta dalam mengejarnya kita akan melibatkan orang lain. Maka kepada kitalah pendekatan mana yang diperlu diambil untuk mendapatkan harta itu. Jika mendapatkan nya secara betul lagi halal maka pahalalah ganjarannya tetapi jika mendapatkannya dengan tidak betul lagi haram maka dosalah ganjarannya.

Mengapakah masih lagi memilih yang haram ?

Jadilah role model untuk generasi masa depan dalam mengejar harta secara halal dengan panduan ilmu yang diredai ALLAH SWT.

Thursday, April 26, 2012

Mesyuarat "Santai Tetapi Bermakna"

Kebiasaanya masa di pejabat , berpenat memikirkan tentang pendekatan yang bakal dan perlu di ambil untuk menyelesaikan sesuatu  perkara, sama telahan perkara tersebut memerlukan bijaksana tahap tinggi apabila berhadapan dengan PDP berkesan di sekolah.

PDP berkesan dengan penguasaan ilmu, kemahiran dan sikap positif  guru di sekolah amat diperlukan oleh kepimpinan pendidikan terkini . Natijah kepadanya akan dapat merealisasikan KPI(Akademik) setiap pelajar, sekolah, daerah , negeri dan negara.

Untuk perkara tersebut maka pada hari ini , bertempat di BTPN Kelantan, dengan mulanya jam 10.30 pagi , satu mesyuarat diadakan melibatkan semua pegawai Sains dan Matematik dari JPN dan PPD termasuk Fasilinus Numerasi. Bertemakan " Ke arah Merealisasikan KPI(Akaemik) Sains dan Matematik" , pengisianya dipenuhi dengan
:

AGENDA
1.1. Ucapan Pengerusi 
 
2.  Pembentangan Daerah : Post Mortem dan KPI UPSR/PMR/SPM/STPM beserta Program Intervensi:
2.1 PPD Kota Bharu
2.2 PPD Bachok
2.3 PPD Pasir Mas
2.4 PPD Tumpat
2.5 PPD Machang
2.6 PPD Tanah Merah
2.7 PPD Pasir Puteh
2.8 PPD Jeli
2.9 PPD Kuala Krai
2.10 PPD Gua Musang
 
3. Pelaksanaan Dasar KPM/JPN
3.1 Pelaporan LINUS
3.2 Pelaporan PROTIM / ProBIm
3.3 Memperkasa SK
3.4 School Enhancement Program (SEP)
3.5 Kelas Rancangan Khas
3.6 Transformasi Kurikulum dan Pentaksiran : KSSR/KSSM Rintis/STPM Baharu
3.8 Dasar MBMMBI : Kursus Pedagogi Sains & Matematik
3.9 Pemantauan Pengurusan Akademik
3.10 Program Perskoran Kendiri
3.11 Penilaian Kendiri Makmal / Bilik Sains
3.12 Program GPS
3.13 Bina Upaya Guru – JPU J/SU/ Analisis Item dan lain-lain
3.14 Soalan Setara
3.15 Lesson Study / Best Practices
3.16 Perekasayaan Amali Sains
3.17 Dasar 60:40 
3.18 Data Ketua Panitia Sekolah
3.19 Data Makmal dan Bilik Sains yang uzur
3.20 Penggunaan HC3 dan SAPS
3.21 Pematuhan SPI BIl.4/1984, SPI Bil.3/1987, SPI Bil.3/1999
 
 
4. Pembentangan Jabatan : Post Mortem dan KPI UPSR/PMR/SPM/STPM  Matematik Sains Program Intervensi Jabatan
 
5. Hal-hal lain
 
Mempengurusi sendiri mesyuarat ini, pembentangan oleh sahabat dari JPN dan PPD sungguh santai lagi rilek walaupun isu amat berat rasanya... program intervensi yang berimpak tinggi untuk mencapai KPI dalam mata pelajaran sains dan matematik.
 
Antara perkara yang begitu menarik ialah capaian yang baik dalam satu  mata pelajaran walaupun guru berkenaan itu bukan seorang guru opsyen. 

Ayuh... semuanya marilah bersama mendidik ajar pelajar.


 

Tuesday, April 24, 2012

.....Nilaikanlah

Kini berlegar di penghidupan kita
Rentak tari pelakon manusia

Lantas
Buka Telinga - dengarkan lah
Buka Mata - perhatikan lah
Buka Mulut - katakan lah
Buka Minda - nilaikan lah
Buka Tangan - lakukan lah

Untuk 
Hindarkan lah kemusnahan 
Suburkan lah kebahagian

Maka
Bersamalah  membina ketamadunan insan
Berlandaskan Ajaran Tuhan Rabuljalil

Bijaksini... Bijaksana


Mesyuarat Bersama MPSM Bil.3/2012

Jam 3.00  hingga 4.35 petang bertempat di Wisma MPSM, Komplek Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu berlangsung mesyuarat bersama MPSM dengan Pegawai SPA yang diwakili oleh keempat-empat KPP nya

Agenda lebih kepada pemyediaan soalan setara untuk tahun ini dan alternatif tanpa soalan setara bagi tahun 2013 dan ke atas. Mesyuarat di pengerusikan oleh YDP MPSM merangkap Pengetua SMK Mulong beserta AJKnya.

Bersenergi memacu kecemerlangan akademik pelajar.

Keberadaan bersama Menyambut TPM

Pagi ini jam 8.00 dah tiba di airport Kota Bharu untuk bersama menyabut YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran yang berkunjung ke Kelantan untuk lawatan kerja sehari. Ramai kalangan pegawai kanan kerajaan dan dah tentu kalangan pimpinan politik berada bersama menyambut beliau.

Lawatan ke Bachok dan Tumpat bertemu rakyat sebelum menjelangnya PRU 13...agaknya lah.

Bernama

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih bangunan Pasar Jelawat di Bachok, bagi memberi keselesaan kepada lebih 100 peniaga kecil yang berniaga di pasar itu.

Muhyiddin meluluskan peruntukan itu ketika melakukan tinjauan mesra hampir 30 minit di pasar tersebut, sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini.

Sebaik tiba pukul 9.30 pagi di pasar itu, Timbalan Perdana Menteri yang turut diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Muhyiddin turut bersarapan pagi di sebuah warung dalam pasar tersebut, bersama orang ramai yang begitu gembira dapat bersua dan bersalaman dengan beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Monday, April 23, 2012

Sejarah Sidang Parlimen Malaysia

Pada hari Jumaat, 20 April 2012, Persidangan Parlimen bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi esoknya.

Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua 9 perkara dasar dalam aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2).

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977. 


Penatnya menjadi seorang MP... bekerja siang dan bekerja malam sebab itulah MP adalah dari golongan hebat berhujah dengan fakta konkrit bukan dengan bertegang leher berpalsu auta mempopularkan diri.

kEBERADAAN BERSAMA MENYAMBUT YB TIMB. MENTERI PELAJARAN

Pagi Sabtu yang bari lalu, jam 8.30  hadir dan bersama di aipport  p\Pengkalan Chepa beberapa pegawai yang diketuai oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan untuk menyambut ketibaan Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau akan ke Chiku untuk satu majlis di sana

Post Mortem STPM/ SPM Peringkat PPD Pasir Puteh

Post Mortem bersama Pengetua dan teamnya dari 12 buah sekolah menengah daerah Pasir Puteh dijalan mulai jam 9.00 pagi dan tamat jam 2/00 petang. Sebanyak 5 buah sekolah daripadanya yang menyediakan kelas tingkatan 6. Prestasi mereka banyak menyumbangkan kepada kekayaan negeri dalam stpm maupun spm 2011.

Perkongsian kejayaan STPM dan SPM mengisi program agar peningkatan terus dijanakan bagi kohort 2012 ini. Turut hadir ialah Tuan PPD dan Tuan KSPA.

Friday, April 20, 2012

Akan MUFLIS ke kita nanti ...


Isipati khutbah Jumaat hari ini mengupas mengenai isu yang orang takut tetapi sentiasa orang buat aoabila mudah lupa takutnya iaitu MUFLIS. Muflis yang bermakna tak dok gapa sekara hanya tinggal baju dan seluar pendek, pitih mas habis kena sita atas sebab tatalaku salah lagi jahat.

Kita semua ingat dan selalu ingat , semasa kecil lagi, ayah bonda keluarga menyuruh mengaji al-quran, solat lima waktu, puasa. Setelah dewasa kita wajib berzakat dan yang mampu, boleh mengerjakan haji. banyak kita dapat pahala lebih-lebih lagi ikhlasnya tetap bersama.

Tetapi terkadang orang mudah lupa apabila cabaran duniawi yang begitu banyak sehinggakan ajaran agama dikesampingkan. Pahala yang kita dah buat dulu dan direkodkan oleh salah satu Malaikat yang sentiasa bersama kita semakin mengecil manakala dosa yang juga direkodkan oleh Maliakat Kedua semakain sehari semakin membesar. Kita mudah lupa apabila kita melakukan cakap yang tak baik, buat yang tidak betul.

Apabila kita cakap tak betul tentang seseorang, apabila kita buat tak baik kepada sesorang maka pahala sedia ada pada kita akan dipindah kepada orang yang menjadi mangsa kita itu. Mereka menerima pahala kita dan pahala mereka semakin bertambah.Walaupun saban tahun ke Mekah menunai Haji dan Umrah,. dah ada gapa sekara.Walaupun duit emas banyak di Bank, tetapi dah tak ada nilainya.

Maka janganlah jadikan diri kita seorang yang MUFLIS di akhirat nanti... hidup di dunia maha megahnya dengan segala apa yang ada. Berbuat BAIK di dunia maka akan TERHORMAT  lah di sana dan apabila JAHAT di dunia maka TERHINA lah di sana.

Begitu hina dinanya tanpa sebarang bekal yang berkekalan. Jom kita kayakan diri kita di dunia dan kayakan diri kita di akhirat... itulah ketenangan.

Apabila mendapat hidayah...

Video peristiwa yang dikatakan berlaku di sebuah negara komunis di German dimana  sekumpulan 3000 orang memeluk agama islam dan mengucapkan syahadah beramai-ramai secara serentak.

Subahanallah,Allahuakbar..walau apapun sebab kejadian indah ini berlaku semua ini adalah membuktikan hidayah itu milik mutlak Allah.
 
Dia mampu memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada sesiapapun yang dikehendaki.
 
 

Thursday, April 19, 2012

Kita harus belajar berbeza pendapat...

Ingin maju?,,, tetapi sekiranya pemikiran kita masih jumud, sukar menerima perubahan maka kita akan ditinggalkan. Penguasaan bidang teknologi menyebabkan mereka ke hadapan.Setiap hari ada sahaja produk baru yang dihasilkan. Sebabnya mereka sentiasa berbincang hangat untuk menghasilkan yang terbaik. Berbeza pendapat itu adalah natijahnya.

Orang yang sukar menerima perubahan, maka orang itu akan ditinggalkan kebelakang dan sentiasa diperkotakkatikkan oleh orang yang berada didepannya.Mereka ini akan sentiasa menjadi pak turut.. tukang angguk walaupun yang dianggukkan itu mengundang dosa neraka.

Wahai sahabat, ayuhlah kita belajar berbeza pendapat untuk berkreativiti dan berinovasi dan  seharusnya menghormati antara satu sama lain.. mengarah negara ke arah negara maju dengan pemikiran dan pembangunan ketamadunan insan yang berteraskan ajaran ALLAH SWT.

Wednesday, April 18, 2012

Post Mortem STPM /SPM Bersama PPD Bachok

Bermula jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan 1 Bangunan Baharu PPD Bachok berlangsung perjumpaan khas JPN dari SPA bersama 17 Pengetua dengan GPK dan Guru Kanan mengenai Post Mortem STPM dan SPM. 

Selaku pegawai meja STPM negeri, slot 1 jam 30 minit dipenuhi dengan pembentangan capaian STPM dari taun 2006 hingga 2011 dan ETR 2012 berpandukan KPI (Akademik) STPM yang telah diendoskan oleh YBhg. Tuan Pengarah JPN Kelantan yang kini berada di meja dato Seri KPPM. Interaksi profesional dengan 8 sekolah yang menyediakan Kelas Pra-U ini amat bermakna dalam menterjemahkan KPI Negeri melalui KPI PPD dan KPI Sekolah masing-masing.

Juga didedahkan secara sepintas lalu akan peranan Pengetua dan teamnya dalam menjayakan Sistem Pentaksiran baharu STPM yang akan bermula mulai 7 Mei ini.

Kepada semua pengetua, peranan dan komitmen tinggi amapt dipohon kerana sekolah inilah yang akan menyumbangkan pelajar-pelajar untuk memasuki Tingkatan Enam di enam buiah sekolah berkenaan. Pelajar yang baik lepasan SPM tentunya, insyallah juga akan merupakan aset cemerlang untuk sekolah Tingkatan Enam nanti.

Terima kasih tuan semua.

Tuesday, April 17, 2012

Kursus Transformational Leadership di bawah JIPS Kohort Pertama


Hari ini adalah hari terakhir mengikuti Kursus Transformational Leadership Untuk Pegawai Kanan dan Pelapis KPM yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kursus yang julung kali diadakan dibawah Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) ini bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dicksons, Negeri Sembilan.

Kursus yang melibatkan peserta seramai 28 orang ini yang terdiri dari pegawai kanan KPM dari Bahagian dan Jabatan yang terpilih dikendalikan oleh Konsultan lantikan khas KPM. Jumpa ramai sahabat kenalan lama dari Bahagian KPM seperti LP, EPRD, IAB, dari JPN (Negeri Sembilan, Melaka, Perak ) serta pegawai kenalan baru dari MPM, BPI, BTPN dan lainnnya.

Kursus yang dikendalikan oleh Pn. Zuraina ini lebih memfokuskan kepada gaya kepimpinan masa lepas, kini dan masa depan yang menjurus kepada keharmonian organisasi yang melibatkan pelbagai pengurusan strategik untuk menghasilkan output dan outcome yang tinggi manafaat kepada negara bangsa akan datang.

Semalam,  tiba dari KLIA dengan menaiki Teksi Limo dengan tambangnya RM104.80.. terkejut juga kerana sebelum ini hanya sekitar RM80.00. Pemandunya orang Aceh yang dah menetap di negara ini. Check In jam 2.30 petang, masuk ke bilik 222 untuk menukar pakaian formal penjawat awam bagi menghadiri sesi pertama kursus.

Jam 12.30 tengah hari, majlis penutup disempurnakan oleh KPP ( Kompitensi) BPG dimana beliau turut menjelaskan secara ringkas akan BINA UPAYA dalam pengurusan man power di bawah bumbung KPM, yang baru diendoskan oleh kepimpinan tertinggi KPM di Putarjaya paga ini.

Selepas makan, saabat lama, En. Razi dali LP menumpangkan keretanya ke KLIA untuk mendapat penerbangan balik jam 6.25 petang.

Sampai di rumah, jam 8.00 malam...agak penat rasanya.

Sijil Yang Diterima

Juga pada 16 April 2012, jalan depan rumah telah diturap elok.. Terima kasih kepada pihak yang cakna tentang keperluan asas untuk semua.

Saturday, April 14, 2012

Bersama Peserta Kursus Sistem Baharu STPM

Hari ini bertolak dari rumah setelah menghantar anak ke kelas SMK Kota tiba di Arwana Inn Tok Bali untuk bersama peserta kursus Sistem Pentaksiran Baharu STPM. Berada selama hampir 2 jam sempat berinteraksi dengan beberapa sahabat yang menjadi JU dan peserta kursus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Dalam berucap yang diberi penekanan ialah ucapan berbanyak terima kasih atas sumbangan kepada kejayaan STPM 2011 yang lau, juga atas komitmen hadir kursus waklaupun terpaksan mengenepikan sementara komitmen hujung minggu bersama famili.

Turut disentuh ialah penanan setia guru mata pelajaran dalam menterjemahkan sistem baru ini yang begitu berbeza dengan sistem terminal yang bakakl berakhir penghujung tahun ini.

Bersama merealisasikan tranformasi Tingkatan Enam ini demi menobatkan kecemerlangan setanding dengan negara maju yang dah lama maju.

Friday, April 13, 2012

Kursus Pentaksiran Baharu STPM Kini Bermula

Hari ini, bermulalah kursus Pentaksiran Baharu STPM yang akan menggantikan Sistem Terminal STPM yang diamalkan dari dulu sehingga hujung tahun ini. Sistem Baharu STPM ini akan dijalankan mulai sesi pengajian yang bermula pada 7 Mei 2012 ini.

Tarikh kursus ialah:

13-14 April 2012 ( Jumaat - Sabtu )
20-21 April 2012 ( Jumaat - Sabtu )
27-28 April 2012 ( Jumaat - Sabtu )


Tempat Kursus ialah:

Perdana Resort, Kota Bharu
PCB Resort, Kota Bharu
Arwana Inn, Tok Bali


Kursus ini melibatkan seramai 1060 orang guru Tingkatan Enam dari 19 Disiplin Ilmu.

Kepada semua guru yang terlibat juga JU dan Urusetia, terima kasih yang tak terhingga kerana mengenepi sementara komitmen cuti anda demi tugas mulia ini.

Peranan Pemimpinan Menangani Mungkar

Intipati Khutbah Jumaat hari ini berkisar kepada bagaimana menangani kemungkaran yang berluasa ketika ini. Mungkar kerana ingkar perintah yang sendiri buat melalui persidangan perundangan dan malah paling teruk keingkaran kepada suruhan dan larangan yang telah ditetapkan ALLAH SWT dalam kitab suci Al-Quran Karim.

Justeru, setiap orang yang digelarkan pemimpin ini sama ada pemimpin kecil maupun pemimpin besar wajib berperanan untuk menangani perkara mungkar ini yang berlegar di sekeliling ruang dan waktu ini.Bersama menyeru membuat yang baik dan menghalang dari membuat perkara yang tidak baik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka kedaulatan undang-undang perlu dihayati bersama. Jangan sebahagian orang boleh mengenepi undang-undang manakala sebahagian yang lain terpaksa dikenakan hukum mengikut undang-undang... kerana ini juga merupakan antara ciri mungkar.

Dan kita sentiasa diingat bahawa setiap pemimpin itu akan berada dalam sesi soaljawab di akhirat kelak. Maka awasi diri kita agar menjadi pemimpin yang sentiasa mendapat pahala.

Wednesday, April 11, 2012

Gempabumi 8.7 Richter melanda Aceh

Petang ini jam 4.50, gempabumi berlaku di laut India berhampiran Sumatra, Indonesia.



Jam 6.00 petang, anaknada di USM P.Pinang memaklumkan terasa gegaran di Apartmen Siswanya, tingkat 7 ... takut katanya.

Gegaran turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu, 26 Disember 2004 adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer

Inilah tanda kekuasaan ALLAH SWT.. berfikirlah

"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada"



( Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong manakala Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama)

Ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”


KUALA LUMPUR: 11 April 2012, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Ia adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia. Peristiwa itu menepati kehendak Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: "Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan..." Frasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.

Peruntukan itu yang sedia sedemikian semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, susulan kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Lord Reid selaku pembentuk kerangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada masa sama, Perkara 32(2) pula memperuntukkan bahawa "Permaisuri Yang di-Pertuan Agong yang digelar Raja Permaisuri Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong."

Sementara Perlembagaan Persekutuan menentukan format dan bentuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di Jadual Keempat, Permaisuri Agong tidak dikehendaki melafaz apa-apa bentuk sumpah jawatan sekalipun Baginda diberi penarafan dan kedudukan tertinggi selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Sultan yang berpeluang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi kali kedua.

Baginda menduduki takhta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 1970 hingga 1975, tempoh yang ditransisikan masing-masing oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu dianggap sebagai mercu perlambangan Ketua Negara yang paling tinggi lagi utama.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara merupakan mercu kedaulatan Malaysia.

Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Benar, Seri Paduka adalah Raja berketurunan Melayu yang beragama Islam tetapi daripada sudut kenegaraan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Raja bagi Malaysia dan rakyatnya.

Selepas 1963 semua negeri yang tiada Raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan) secara automatik menerima Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan walaupun tiada perisytiharan dibuat bagi maksud itu.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Raja yang memerintah mengikut nasihat cabang Eksekutif. Seri Paduka sebenarnya mempunyai senarai tanggungjawab dan fungsi yang panjang lagi rumit bagi ketiga-tiga cabang Kerajaan – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

Seri Paduka melantik Perdana Menteri, para Menteri dan Timbalan Menteri, Peguam Negara, hakim mahkamah semua peringkat (kecuali mahkamah majistret) dan mentauliahkan para duta Malaysia untuk bertugas di kedutaan seberang laut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia di samping bertindak sebagai pihak yang boleh mengampunkan atau menangguhkan hukuman bagi semua kesalahan yang dijatuhi mahkamah tentera dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Seri Paduka bukan saja lambang kenegaraan, keutuhan dan kesatuan tetapi juga simbolisme yang penuh daulat.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Rakyat dan Raja Berpisah Tiada.

( Hari ini, cuti umum sempat berada didepan LCD TV tonton pertabalan Tuanku )

Tuesday, April 10, 2012

Protokol dan Etiket Sosial (3)

Hari in merupakan hari terakhir bagi kursus berkenaan yang dikendalikan oleh Pn. Roslina Mustapha.Topik yang dibicarakan olah Adat Makan Dalam Majlis Rasmi.

Monday, April 9, 2012

Protokal dan Etiket (2)


(Peserta Kursus Protokol san Etiket anjuran IAB yang dikendalikab oleh IAB Zon Timur)

Bermula jam 8.30 pagi pengisian kursus hari kedua ini adalah seperti berikut:

1. Sesi Bergambar bersama fasilitator AIB-peserta
2. Ceramah oleh En. Adnan:
2.1 Pengaturacaraan Majlis
2.2 Bengkel Pengucapan Majlis.. ( Saya bentanglah sikit ) sebelum rehat.

3. Ceramah oleh Pn. Roslina:
3.1 Etiket dalam majlis rasmi
3.2 Bengkel

Rupanya banyak yang kita buat silap apabila merujuk SPI.

Sunday, April 8, 2012

Protokol dan Etiket Sosial (1)

Adakah kita ini berprotokol lagi bereteket?

Hari ini bermulalah kursus anjuran AIB bertajuk Protokol dan Etiket Sosial, bertempat di Bilik Seminar BTPN Kelantan. Bermula jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh sebahagian besar Ketua Sektor di JPN bersama Pegawai- Pegawai Pelajaran Daerah berserta Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah yang berkenaan.

Objektif antara lainnya memastikan bahawa segala gerak kerja yang dijalankan mematuhi protokol dan etiket sosial yang benar dan betul sebagaimana kehendak beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Setelah taklimat ringkas mengenai IAB dan pengurusan kursus, ceramah pertama telah diberikan oleh YBrs. En. Adnan dari IAB induk, Genting Highland dengan memfokuskan kepada amalan protokal dan etiket sosial dari dulu, zaman kesultanan Melaka hingga kini.

Definasi:

Saturday, April 7, 2012

Islam Memang Indah

‘Islam itu indah’
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Malaysia negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama mencapai negara maju,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil menjelaskan pendapat dunia yang Malaysia sebuah negara Islam contoh.

Menurutnya, pengiktirafan dunia itu disebabkan beberapa faktor antaranya dengan termaktubnya Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia.


“Saya ingin menggariskan beberapa faktor pada hemat saya, antaranya pada awal lagi pengasas negara kita memasukkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara, yakni tidak ada yang lebih indah dan lebih tinggi daripada Islam.

“Dengan sendiri, ada orang membawa pluralisme bertentang dengan Perlembagaan negara kita. Tidak ada siapa boleh perkotak-katikkan akidah dan persendakan Islam kerana kita ada undang-undang,” katanya dalam ucaptama pada Perhimpunan Perdana Warga Agama Wilayah Persekutuan Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)di sini, semalam.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.


Di depan lebih 5,000 hadirin terdiri daripada warga institusi agama, imam, ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan guru agama itu Perdana Menteri turut mengumumkan RM211.6 juta bantuan peruntukan pembangunan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan bagi 2011/2012.

Bantuan itu membabitkan peruntukan pembinaan baru masjid, surau dan sekolah rendah agama (SRA) sebanyak RM157 juta; pengimarahan masjid dan surau (RM2.07 juta); pembaikan masjid, surau dan SRA (RM20 juta); kebersihan dan keceriaan masjid dan surau (RM1.06 juta) serta Pusat Perlindungan Saudara Baru Darul Hidayah (RM19.8 juta).


Selain itu, saguhati kepada AJK masjid dan surau Jumaat 2011 (RM821,100); bayaran imbuhan imam ratib, pembantu bilal dan pembantu noja 2012 (RM1.9 juta); elaun guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) serta guru SRA (RM3.7 juta) dan bantuan pembaikan tanah perkuburan Islam dalam taman, Raudatul Sakinah (RM5.2 juta).

Najib berkata, dalam tempoh tiga tahun ini kerajaan melakukan urus tadbir dengan baik dan mempunyai hala tuju yang jelas.


Menurutnya, dengan urus tadbir yang baik itu juga membolehkan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, elaun imam, guru agama dan guru Kafa.


“Dalam tempoh tiga tahun kita lihat bagaimana kita tadbir negara yang baik, semua sudah naik...cuma undi belum naik,” katanya dengan nada berseloroh, sambil menegaskan semua itu menunjukkan komitmen kerajaan hari ini kepada pembangunan ummah. Beliau berkata, sebagai umat Islam semuanya harus bersyukur kerana keadaan negara sedang menjurus kepada keadaan lebih baik lagi. “Sebagai ketua negara saya memikul tugas amat berat. Saya berazam untuk tentukan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini,” katanya.


Menurutnya, kerajaan menjadikan agenda meninggikan Islam sebagai agenda utama dalam banyak aspek, malah tidak tergelincir daripada landasan agama. “Gagasan 1Malaysia (juga) tidak lari dari Islam sebab nilainya wasatiyah (kesederhanaan). Kesederhanaan itu bukan bermaksud sambil lewa atau la’ih. Wasatiyah bermaksud melakukan yang terbaik, tetapi ada penyeimbangannya,” katanya.

Indahnya Islam itu sekiranya ajaran yang bermula dari a hingga ke z yang syumul itu dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya..sama ada yang kita setuju dan yang kita tak setuju .. Betul tak?

Friday, April 6, 2012

KHUTBAH hARI INI

Antara yang menarik mengenai tajuk Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera khutbah Jumaat hari ialah perihalan hiruk pikuknya masyarakat islam hari ini. Setiap kaejadian dan peristiwa melanda yang dipaparkan atau tidak dipaparkan amat membimbangkan. Dari manusia yang pandai mengaku Islam dan beriman tercetuslah aneka cerita mengundang dosa kedestinasi neraka. Dari orang ternama hinggalah kepada golongan marhaem. Tipu sana tipu sini, rasuah, jenayah antara topik berbicara kini. Yang bodoh menjadi makanan yang cerdik, gara-gara tiada ada iman didada.

Maka panggilan khutbah hari ini menyeru agar setiap ketua keluarga memain peranan penting untuk membahagiakan anak keturunan mereka dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Jadikan kepimpinan keluarga ini soleh dan solehah dengan menyediakan makan minum dan segala keperluan dari sumber yang halal bermutu,tempat tinggal yang baik serta berkenderaan yang baik. Ingat setiap yang baik itu tidak semestinya bernilai wang yang mahal.

Jika semua unit kecil masyarakat ini bersatus demikian maka sejahteralah masyarakat setempat.Saling hormat menghormati tiada hasad dengki iri hati dendam kesumat yang membinasa diri.

Thursday, April 5, 2012

Mesyuarat SPA bersama MPSM / MBG Bil.2/2012

Setelah selesai bersama robongan SPA Terengganu, pada sebelah petangnya mulai jam 2.15 bermulalah mesyuarat bersama dengan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, MPSM (Kelantan) dan Majlis Guru Besar,MGB ( Kelantan) di Bilik Gerakan. MPSM dan MGB masing-masing diwakili seramai 3 orang, manakala SPA disertai seramai 8 peagawai termasuk Tuan KSPA selaku pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan mekanisme dan pendekatan berfaedah yang perlu diambil setelah pihak atasan KPM mewajarkan tiada lagi peperiksaan setara. Tahun 2012 hanya dibenarkan 1 kali manakala mulai 2013, tiada lagi peperiksaan sedemikian.

Majlis bersetuju dengan mengambil beberapa pendekatan strategik kearah merealisasikan KPI (Akademik) tanpa menkesampingkan Headcount - TOV, OTI1.OTI2,OYI3, ETR dan AR yang dihajatkan bersepadan dengan takwim SAPS yang diurusetiakan oleh LAB NKRA, KPM.

Jam 4.50 petang mesyuarat ditangguh.

Kehendak Dato Sri KPPM supaya peperiksaan setara ini ditiadakan amatlah disokong kerana pada pandangan pribadi ianya akan menjadikan setiap orang guru hebat dalam memahami JSU dan dapat membuat soalan atau mengenali soalan secara kendiri mengikut aras yang ditetapkan. Sampai bila handak mengharapkan soalan yang dibina oleh orang lain. Kita yang mengajar kita sendiri yang membinanya kecualilah untuk Soalan Peperiksaan Awam dari LP dan MPM yang sewajarnya sentiasa disetarakan.

Banyak yang tersirat dari pengumuman ini.. BERSAMA MENTERJEMAHKAN

Merai Rombongan Lawatan Penanda Aras SPA Terengganu





Ketibaan secara berkereta dengan 5 buah, rombongan yang diketuai oleh En. Azman Othman, KPP (BI) SPA JPN Terengganu bersama 20 pegawainya disambut meriah di perkarangan Bilik Gerakan JPN Kelantan. Majlis dilaksanakan dengan pengerusi majlis, En. Mohd. Hassany Hashim meangkap KPP (BM) bertertib berikut:

1. 9.30 pagi: Bacaan Doa - Tn. Hj. Daud Yusoff
2. 9.35 pagi: Ucapan KSPA - Tn. Hj. Jaafar Ismail
3. 9.45 pagi: Ucapan Ketua Rombongan - En. Azman Othman
4. 9.55 pagi: Perbincangan profesional dua hala - Moderator KPP (Sains)JPN Kelantan
( Berhenti rehat untuk pesegaran ) dan disambung balik
5. 12.00 tgh: Rumusan KSPA
5. 12.05 tgh: Rumusan En. Azman Othman
6. 12.10 tgh: Bertukar Cenderamata
7. 12.20 tgh: Bergambar dan Bersurai

Kepada semua ahli rombongan, terima kasih mengunjungi kami SPA Kelantan, kunjungan dari negeri kedua setelah kunjungan pertama oleh SPA Johor pada bulan Februari 2012.

Banyak yang kami perolehi untuk mecemerlangkan pendidikan ini.. cadangan untuk membentuk SPA berkembar sangatlah kami alu-alukan.

Wednesday, April 4, 2012

Jom kita naik kereterbang...Satu lagi Inovasi


Flying cars aren't just science fiction anymore.

Woburn, Mass.-based Terrafugia Inc. said Monday that its prototype flying car has completed its first flight, bringing the company closer to its goal of selling the flying car within the next year. The vehicle — dubbed the Transition — has two seats, four wheels and wings that fold up so it can be driven like a car. Last month, it flew at 1,400 feet for eight minutes. Commercial jets fly at 35,000 feet.

And it won't help if you're stuck in traffic. The car needs a runway.

The flying car has always had a special place in the American imagination. Inventors have been trying to make them since the 1930s, according to Robert Mann, an airline industry analyst who owns R.W. Mann & Co. in Port Washington, N.Y.

Berkreatif berinovasi menghasilkan produk baru..

Taklimat Pelaksanaan Kursus Pentaksiran Baharu STPM 2012

Bertempat di BTPN Kelantan, mulai jam 2.30 petang bermulalah taklimat untuk pelaksanaan Kursus Pentaksiran Baharu STPM 2012. Selepas uvapan pengerus maklis, saya diberi kesempatan untuk menyatakan sepatah dua perkataan mengenai pelaksanaan kursus ini.

SPA Hos Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan


(Antara Pegawai-Staf yang sempat bergambar bersama)

Bermula jam 8.00 ini agak sibuk sikit para pegawai dan staf SPA kerana membuat persiapan akhir bagi penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan yang jatuhnya untuk bulan ini. Persiapan seawalnya telah dibuat mulai hari Ahad lagi dimana selaku Ketua Urusetia memberi fokus kepada pelantikan jawatankuasa kerja, surat menyurat dalaman dan luaran serta perancangan untuk pengisian program. Perjumpaan ringkas telah dibuat di sebelah petang bersama KSPA dengan beberapa pegawai yang sempat hadir. Easanya afak kepenatan sedikit kerana pada sehari dua ini amat banyak peogram yang mendatang yang perlu penyelesaian segera. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah beres.

Setelah ketibaan YABrs Tuan Pengarah, majlis dimulai tepat jam 8.30 pagi dengan agenda berikut:

1. Nyayian lagu Negara Ku dan 1 Malaysia berklip video
2. Bacaan Doa
3. Klip Video Pendemokrasian Kecemerlangan
3. Ucapan Alu-aluan KSPA
4. Amanat Pengarah
5. Penisytiharan KPI (Akdemik) 2012 : UPSR/PMR/SPM/STPM

Majlis tamat dengan pesegaran dan berakhir dengan sesi bergambar bersama Pengarah.

PENAT TAPI PUAS

Tuesday, April 3, 2012

Berbicara Sekeping Foto


DYMM Al-Sultan Kelantan

"ALLAHU AKBAR"

Monday, April 2, 2012

Taklimat Penataran PBS SPM 2012

Pada hari ini bertempat di Dewan BTPN Kelantan berlangsung Taklimat Penataran Khas mengenai PBS bagi mata pelajaran SPM untuk tahun 2012. Taklimat yang dianjurkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan ini disikan dengan ucapan serta penerangan PBS mata pelajaran yang berkaitan di bawah SPM tahun 2012. Kesempatan yang diberikan selama 30 minit bermula jam 11.00 pagi, telah saya gunakan dengan sebaik mungkin bagi menerangkan beberapa perkara berikut:

1. Intergriti dalam pengurusan dan pelaksanaan PBS di sekolah oleh Pentadbir, Guru Mata Pelajaran dan SUP
2. Penolong Kanan Pentadbiran adalah Ketua Pentaksir sekolah - orang penting dalam menjayakan PBS di mana pelaksanaannya jujur dan ikhlas
3. Pelaksanaan PBS yang ditambahbaik ini diharapkan tidak sepertimana PEKA SAINS yang sentiasa dipertikaikan keabsahahnya.
4. Peranan PKP selaku pengerak utama dalam menjayakan SPI 3/1999, SPI 3/1987 dan SPI 4/1986.
5. Pemantauan P & P berterusan untuk setiap guru dengan KPI seorang guru dipantau sekurang-kurangnya 1 kali setahun berbantukan instrumen e-Cakna yang telahpun dibekalkan sebelum ini. laporan pemantauan 'wajib' dihantar ke PPD untuk digabungkan sebelum diserah kepada JPN.
6. Pemantapan peranan panitia mata pelajaran dalam PBS

Taklimat yang diberikan oleh Ketua Pentaksir Negeri ini berlangsung hingga jam 4.00 petang, walau bagaimanapun tak dapat bersama kerana perlu balik ke JPN bagi mengendalikan mesyuarat Badan Kebajikan SPA buat kali ke 3 di Bilik Gerakan VIP.

Gembira dapat bertemu dengan majoriti PKP yang merupakan sahabat lama dalam majlis ini.
Inilah peluang untuk bersua muka bertegur sapa kira bicara profesional maupun personel.

Sunday, April 1, 2012

Samad's son - adik abang berputus tiada


" ini adik saya "

Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad, abang kepada adiknya
Ahli Parlimen Shah Alam, YB Hj. Khalid Abdul Samad di Bangunan Parlimen.

Walaupun berbeza pilihan tetapi tetap kekal profesional.. air dicincang putus tiada. Tiada istilah berpatah arang berkerat rotan kerana keduanya dari seorang ibu dan seorang ayah bergelar Samad

Dan kita semua juga berasal mula manusia dari seorang bapa dan seorang ibu yang bergelar ADAM dan HAWA.

Saturday, March 31, 2012

Usahawan Yang Sentiasa Bersyukur

Hari ini memenuhi undangan ke Majlis Graduasi kali ke - VII SMKA Naim Lil Banat yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hussamuddin Bin Yaacub selaku Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Bersama VIP Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, majlis ini diserikan dengan ucapan dari Dato' dihadapan seramai hampir 150 pelajar cemerlang penerima sijil dan medal bagi kejayaan akademik SPM dan STPM 2011. Turut bersama meraikan kejayaan ini ialah kalangan guru dan ibubapa pelajar berkenaan.

Antara yang tersentuh hati dalam ucapan beliau ialah mengenai sejarah penubuhan SMK Naim Lil Banat yang diasaskan pada tahun 1941 oleh ayahnda beliau bersama dengan dua orang sahabat yang begitu peka dengan pendidikan masa depan anak-anak Kelantan. Bermula diloteng bangunan dengan sumbangan kewangan dari dermawan ketika itu, sekolah ini berkembang maju mengasuh mendidik anak untuk menjadi orang ang berjasa kepada agama nusa bangsa. Pergorbanan Tuan Hj. Yaacob dengan inisitif tertentu untuk mendapat sumber kewangan melalui penjualan surat khabar dan buku-buku menyumbangkan perkemabnagan sekolah ini. Mengikut Dato' , ayahndanya sepanjang hayat tidak memeliki sebuah kenderaan pun.

Begitu tertarik juga pengajaran dari seorang ayah yang megharapkan anaknya menjadi orang berilmu, berharta, berpangkat dengan beriman berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Bagi saya beliau merupakan seorang usahawan yang penuh syukur kepada ALLAH SWT kerana terus menyumbangkan apa yang patut kepada pihak SMKA Naim Lil Banat sebagaimana apa yang telah dibuat oleh ayahnda beliau.

Friday, March 30, 2012

Apabila ber Fb...berpada-padalah



Sumber:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.


Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.




Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .


3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.


5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-


a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.




KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Maka berhati-hatilah ya... jangan melodeh dalan Fb segala-gala tentang diri dan keluarga nanti mengundang malu dan yang paling ditakuti ialah BERDOSA.

Berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2012

Petang ini dapat hadir bersama dengan 3 anaknda ke Dewan Jubli Perak, MPKB di Padang Perdana mengunjungi tempat orang berpesta membeli buku kegemaran yang dijual dengan diskaun tertentu. Banyak penerbit yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan kali ini.

Parking DAT agak jauh sedikit di seberang jalan bertentangan dengan Bazar Tok Guru kerana tempat parking dah penuh walaupun hari dah ingin menamatkan senjanya. Dalam meninjau buku yang dipamerjual ini kebetulan pihak penganjur menjemput sendiri penulis buku novel remaja kini untuk berinteraksi dengan peminatnya. Apa yang begitu tertarik, 3 dari 4 penulis berkenaan terdiri dari kalangan remaja sekitar 20'an umurnya. Muda-muda dah jadi penulis, dah pandai merungkai rangkai cerita membuah novel yang menarik. Dah tentu apabila semakin laris permintaanya maka royalty incomenya turut berganda... dah pandai buat duit sendiri.

Setiap pengunjung yang hadir tentu ada buku yang dibeli. Jika sebelum ini nak cari sesebuah buku maka beberapa buah kedai akan dilawati tetapi dengan adanya secara berpusat ini, peminat buku tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkannnya.Anaknda juga turut memberi 2 buah buku dalam ketegori novelis remaja, 1 buku terbaru RM35.00 dan buku lama RM1.00..offer.

Jam 7.00 malam bertolak balik ke rumah, bimbang tentang kesesakan jalan kerana pada tempat yang sama di Padang Perdana di sebelah malamnya akan berlangsung Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana berteraskan politik semasa.

Thursday, March 29, 2012

Mesyuarat & Post Mortem STPM /SPM 2011

Hari ini bermula jam 9 berlangsung mesyuarat yang membedahsiasat pencapaian STPM dan SPM tahun 2011 yang baru diumumkan keputusannya dalam bulan ini. Mesyuarat telah dipegerusikan oleh YABr. Tuan Pengarah dengan dihadiri oleh semua Ketua Sektor @ wakilnya diserta Pegawai PPD bersama Pegawai Meja STM dan SPM semua daerah.

Pembentangan bagi post mortem STPM mengisi agenda selepas selesai saja ucapan aluan pengarah di mana selaku Pegawai Meja STPM Negeri telah memberi fokus kepada perkara berikut:

1. Pencapaian Negeri dengan Nasional berdasarkan PNGK, Peratus Lulus dan Peratus A

2. Pencapaian Daerah dengan Negeri berdasarkan PNGK, Peratus Lulus dan Peratus A

3. Pencapaian Mata Pelajaran Negeri dan Nasional

4. Pencapaian Mata Pelajaran Daerah dan Negeri

5. Pencapaian dari Tahun 2006 hingga 2011 berdasarkan kelayakan dari A ke C.

6. Pencapaian 59 buah Sekolah Tingkatan Enam ( 53 Sekolah Harian,3 SMKA, 1 SMJKC(Aliran Sains dan Kemanusiaan))- di mana 9 menyediakan aliran sains dan 51 aliran kemanusiaan termasuk aliran ugama )

7. Transformasi Tingkatan Enam tahun 2012 melibatkan 2 sistem iaitu Sistem Terminal yang akan berakhir tahun 2012 dan Sistem Pentaksiran Baharu STPM yang bermula 7 Mei 2012.

Sebelum meninggalkan majlis, YABrs Pengarah mohon agar strategi yang utuh berlandaskan program intervensi yang berkesan perlu dilaksanakan agar STPM dan SPM 2012 lebih cermerlang dalam mempersadakan JPN Kelantan antara negeri TOP di negara ini.

Selepas rehat, sesi diteruskan dengan dipengerusikkan oleh Tuan KSPA dalam pembentangan Post Mortem SPM 2011 oleh KPP Matematik. Fokus yang diberi adalah hampir sama.

Majlis berakhir jam 12.30 tengah hari.

Begitu bahagianya selepas selesai bentang kerana urusan menyediakan bahan dah mengambil masa hampir 2 hari.. petang Selasa dan sehari suntuk hari Rabu... Alhamdullilah.

Wednesday, March 28, 2012

Hanya 8 buah buku setahun..

Budaya membaca menerusi minat membaca rakyat Malaysia kini semakin meningkat dan kajian menunjukkan peningkatan bilangan buku yang dibaca oleh setiap rakyat di negara ini berada pada 8 buah buku setiap tahun. Jika dibandingkan dengan kadar negara maju kini ada yang mencecah kepada 23 buah buku setahun, maka kadar kita masih rendah.

Itulah antara intisari ucapan perasmian Pesta Buku Kelantan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Hj. Mazlan , Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pesta yang berlangsung bermula hari ini dan berakhir pada 3 April 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Jom bersama hadir membawa anak keluarga memeriahkan pesta ini dengan membeli seberapa banyak buku untuk dibaca bagi memperolehi manafaatnya.

Negara Maju mestilah orangnya orang yang serba cerdik penuh maklumat dari segala sumber ilmu serta dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Bacalah buku bacalah media baru, perolehi sebanyak ilmu...barulah HEBAT.

Monday, March 26, 2012

Hebatnya Kereta Bugati Veyron Ini....




Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit

9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.

Bugatti Veyron mampu mencecah kelajuan sehingga 407 km/j dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenakan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?. Di Malaysia kini ada pemilik kereta berkenaan yang mampu beli dan membayar cukai cukai jalan RM24,598.50 setahun.
Tercetus rasa dihati... nak tetapi tak mungkin kerana tangan ini tak mampu nak peluk gunung.

Rakyat Maju Adalah Rakyat Bermaklumat


Keadaan dunia hari ini banyak mengalami perubahan. Nak tak nak, kita mesti dan perlu berubah. Sekiranya kita pegun statik alamak sukarnya hidup kita, tetap mundur dibelakang orang lain. Transformasi maklumat perlu menjadi budaya kita. Mendengar, melihat dan merasi apa yang dikhabarkan dengan membuat tapisan dan saringan sumber tentang sah benarnya berita atau hanya khabar angin lebih-lebih lagi hanya sekadar berita palsu yang diada-rekakan.

Kini negara kita bersama-sama menikmati perubahan serta kemajuan dalam teknologi dan bidang-bidang pembangunan manusia yang lain, rakyat negara ini juga sudah menjadi rakyat yang bermaklumat. Walaupun masih ada yang belum bermaklumat tetapi angka dari masa kesemasa mereka juga akhirnya akan dihampiri oleh maklumat-maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.

Rakyat bermaklumat ini merupakan rakyat yang susah untuk ditipu helah keatas mereka kerana mereka sudah bijak berfikir dan memahami yang mana satu yang benar dan yang tidak benar. Pembangunan manusia moden ini juga membentuk satu elemen yang penting dalam kehidupan mereka, iaitu elemen etika dan moral yang tinggi sejajar dengan pendidikan dan pergaulan dengan masyarakat yang membangun dalam semua bidang kehidupan seperti ekonomi dan sosial manusia sejagat.

Agama kita pun menuntut umat Islam untuk hidup mengikut waktu dan zamannya. Nilai-nilai Islam itu merupakan nilai sejagat dan nilai itu merupakan nilai yang membentuk manusia hidup secara ‘civil’ dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh agama kita yang suci ini serta mana-mana agama sekali pun. Rakyat yang bermaklumat merupakan rakyat yang hidup jiwanya.

Tetapi sebaliknya rakyat yang tidak bermaklumat itu sangat kecil jiwa mereka dan fakir dari segi pemikiran dan persepsi-persepsi mereka terhadap isu-isu yang mengelilingi kehidupan seharian mereka. Orang yang tidak bermaklumat atau mereka yang tidak tahu menilai sesuatu maklumat itu akan sentiasa terjerumus dengan tipu helah pihak-pihak yang ingin menggunakan mereka untuk kepentingan kumpulan yang mahu terus-menerus untuk mengambil kesempatan seperti semasa rakyat ramai yang belum bermaklumat itu.

Jom.. jadilah kita rakyat bermaklumat real dalam negara yang menuju maju ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh