.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, March 29, 2010

Uruslah Panitia Anda sebaik mungkin..



Buat sahabat yang dilantik sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains khususnya, di sini saya memperturunkan serba sedikit mengenai Pengurusan Panitia untuk dikongsikan bersama agar Panitia Sains di sekolah Tuan merupakan Panitia yang hebat, yang juga diharapkan menjadi ikutan kepada Panitia lainnya.

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Pengetua/Guru Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menubuhkan panitia mata pelajaran yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga orang guru bagi mata pelajaran tersebut. Sekiranya terdapat seorang guru atau dua orang sahaja, maka digalakkan penggabungan panitia.(SPI Bil:4/1986).Nmum begitu guru mata pelajaran berkenaan tetap mengelolakan fail panitia berkenaan dan menjadi ahli JKS. Pelantikan ketua panitia berdasarkan guru terkanan, berpengalaman, mempunyai prestasi yang cemerlang serta sikap kepimpinan yang tinggi.

Surat pelantikan rasmi perlu diberikan kepada ketua panitia sebagai watikah pelantikan selama tempoh memegang jawatan tersebut.

Contoh Surat Pelantikan Ketua Panitia
Dengan ini, Ali bin Mat, KP:XXXXXX-XX-XXXX dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains mulai 3.1.2010 hingga 31.12.2010.

Tuan dengan ini diarahkan untuk mengurus panitia ini dengan mematuhi sepenuhnya perkara berikut:
* Arahan Perkhidmatan bab 4 : Fail Memfail
* SPI Bil.4/1986
* PKPA Bil.2/1991
* SPK Bil: 5/2002 dan lain-lain yang berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran

Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran
Penubuhan JK Panitia di sekolah bertujuan agar segala perancangan yang berkaitan dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lancar.
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh pemimpin kurikulum. Secara automatik, semua ketua panitia mata pelajaran menjadi ahli JKS. Mereka akan menjadi penghubung antara ahli panitia dengan pemimpin kurikulum.

Contoh Keanggotaan JK Panitia Sekolah:
Penasihat ( Pengetua/Guru Besar)-> Pengerusi ( Ketua Panitia)-> Naib Pengerusi (Penolong Ketua Panitia)->Setiausaha -> Ahli-ahli ( Guru-guru mata pelajaran)
catatan: Pengetua/Guru Besar,GPK,GPK HEMJ,GPK Kokurikulum, Penyelia Petang, Guru Kanan juga adalah sebagai ahli mengikut pelajaran opsyen di samping tugas sebagai penashat)

Ketua panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokuskan tugas guru-guru mata pelajaran bagi meningkatkan tahap keberkesanan P & P serta pencapaian murid dalam mata pelajaran berkenaan. Kerjasama ahli panitia dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan serta merancang peningkatan pencapaian murid melalui aktiviti pembelajaran terancang yang lebih klinikal yang menjurus kepada potensi murid.

Ketua panitia perlu membawa keputusan-keputusan yang diamalkan oleh setiap panitia dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran kepada pemimpin kurikulum ataupun penolong kanan sama ada untuk mendapatkan penyelesaian mahupun sebagai makluman.

Peranan Ketua dan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah
Panitia mata pelajaran di sekolah bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah terhadap mata pelajaran itu. Pengetua/Guru Besar harus mengetahui dan menguasai peranan panitia.Pengetua/Guru Besar juga harus membimbing ketua panitia untuk memastikan panitia menjalankan peranannya dengan berkesan. Antara peranan yang pewrlu dilaksanakan oleh panitia ialah:
1. Sukatan Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran berperanan memperolehi sukatan mata pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia mata pelajaran berkenaan bagi setiap tingkatan atau darjah.
2. Penyediaan Rancangan Mengajar
Panitia perlu menyediakan dan menyelaraskan rancangan mengajar tahunan dsn harian bagi semua tingkatan aatu darjah dalam tahun persekolahan. rancanagn mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan atau darjah yang berkaitan.
3. Mencadangkan Bahan Bacaan Tambahan
Panitia memainkan peranan dalam memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, panitia juga berperanan menentukan alat bantu mengajar yang mencukupi dan memenuhi keperluan guru dan murid.
4. Menyelaraskan Soalan-soalan
Panitai berperanan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi setiap tingkatan atau darjah serta menubunhkan bank soalan. Panitia juga berperanan menentukan guru-guru yang akan menyediakan soalan-soalan. Soalan-soalan yang sudah siap perlu disemak oleh Ketua Panitia supaya soalan-soalan yang disediakan sesuai dengan tahap kebolehan murid.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
Panitia juga berperanan untuk mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam setiap peperiksaan berasaskan sekolah,khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.Selepas analisis dilakukan, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pangajkjaran dan pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat panitia
Peranan panitia yang seterusnya ialah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal dan mengadakan perjumapaan-perjumpaan secara "ad-hoc" apabila diperlukan. Selain itu, panitia juga memainkan peranan mengatur perjumpaan dan mesyuarat dengan ahli panitia secara formal dan tidak formal untuk memikirkan dan membincangkan masalah atau isu yang berkaitan.
7. Bertukar-tukar pengalaman
Panitia juga berperanan bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh daripada ahli-ahli lain setelah mengikuti kursus atau seminar.Pengalaman ini penting supaya ahli-ahli yang lain mendapat ilmu pengetahuan yang berguna dalam usaha mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Penyelengaraan fail-fail panitia
Penyelengaraan fail-fail panitia sangat penting dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan perlu disimpan dalam fail panitia. Setiap guru yang mengajarkan mata pelajaran tertentu boleh merujuk kepada Ketua Panitia untuk mendapatkan sukatan mata pelajaran atau rancangan tahunan.
9. Menwujudkan semangat kerjasama
panitia juga berperanan menwujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, panitia juga perlu bekerjasama dan bertukra-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia=panitia di sekolah-sekolah yang berhampiran. Seterusnya, panitia perlu bekerjasama dengan panitia lain dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
10. Menganggarkan perbelanjaan
Ketua Panitia juga berperanan merancang anggaran perbelanjaan dalam setiap opanitia masing-masing. Ketua panitia juga merancang dan memikirkan bahan-bahan sesuai seperti alat bantu mengajar dan buku rujukan yang difikirkan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Bersamalah kita berperanan...

Friday, March 26, 2010

Penerus Perjuangan..



Pada tarikh 24 Mac 2010,Rabu, selepas menunaikan solat asar saya berkereta ke Sumai Suite Hotel & Apartman, Kuala Terengganu menghadiri satu mesyuarat anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, kementerian Pelajaran Malaysia.Memandu dengan speed sederhana dapat merehatkan minda dan menjimatkan tenaga di sepanjang perjalanan melalui Tok Bali jalan pantai ke destinasi. Tiba jam 8.00 malam.Mesyuarat ini berlangsung selama 3 hari dengan berakhir pada 26 Mac 2010 (Jumaat).

Yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai cerita pengguna jalan, yang Tuan juga adalah pengguna setia setiap jalan-jalan utama di negara ini ialah sikap pengguna yang kadangkala ingkar dengan apa yang dipelajari. Semasa kita memandu ada pemandu lain yang secara tiba-tiba memotong laju walaupun kenderaan hadapan dalam arah bertentangan begitu hampir, dahlah dalam double-line, berani benar mereka .. akan terkejut kita serta mengambil langkah segera demi keselamatan nyawa. Dulu semasa ingin mengambil lesen memandu, segala titah perintah undang-undang memandu dipatuhi, begitu berhemahnya apabila memandu kereta disebelah tester. Tinggi sungguh santunnya lagi bertertib terni.Bukan apa-apa...takut tak lulus.

Apabila lulus, semua jalan dijadikan hak milik mutlak, laluan milik orang pun kita empunya. Pekakkan telinga pedulikan apa orang kata..perlu laju dengan kereta hebat lagi berjenama. Kena saman kita ada duit..bayar sajalah. Itulah antara sikap negatif pemandu sedemikian samatelahan mereka ini juga merupakan orang cerdik pandai lagi berpelajaran tinggi. Kata orang " berpelajaran tinggi tidak semestinya berpendidikan tinggi". Tetapi kita dari kalangan guru diharapkan bukan seperti golongan tersebut.,kerana CAKAP dan BIKIN guru itu sentiasa konsisten. Guru Berpelajaran, Guru Berpendidikan. Apa yang dibuat oleh guru akan dikuti oleh anak muridnya

Mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua 14 penyelaras sekolah Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Felda dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan serta Penyelaras Negeri telah memberi fokus kepada analisis peperiksaan SPM 2009.Pencapaian baik pelajar bagi kohort pertama PPS dalam SPM 2009 sungguh membanggakan. Jika dalam tahun 2008 mereka ditempatkan ke tingkatan 4 PPS dengan berdasarkan syarat kemasukan dengan kelulusan minimum bagi mata pelajaran Sains dan Matematik PMR pada tahap C, agak terkejut juga ada di kalangan mereka memperolehi A+ dalam mata matematik dan sains tulen. Ada pelajar yang mendapat semua A bagi mata pelajaran berkenaan.

Ini sebenarnya memberi makna kepada kita, warga pendidik, walaupun pelajar ini masuknya ke aliran sains dengan kelulusan minimum C, mereka tetap beroleh peluang untuk mendapatkan kecemerlangan dalam SPM..asalkan segala perancangan kecemerlangan serta komitmen yang tinggi dari sahabat guru dapat dilaksanakan sebaiknya.Dapatan juga menunjukkan hampir 70 % dari kalangan mereka ini berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma serta Matrikulasi.

Tuan, turut terlintas dalam pemikiran saya, kebiasannya kita masuk kelas terus melaksanakan P & P. Bagi Kelas peperiksaan terutamnya kelas SPM, sepatutnya bukan saja kita menunjuk ajar mereka tentang bagaimana untuk berjaya dengan skor yang baik dalam mata pelajaran, kita sepatutnya juga mendedah dan memandu mereka ke mana seterusnya untuk menyambung pelajaran atau meentukan bidang kerjaya nanti. SPM itu sebenarnya titik mula samada seorang pelajar itu mahu berkerja atau menyambung pelajaran bagi mendapat kerja yang lebih baik lagi. Maklumkan kepada mereka tentang syarat kemasukan minumum untuk Sijil ke..., Diploma ke..., Matrikulsi ke... supaya mereka bersedia untuk itu. Selepas mendapat sijil stau Diploma atau Ijazah, mereka ingin berkerja untuk menerus hidup dan kehidupan.

Juga yang menarik dalam mesyuarat ini ialah cadangan pelaksanaan "Lesson Study" yang melibatkan guru-guru mata pelajaran sekolah sekitar. Guru-guru berkenaan perlulah melaksanakan P & P di sekolah dengan diselia bantu untuk penambakbaikkan oleh rakan guru dari sekolah lain serta guru cemerlang atau guru berpengalaman. Dengan kaedah ini diharap mutu persembahan guru dalam P & P semakin hebat dan menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran yang mereka ambil.

Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan akan mengambil inisiatif untuk melaksnakan program ini.. Insayallah. Semoga mendapat kerjasama semua pihak.

Bantu bimbinglah anak-anak ini kerana mereka itu lah penerus perjuangan.

Thursday, March 25, 2010

Jasa Tuan Penuh Makna



Alhamdulillah, syukur kepada NYA kerana pada tanggal 24 Mac 2010 (Rabu, bermula jam 9.00 pagi bertempat di PKG Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu telah berlangsung mesyuarat bersama antara kami < En. Mohd Razali Abu Talib, En. Nasir Mohd Nor,En. Che Zulkifli dan saya sendiri > dari Unit Sains Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan para guru yang terdiri dari Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah di negeri ini. Walaupun tidak semua guru cemerlang dijemput tetapi mesyuarat ini begitu bermakna kerana dapat membuahkan idea dan pandangan membina dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik sains dalam P & P dan pencapaian peperiksaan awam, UPSR.

Mesyuarat ini dihadiri seramai 24 orang Guru Cemerlang Sains dari pelbagai sekolah merangkumi semua daerah. Gabungan antara GC 'veteran' yang hebat berpengalaman dengan GC 'baru' yang penuh semangat menceriakan suasana perbincangan dalam mesyuarat tersebut.Antara intipati yang menjadi fokus dalam majlis ini ialah bersama memperkasakan kerja buat..kami di JPN/PPD dalam aspek pengurusan strategi dan pelaksanaannya manakala Tuan selaku GC dalam aspek meningkatkan mutu P & P Sains di sekolah.

Di penghujung mesyuarat, majlis memutuskan untuk menghasilkan "soalan pecutan sains" bagi membantu guru dan pelajar untuk persediaan khususnya dalam menghadapi UPSR tahun 2010 ini.

Terima kasih kepada GC yang terlibat, semoga sumbangan Tuan ini akan menjadi antara faktor penyumbang dalam mencemerlangkan pencapaian kualiti dan kuantiti sains dalam UPSR 2010 dan seterusnya. Indikator kejayaan itu sebenarnya menggambarkan kehebatan Tuan. Kepada sahabat GC Sains untuk peringkat PMR dan SPM pertemuan seumpamanya akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Friday, March 19, 2010

Kenangan Mewakili KPM ke Kem Antarabangsa Angkasa Lepas



Bermula dari 11-21 Ogos 2006, saya diamanahkan oleh KPM mengiringi dan membimbing 2 orang pelajar kembar seiras ke International Space Camp di Gizmir, Turki. Mereka berdua dari Perak, pelajar tahun 5 yang berjaya cemerlang dalam pertandingan Kuiz Sains Angkasa anjuran KPM. Bersama rakan, Sdr. Kamarulzaman dari Akademik Sains berada selama 8 hari di Gizmir, bandar industri Turki di pesisir Laut Mediternian. Masa ini perang meletus antara Hisbullah dengan Israel.. takut juga sebab kedua-duanya juga berada di pesisir laut ini. Banyak kenangan semasa berada di sini, dan 2 pelajar Malaysia ini merupakan pelajar terbaik keseluruhan dari semua peserta dari pelbagai negara termasuk dari Isreal.



Kita rakyat Malaysia juga boleh berada dipersada dunia bersama mereka. Terima kasih kepada pengurusan KPM di atas amanah ini.

Friday, March 12, 2010

Ada kalanya manusia tak mampu lakukan..



10 Mac 2010 24 Rabiulawal 1431H
Awan aneh di Uruguay
Dari Email : noorsaifah osman

i. Awan bergulung macam benang putih agak rendah dengan pantai

ii. Pandangan dari dalam pesawat kecil yang tak mampu terbang tinggi


Kita biasa tengok, asap kapal terbang di udara, tetapi asap ini akan bertebar setelah dilepaskan dari enjin jetnya. Runut-runut yang terjadi ini berlaku apabila udara panas yang dihamburkan bertemu dengan udara sejuk diluarnya. Adakah benang awan ini wujud kerana berlakunya fenomena tersebut. Tetapi kenapa benang ini masih bersaiz sama dengan julat yang panjang tidak berpecah?. Jika ini satu fenomena biasa, mengapa tidak berlaku di tempat lain, di negara sejuk di mana banyak lagi pesawat terbang canggih. Uruguay merupakan negara yang masih dekat dengan garisan khatulistiwa.

Sekira ianya bukan buatan manusia, maka sudah tentu ianya kehendak pencipta alam ini.Apabila dikatakan jadi, maka jadilah apa yang dikehendaki NYA.

Kini negara kita mengalami cuaca amat panas, musim alnino, di Bandar Kota Bharu, minggu lepas, suhu pernah tercatat setinggi 40 C, sungai surat airnya, tanah merekah kering kontang, panas terik memeritkan kulit, mata ditapis dengan kacamata apabila disilau suria, rumput di sekeliling rumah berubah warna menjadi perang, pokok lesu... ini baru panasnya dunia. Kita manusia mampu memohon kepada NYA,dengan menunaikan solat istisqa (mohon hujan) serta perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, alhamdullilah pada pagi ini hujan turun dengan agak lebat,senyum dan bersyukur semua makhluk atas nikmat ini.Turunnya hujan bererti akan melimpahruahlah rezeki Allah kepada makhkluknya. Benarlah, bersedekah itu menyuburkan rezeki.

Itulah kehebatan ALLAH SWT. Kami panjat syukur kepada MU.

Wednesday, March 3, 2010

Think Green..Go Green



The most Romantic Green slogans
September 10th, 2009 by Özge Uraz

Bikes not bombs
Buy Local

Clean and Green

Don’t be mean Go green

Earth allows you to stand. Let it stand the way it is.
Earth Day Every Day
Eat, Sleep, Recycle
Embrace the green revolution

Go Green
Go Green for Life
Gotta dream green
Green is my favorite color
Green revolution the best solution to arrest pollution

I am a friend of nature
I brake for litter
I hear the Eco
I live my life by the seed of my plants

Join the green side.
Just say no to hummers

Keep our forests green
Keep our oceans blue

Live Green, Love Green, Think Green
Live the Green Dream

Make conservation a habit.
Make trees not stumps

Nature saves us, we have to save it.
Nurture Nature For Our Future!

One raindrop raises the sea.

Plant a tree, green the earth, clean the air, live happily.
Protect our environment, keep it safe; tomorrow, we’ll be saved!

Reduce, reuse, recycle!

Save our planet think green.
Save paper, save trees, save the planet
Save the earth, plant a tree!
Save the Planet
Save the trees!
Save water drink beer
Stop, Drop, Recycle

Take up the spade of justice.
The Earth is Yours. Save it!
There is no Planet B.
Think green.

We are Greenagers
Why yes, I eat granola
Will Work for Trees

You must be the change you wish to see in the world
Your planet needs you.


Apabila membaca nukilan ini, saya merasakan semua inginkan keceriaan dan kebersihan, inginkan udara nyaman untuk menyedut nafas beroksijen tinggi yang menyihatkan tubuh badan. Tetapi terkadang kita tak sengaja mengotorkan alam sekitar kita. Apabila berada di rumah, segala sampah sarap dan sisa buangan dikumpul simpan dalam bekas atau beg palstik. Bersih rumah dalam dan luar..Indah kan. Tiada lagi bau-bauan yang semerbak "harumnya" menganggu hidung, tiada lagi kloni lalat lipas menambahkan generasi keturunannya. Ya sudah semestinya sampah yang dikumpulkan ini akan dibawa ke tempat penggumpulan sampah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sampah ini dibuang dan diambil oleh pihak berwajib.

Tetapi ada ketikanya, kita biasa melihat beg plastik berisi sampah dan sisa makanan dan lampin pakai buang ini tak sampai ke tempat yang sepatutnya tetapi bertabur di atas jalan. Alahai, dah lah menyakitkan mata, menyakitkan hidung .. menyakitkan hati. Saya masih ingat, pada permulaan sesi persekolahan 2010 ini, bertaburan sampah di atas jalan didepan SK Tiong. Bukan main marah lagi "tukang kebun" sekolah, terpaksa membersih sampah diluar kawasan sekolah, yang bukan merupakan tugas rutinnya.. tak tahu lah di dalam hatinya apa yang dikatakan.. diharap beliau tidak menyumpah seranah.

Sayangnya mereka ini dengan penjagaan kebersihan di rumah, tetapi mereka juga yang mengotorkan jalan di rumah orang lain.Jika orang lain lakukan, mereka juga akan menempelak perlakuan tersebut.Apa salahnya, beg sampah sarap diletakan dalam bonet kereta bukan di atasnya, nescaya beg sampah itu tidak akan menjatuhkan dirinya lagi.Tidak akan memalukan empunya kereta tersebut. Ada orang berkata, rumah bersih, kereta bersih, tetapi orangnya masih berminda tak bersih.. menyusahkan orang lain.

Kadang-kadang semasa memandu, kita biasa melihat, kereta yang berkilat bersih, beraircon dingin..tiba-tiba diturunkan cermin kereta lalu dilemparnya putung rokok, kertas tisu serta bermacam lagi di atas jalan raya.Ya.. mereka inginkan dalaman kereta mereka bersih tetapi secara langsung mengotorkan jalan raya.Kesian sungguh petugas kebersihan bukan saja menyapu daun-daunan, tetapi menyapu kotoran buatan ini.

Teringat petikan dari riwayat Muslim " Ketika seorang lelaki melalui satu jalan, terdapatnya satu kayu berduri merentangi jalan tersebut, lalu mereka membuangnya, ALLAH berterima kasih dan mengampuni dosanya"

Apakah kita suka menambah dosa membuang sampah merata sedangkan orang yang membersihnya selalu diampunkan dosa. Jagalah alam sekitar kita, kerana di sinilah kita berada.. Salah satu ciri manusia beriman itu ialah kebersihan.

Wassalam.

Friday, February 26, 2010

Hadirnya 12 Rabiulawal 1431 H



Tarikh 12 Rabiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bagi mengingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w.. Ianya mengingatkan kita kepada sirah Nabi, perjuanganya menegakkan agama Islam dan halangan halangan yang terpaksa ditempuh oleh Kekasih Allah itu dalam memastikan Islam dijulang.

Umat Islam di dunia khususnya di negara ini, bulan ini adalah bulan paling sibuk, bulan paling banyak ceramah, masjid masjid akan mengadakan sambutan Maulidul Rasul untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Memperingati kelahiran Rasulullah dengan berbagai program, ada yang berarak, ada yang melakukan sambutan di tempat tertentu, ianya merupakan satu penghormatan kita terhadap Nabi Muhammasd s.a.w.Namun satu yang perlu kita ingat, sekadar menyambut kelahiran Rasulullah sahaja tidak bermakna jika kita tidak mematuhi perintahnya... kita wajib menghayati perjuangannya.


12 Rabiulawal, Isnin lahirnya junjungan Nabi juga seingat saya pada tanggal 25 November 1985 juga 12 Rabiualawal , hari Isnin, saya membawa pulang kereta kebanggaan Malaysia, Proton Saga DP5884 ke rumah setelah dua bulan dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir Muhamad. Kehebatan Malaysia terserlah kerana dapat berada bersama dalam senarai negara pengeluar automobil dunia.Kereta itu kini masih elok dan berfungsi tetapi nilaiannya semakin tinggi disebabkan ada title " antik ".

Pada tahun ini 12 Rabiulawal yang bersamaan 26 Februari, jatuh pada hari Jumaat. saya mendapat jawapan balas dari salah seorang sahabat setelah SMS saya dihantar kepada beliau mengenai ucapan Selamat Menyambut Mauludi Rasul.. mengapa dalam masa terdekat ini terdapat banyak peristiwa yang jatuhnya pada penghulu segala hari itu.

Peristiwa dalam Islam dan Bukan Islam

27 November 2009 - Jumaat - Hari Raya Qurban
18 Disember 2009 - Jumaat - 1 Muharam 1431 H
( 25 Disember 2009 - Jumaat - hari Natal)
( 01 Januari 2010 - Jumaat - Tahun Baru 2010)
26 Februari 2010 - Jumaat - Maulidul Rasul
( 28 Mei 2010 - Jumaat - hari Wesak)
27 Ogos 2010 - Jumaat - Nuzul Alquran
10 September 2010- Jumaat - hari raya Idilfitri
( 05 November 2010 - Jumaat - Deepavali)

Di akhir SMS beliau menyebut " Ingatlah saudaraku, di dalam Al-Quran ALLAH telah menyebut bahawa KIAMAT juga terjadi pada hari Jumaat.

Adakah terjadinya peristiwa di atas itu satu suratan atau satu kebetulan. Bagi saya tiada satu pun yang terjadi adalah secara kebetulan, tetapi semuanya sudah menjadi suratan.Kita hanya pandai merancang tetapi takdir yang menentukan.

Akhir kalam, selamat menyambut Maulidul Rasul dan hayati pengajarannya.

Tuesday, February 23, 2010

Bila kita renungkan kejadian ini..



Lingkaran awan ganjil di Mexico di kaitkan dengan kemunculan mahluk asing UFO
Selasa, 2010 Februari 23

BANDAR RAYA MEXICO - Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya. - Agensi

Itu kata mereka selaku seorang saintis atau orang awam yang lebih bersandar kepada data emprikal atau teori atau logik akal semata-mata. Tetapi bagi kita, selain dari kita bergelar manusia , ada makhluk lain yang menghuni dunia dan alam ini, yang mungkin tak capai melalui pancaindera.Begitulah kerdilnya kita dan Maha Besar nya PENCIPTA.. ALLAH S.W.T, apabila kita renungkan kejadian ini.

Sunday, February 21, 2010

Anda stres ??? Amalkan 10 B




--------------------------------------------------------------------------------
Stress symptoms: Effects on your body, feelings and behavior
Effects of stress:
... On your body
* Headache
* Back pain
* Chest pain
* Heart disease
* Heart palpitations
* High blood pressure
* Decreased immunity
* Stomach upset
* Sleep problems

... On your thoughts and feelings
* Anxiety
* Restlessness
* Worrying
* Irritability
* Depression
* Sadness
* Anger
* Feeling insecure
* Lack of focus
* Burnout
* Forgetfulness

... On your behavior
* Overeating
* Undereating
* Angry outbursts
* Drug or alcohol abuse
* Increased smoking
* Social withdrawal
* Crying spells
* Relationship conflicts

-----------------------------------------------------------------------------------
Apakah Punca Stres:
* Masalah kewangan
* Menunggu lama
* Konflik rumah tangga
* Kena buli
* Beban kerja
* Penyakit Fizikal
* Kesesakan lalu lintas
* Persekitaran yang tidak selesa
* Tragedi

Gejala Stres:
* Gelisah
* Risau keterlaluan
* gangguan tidur
* kurang tumpuan kerja
* cepat marah

AMALKAN 10B
1. Beribadat
2. Bertenang
3. Bernafas dengan dalam
4. Berkata 'Rileklah..
5. Bercakap dengan seseorang
6. Berurut
7. Berehat dengan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10. Berfikiran positif

INSYAALAH ANDA AKAN BAHAGIA TANPA STRES YANG MEROSAKKAN (kata orang stres yang baik perlu ada sebagai motivasi kerja }

Maka kita akan tersenyum..


Spesis kami pun tak lupa juga mengurut..ringan seluruh badan.. leganya.. esok melompat lagi ... kerjakan

Thursday, February 18, 2010

Jangan Lupa Jasa Bonda



Pada hari ini, jam 8.30 pagi..kebetulan masih bercuti rehat musim perayaan tahun baru cina,saya telah menghadiri Majlis Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 2010 SK Tiong Kota Bharu. Anak ke lima, Wan Nur Syahida, kini menerus jejak menuntut ilmu di sekolah lama saya, seperti abang dan kakak-kakaknya, termasuk adiknya, Wan Nur Syaziyah,pelajar tahun 2. Mereka tidak mengambil cuti ganti seperti sekolah-sekolah lain di sekitarnya. Syukur Alhamdulillah, mereka meneruskan kerjaya, walaupun kakak-kakak mereka di sekolah menengah masih bercuti.

Motivator yang dijemput merupakan rakan lama. En. Ghazali Salleh dari SMK Long Ghafar, Kota Bharu. Antara yang diberi fokus, dan begitu terkesan ialah kewajiban anak menghormati dan menyanjungi kedua ibu bapa mereka.Tanpa kehadiran mereka berdua, tentu kita semua tidak dapat menghirup udara di dunia fana ini. Sayangi mereka, kelak anak-anak kita akan menyayangi kita.Ajar didiklah mereka dengan ilmu dan penghayatan agama, nescaya mereka tidak sampai hati melakukan dosa kepada kita nanti.

Mereka, anak-anak yang hadir termasuk ibu bapa terkedu sendu, mengrefleksi diri akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Anak inginkan kejayaan, begitu juga ibu bapa lebih inginkan kejayaan buat generasi keturunan mereka.Seusai program ini, pengisiannya diselangseli dengan tayangan slaid dan lagu-lagu yang penuh pengajaran buat semua.

Kita pastinya tak boleh lupa, bahawa kita juga adalah seorang ANAK...anak kepada kedua ibubapa kita..ingatlah jasa mereka.

Sekalung tahniah dan terima kasih buat Puan Guru Besar dan Sahabat Guru-Guru SK Tiong yang menganjurkan program ini.

Ya Allah terus berikan restu MU agar anak-anak kami semua menjadi orang yang solleh memakmurkan dunia MU ini.

Wednesday, February 17, 2010

Hanyalah pada MU



Berusaha,Berdoa dan Bertawalkal.. Insyallah berjaya

Tuesday, February 16, 2010

Hebatnya Ciptaan Allah..


Inside incredible 'Crystal Cave of Giants'

Nestling up to a cauldron of pressurized, molten rock is almost never a good idea. But in Mexico's Naica mine, the payoff is worth the risk.
About 900 feet below the surface, there is a chamber filled with gypsum. It's the same stuff that goes in the drywall in your house, only in Naica it spent half a million years parboiling in a chamber filled with magma-heated water.
Suddenly miners showed up and started pumping the mineral-rich broth out to get at valuable silver and lead deposits nearby. The result is a cavern filled with crystals 36 feet long and weighing in at up to 55 tons, easily the largest in the world.

Last Fall, adventurer and filmmaker George Kourounis traveled to Naica to see the incredible “Crystal Cave of Giants” for himself. Though there's little risk of eruption from the nearby magma chamber, the cave itself is still deadly hot – over 120 Fahrenheit with about 90 percent humidity. People are only allowed in without cooling suits for a few minutes at a time.

Begitulah hebatnya..

Saturday, February 13, 2010

SPI BIL.2/2010-Telah jelas maksudnya

Assalamualikum Tuan, semoga ceria dengan tugas mengajar mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di masa depan. Bermula tahun baru 2010 penuh dengan cabaran, jadilah ia sebagai motivasi dan ikhlas diri dengan budaya kerja yang lebih baik dari tahun sebelum ini.

Kita semua masih ingat, bermulalah PPSMI itu pada tahun 2003 dengan pelbagai program latihan guru dari ETeMS hinggalah ke KOSM, pelbagai bahan bantu dari bahan hard copy dan softcopynya, dari pembekalan perlatan teknologi yang tak seberapa kepada peralatan teknologi canggih, dengan pelbagai program latihan pemantapan guru, menilai penguasaan guru dengan PTP nya,interaksi kalangan guru dengan BSS,penerimaan BISP oleh guru sebagai wadah peningkatan berbahasa ilmu dan semua sekali yang berkaitan.. semuanya kita bersama dah lakukan.Kita dah capai sebahagiannya tetapi belum sepenuhnya.

Sepanjang bermulanya dari Januari 2003,pelbagai isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PPSMI cuba dan telah diatasi.Walau bagaimanapun tidak semua dapat diatasi. Maka pendekatan baru telah diambil dan pada 8 Julai 2009, dari kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, dengan justifikasi yang kukuh telah memaklumkan agar PPSMI kini dimansuhkan dengan difokuskan pula kepada PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI).Pendekatan pemansuhan yang diambil dari PPSMI ke MBMMBI adalah secara "soft landing" supaya segala keperluan dapat diperlengkapkan dalam masa berkenaan.

Selepas sahaja perkara ini diumumkan, maka ramailah kalangan pengurus sekolah dan guru telah bertanya mengenai bahasa penghantar dalam P & P sains dan matematik. Maka jawapan dari saya " Dasar PPSMI masih kekal " tetapi "Pendekatan P & P bergantung kepada kebijaksanaan guru" asalkan murid DAPAT dari apa yang diajar oleh guru mereka.

Ada dari kalangan Pengetua/Guru Besar yang telah mencadangkan agar JPN mengeluarkan satu siaran agar menyatakan status bahasa yang boleh digunakan dalam P & P sains dan matematik. ( Terima kasih kepada Tuan yang mencadang ). Jawapan dari saya, JPN tidak dapat mengeluarkan sebarang siaran selagi tiada hitam putih dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Alhamduliilah, pada 5 Februari 2010, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menerima surat dari KPM mengenai perkara berkenaan dan pada 7 Februari 2010, surat berkenaan telah di hantar ke semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Intipati kandungan surat yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM ini adalah seperti berikut:

KP(BSPSH-SPDK)201/005/01(38) Bertarikh 25 Januari 2010
Surat Pekelililng Ikhtisas Bil.2/2010:PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

2. Dalam melaksanakan Dasar MBMMBI, pengajaran dam pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dperkukuhkan menerusi pendekatan yang lebih berkesan. dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklahmenggunakan Bahadsa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar dalam pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

3. Pada 5 Ogos 2009,Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa supaya dasar MBMMBI dialksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

4. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:

Mulai Tahun 2010
Sekolah Rendah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris
Sekolah Menengah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris

Mulai Tahun 2011
Sekolah Kebangsaan - Tahun 1 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia
Sekolah Jenis Kebangsaan - Tahun 1 (SJK(C) dan SJK(T)) - P & P sains dan Matematik menggunakan Bahasa Pengantar masing-masing.
Sekolah Menengah - P & P Sains dan Matematik BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris

Mulai Tahun 2012
Sekolah Kebangsaan - Tahun 4 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6
Sekolah Jenis Kebangsaan
- Tahun 4 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat tahun 6
Sekolah Menengah - Tingkatan 1 : P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia
Tingkatan 4 - P & P Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5

5. Penyediaan soalan bagi peperiksaan awam mata pelajaran sains dan matematik di sepanjang peralihan dasar ini masih dalam dwibahasa sepertimana berikut:

i. UPSR - dwibahasa sehingga tahun 2015
ii. PMR - dwibahasa sehingga tahun 2013
iii. SPM - dwibahasa sehingga tahun 2015

6. Walau bagaimanapun P & P Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 Rendah/Atas serta Matrikulasi terus dikekalkan dalam Bahasa Inggeris.

Dengan hadirnya surat ini ditangan Tuan, persoalan status penggunaan bahasa untuk P & P sains dan matematik begitu jelas maksudnya.Sehubungan itu, Tuan adalah lebih maklum dalam menjayakan P & P Sains dan Matematik secara lebih berkesan lagi. Matlamat kita untuk mencapai visi 2010 semakin hampir. Kata orang, kita tidak boleh berkompromi dengan matlamat tetapi kita boleh berkompromi dengan pelbagai pendekatan untuk mencapai matlamat tersebut.

Tidak lupa kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PPSMI sejak akhir tahun 2002 hingga kini. Saya bersama pegawai JPN dari Unit Sains-Matematik, Unit Bahasa dan dari PPD begitu sibuk dengan pelbagai program dan kursus di sepanjang tempoh ini.Seingat saya, tugas akhir sebelum pengumuman PPSMI kepada MBMMBI ialah penggumpulan data guru untuk pelaksanaan Penilaian Tahap Profisiensi 2009 (PTP 2) yang tak sempat dilakukan.

Untuk Tuan semua, ucapan terima kasih dan tahniah dari saya.Kita tetap dan mesti teruskan misi kejayaan di bawah MBMMBI.

Sekian, jumpa lagi. Wassalam

Happy Chinese New Year

Buat sahabat kaum Tionghua, dari saya untuk Tuan



Semoga lebih makmur maju dalam melayari kehidupan ini

Friday, February 12, 2010


Hikmah Air Mata

29 Safar 1431H
Email :aizi aizi

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Saturday, February 6, 2010

Akan sentosalah kita selamanya..

Membicarakan Makmal dan Bilik Sains -Siri 1



MAKMAL DAN BILIK SAINS
(Makmal Sains untuk Sekolah Menengah , Bilik Sains untuk Sekolah Rendah )

Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal atau bilik sains adalah seperti berikut:

1.1 Definisi
1.1.1
Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.
Laboratory.Design.com

Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).
Kamus Dewan edisi keempat

1.1.2 Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.

1.2 Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:

1.2.1 Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.

1.2.2 Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif

1.2.3 Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.

1.2.4 Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.

1.2.5 Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.

1.2.6 Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.

1.2.7 Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).

1.2.8 Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40

1.3 Susun atur Makmal Sains
Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan (contohnya pelan Jabatan Kerja Raya, ‘Project Management Consultant’ dan lain-lain).

Kedudukan Makmal Kimia disusun sesuai dengan kemudahan memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengkakis.

1.3.1 Kedudukan Makmal Kimia sebaiknya berada di aras bawah, Makmal Biologi di aras satu dan Makmal Fizik di aras dua. Makmal Sains Am boleh berada di aras satu atau di aras dua. Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan berada di antara dua makmal tersebut.


1.3.2 Makmal Sains Tingkatan 6

Murid Tingkatan 6 perlu mempunyai Makmal Sains Tingkatan 6 untuk mengelakkan pertembungan waktu penggunaan dengan murid Tingkatan 4 dan 5.

1.4 Keperluan Perabot dan Peralatan Asas

1.4.1 Setiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut:

1. Meja makmal
2. Bangku makmal
3. Komputer
4. Pencetak
5. Bakul sampah
6. DLP
7. Papan tulis
8. Papan putih beroda
9. Skrin
10. Langsir 1 set untuk bilik
11. Meja komputer
12. Pembesar suara
13. Rak peralatan sains
14. Almari
15. Kabinet
16. Penggantung carta
17. Pemadam api
18. Selimut api
19. Penggera kebakaran
20. Bekas simpanan bahan sisa
21. Bekas simpanan bahan rosak
22. Kebuk Wasap
23. Pancuran dan pencuci mata
24. Kipas pengudaraan
25. Kit Pertolongan Cemas

1.4.2 Perabot dan Peralatan Asas dalam Bilik Sains

1 Meja makmal
2 Bangku makmal
3 Komputer
4 Printer
5 DLP
6 Meja komputer
7 Skrin
8 Pembesar suara
9 Papan tulis
10 Papan putih beroda
11 Bakul sampah
12 Langsir 1 set untuk bilik
13 Kabinet
14 Almari cermin
15 Rak buku
16 Penggantung carta
17 Rak peralatan sains
18 Kit Pertolongan Cemas
19 Pemadam api
20 Penggera kebakaran
21 Selimut Kalis Api

1.5 Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik Sains

1.5.1 Peralatan asas yang perlu ada dalam Bilik Persediaan Makmal Sains adalah seperti berikut:

Bil Perabot/Peralatan
1 Meja persediaan
2 Kerusi
3 Rak
4 Peti sejuk
6 Papan notis

Insyaallah bertemu kita lagi berbicara hal ini dalam siri 2 nanti..

Saturday, January 30, 2010

7 Easy Ways to Lose Weight Without Starving or Breaking a Sweat


Provided by
Prevention
By Liz Vaccariello, Editor-in-Chief, Prevention
Weight loss requires two things: burning calories through exercise and cutting them through smart food choices and portion control. In theory, you could create a calorie deficit by spending hours at the gym, but that's not realistic-or much fun. And who wants to live on lettuce leaves? Instead, try these seven everyday moves to drop pounds effortlessly.

1. Fidget
James Levine, MD, of the Mayo Clinic in Rochester, MN, has spent a decade studying the role that everyday movement, or NEAT (nonexercise activity thermogenesis), plays in metabolism. His discovery: People who tap their feet, prefer standing to sitting, and generally move around a lot burn up to 350 more calories a day than those who sit still. That adds up to nearly 37 pounds a year!

2. Keep most meals under 400 calories
Study after study recommends spacing out your meals at regular intervals and keeping them all about the same size. Eating meals at regular intervals has been linked to greater calorie burning after eating, better response to insulin, and lower fasting blood cholesterol levels. When you eat regular meals throughout the day, you're less likely to become ravenous and overeat.

3. Take yourself off cruise control
Increase the intensity of your everyday tasks, from vacuuming to walking the dog, recommends Douglas Brooks, an exercise physiologist and personal trainer in Northern California. "Turn on some music, add in some vigorous bursts, and enjoy the movement," he says.

4. Drink 8 glasses of water per day
Water is not just a thirst quencher--it may speed the body's metabolism. Researchers in Germany found that drinking two 8-ounce glasses of cold water increased their subjects' metabolic rate by 30%, and the effect persisted for 90 minutes. One-third of the boost came from the body's efforts to warm the water, but the rest was due to the work the body did to absorb it. "When drinking water, no calories are ingested but calories are used, unlike when drinking sodas, where additional calories are ingested and possibly stored," explains the lead researcher, Michael Boschmann, MD, of University Medicine Berlin. Increasing water consumption to eight glasses per day may help you lose about 8 pounds in a year, he says, so try drinking a glass before meals and snacks and before consuming sweetened drinks or juices.

5. Step it up--and down
Climbing stairs is a great leg strengthener, because you're lifting your body weight against gravity. In addition to taking the stairs at every opportunity, try stepping up and down on the curb while you're waiting for the bus or filling your gas tank, says Brooks.

6. Use grocery bags as dumbbells
Letting someone else load your groceries or carry your suitcase is an opportunity missed for strengthening and calorie burning, says certified coach Beth Rothenberg, who teaches a class for fitness professionals at UCLA. "Carry your groceries, balanced with a bag in each hand, even if you have to make several trips," she says. "And pack two smaller suitcases instead of one big one, so you can carry them yourself."

7. Eat 4 g of fiber at every meal
A high-fiber diet can lower your caloric intake without making you feel deprived. In a Tufts University study, women who ate 13 g of fiber or less per day were five times as likely to be overweight as those who ate more fiber. Experts see a number of mechanisms through which fiber promotes weight loss: It may slow down eating because it requires more chewing, speed the passage of food through the digestive tract, and boost satiety hormones. To get 25 g of fiber a day, make sure you eat six meals or snacks, each of which contains about 4 g of fiber. For to-go snacks, buy fruit; it's handier than vegetables, so it's an easy way to up your fiber intake. One large apple has just as much fiber (5 g) as a cup of raw broccoli.

Friday, January 29, 2010

Dari 10 tinggalnya habis

Lagu ini agaknya sesuai dengan program LINUS kok?

Ajarlah mereka Huruf dan Nombor..

Pada 28 Januari 2010, saya dengan beberapa orang sahabat dari Unit Sains (Pn. Hjh. Zalina Zakaria -Penolong Pengarah) Unit Matematik ( Hj. Hilmi Abdullah-Ketua Penolong Pengarah dan Cik Halizah Mohd Zain-Penolong Pengarah) bertolak dari JPN ke tempat kursus LINUS yang di adakan bertempat di Hotel Grand Riverview Kota Bharu. Ini adalah kursus hari terahir setelah peserta kursus dari PPD Kuala Krai dan PPD Gua Musang melapor diri di hotel berkenaan pada 26 Januari 2010. Guru tahun 1 bagi matematik dan tahun 1 Bahasa dari PPD lain sebahagian besarnya telah mengikuti kursus ini dihotel-hotel selainnya sebagimana perancangan Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Di sepanjang perjalanan dari JPN ke Hotel yang jaraknya hampir 1.5 km, saya merenung dan berfikir tentang LINUS dan kepentingannya. Terlintas akan rutin hidup saya pada hari ini bermula seawal pagi , yang mungkin juga banyak persamaan dengan hari-hari yang lain, kecuali bagi kes-kes hari tertentu seperti hari cuti. Apa yang dilakukan oleh saya sehingga saya tiba di Hotel berkenaan?

6.00 pagi - dikejutkan oleh deringan penggera telefon. Bangkit dari tidur dan berjalan ringan sekitar 2 minit. Minum air mineral 1 cawan.Timbang berat badan dengan neraca penimbang- kekal 63 kg.
6.10 pagi - ke bilik air, mandi cuci badan dengan air panas selama 5 minit dengan suhunya 25 C.
6.15 pagi - Azan Solat Subuh berkumandang dan terus menunaikan solat sebanyak 2 rakaat. Memuji Allah dengan berzikir sebanyak 33 kali dengan setiap satunya. Berakhir di atas sejadah dengan berdoa untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat dan segala kerja buat harian semuanya akan menjadi ibadah.
6.30 pagi - Bersiap dengan pakaian kerja rasmi. Tidak lupa cermin besar untuk tengok kehebatan diri.. kot-kot ada butang baju yang tersalah pasang.. nanti teman pejabat akan ketawa.. tersalah masuk lubang..habis kehansoman.
6.45 pagi - Alas perut sikit dengan sekeping roti panas berkaya mentega dan menenguk segelas minuman teh panas.
7.00 pagi - Menghidupkan injin kereta selama 3 minit dan kemudian bertolak bersama 4 orang cucu mak untuk dihantar ke sekolah mereka. Dalam masa 6 minit perjalanan dengan 40 km/j sejauh 1 km, 2 orang melabuh di SK Tiong dan dalam masa 10 minit kemudian 2 lagi melabuh di SMK Kota yang jaraknya 5 km dari rumah dengan mengikut pandu arah ke Salor dan Pasir Mas. Kelajuan kereta ditinggikan sikit- 60 km/j.
7.30 pagi - Terus menghala ke Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Jalan kampong Sireh melepasi 3 traffic-light
8.00 pagi - Punch card walaupun masa kerja yang dipilih bermula jam 8.30 pagi (WP3). Setelah hampir 2 jam kemudian, bertolak ke tempat kursus tersebut.


Apa yang ada disini ialah kita banyak membicarakan tentang huruf dan nombor,, huruf pada papan tanda sekolah, jalan dan lain-lain manakala nombor pada masa, jarak, suhu, kelajuan dan lainnya. Tentunya jika tanpa nombor dan huruf, kehidupan kira tidak ceria di mana komunikasi sukar terjadi. Setiap kali kita bercakap walau apapun topik bicara mesti ada disebut nombor atau angka. Setiap kali kita menulis semestinya melibatkan huruf dan nombor.

Anak yang masih kecil mungkin boleh menyebut tu, wa, ga (satu, dua, tiga) atau a, b, c atau lif, ba, ta (alif, ba, ta) tetapi tak mengerti apa maknanya, sama telahan untuk menulisnya.Apabila anak ini memasuki pra sekolah, mereka akan tahu (sepatutnya) makna satu, dua, tiga . Tiga biji gula-gula mereka akan tahu maknanya. Ada dikalangan mereka ini dapat menulis satu, dua, tiga dengan perwakilan 1, 2,3 dan seterusnya. Tetapi harus diingat masih ramai lagi di kalangan mereka yang hanya pandai sebut nombor tetapi tak tahu apakah makna nombor itu hatta menulisnya dalam bentuk huruf dan angka. Persoalannya adakah kita semua akan terus membiarkan mereka ini dalam keadaan kekal "Buta Buruf" dan " Buta Nombor" ?< Jika Buta Warna juga bahaya. bertukar warna lampu isyarat.. nahas>. Sekiranya kita buat tak kisah akan perkara ini, entah bila Buta ini akan menjadi Celik.

Sehubungan itu, guru-guru yang dipanggil untuk mengikuti kurus LINUS ( Literasi dan Numerasi ) ini adalah begitu penting untuk memain peranan mereka agar semua para pelajar tahun 1 2010 (seboleh-bolehnya) dapat mengenali, memahami, menguasai dan menggunakan nombor dan huruf ini untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kehidupan mereka .

Tentunya, Tuan/Puan masih ingat cerita Pendekar Bujang Lapuk.. Ajis, Ramli dan sudin mengikuti kelas dewasa, lucu dengan pembawakannya, Ketika itu. kelas dewasa adalah biasa dan sekiranya generasi kini yang masih di tahap satu akan juga mengikuti kelas dewasa pada suatu masa nanti, maka kelas itu adalah kelas luar biasa kerana disebabkan oleh lalainya kita mengajar mendidik mereka.Kita tak nak nanti dari kohort pelajar ini apabila mereka dewasa akan bertanya "ini bas nombor berapa dan nak pergi ke mana " walaupun didepan bas terpampang nombor dan distinasinya.

Pada jam 11.00 pagi bermulalah persembahan 2 kumpulan guru dengan topik masing-masing dengan menterjemahkan dan memaknakan nombor berasaskan pedagogi dan kreativiti tersendiri. Hebat guru kita, jika pelajar tahun 1 di hadapannya, tentunya isu sukar belajar dan payah faham serta boring pelajar terhadap penganjaran guru tidak berlaku.Pelajar akan meminati dan menyayangi guru mereka. Setelah selesai persembahan kumpulan guru, kursus ditutup dengan rasminya oleh Tn. Hj. Hilmi Abdullah, KPP Matematik, JPN Kelantan.

Turut bersama dalam majlis ini ialah En. Che Zulkifli Abdullah - Penyelia Pelajaran (Sains) dan Tn. Hj. Daud Yussof - Penyelia Pelajaran (Matematik). Terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd Yunus Yusof - Penolong PPD (Sains Matemtik Kuala Krai dan En. Wan Badruddin Wan Omar - Penolong PPD (Saind Matematik) Gua Musang selaku Urusetia Kursus yang bertugas.Tak lupa juga kepada semua JU. < Ramai JU Linus kini dulunya merupakan JU ETeMS.. Terima kasih atas penerusan tugas dan komitmen Tuan>

Kepada semua guru LINUS seluruh negeri, laksanakan tugas anda dengan penuh dedikasi. Kami di JPN dan PPD sedia membantu.Ajarlah mereka tentang huruf dan nombor sejak dari awal lagi.

Akhir kalam,Nombor dan huruf tidak dapat dipisahkan pada sebuah telefon..jika dipisahkan rosaklah sebuah komunikasi antara dua insan... betul ke tuuu??

Tuesday, January 26, 2010

Lagu Rancak Sikit..

Teringat masa belajar dulu. dengan BAS UKM ,sanggup dari kampus sains Jalan Pantai Baru ke DECTAR UKM nak tengok konsert LIVE Alleycat.. suara LIVE nya sebijik dengan albumnya..antara lagunya ialah..



Walaupun menyanyi bakat mereka dan mendengar bakat kita..ada banyak yang tersurat dan tersirat yang perlu kita pelajari...

KERJA ORE SAINS-menentusahkan 'ya' ke 'tidak'

Untuk Tuan yang suka menggunakan Handphone di stesen minyak..Notis peringatan bahayanya banyak dipamerkan.. ingat-ingatlah... nanti Tuan, kereta motor milik Tuan,Handphone milik Tuan, stesyen minyak milik tauke.. bertukar menjadi "muga lain"

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?????....

11 Safar 1431H
Sumber Emel : Wan Sanusi Wan Ali

Mari kite cuba ramai2..(kalu nak cuba lah)

meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...

susun kad tadi lebeh kurang macam nie...3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

2. letak plak kertas foil tu atas kad tadi..1 rol kertas foil...kertas timah tu ....yang macam bungkusan kedua corn flakes laa...


3. letak petrol ckit... Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....ambil jer kat moto abang, ayah atau adik korang...(curik tak boleh.. berdosa)


4. Handphone sebijik...dan pastikan ade kredit...call memberlah


5. TIBA-TIBA

api menyala !!! SAH < eksperimen berjaya..awas nanti terbakar tangan)
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Thursday, January 21, 2010

Cerita Mesyuarat di Putrajaya

Pada hari Rabu lepas yang bertarikh 13 Januari 2010, pegawai meja (En. Abu Hashim) mengenai Skim Tusyen Felda (STF) dan Pusat Pemebelajaran Sains (PPS) telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Program Peningkatan Akademik Sekolah Felda:STF dan PPS Bersama Pegawai Penyelaras JPN dan PPD akan diadakan pada 20 januari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Kemboja (Utama),Aras 4, Blok E2, Bahagian Pengurusan Sekolah harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau memaklumkan semua pegawai penyelaras negeri STF dan PPS serta penyelaras dari PPD seluruh negara 'wajib' hadir menyertai mesyuarat tersebut. Memandangkan tahun 2010, tahun penjimatan perbelanjaan, maka beliau menyarankan agar berkongsi menggunakan kereta untuk ke sana.

Sehubungan itu, pada 19 Januari 2010,saya selaku Penyelaras Negeri STF dan PPS bertolak dari rumah jam 9.30 pagi ke PPD Tanah Merah untuk mendapatkan kenderaan PPD, Toyota Fortuner (Terima Kasih Tuan PPD atas kelulusan Tuan membenarkan penggunaan kenderaan tersebut). Dari PPD Tanah Merah, bersama En. Husain Ab Ghani (Penyelaras PPS PPD) dan En. Razali Kasim (Penyelaras STF PPD), kami bertolak jam 11.00 pagi ke Kuala Lumpur.Tiba di KL , jam 6.30 petang setelah berhenti untuk makan-minum dan solat.Bermalam di Adamson Inn (belakang Hotel City Villa )dengan 4 katil bagi kami berempat.Rakan dari PPD Gua Musang, En. Wan Badruddin (Penyelaras PPS PPD) dan En. Zuhdi (Penyelaras STF PPD) bertolak jam 10.00 malam.

Esoknya, kami "check-out" hotel dan terus ke Putrajaya selepas mengambil breakfast di Plaza Putrajaya.Jam 9.00 pagi mesyuarat bermula dengan dipengerusikan oleh , Dr. Madzniyah Md Jaafar, Ketua Unit Akademik bersama pegawainya dan 68 pegawai STF/PPS seluruh negara. Turut bersama ialah Y.Bhg. Dato' Hj. Ahmad Azmi,Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran. Antara yang menjadi fokus utama dalam mesyuarat ini ialah:

i. Ucapan Y.Bhg. Dato' Ahmad Azmi
- STF/PPS merupakan program pelengkap kecemerlangan akademik pelajar
- PPS dapat meningkatkan penyertaan pelajar dalam menjayakan Dasar 60:40 S & T Negara
- Felda dan Petronas akan menaja "biasiswa" pelajar PPS yang mendapat semua A dalam SPM
- Pertonas membuka peluang kepada pelajar PPS untuk mengikuti kursus di Institut Teknologi Petronas (Instep) , Batu Rakit,Terengganu.(kerjaya dalam petroleum)
- Pengurusan Jadual Waktu amat penting sebelum melaksanakan P & P ( sekiranya semua pelajar dah menguasai satu mata pelajaran dengan baik, berilah masa mata pelajaran tersebut kepada mata pelajaran lain, di mana ada lagi pelajar yang belum mengusainya)
- Inovasi P & P dan pengurusan perlu dibuat [ Jika Buat yang sama, Hasilnya sama tapi Jika Buat berbeza, Hasilnya berbeza ]
- MBMMBI : Mengapa MBM - mempertahankan "jati diri" dengan Bahasa Melaysia sebagai Bahasa Kebangsaan; Mengapa MBI - memperkuatkan 'daya saing" menjadikan pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa International

ii. Pembentangan oleh Dr. Madzniyah
- Keputusan 2009: Keseluruhan UPSR Keb - 63.10 %, UPSR STF - 72.29 % : Kecemerlangan 5A UPSR Keb- 9.5 %, UPSR STF - 9.6 % ( Kedua-dua Meningkat )
- Pelaksanaan STF/PPS 2010
^ Perubahan Kaedah Pelaksanaan:

UNTUK STF( Murid : hanya melibatkan 30 % murid dalam kelas pengayaan sahaja bagi Tahun 6, PMR, dan SPM, Mata Pelajaran hanya 4 MP sahaja :Tahun 6 : 4 MP ( BM, BI, M, S) Tingktan 3 (BM, Bi, M, S) Tingkatan 5 ( BM, BI,M, S atau 'fleksi' dengan MP lain, Jumlah Jam:32 jam/MP/tahun, Elaun Guru Tuisyen: SR:RM30/jam, SM:RM40/jam)Elaun Penyelaras: RM100/bulan x 8 bulan, bayaran Utiliti:RM100/bulan x 8 bulan,Alat tulis- buku-bahan edaran:RM100/bulan x 8 bulan, Program Motivasi-bengkel MP : SR RM1000/taghun, SM RM2000/tahun) )

UNTUK PPS( Murid : 70% warga Felda 30 % dari luar bandar, Tuisyen untuk 6 Mata Pelajaran ( BI,M, MT,F, K, B/Elektif)) Jumlah Jam: 2jam/ MP/minggu @ 64 jam /tahun (40 jam -waktu akademik (kelas) dan 24 jam - waktu ko-akademik (seminar 4 jam,bengkel 8 jam, amali(kertas 3) 8 jam, kursus 4 jam), Elaun Guru Tuisyen: RM40/jam)Elaun Penyelaras: RM200/bulan x 8 bulan, Program Motivasi-bengkel MP : SR RM2000/kelas/tahun, Kem Jejak Kerjaya Petrosains RM2000/tahun) )

^ Program/aktiviti (mesyuarat pelaksanaan STF/PPS, Promosi PPS, Kursus Belajarlah sayang, Program Lesson Study peringkat daerah, Kursus Headcount dan Post-Mortem, Kursus Pendidikan Kerjaya,Program Ko-akademik bersama Petrosains( Projek Sains,Program Sains,Kembara Kerjaya (PPD Tanah Merah 3 Jun 2010),Kuis Mutiara Felda(Spelling Bee,Kuiz Sains Matematik Agama),, DBP,Enviroment Online(ENO),)
^ Pemantauan peringkat KPM/JPN/PPD (gunakan instrumen sedia ada, laporkan dapatan ke KPM, Pemantauan Headcount dan Post-Mortem, Pemantauan Lesson Study, )
^ Penggumpulan data dan Penyediaan laporan (setiap kali peperiksaan utama sekolah, TOV tahun sebelum,Setengah tahun, Percubaan. Akhir Tahun, Peperiksaan Awam UPSR,PMR,SPM )
^ Peruntukan- FELDA sepenuhnya

Terima kasih kepada pihak pengurusan FELDA kerana masih ada peruntukan untuk meneruskan program ini walaupun banyak program lain terpaksa dibatalkan untuk pelaksanaan tahun 2010 ini.

Mesyuarat berakhir jam 5.00 petang.

Di kesempatan yang ada, saya dapat bersembang dengan YBhg. Dato' Hj. Ahmad Azmi sewaktu makan tengah hari membicarakan beberapa isu pendidikan terkini. Jemput Dato' ke Kelantan, tapi katanya dalam masa terdekat ini, tak sempat kerana MBMMBI juga kini merupakan sebahagian tugas barunya. Juga dapat bertemu dengan bekas bos "Tuan Haji Husin Awang" yang kini merupakan Timbalan Pengarah (Dasar) BPSH, KPM.Tak lupa, bertemu juga dengan En. Razali, dulu di Jemaah Nazir Kelantan, kini di Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster bersama Pn. Faridah Yang Razali, kini KPP bahagian tersebut (dulu di Jemaah Nazir Persekutuan, di mana sempat bersama memantau PPSMI pertengahan tahun 2009 di SK Ipoh, Tanah Merah)

Tepat jam 5.20 bertolak balik ke Kelantan, singgah solat di Masid Ketari, Bentong jam 6.30 petang, makan di depan Petronas Kechau K.Lipis. Di sepanjang jalan tak terlelap mata ,walhal dua sahabat flip-flop matanya. Tiba di PPD Tanah Merah, jam 12.30 malam, terus bekereta balik ke rumah. Tiba di rumah jam 2.00 pagi, esoknya telefon ke pejabat tak hadir nak tidur ganti.Kesihatan kena jaga... Tak tidur malam dan dalam perjalanan amat memenatkan badan dan minda.. lesu seharian.Bukan kerana apa,, kita dah berumur.Alhamdulillah selamat semuanya.

Tak dilupakan kepada Abe Man yang memandu Fortuner.. Terima kasih, ada peluang dan ruang kita dapat bersama lagi. < Kita semua klim dengan BPSH di bawah peruntukan FELDA >

Friday, January 15, 2010

Hebatnya Ciptaan Allah..


An airplane flies past a partial solar eclipse in Taipei, Taiwan, Friday, Jan. 15, 2010


A combination picture shows the different phases of an annular solar eclipse in the southern Indian town of Rameswaram January 15, 2010. The annular eclipse of the sun, which will last for over 11 minutes during its maximum duration, will be visible from a 300-km wide

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumidalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Kita, Umat Islam digalakkan untuk menunai solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada hari ini, jumaat mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg... Hebatnya ciptaan Allah dan Betapa kerdilnya kita.

Dari Patik.. Daulat Tuanku!


KOTA BHARU, 15 Jan: Pemangku Raja Kelantan imam solat hajat.
Bertempat di stadium negeri Kelantan malam tadi,Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.

Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya

Tuanku..didiklah rakyat dibawah naungan Tuanku menjadi orang yang bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Dari patik.. DAULAT TUANKU

Thursday, January 14, 2010

Haiti ditelan bumi..lebih 100k maut..

This May 20, 2004 file photo provided by the Canadian Department of National Defence shows the presidential palace in Port-au-Prince, Haiti. -- PHOTO: AFP



Bilamana Allah S.W.T menyebut ‘Kun-Fayakun’ maka jadilah walaupun manusia merangka banyak perkara tetapi Kuasa Allah S.W.T mengatasi segalanya baik yang di dunia mahupun di akhirat nanti.





Haiti's National Palace is seen after in Port-au-Prince, Wednesday, Jan 13, 2010, the day after a powerful earthquake hit the country. -- PHOTO: AP

Itulah kehebatan kuasa "ALLAH YANG MAHA BESAR" ..mengapa kita selalu mengingkari perintahnya.. besar manakah kita ???

Monday, January 11, 2010

Correct timing to take water..








25 Muharram 1431H
Email : mohamad alias idris

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Sahabat.. banyak minum air yaa.. elakkan air bergula yang banyak .. nanti air buangnya manis,, biarlah senyum sentiasa manis

Friday, January 8, 2010

Sobat ..Tobat deh..

Langkah menuju destinasi kejayaan semakin hampir..

Takwim Ujian & Peperiksaan Kendalian Sekolah Tahun 2010

Ujian Bulanan Berkala (UBB) Sekolah Rendah
UBB1: 22 - 24 Februari 2010
UBB2: 19 - 21 April 2010
UBB3: 21 - 23 Jun 2010
UBB4: 16 - 18 Ogos 2010 ( Percubaan UPSR)
UBB5: 01 - 03 November 2010
(Rujukan Takwim 2010 Majlis Guru Besar Negeri Kelantan)

Peperiksaan Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS) Sekolah Menengah
PKBS1 : 01 - 11 Mac 2010 ( Semua Tingkatan)
PKBS2 : 23 - 31 Mei 2010 & 01 - 03 Jun 2010 (Semua Tingkatan)
PP3 : 01 - 05 Ogos 2010 ( Percubaan PMR)
PP5&6 : 17 - 30 Ogos 2010 & 01 - 02 September 2010 ( Percubaan SPM & STPM)
PKBS3 : 01 - 16 November 2010 (Tingkatan 4) & 10 - 16 November 2010 (Tingkatan 1,2)
(Rujukan Takwim 2010 PKPSM Cawangan Kelantan)


"Cakna Pendidikan Kelatan Tersohor 2010"..sekali lagi mengingatkan kita semua sama ada kami di Jabatan Pelajaran Kelantan, Sahabat d Pejabat Pelajaran Daerah maupun Tuan di sekolah yang merupakan orang dibarisan hadapan supaya memainkan peranan yang sebaiknya dalam menentukan jatuh bangun prestasi kejayaan pendidikan negeri ini.Berdasarkan kejayaan pada tahun 2009, UPSR dan PMR (SPM dan STPM belum diumumkan lagi) , kita boleh untuk mencapai dengan lebih baik lagi prestasi keseluruhan dan kecemerlangan untuk tahun 2010 ini..tahun akhir memenuhi visi kesohoran pendidikan negeri ini.

Tahun 2010 begitu mencabar semua warga pendidik, banyak kekangan yang perlu di atasi secara berhemat, berhemah dan berasional.Walaupun terpaksa menghadapinya, tugas mengajar dan mendidik tetap tegar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.Perancagan dan tindakikut yang menjurus ke arah kejayaan akademik sekolah perlu menjadi agenda utama dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru yang hebat.

Bermula langkah pertama 3 Januari 2010, semua sahabat Guru yang berada di semua sekolah di pelusok negeri telah bersama anak didik masing-masing dalam bilik darjah menjayakan P & P. Guru Mengajar, Murid Belajar diharap akan tetap kekal berlangsung sehingga ke penghujung tahun.Pendekatan pedagogi dan kaedah P & P perlu dipelbagaikan mengikut tahap kecerdasan murid agar hasrat pembelajaran murid tercapai.Murid tidak akan "boring" dengan gurunya.

Penilaian hasil pembelajaran perlu dibuat untuk menguji kefahaman murid dalam sesuatu tajuk mengikut SP dan HSP yang dicadangkan.Semak kerja murid menjadi tugas guru.Jika salah, betulkan segera..Insyaalah murid akan faham nanti dan Tuan tentu gembira dengan hasil usaha Tuan. Murid akan menyanyangi guru seperti Tuan.

Penilaian pencapaian murid ini juga akan dibuat dengan menggunakan soalan selaras peringkat negeri di mana Majlis Guru Besar (MGB) bagi sekolah rendah dan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM) Cawangan Kelantan bagi sekolah menengah terlibat dalam menjayakannya. Penggunaan soalan selaras ini dapat membantu sekolah, PPD dan JPN dalam menilai trend pencapian serta membuat program tertentu supaya pencapaian yang dihajati menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, adalah menjadi harapan agar semua guru mata pelajaran dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan lagi..Kerana itulah tugas kita, mengajar dan mendidik murid menjadi manusia yang berguna kepada diri,ibu bapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.Langkah kita semakin laju.. selamat bertugas.

Monday, January 4, 2010

Manusia hanya mampu eksploitasi sumber kurniaan Illahi


PENDUDUK sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjalan melepasi bangunan tertinggi dunia dikenali Burj Dubai, yang turut dilengkapi masjid tertinggi. Ia membabitkan 169tingkat dengan kolam renang tertinggi di dunia pada tingkat 76 dan masjid di tingkat 158. Burj Dubai yang dibangunkan dengan kos RM2.7 bilion akan dirasmikan malam ini. - Foto AFP


Begitulah betapa hebatnya manusia yang hanya mempunyai ilmu yang sedikit cuma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh