.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, February 3, 2012

BUDU Penambah Seleraku

Pagi ini, sebagaimana biasa makan pagi dengan nasi berlauk,makan di rumah, ada-ada saja terlintas difikiran akan menu yang menyelerakan. Terliur lama dah tak jamah budu dengan cili padi.Lazat dan nikmat rasanya. Budu dah dikenali sejak dulu lagi dibuat dari ikan bilis dengan ramuan tersendiri. Kini dalam era modenisasi pengkaedah pengeluarannya juga bertambah sofistikated. Tetapi tahukah tuan, bahawa kini bukan saya ore klate make budu tetapi ianya dah jadi terkenal dan antara penyedap makanan di seentero dunia kerana banyak khasiatnya


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.

Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Generasi BUDU.



eemmmm...hingga menjilat jari

Thursday, February 2, 2012

Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan

Hari in bertempat di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Peringat berlangsung program pemantapan kepimpinan pendidikan melibatkan Pengetua/Guru besar bersama beberapa orang guru dari setiap buah sekolah menengah/rendah seluruh negeri Kelantan.



Hadiran dianggarkan seramai 3k orang turut dihadiri oleh kepimpinan politik bahagian dan jemputan khas diisikan dengan Halatuju Pendidikan Kini yang disampaikan sendiri oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Suasana open air memberi sedikit kelainan dari kebiasaan yang diadakan di premis sekolah atau hotel.

Selepas sesi forum, ketibaan VIP untuk ucaputama iaitu YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin yang diiringi oleh YB Menteri Pertanian, Datuk Seri Haji Noh bin Omar dan SUA UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama kepimpinan politik negeri disambut oleh YABr Tuan Pengarah dan kepimpinan pendidikan negeri. Sempat juga bersalam dengan kedua-dua tokoh ini.

Majlis bersurai hampir jam 2.00 petang.

( 1. panjang jalan untuk park kereta 2 km kiri kanan, latihan jalan kaki untuk tubuh yang sihat
2. Sempat bertemu dengan beberapa rakan dari IAB Induk yang didatangkan khas untuk program ini
)

Monday, January 30, 2012

Meraikan Lawatan Penanda Aras SPA JPN Johor


Pada pagi ini jam 9.30 pagi, kami warga SPA Kelantan menerima tetamu sepekerjaan dari Jabatan Pelajaran Johor. Lawatan mereka bertujuan membuat penandaan aras pengurusan dan kecemerlangan akademik yang dilaksanakan oleh SPA Jabatan Pelajaran Kelantan. Ini adalah merupakan lawatan susulan setelah lawatan pada 25 Julai 2010 yang dihadiri oleh Tuan KSPA Johor, En. Mohd Nor Ghani (Kini Pengarah Pelajaran Johor) bersama Pengurus Besar YPJ , Dato Zalil.

Lawatan kali ini diketuai oleh Tuan KPP Sains, En. Sujak Maskan bersama pegawai-pegawainya. Ramai kalngan pegawainya adalah sahabat-sahabat yang kerap kali bertemu semasa meeting di KPM-mengenai PPSMI dulu-dulu, Kajian Tindakan, Skim Tuisyen Felda, Sains dan lainnya. Lama tak jumpa begitu seronak dikala bertemu, antaranya Tn. Hj. Sahilon, En. Ahmad Haris dan lainnya.

Bagi pihak Tuan Pengarah dan juga Tuan KSPA yang tiada dalam negeri, rombongan dialukan ketibaannya. Kemudian sesi berkongsi maklumat pengalaman dalam pengurusan dan peningkatan kecemerlangan akademik Johor-Kelantan.

Setelah selesai hampir jam 12.00 tengahari, rombongan dengan BAS JPN Johor ke SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra sebelum ke tempat penginapan di BTPN Kelantan selama 2 malam. Esok pagi akan ke SK Zainab 2, juga merupakan SBT negeri Kelantan.

Rombongan berlepas balik hari Rabu setelah selesai dengan pengisian pelbagai di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.

Sunday, January 29, 2012

Syaitan Kalah Dengan Orang Ikhlas

6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas.

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini.

Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

tazkirah/-

Thursday, January 26, 2012

RASULULLAH IKONIK AKHLAK

Malam ini selepas solat Isya' di Masjid Taqqarub Taman Tiong, sapaan seorang jemaah menjemput untuk solat hajat di rumah sahabat merai dan bersyukur atas kejayaan anaknya dalam PMR 2011.

Selesai solat dikuti dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dimana pujian untuknya kerana baginda diutuskan oleh ALLAH SWT untuk membina akhlak manusia di muka bumi ini. Selawat ini berkebetulam tibanya hari kelahiran Baginda Rasullullah pada bulan Rabaiulawal ini..bulan maulud. Nyayian merdu penuh makna bagi kita semua supaya sentiasa mengikuti akhlak dan budi pekerti tinggi baginda.

Selepas selesaikan para jemaah dijamukan dengan juadah ringan dan berat.
Kata ulamak, sekiranya kita berakhlak sepertinya maka indah aman dunia ini. Bolehken kita mengikutinya?

Wednesday, January 25, 2012

Ribut Solar Berradiasi Bahaya


GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

- Agensi
Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Wednesday, January 25, 2012

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai Buat Rakan Tionghwa



Besok bermulalah sambutan tahun baru buat rakan masyarakat tionghwa, jika sebelum ini kita sambut MaulidulRasul dan Tahun Masihi 2012..semua nya memanifestasikan agar kita lebih makmur bahagia dengan budaya kerja berkomitmen serta berintergriti tinggi tanpa membuat dosa kepada sesama manusia dan kepada PENCIPTA.

Musim Bergulai

Nah, kini dah tiba cuti yang agak panjang juga jika sekiranya ambil cuti. Sambutan Tahun Baru Cina dengan cuti umumnya jatuh pada 23-24 Hb Januari 2012 , jika ambil cuti Ahad, Rabu dan Khamis tentulah jumlah cutinya menjadi 9 hari. lantas diri sendiripun ambil cuti atas sebab musim bergulai@ kenduri.

Dah bermula hari ini dengan 3 tempat tetapi hanya 2 yang mampu, esok lusa dan seterunya ada saja jemputan makan kenduri.. Jika kenduri tentu lauk pautnya daging dan sumber protin dengan kalestrol yang agak tinggi. Jika lebih makan, maka diri ini akan tak ceria kerana dalam badan banyak toksik dan asid. Wajar beringat kerana badan dah vateran dengan enjinya perlu dijaga.

Satu sebab lain,ambil cuti untuk 3 hari ini kerana rekod menunjukkan jika tak almbil 3 hari maka 3 hari ini akan burn, kini ada 73 hari, 70 hari cuti untuk tahun 2012, 3hari perlu dibereskan. Juga dah simpan sebanyak 150 hari untuk GRC...ok la tu.

Kini bersiap nak makan gulai pula..

Thursday, January 19, 2012

Perutusan Yang Perlu Di Aksikan

Pagi ini bertempat di BTPN Kelantan berlangsung Majlis Perutusan Tahun Baru 2012 oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Perutusan ini disebarkan kepada semua 148 Pengetua dan 418 Guru Besar seluruh sekolah negeri Kelantan. Majlis yang dimulai dengan Lagu Negara Ku dan Bacaan Doa selamat ini dialuankan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Menyambut kedatangan tahun baru dengan menbuat transformasi, masa,pemikiran,matlamat,tindakan,sikap, pencapaian serta yang lain yang berkaitan kearah meningkatkan pencapaian dan kecemrlangan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi sebagai orang penting dalam menjayakan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara Pengisian taklimat tahun bari ini ialah:

1. KPI Peperiksaan Awam: UPSR dan PMR 2011 serta rekod pencapaian lima tahun dari tahun 2007. Yang perlu menjadi fokus kepada semua pentadbir ialah bagaimana untuk mencapai ETR 2012, iaitu:
UPSR: Semua A: 18.00 %, Lulus ABC: 76.00% , GPN: 2.00
PMR: Semua A;11.24%, Lulus: 75.75%m GPN:2.50
2. Pencapaian Kokurikulum melibatkan Kelab & Persatuan serta Pasukan badan Beruniform di peringkat Negeri dan Kebangsaan serta antarabangsa.
3. Kejayaan MSSK Kelantan 2011
4. Fokus 2012 antaranya;
Memberi perhataian kepada pelaksanaan dasar KPM: KSSR, MBMMBI,PBS,Linus, 1M1S serta tindaikut keberkesanan pelaksanaan dan dokumentasi pelaporan

Dalam menentukan maju mundurnya kuantiti dan kualiti pendidikan , peranan pentadbir dan guru dalam pelaksanaan P & P jangan dikesampingkan. Back To Basic dengan;
1. Guru sentiasa berada dalam bilik darjah
- Pengetuan/Guru Besar dengan 70% masanya perlu berada di sekolah manakalan Guru perlu berada 80% masanya dalam bilik darjah.
- Aktiviti untuk guru dicadangkan pada Hari Jumaat, Sabtu atau Ahad ( sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini)
- Memupuk kreativiti dan inovasi dalam P & P dan lebih mengutamakan Online
2. Menangani Disiplin Pelajar dengan kaedah close nonitering dan caring schools
3. Linus dan pencapaiannya- semua sekolah melalui PPD perlu merancang dan melaksanakan dengan baik agar capaian KPI yang dihasratkan akur.
4.
a)Pencapaian NKRA
SBT- dari 2 menjadi 4 buag sekolah tahun 2012
b)Pencapaian Band Sekolah 2011 Negeri Kelantan
Band 1 - 30
Band 2 - 183
Band 3 - 173
Band 4 - 19
Band 5 - 7
Band 6 - 3
Band 7 - 2

Selain fokus KPPM yang melibatkan KPI Akademik, tumpuan juga diberi kepada fokus ini iaitu:
- Membina Keupayaan Pentadbir/Guru mellaui program latihanm dalaman, pembacaan ooaching dan mentoring dalam memantapkan P & P.
- Pendemokrasian Kecemerlangan dengan metlamatnya meningkatakan kecemerlangan untuk semua murid melalui kreativiti dan inovasi guru dalam P & P, tiada kelas tanpa guru walaupun masa relief.
- Transformasi Pendidikan Vokasional keraha melahirkan warga dengan kemahiran yang mantap dalam bidang diceburi.
- Guru Penyayang dimana menjadi guru yang memenangi hati murid, mempedulikan murid dengan mengalukan kehadiran murid ke sekolah , khidmat nasihat mentor-mantee serta melalkukan P & P Penyayang dengan menghargai setiap murid.

Sekiranya itu yang mampu kita laksanaka, maka impak besar kecemerlangan akan dapat dirasainya nanti.. Insyaallah.

Sayugia dimaklumkan bahawa peranan JPN dan PPD hanyalah sebagai pemudahcara.

Tuesday, January 17, 2012

Erti Sebuah Kasih Sayang


Dalam seminggu ini selang sehari dua , haiwan peliharaan anak , kucing yang penuh manja dengan tuannya pergi meninggalkan tuannya untuk selamanya kerana dijangkiti wabak flu. Jika dulunya manjanya bermain, kini hanya tinggal LUCY yang dah mula ceria setelah sakit pada awal bulan ini. Sebelum ini ibunya, Jollie mati disebabkan kesan melahirkan anaknya, diikuti oleh ketiga babynya. Kemudian dikuti oleh jojie sioren , semalamnya pula oleh bobborn dan hari ini oleh Snowbell.

Wabak ini menyebabkan esofogus dan mulutnya berair kesan pecahan tisu dalam mulutnya. Ikhtiar telah dibuat dengan membawanya menemui Doktor Veterinar di Tunjung, disuntik dan diberi ubatan tetapi jika dah ketentaun ILLAHI, ia tetap pergi meninggalkan tuan penjaganya.

Terkadang tersentuh hati ini, apabila anak-anak terutama anak ke lima, yang akan menitis air mata apabila melihat haiwan kesayangannya kembali mengadap PENCIPTA. Tetapi, Alhamdulillah tetap redha dengan ketentuan ini. Kita dah membantunya sedaya upaya untuk meneruskan kehidupannya.

Maka begitulah erti sebuah kasih sayang walaupun hanya haiwan peliharaan. Maka sudah semestinya kasih sayang ini bertamabah-tambah lagi antara kita sesama manusia. Sekiranya kita hidup dengan berkasih sayang amatlah indahnya dunia ini.

Rasanya kucing tak pernah membenci kita

Rupanya Hang Hang Hang Hang Hang Hang ini tak pernah wujud


Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Jika begitu maka idola Hang Tuah Hang Jebat bagi ku hanya retorik semata-mata.. entah aku sendiri pun ditipu sekiranya pernyataan di atas ada kebenarannya.

Yang wujud hanyalah hang hang ini yang selalu berperang dan berhasad dengki antara satu sama lain.. suatu legasi perosak tamaddun bangsa ku.


Ketepikan hang itu hang ini...bersama memacu kecemerlangan.

Monday, January 16, 2012

Kopi : Minuman Kegemaran



Sejarah

Sejarah kopi dapat ditelusuri jejaknya dari sekitar abad ke-9, di dataran tinggi Eithopia. Dari sana lalu menyebar ke Mesir dan Yaman, dan kemudian pada abad limabelas menjangkau lebih luas ke Persia, Mesir, Turkie dan Afrika utara.Dari dunia Muslim, kopi menyebar ke Eropa.

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu.

Kafein adalah senyawa alkaloid xantina berbentuk kristal dan berasa pahit yang bekerja sebagai obat perangsang psikoaktif dan diuretik ringan Kafeina ditemukan oleh seorang ahlikimia Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819. Ia menciptakan istilah "kaffein" untuk merujuk pada senyawa kimia pada kopi.

Berdasarkan penelitian dari Oklahoma Medical Researh Foundation, secawan kopi tidak hanya menjadi minuman yang nikmat, namun juga punya banyak khasiat. Yang terbaru di antaranya kopi dapat mencegah serangan sklerosa berganda (multiple sclerosis) atau mati rasa pada tubuh seseorang pesakit. Penelitian ini telah disiarkan di media online National Academy of Sciences.


Jenis biji kopi

Ada dua spesies dari tanaman kopi; Arabika adalah kopi tradisional, dan dianggap paling enak rasanya, Robusta memiliki kafein yang lebih tinggi dapat dikembangakan dalam lingkungan di mana Arabika tidak akan tumbuh, dan membuatnya menjadi pengganti Arabika yang murah. Robusta biasanya tidak dinikmati sendiri, disebabkan rasanya yang pahit dan masam. Robusta kualiti tinggi biasanya digunakan dalam beberapa campuran espresso.

Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat. Minum kopi di waktu bekerja ternyata boleh membantu kita tetap segar dan berkonsentrasi. Penelitian menunjukkan atlit yang mengambil minuman yang mengandung cafein karbohidrat setelah berbasikal memiliki lebih banyak glikogen (energi) dalam ototnya bila dibandingkan dengan atlit yang tidak mengambil. Glikogen akan membantu kita lebih cepat dan aktif dalam sesi berikutnya.Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

5. Melawan kegemukan. Orang yang sering minum kopi diketahui berat badannya lebih stabil selama 12 tahun dibandingkan dengan orang yang berhenti minum kopi.

6. Menghilangkan bau mulut. Kopi juga dapat menghilangkan bau mulut akibat gas makanan.

7. Mengurangi risiko penyakit. Menambah konsumsi kopi boleh menghindari kita dari risiko kanser hati. Dua cawan kopi sehari dan risiko kanser akan berkurang 43%. Wanita yang minum kopi risiko terkena serangan jantung berkurang 24%. Antioksidan yang terdapat dalam kopi diduga melindungi kita dari penyakit-penyakit itu. Kandungan kafein dan polipenhol dalam kopi melindungi tubuh melawan kanser payudara. Juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit alzheimer dan dementia (hasil penelitian yang dilakukan di Finlandia dan Swedia. Jan 16, 2009)

8. Kualiti sperma yang jauh lebih sihat.Dari penelitian melalui ujikaji yang dilakukan, menghasilkan bahwa mereka yang mengambil kopi secara rutin setiap hari memiliki kualiti sperma yang jauh lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambil kopi.Minum kopi dapat membuat sperma "berenang" lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.

9. Dapat mempengaruhi pendapat seseorang.Harus berurusan dengan orang yang sulit diajak kerjasama? ajaklah ia menikmati secawan kopi. Kafein akan membuat orang lebih terbuka.

10. Membantu daya ingat.Minum secawan kopi sebelum pertemuan penting dengan klien barangkali layak dicuba agar daya ingat dan otak lebih tajam. Tapi ternyata ada penelitian lain yang menyebutkan bahwa minum kopi dapat menyebabkan halusinasi, apabila terlalu banyak mengambilnya.

KOPI adalah sejenis minuman, biasanya dihidangkan panas, dan dipersiapkan dari biji dari tanaman kopi yang dipanggang. Saat ini kopi merupakan komoditi nomor dua yang paling banyak diperdagangkan setelah minyak petrol. Total 6.7 juta ton kopi dihasilkan dalam era waktu 1998-2000 saja. Diperkirakan pada tahun 2010, produksi kopi dunia akan mencapai 7 juta ton per tahun ( dari FAO). Kopi merupakan sumber utama kafein.

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Bila berkesempatan masa biasanya secangkir kopi bersama sebungkus nasi berlauk ikan kembung dan kadang-kadang beserta dua biji telur separuh masak sempat dihabiskan bersama rakan di Kedai Pak Kob, Depan Toyota, Jalan Kuala Krai. Biasanya kos sarapan pagi ini RM3.70.

Wallahualam


( Kenangan lalu semasa masih bersekolah rendah, pokok kopi dihalaman rumah menjadi tempat ngukas.. kini pokok ini dah tiada lagi sehingga anak-anak muda dah tak kenal pokok kopi yang dulunya ditanam tumbuh di kampung yang permai ini. Kopi ori hasil tangan emak amatlah enak )

Friday, January 13, 2012

Muhasabah Diri

Petikan Dari Malaysiakini
Tuhanku! Apakah daku telah kembali kepadamu?
Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

8:55AM Jan 13, 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadangkala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau selebriti. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: “Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadangkala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah. Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Al-Inabah

Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza. Justeru Nabi s.a.w menyebut: “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ikhlas

Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauhmana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.

Mencari Tuhan

Saya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’ Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Beliau mencatatkan betapa wanita di UK yang menemui Islam mempunyai pelbagai latarbelakang yang tersendiri. Berubah sekalipun terpaksa berkorban hidup dalam masyarakat seperti UK yang minoriti muslim. Keikhlasan membawa mereka kepada Tuhan.

Saya ingin memetik ungkapan beliau: “As i read through the few stories I have collected, I am reminded of their value: they show the universal appeal of Islam. The sheer diversity of the backgrounds and life experiences that characterize the sisters in this book show that Islam can speak to anyone...they each have their own unique personality, their own voice. They were arch feminists, African nationalists, underground anarchists, music moguls, rock rebels, disco queens, devoted church-goers, designers, athletes, models, singer career girls, Masters students, cultural Muslims, Christians, Sikhs, atheists, from every racial backgrounds and all ages. And, most unexpectedly, Islam was able to reach out to each of them, to settle in their hearts and speak to every one of them in a personel way, giving them the answers they were looking for and changing their lives for ever”. (pg 98).

Ya, ramai yang telah kembali kepada Tuhan. Mencari kebenaran bukan untuk pameran kebanggaan atau komersial yang mendatang faedah duniawi seperti yang berlaku di sesetengah tempat, tetapi untuk diri sendiri. Ya, boleh dikongsi untuk pengajaran, bukan mengaut kekayaan. Kembali insan kepada Tuhan ialah kepada tauhid yang hakiki dan murni. Menjadikan Allah sebagai paksi kehidupan. Inilah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Indahnya Islam ini kerana ia membuka hubungan langsung antara hamba dengan tuhannya. Tauhid yang kudus dan penuh murni. Tiada perantaraan paderi atau ustaz atau pun wali atau siapa sahaja dalam hubungan terus insan dan Tuhan.

Malangnya, sesetengah golongan agama suka mengambil kesempatan atas kejahilan manusia lalu cuba menjadi orang tengah yang mendapat komisyen. Sekali lagi saya ingin memetik apa yang Robert coretkan dalam ‘From My Sisters’ Lips’: “...to worship God alone. This is the cornerstone of the Islamic faith: tawheed –pure and unadulterated monotheism. The Islamic lifestyle revolves around the worship of the Creator alone, without any partners. There are no intermediaries: no all-powerful clergy, no confessional priests, no saints to be called upon, no prophets to be sacrificed to, no deities to be appeased, no ancestors to be consulted...The depth and comprehensiveness of Islamic monotheism blew my mind. I could not think of another belief system that kept worship uniquely and solely for God alone”. (pg 101).

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?

Bersama bermuhasabah diri sendiri

Thursday, January 12, 2012

"Refresh"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nostalgia - Tanggal 25 November 1985, Hari Isnin, cuti Maulidur Rasul, kereta kebanggaan Malaysia diterima setelah hampir setahun dilaburkan RM500.00 untuk bookingnya. Proton Saga 1.5S Cini Blue mencuri perhatian setiap warga apabila menyusuri jalan. Hebat dijalanan dengan sokongan padu kepimpinan negara.

Bimbang juga apabila behenti saja di suatu tempat maka ramailah yang mengerumuninya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang tangannya petah meraba. Kehebatanya diuji sendiri apabila proton ini telah menaiki puncak Genting Hinglands sebanyak 10 kali sewaktu menabur bakti di bumi Pahang Darulmakmur.

Kini setelah hampir 26 tahun dengan melalui servis biasa, maka proses pembugaran enjin dan yang berkaitan dilakukan oleh 'pakar injin' dari pusat servis proton yang telah lama dikenali sejak awal pembelian lagi.Jam 6.30 petang,Khamis 12 Januari 2012, enjin dikeluarkan sepenuhnya dari tapak enjin.

Proses pembaikan dijangka hampir seminggu. Kata pakar enjin proton berkenaan, alat ganti tiada masalah, semua alat ganti masih ada. Bermakna selepas ini, ngauman protonku akan hampir sehebat semasa mula beli dulu. Walaupun harga pasarannya mungkin dah tak mencecah RM1k.

Ramai anak muda yang cuba menggoda.
"Abe! jual proton ni, maka jawab ku, dok jual dik kerana abe jugak masih muda walaupun usianya...."

Tetapi yang penting buatku ialah keselesaan dan keselamatan semasa memanduya.Inilah sebuah catatan tentang Proton Saga ku dengan plat DP ....

Maka sewajarnya kita juga perlu sentiasa refresh supaya ubur jiwa muda menabur bakti kepada anak bangsa sentiasa konsisten.

Wednesday, January 11, 2012

Memperhebatkan Pengurusan Akademik

Tepat jam 8.30 pagi, 11 Januari 2011(Rabu) bertempat di BTPN Kelantan berlangsung taklimat bersama antara pegawai SPA JPN dengan Pegawai Pengurusan Akademik PPD. Antara pengisiannya ialah:

1. Halatuju SPA JPN Kelantan - Tn. Hj. Jaafar Ismail, KSPA
2. Dasar KPM - En, Mohd Hasany Hashim, KPP(BM)
3. Pengurusan Akademik dan Pemantauan - Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah, KPP(Sains)
4. Pengurusan Data dan E-Cakan v7 - En. Mohd Razali Abu Talib, PP(Sains) & En. Ehsham Mat Hussain, PP(BM)
5. Takwim 2012 - En. Nor Azizi Sulaiman , KPP(BI)

Taklimat yang dipengerusikkan oleh En. Setapa Mahmood, Penyelia Pelajaran Kanan ini dhadiri oleh seramai 80 orang .

Bagi perkara 3, saya telah berkongsi maklumat mengenai aksi semua pegawai dalam menterjemahkan pelaksanaan dasar KPM serta program Khasnya disamping menyentuh kepentingan kepengurusan kurikulum di jabatan dan daerah. Sesungguhnya kejayaan akademik di sekolah amat berkait rapat tentang kerja buat di daerah maupun di jabatan setelah diperturunkan dari penggubal dasar di KPM.

Tahun 2012 adalah tahun beraksi

Saturday, January 7, 2012

Kasih Sayang Ibu Ayah



Supaya kita menjadi manusia yang akur PENCIPTA

Friday, January 6, 2012

Insan Gemilang Insan DiJulang

Kita adalah Insan yang bergelar manusia
Adalah sebaik kejadian ciptaan ALLAH SWT
Lantas sebaik kejadian tentunya sebaik tindakan
Tetapi masih ada dikalangan yang sehina binatang
Sukar dikalangan yang semulia malaikat

Hak aku tentulah hak aku
Tetapi hak kau itu adalah hak aku
Kerana dunia ini aku yang empunya
Apa perlu peduli
Dosa itu masing-masing jawab
....Dunia dah jadi neraka

Tetapi sekiranya teguh iman takwa didada
Maka dunia ini milik kita semua
Tolong bantu bersama mengelak dosa
Nantinya hidup aman bahagia
.....Dunia dah jadi syurga

Jadilah insan gemilang
Walaupun kita tak nak tetapi akhirnya kita akan dijulang

Thursday, January 5, 2012

i-Cakna pemangkin jaya



Sudah sedia maklum bahawa setiap dasar, program atau aktiviti yang dilaksanakan akan menjurus kepada pencapaian yang dihasratkan. Pencapaian ini melibatkan kuantiti dan kualiti yang kini begitu popular sebagai Keys Performance Indicator (KPI). Dengan merujuk nilai mula(TOV) melalui OTI dan ETR, perlu setiap prosesnya dengan bermuhasabah akan kekuatan, kelemahan, peluang dan kekangan sebelum hasil sebenar dicapai, AR.


Dalam membincangkan hal ini, analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang, kekangan)tidak boleh dilupakan. Begitu juga dengan Blue Ocean yang mencari strategi @ pendekatan yang meminimumkan persaingan.



Dalam mengejar kecemerlangan, pancapain keseluruhan serta untuk mengurangkan kegagalan, outcome amat jelas untuk dilihat terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan merancang dan melaksanakan aktivitinya. Aktiviti ini sentiasa disesuaikan dengan tenaga kemahiran serta sokongan material yang dimiliki.

Program @ aktiviti ini adalah INTERVENSI dalam proses mencapai matlamat. Intervensi yang mantap hebat membuah kejayaan tetapi intervensi yang hanya melepas bantuk ditangga yang dapat hanyalah 'gitu-gitu' sahaja. Penat lelah dengan fulus yang banyak dibelanjakan tetapi agak mengecewakan.

Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam melaksanakan pelbagai program INTERVENSI ini, mulai 2012 akan diperkemaskan lagi dengan dinamai dengan i-Cakna. Sebelum ini dalam pemantapan P & P Guru serta pengurusan kurikulum didahului dengan e-Cakna.

Kecaknaan amat diperlukan untuk menempah jaya.

Wednesday, January 4, 2012

Adakah ini hasil pendidikan kita?

Begitu penat lelahnya warga pendidik bertugas "mendidik" anak bangsa untuk melapisi kepimpinan masa depan memaju negara tercinta ini. Tetapi kadangkala dikalangan kita semua ada yang dah "dididik" ini seolah-olah "belum dididik" @ "terdidik" sehingga merosakkan hasrat dan falsafah pendidikan itu sendiri.



....rosaknya kehadiran tahun baru 2012


Atau adakah masih belum cukup lagi pendidikan itu kepada kita semua.
Bagi orang yang terdidik bahkan lagi yang takut kepada ALLAH SWT sepatutnya tidak akan ada lagi perosak ketamadunan ini bahkan menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk semua.



Bersama kita renungkan...

Tuesday, January 3, 2012

Jom..Jom..Jom Kita mulakan sesi baru 2012


Hari ini 3 Januari 2012, Selasa merupakan hari pertama untuk sesi baru persekolahan buat tahun baru 2012. Semua sekolah di negeri ini beroperasi walau bagaimanapun ada beberapa buah sekolah di Rantau Panjang dan Gua Musang tidak berbuat demikian kerana 'banjir' dimusim tengkujuh yang belum habis lagi edahnya.

Buat semua guru yang ada anak muridnya, maka slogan bermakna ini terus diamalkan kerana tugas utama ialah "Back To Basic" - Guru Mengajar Murid Belajar.

Jom... sekolah
Jom... kelas
Jom... Belajar


Bersama kita mula sesi ini dengan langkah yang lebih bergaya lagi..

Seamat menjalankan tugas

( Pemantauan PPSAT untuk semua sekolah bermula hari ini - sempat memantau ke SMK Kota dan SMK Long Gafar )

Sunday, January 1, 2012

2012 " We Need More Actions"



Zaman ini adalah zaman peperangan idea
Zaman kritis
Zaman kritik
Zaman kreatif
Zaman Inovatif

Bukan lagi zaman membinasa
Tapi zaman membina kemanusiaam

Bukan lagi zaman herdik hina
Tapi zaman berintelektual

Bukan lagi zaman auta
Tapi zaman hujah berfakta

Semoga kita bertambah matang
Menjelang tahun 2012 ini

Marilah kita teruskan aksi refleksi koreksi
Semakin hari semakin baik

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
SUBURKAN PROFESIONAL

Saturday, December 31, 2011

2011 Berakhirnya SSM


Hari ini 31 Disember 2011 , Sabtu merupakan hari terakhir untuk tahun 2011. Dan susulan pengumuman bajet 7 Oktober 2011 lalu , maka SSM akan digantikan dengan satu skim baru penggajian yang dinamakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula 2012 hingga 2020.

Bagi kalangan bertitle DG, tiada lagi nama DG 29, DG 41 dan lainnya tetapi diganti dengan DG1-1 dan seterusnya. Berubah skim berubah nama berubah mata gajinya.

Tetapi yang penting berubah itu juga perlu berlaku kepada penerima yang empunya diri agar lebih berdaya maju dan berdaya saing untuk mendapat pulangan yang setimpal berkhidmat untuk mereka yang memerlukan.

Ya tidak lain dan tak bukan ialah anak generasi kini yang memerlukan tunjuk ajar bimbimg bantu agar menjadi generasi mithali masa depan.

Walaupun SBPA yang hadir tetapi sikap acuh tak acuh masih menebal disanubari.. hasrat memajukan pendidikan anak bangsa tak akan kesampaian.


Always be pro active

Tuesday, December 27, 2011

Pembangunan Profesional Guru



Hawley & Valli (2007) summarizes a rather large body of research and expert opinion on the effectiveness of professional development in the form of 10 “design principles.” These principles can be used to develop a comprehensive approach to professional development for teachers and administrators or to evaluate existing programs and specific practices.

They call these design principles “learner centered” for two reasons: first, because professional development should be driven by the needs of students and by what teachers need to know and be able to do to address specific learning needs of their students. Second, professional development should reflect what we know about how people learn. This means that the content and delivery of professional development should address learners’ beliefs and prior knowledge, motivation, capacity for strategic processing, individual differences, and situation or context.

Principle 1: Professional development should be based on collaborative analyses of the differences between (a) actual student performance and (b) goals and standards for student learning

Principle 2: Professional development should be primarily school based and built into the day-to-day work of teaching.

Principle 3: Professional development should involve teachers in the identification of what they need to learn and in the development of the learning experiences in which they will be involved.

Principle 4: The content should reflect the best research on the given topic (e.g., how to enhance the literacy of adolescents).

Principle 5: The content of professional development should focus on what students are to learn and how to address the different problems students may have in learning that material.

Principle 6: Professional development should provide experiential opportunities to gain an understanding of and reflect on the research and theory underlying the knowledge and skills being learned.

Principle 7: The way teacher learning is facilitated should mirror the instructional approaches they are expected to master and allow teachers to experience the consequences of newly learned capabilities.

Principle 8: Professional development should be continuous and ongoing, involving follow-up and support for further learning, including support from sources external to the school that can provide necessary resources and new perspectives.

Principle 9: Professional development should be connected to a comprehensive change process focused on specific goals for improving student learning.

Principle 10: Evaluation of professional development should incorporate multiple sources of information on (a) outcomes for students and (b) the instruction and other processes that are involved in implementing the lessons learned.

Tentu boleh ya tuan ?
Lebih-lebih lagi di zaman WiFi ini.

Monday, December 26, 2011

Melahirkan Sifat Intergriti Diri


Untuk melahirkan sifat intergriti seseorang itu mestilah mengenali diri sendiri:

> orang pertama yang harus anda kenali adalah diri anda sendiri
> orang pertama sahabat baik anda adalah diri anda sendiri
> orang pertama yang menimbulkan masalah pada anda adalah diri anda sendiri
> orang pertama yang perlu diubah adalah diri anda sendiri

Maka berubahlah untuk menjadi insan terbaik dengan penuh taqwa kepada ALLAH SWT.. Berintergritilah kita semua menjadi role model generasi akan datang, bukan dipertikaikan dengan sebut bahasa yang teruk.

Sunday, December 25, 2011

Guru Hari Ini Untuk Generasi Akan Datang

Maka berkatalah Iman Al-Ghazali

" Seseorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan anak muridnya lebih baik jangan jadi guru "



Bersama kita ikhtibarkan.

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011 Kelantan ada peningkatan



Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini.

Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.

Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.

Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.

"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya.
_________________________________________________________
Keputusan PMR 2011 bagi Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan yang membanggakan dan TERBAIK setakat ini. Pencapaian ini diukur berdasarkan kepada Gred Purata Negeri, pertus kecemerlangan A, Pencapaian peratus lulus minimum D semua mata pelajaran dan prestasi beberapa mata pelajaran.

ANALISIS KEPUTUSAN PMR:
Gred Purata Negeri (GPN) Tahun 2011 ialah 2.61 iaitu bersamaan dengan tahun 2010. Gred Purata Negeri telah mengatasi Gred Purata Nasional (GPN=2.71) iaitu mengatasi 0.1. Terdapat 83 sekolah menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan GPS.
Bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A seramai 2,140 ATAU 7.37% tahun 2011 berbanding 2010 seramai 2,023 calon atau 6.76% (meningkat 0.61%)
Peningkatan pencapaian ini merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh 6 tahun.
Dari segi peratus kelulusan mata pelajaran, terdapat 10 drp mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan peningkatan dan mengatasi peratus kelulusan mata pelajaran peringkat nasional tahun 2011.
PMR Kelantan
Peratus semua A - 7.37 (meningkat 0.61)
Peratus Lulus - 67.73 (meningkat 0.98)
Gred Purata Negeri - 2.61 (sama sengan 2010)
Gred Purata Sekolah Terbaik - 1.01 (SMSTMFP)

Gred Purata Nasional - 2.71

SENARAI 10 SEKOLAH PENCAPAIAN TERBAIK DARI SEGI GRED PURATA SEKOLAH (GPS)
SM (Sains) TG. Muhd. Faris Petra ( 1.01)
SMK Dato Perdana Bachok (1.04)
SM (Sains)Machang (1.04)
SM (Sains) Pasir Puteh (1.05)
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas (1.11)
SMK Naim Lil-Banat, Kota Bharu (1.12)
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu (1.12)
SMK(A) Tok Bachok (1.15)
SMK Bachok (1.17)
Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (1.18)
_______________________________________________________
PMR Wilayah Persekutuan
Gred Purata Negeri - 2.54

PMR Terengganu
Semua A - 7.8 peratus
Gred Purata Negeri - 2.57


Tahniah buat semua.

Wednesday, December 21, 2011

"Outcome" yang amat berbaloi...itulah yang sepatutnya


Bertolak dari rumah jam 6.30 pagi untuk mendapat penerbangan yang bermotokan Every One Can Fly ke LCCT . Sepatutnya bercadang untuk ke sana jam 9 atau 10 tetapi dah penuh tempatnya. Tiba jam 9.00 pagi di LCCT dan memandailah mengadakan aktiviti menunggu masa jam 2.30 petang untuk bermesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil.3/2011 di Bilik Mesyuarat Utama KPM, Aras 6, Blok E8, Putrajaya.




Antara intipati ucapan YBhg Dato Seri KPPM:
* Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) ini amat perlu diwujudkan disemua peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah
* Peranan JIPS pada setiap peringkat ini tertumpu kepada Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua warga pendidik dan lainnya yang berada dibawah bumbung KPM. Latihan dan kursus amat penting bagi meningkatkan kompetensi kendiri dalam melaksanakan tugas. Bermula dari pengurusan tertinggi hingga kumpulan pelaksanan di Bahagian, Jabatan, PPD dan Sekolah .
* Terpenting bukan peringkat tertinggi yang menghasilkan program untuk diikuti oleh bahagian lain di JPN, PPD, Daerah dan sekolah tetapi yang penting melalui analisis keperluan dengan OUTCOME tertentu barulah program itu dibuat kemudiannya.Kecualilah bagi PROGRAM atau DASAR BARU KPM.
* Kebimbingan timbul apabila peruntukan yang diberikan tak sepadan dengan apa yang diperolehi oleh peserta semasa mengikuti LDP ini.Atau dengan katalainnya matlamat / objektif LDP yang dijalankan tidak capai. Sepatutnya belanja sikit dapat ilmu banyak bukan belanja banyak tetapi dapat ilmu sikit.
* LDP merupakan medium untuk "MEMBINA KAPASITI" manusianya.Analogi TOV dan ETR dalam pemerolehan ilmu untuk menjanakan manusia pakar dalam bidang tertentu lebih difokuskan.
Ini menghasilakn pegawai pakar dalam penyeliaan dan pengurusan serta guru yang hebat dalam P & P nya.
* "Tag line" semua pegawai di Bahagian, Negeri dan Daerah adalah menjadi seorang mentor untuk "coach" guru di sekolah dalam memperkasakan P & P.
* Kursus yang dianjurkan jangan melibatkan pertindihan antara Bahagian, Negeri dan daerah iaitu jangan melaksanakan kursus yang sama.. merugikan sumber (Manpower + Material)
* Kursus Schoolbase @ PPD base amat digalakkan kerana ia tidak akan menganggu P & P guru di sekolah. Guru wajib bersama pelajar menjayakan P&P.

Beberapa tips yang perlu kepada akuran pelaksana ialah:
1. Merancang secara komprehensif untuk menterjemahkan OUTCOME nya
2. Melibatkan segala sumber (Manpower+material) -elakkan membuat kursus yang SAMA
3. Melaksanakan dengan cara terbaik
4. Menilai keberkesanan kursus


Setiap latihan atau kursus hendaklah dimulai dengan OUTCOME bukan dengan PROGRAM. Saban tahun banyak program yang diulang siar dalam kursus LDP walaupun muka yang sama mengikutinya.Bermakna yang dibuat itu tak dihayati.

Sepatutnya cerita tahun lalu dan cerita tahun ini serta cerita tahun depan jelas berbeza. Takkanlah tahun ini buat kursus pengurusan panita, tahun depan buat pulak, walhal pesertanya dari muka yang sama.

Sekiranya ada kursus yang dibuat secara pakej, jangan hanya bilik penginapan Q, makan minum Q tetapi ilmu yang diperolehi juga Q.

Zaman kini ialah zaman peperangan idea.

Jumpa urusetia yang merupakan anak murid SMK Kamil kini di BPG. Balik anak murid SMK Mulong yang jemput dan hantar ke Stesyen Putrajaya untuk ke LCCT . Anak murid yang berjurus.

Sunday, December 18, 2011

Dunia Ku


Tiada siapa antara kita yang tak sukakan indah cantik
Dalam rumah indah
Luar rumah cantik
Kerana sememangnya dunia ini indah
Bertafakur sejenak akan hebatnya kejadian ini akan membawa kita kepada akhirnya siapa penciptanya?

Dan akan bertambah cantik indah ialah kita sendiri yang cantik diluar dan indah di dalam.

Sujud syukur kepada NYA.

Wednesday, December 14, 2011

Sukar ke untuk dapatkan data yang tepat dan cepat?


Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa data yang tepat itu amat perlu kerana kepentingannya menguntungkan pihak yang berkenaan. Tanpa data yang tepat segala perancangan tidak akan menepati target yang ditetapkan. Malah merugikan disegi tenaga dan material. Maka tidak wajar seseorang mengumpul data seterusnya menganalisisnya tanpa memberi sebarang faedah jangka pendek maupun jangka panjang.

Data yang tidak tepat berpunca dari data yang diagak-agak tanpa merujuk sumber atau data dimunipulasikan sendiri demi menyelesaikan masalah semasa tanpa memikirkan kesannya untuk masa depan.Jangkaan untuk masa depan amat bersandar kepada data semasa yang tepat.

Untuk mendapatkan data yang tepat maka seseorang yang boleh dipercayai amat diperlukan. Intergriti amanahnya membuatkan orang ini sentiasa menyoal akan keabsahan data yang dikumpulkan olehnya.Tindakikut yang sepatutnya amat diperlukan.

Maka sewajarnya kita semua yang terlibat dalam mendapat mengumpul menganalisis data ini adalah sesorang yang berintergriti tinggi, bukan hanya sekadar melepas bantuk ditangga sahaja.

Bolek ke?.. dapatkan data yang tepat malah cepat!!!!
BOLEH SEKIRANYA KITA NAK BUAT

Monday, December 12, 2011

Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum SPA


Kini semua warga SPA Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan berada di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu mengikuti Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum selama 4 hari 3 malam bermula pada hari Ahad, 11 Disember 2011.

Objektif utama ialah menilai kembali kerja buat dan status pencapaian kuat-lemah berasaskan apa yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011 beserta apa yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2012 nanti. Segala isu yang ditimbulkan akan menjadi titik tolak pelaksanaan tahun berikutnya.

Sebagaimana biasa perkara yang difokuskan adalah
1. Aspek Pengurusan Kurikulum
2. Aspek Pengajaran dan Pembelajaran
3. Aspek Dasar KPM
4. Aspek Bidang Keberhasilan Utama Negera ( NKRA)
5. Aspek Kecemerlangan Akademik

Dalam perkara Dasar KPM perkara melibatkan Trnsformasi Kurikulum meliputi MBMMBI dan KSSR diberikan keutamaan manakala dalam aspek NKRA lebih bertumpu kepada Prasekolah, LINUS, Sekolah Berprestasi Tinggu dan Bai'ah (terkandung jelas dalam SIP), Pendidikan Teknik Vokasional disamping inisiatif program khas termasuk PROTIM,KRK,I-Think dan sebagainya yang dicetuskan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berkaitan di KPM.

Pada hari ketiga, penilaian balik ke atas Buku Perancangan Strategik, Sektor Pengurusan Akademik dibuat dengan memasukkan perkara baru serta refleksi balik kepada capaian sebelumnya. Perbincangan dalam 4 kumpulan begitu menyeronokkan kerana ada idea terkini lagi bernas dicetuskan sebelum diambil untuk penambahbaikan.Aktiviti dipermudahkan dengan bahan perancangan strategik SPA yang dibuat pada tahun 2011 dibekalkan dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

Pembentangan dibuat pada sebelah petangnya dan esoknya, sesi Pembentukan JK Induk dan JK Pelaksana serta JK Data Pengurusaan Akademik (Data Dasar, Data pemantauan, Data Hasil, Data Berkala) rumusan dan penutup.

Antara JK yang dibincangkan:
* MBMMBI
* KSSR
* KSSM
* Perancangan Strategik
* Pengurusan Data
* Dokumentasi dan Bilik Sumber
* Perancangan Latihan dan kewangan

Disegi takwim perkara berikut di beri penekanan:
* Mesyuarat Kurikulum Negeri
* Mesyuarat Akademik JPN
* Mesyuarat Akademik JPN-PPD
* Mesyuarat Unit - (mengikut ketetapan unit masing-masing)

Begitu banyak analogi yang digunakan sebagai motivasi dikalangan kita semua, anataranya:

" Biar yang dikejar dapat, tetapi yang dikendung jangan tercicir"

" Fenomena Smart Phone dengan Gigi Palsu.. walaupun semahal mana gigi palsu , jika berada di luar pemakainya, orang tak akan mengambilnya tetapi bagi smart phone , pantang leka, nanti dikebas orang"

Begitulah sepatutnya apa yang kita hasilkan sentiasa orang berminat dan mengikutinya.
Terima kasih kepada semua pegawai dan juga Kumpulan Pelaksana Kurikulum yang hadir menjayakan kursus ini.

Banyak manfaatnya.

( Sepanjang berada di sini , hujan memanjang di musimnya, cuma hari selasa petang dan rabu, cuaca agak ok )

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh.. Kehebatan ALLAH SWT

Hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.


Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Yang pastinya saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan ALLAH Yang Maha Esa dengan izinNYA memberi cuaca yang baik kerana sejak pagi tadi mendung memanjang dan kekadang hujan. Disamping itu kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka.

Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.


Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Harian-Metro-Online

(The Earth casts its shadow across the moon's surface during the lunar eclipse in Tokyo Saturday, Dec. 10, 2011. (AP Photo/Koji Sasahara)

Dan ini adalah fenomena berkenaan yang berlau pada 16 Jun 2011.



Bersama kita renungkan kerana kita semua adalah yang dijadikan.

Friday, December 9, 2011

Learn English Easily



I would like to share a new method to learn English, listen to English and read English…. do not translate.

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

Source:
MBMMBI Says:
April 26th, 2010 at 1:38 am

Wednesday, December 7, 2011

English Skills-Effective Public Speaking 2011


Mula bertolak dari LCCT jam 8.50 malam, kini tiba dirumah jam 10.30 malam setelah berada di Putrajaya Shangri-La Hotel, Taman Putra Perdana , Presint 1, Putrajaya menghadiri Kursus Profesional English Skills-Effective Public Speaking Bagi Latihan Pegawai Kanan, Eksekutif Pelapis Dan Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. ( Bertolak dari rumah jam 4.30 pagi ke airport Kota Bharu dan setelah tiba di KLIA terus mengambil teksi ke sana). Kursus ini bermula jam 8.00 telah dihadiri oleh semua tokoh-tokoh pendidikan di Kementerian dan Jabatan. Jika tanpa pengarah, setiap jabatan yang terlibat diwakili oleh pegawai kanannya masing-masing.

Pendaftar iaitu pegawai Urusetia BPG telah menepatkan saya dalam kumpulan 1 yang terdiri dari seramai 14 orang pegawai dengan dikendalikan oleh Juruluatih British Council, iaitu Miss Lina Marji.
Peserta Kumpulan 1 sedang mengikuti kursus

Pengisian kursus DAY Effective Public Speaking selain dari Course Aims dan Core Competencies,terdiri dari:

1.Introduction and Overview
Getting to know You,
Getting Started,
Strengths and weaknesses,
The diffrences between a speech and presentation,
Types of Public Speaking

2.Taking Conrol of your Materials
Step 1: Know your objectives
Step 2: Know your Audience
Step 3: Brainstorm your ideas
Step 4: Plan the content - Opening and Closing
Humor and stories
Structure and Organisation
Style

3.Taking Control of Yourself
Symptons of fear
Body Language
Vocal techniques
Using Key Word Notes

4.Final Practice Activity-Putting it all together
Action planning

Kursus ini tamat jam 5.00 petang dengan sesi pembahagian cebderamata kepada 3 Ju yang terlibat. ( Terdapat 3 kumpulan )

Antara peserta dalam kumpulan 1 ialah:
Pengarah BBT, Pengarah BPSH, Pengarah BPK,Pengarah BTP, Pengarah Selangor, Pengarah Wilayah Putrajaya, Timbalan Pegarah atau wakilnya yang merupakan pegawai kanan jabatan negeri masing-masing. Juga Dr. Sharifah Bee, kini Timbalan P.Pinang.

Juga sempat bertegur sapa dengan Pengarah EPRD, Pn. Dr. Faridah, Dr. Wan Alias (sepupu- dulu di LP kini di BPG), En. Hasidin, kini Timbalan Pengarah Johor, Dr. Muhd Taib, Timbalan Melaka.

Semasa rehat jam 1.00 thg, di restoran hotel, tak jangka dapat jumpa rakan lama yang kini berkhidmat di BTN jabatan Perdana Meneri di Putrajaya iaitu YM Raja Arif (Pengarah BTN Terengganu) dan Dato Shahlan Ismail.

Majlis Penutup

Majlis Penutup dengan cenderahati kepada 3 Jurulatih British Council oleh YABrs. Dr Khair selaku Timbalan KPPM yang juga turut menjadi peserta dalam program ini.


Berkesempatan bergambar dengan Miss Lina Marji Jurulatih Kumpulan 1

Balik ke hentian Putrajaya dengan menaiki kenderaan JPN Terengganu di mana YM Tengku Muhamad (kini KS Jaminan Kualiti) telah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu mengikuti kursus tersebut.

Begitu banyak manfaatnya.. selain mendapat ilmu dapat berjumpa mesra kepimpinan KPM dan sahabat lama.

Kerana semua ini adalah dengan izin ALLAH SWT.

Sunday, December 4, 2011

Kursus KSSR dan PBS Buat Tuan Guru Besar


Hari ini sempat bersama dengan 2 kumpulan Guru Besar yang kini mengikuti kursus KSSR dan PBS di Demong Beach Resort dan Bukit Keluang Beach Resort, kedua-duanya di Besut Terengganu. Bertolak jam 12.00 tengah hari dari JPN , tiba jam 2.30 petang di DBR bersama dengan Tuan PPD Kota Bharu bagi sesi perasmian di mana transformasi kurikulum merupakan 'touch point'nya. Peserta adalah dari kalangan GB dari PPD Kota Bharu 1 dan PPD Jeli.

Setelah selesai, bertolak ke BKBR dimana sesi KSSR DST dan Matematik dibentangkan buat GB dari PPD Pasir Puteh dan PPD Pasir Mas. Dipenghujung sesi hampir jam 5.15 petang telah diberi peluang untuk bercakap kepada semua sidang hadirin. Mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua kepimpinan sekolah,orang nombor satu sekolah yang telah bersama melonjak kecemerlangan UPSR 2011 buat Negeri Kelantan yang kini mendapat kepujian dari pihak KPM.

Bertolak balik ke rumah jam 6.00 petang kerana amat perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan penyediaan laporan untuk dipanjangkan ke KPM. Ucaputama untuk kumpulan BKBR akan disampaikan oleh YBrs. Ketua Sektor Pengurusan Akademik malam ini.

" Sekiranya komitmen dan keprihatinan semua GB dapat menterjemahkan kecemerlangan UPSR buat Negeri Kelantan maka tidak ada sebab kehendak dan hasrat KSSR tidak dapat diterjemahkan "

{Setiap kumpulan mengikuti kursus ini selama 2 hari satu malam}


The KSSR will replace the existing primary school integrated curriculum (KBSR), which was first introduced in 1983, and reviewed in 2003.
What does this all mean?

pupil centered
fun and interactive
less-exam orientation
project and activity based
creativity and innovation
communication
ICT literacy
holistic
critical thinking and reasoning skills
independant learning

"The new curriculum is based on six key areas — communication, spiritual attitude and values, humanitarianism, literacy in science and technology, physical and personal development — to produce holistic individuals."

KSSR aims to strengthen the command of Bahasa Malaysia and English among primary school pupils


Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan kursus ini.. semakin bersuluh kefahaman mengenainya.

Saturday, December 3, 2011

Nilai Minimum +0.50 % , +3.00 % , -0.02% Mencabar

Kini dah berada di rumah setelah bersama di Putrajaya selama dua hari bermula hari Khamis 1/12/2011 dan berakhir, Jumaat 2/2/2011. Bertolak dari airport Kota Bharu, jam 6.50 pagi dan tiba di KLIA jam 8.00 pagi dan seterusnya di Putrajaya tepat jam 9.00 pagi dimana mesyuarat kurikulum dan akademik SPA bersama BPSH bermula. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Dato Haji Mazlan, pengarahnya.

Perkara yang dibincangkan ialah analisis UPSR 2011 yang baru diumumkan menjelang cuti sesi akhir tahun 2011. Antara ucapan beliau ialah memberi tahniah kepada semua negeri kerana menunjukkan peningkatan baik dalam ujian tersebut. Setinggi tahniah kepada negeri keseluruhan terbaik iaitu negeri Kelantan.

Program intervensi yang dilaksanakan oleh JPN Kelantan bersama PPD dengan respons yang amat baik dari kepimpinan sekolah di negeri ini memberi impak berganda dalam mencapai target yang telah ditetapkan sebelum ini.

Negeri Kelantan, tambah beliau, telah menunjukkan prestasi terbaik untuk kecemerlangan A, keseluruhan ABC, Gred Purata Negeri disamping semua capaian mata pelajaran bagi Sekolah Kebangsaan meningkat, SJKC dan SJKT ada sedikit YOYO nya.

Majlis seterusnya dipengerusikan oleh YBrs. Dr, Rodiah memberi fokus kepada set target kebangsaan dan negeri untuk UPSR 2012 yang akan menjelang nanti.Keputusan majoriti kalangan ahli mesyuarat yang terdiri dari KSPA @ wakilnya mengambil ketetapan agar nilai minimum yang perlu dicapai untuk UPSR 2012 adalah:

Kecemerlangan A : + 0.50 %
Kelulusan ABC : +3.00 %
Gred Purata Kebangsaan / Negeri : - 0.02 %

demikian jugalah nilai minimum setiap mata pelajaran berdasarkan angka keramat twersebut.

Hari kedua mesyuarat , iaitu Jumaat bermula jam 9.00 pagi setelah malamnya berehat di Lotus Hotel Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ( Mengikut cadangan En. Zulkepli, KPP Sains Kedah yang juga menginap di sana).

Fokus mesyuarat lebih kepada Memperkasakan SK di mana Kelantan telah diminta untuk berkongsi kejayaan dengan program intervensi yabng agak berimpak tinggi sehingga meletakkan Kelantan dtempat tersebut. Pihak BPSH memohon agar memaklumkan kepada ahli majlis tentang e-Cakna dan aplikasi HC di negeri ini.

Majlis tamat jam 12.45 tengah hari dan selepas itu 'mengisi masa' sendiri sebelum ke LCCT untuk mendapat penerbangan balik ke Kota Bharu. Berkebetulan bertemu dengan YBrs. Tuan Hj. Zainal Dirin, Timbalan Pengarah BPK yang balik bercuti ke Alor Star. Isu LINUS bagi Gua Musang hangat diperbincangkan.

Berlepas jam 9.00 malam bersama sahabat JPN dan PPD yang baru balik dari Langkawi setelah selesai bermwsyuarat dengan Unit NKRA Akademik mengenai SISc.

Maka itulah yang menjadi cabaran kini untuk merealisasikan peningkatan kecemerlangan di negeri ini. Sesungguhnya tanpa komitmen yang tinggi dari semua pihak, sukar untuk kita jayakan... terjemahkan X-Plus nescaya akan dapat hasilnya.

Catatan :
Cuaca di KL dan sekitarnya mendung, petang hujan lebat, hari Jumaat, Kajang ditenggelami banjir kilat di mana hampir 200 kereta tak dapat diselamtkan.

Friday, December 2, 2011

Tidur Beramal

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA:

“ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1. Sebelum khatam Al-qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. sebelum para muslim meridhai kamu
4. sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah:
“Ya rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau tidur bacalah Al-ikhlas 3x seakan-akan kau menghatamkan Al- qur’an.”

2. “membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat”.

3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhai kamu.” Astagfirullahalazim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih (3x)

4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”. Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar (3x)

Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh