Thursday, January 31, 2013

PRU13 sengit?

Agus: 'Kedudukan menjelang PRU13 sengit'
NIZAM ZAIN
31 Januari 2013
Agus Yusoff
Agus Yusoff... 'setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'.
PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.
Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?
AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.
Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR
SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?
AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan “winning posture” yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.
Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang “status quo” kekal adalah tinggi.

 
Tsunami 2008 PRU13 berbeza
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?
AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.
Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara “one-off” sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan “one-off” dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?
AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.
Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.
 

SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?
AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.
Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

 
'One-off' hanya gula-gula sementara
SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?
AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.
Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak ‘barang percuma’ sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.

 
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.
AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.

 
Maksimumkan isu
SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.
Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.
AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.
Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain ‘politik dalam ruangan.’

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.

 
Sidang Parlimen lebih segar
SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?
AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.
Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?

 

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?
AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.
Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.

Saifuddin ikon politik
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?
AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.

Menjelang PRU 13... Dari MUBARAK

Mubarak: BN kena bijak pilih calon
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
27 Januari 201Sinar Harian 
 Tan Sri Abdul Aziz Rahman
Tan Sri Abdul Aziz Rahman
 
MENGHITUNG detik waktu Parlimen dibubarkan dan perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermula sudah pastinya saat yang cukup mendebarkan.
Apatah lagi, kini sudah memasuki tahun 2013.

Tahun penting dalam sejarah politik Malaysia kepada kerajaan pada hari ini yang diterajui Barisan Nasional untuk berusaha sehabis upaya bagi mengekalkan kuasa seterusnya menang selesa, sementara perikatan pembangkang pula berjuang bermati- matian untuk menawan Putrajaya yang sudah lama diidam-idamkan.

Bagi mereka yang sudah beberapa kali mengharungi saat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sekali gus terlibat secara langsung dalam kempen akhir sebelum pilihan raya umum , pasti ada pengalaman, nasihat dan tunjuk ajar yang ingin dikongsikan.

Kami menemukan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman untuk berkongsi idea dan pandangan beliau seterusnya menceritakan peranan Mubarak dalam membantu kempen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

SINAR HARIAN ONLINE: Kita sudah memasuki tahun 2013. Tahun di mana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) paling getir akan diadakan. Apakah peranan Mubarak dalam membantu kempen PRU kali ini?
ABDUL AZIZ: Mubarak sentiasa bergerak bergerak bersendirian dan bekerjasama dengan agensi kerajaan setiap masa. Tetapi tahun ini kita akan menghadapi mesyuarat-mesyuarat agung 2013 ini, semua negeri akan mengadakan mesyuarat agung kerana kita ada mesyuarat agung kebangsaan di Johor, mesyuarat tahunan pada 6 Mei ini.
Tetapi di bawah, dari segi negeri-negeri dan kawasan, kawasan di mana parti-parti yang dulunya pembangkang sekarang mengetuai kerajaan seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang, di sini lebih agresif dari segi peranan Mubarak bersama-sama dengan parti-parti komponen tetapi lebih lagi bersama-sama NGO lain, badan-badan lain, kerana kita merasakan, Mubarak ahlinya tak ramai tetapi pengalaman sahaja yang banyak.
Jadi kita atur program kita bersama-sama dengan agensi kerajaan dan juga NGO-NGO untuk mendekatkan, memberi pemahaman dasar-dasar kerajaan terutama (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan transformasi program yang dilakukannya, sudah pun meningkatkan negara ke tahap yang amat membanggakan.

Dalam pada kita menempah badai ekonomi yang bersimpang-siur peringkat global, tetapi Malaysia dengan ketahanan dan acuan sendiri dapat terus mempertahankan pembangunan ekonomi kita kerana program kita, yang dicetuskan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

Kalau kita lihat sejarah perjuangan negara kita sebelum merdeka, semuanya berpaut kepada landasan perjuangan yang mempertingkatkan dari segi kebahagiaan, pembangunan ekonomi rakyat jelata dan poket-poket di mana wujudnya perbezaan di antara pembangunan ekonomi, ini yang diterjah, ini yang ditujukan untuk disamaratakan oleh pemimpin.

Jadi ini sebenarnya kesungguhan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib ini telah pun dirasai di setaip peringkat dan kita menokok tambah melalui penerangan dan penjelasan.
Mubarak juga merasakan dengan pengalaman ini hendak mendekatkan dengan golongan muda. Saya telah pun menulis buku 100 Wira Negara dengan bantuan penyelidik-penyelidik Universiti Kebangsaan, kita pilih ini berdasarkan kepada ikon dalam bidang masing-masing.

Kita sekarang ini mendekatkan wira-wira negara ini kepada setiap lapisan masyarakat tak kira Cina, Melayu, India. Kita dapat seperti Nicol David, Lee Chong Wei, selain daripada Allahyarham Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, Sudirman dan sebagainya selain daripada politik. Perjuangan-perjuangan yang mendapat Setia Pahlawan ini.

Jadi kita beri peluang ini kepada orang-orang muda untuk merasai apakah landasan perjuangan negara daripada dulu sampai sekarang termasuk Bahaman dan semua yang lain, kerana jika tidak cinta kepada negara, tidak tahu sejarah negara, tidak ada naratifnya, tak rasa lah mereka sayang kepada negara.

Oleh sebab itu, Mubarak mempertahankan pelajaran Sejarah amat penting di sekolah-sekolah dan di dalam itu kita kena buat acuan kita sendiri, siapa yang memainkan peranan untuk menegakkan sejarah negara sehingga kita dapat merdeka sehingga ke hari ini dan dengan pengisiannya sekali. Jadi kita mendekati anak -anak muda ini menerusi Pusat latihan Khidmat Negara (PLKN) dan sekarang ini PLKN mengadakan jejak pahlawan.

Maknanya PLKN panggil pahlawan-pahlawan ini berceramah bagaimana perjuangan masing-masing ini kerana kalau tidak, luntur perasaan cinta pada negara, maknanya tidak tepat dari segi sasaran perjuangan.
Sebab itu saya merasakan kita kena memahami dan saya katakan dahulu, perjuangan negara berasaskan kepada patrotisme, kalau tidak ada elemen patrotisme, cintakan negara dalam ruang lingkup dasar-dasar yang dibuat, maknanya orang tidak dapat merasai bagaimana perjuangan itu, bagaimana dasar itu dapat meningkatkan negara dalam proses pembangunan negara bangsa.

Sebabnya kita ini masih berterusan. Kita ini masih lagi belum mantap. Walaupun kita sudah merdeka lebih 50 tahun tetapi masih wujudnya kaum-kaum yang berbeza latar belakang ini, kita mestilah ada satu program yang tepat untuk menyatukan mereka dan arah perjuangan yang tepat kepada satu matlamat. Jadi patrotisme amat penting dalam negara sebegini rupa.

SINAR HARIAN ONLINE: Seperti yang Tan Sri katakan tadi, peranan Mubarak dalam membantu dan menerangkan setiap program yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib. Bagaimana penerimaan rakyat terhadap program tersebut?
ABDUL AZIZ: Kita merasakan kerana sentuhan itu telah pun disampaikan kepada setiap lapisan masyarakat, yang miskin dapat, ibu tunggal dapat, pelajar-pelajar dapat dan belia-belia sebagainya juga dapat, jadi mereka tidak rasa tersisih.
Dulu pengagihan kekayaan negara memang dirasakan tidak menyeluruh. Mereka rasa begitu. Persepsi. Datuk Seri Najib nampak ini dan beliau isikan pokot-poket kosong ini termasuklah misalnya, kemiskinan, kemiskinan bukan hanya wujud di luar bandar, dalam bandar itu sendir banyak kemiskinan sebab kita dari segi urbanisasi, 60 peratus lebih sekarang duduk di bandar.

Dalam itu ada poket-poket kemiskinan. Jadi kita tumpu pula kepada kelompok-kelompok yang miskin tegar ini di bandar pula. Sehinggakan perumahan mereka, dari segi perumahan juga kena kaji semula. Bagaimana kita hendak bangunkan, tidak ada wujudnya satu sosial serata yang boleh mengasingkan mereka kepada pembangunan perdana. Dan ini berlaku di seluruh dunia. Kalau dilihat baru-baru ini, Occupy Wall Street, mereka buat protes banyak-banyak kerana negara maju pun merasakan orang-orang seperti bank misalnya begitu tamak sehinggakan ekonomi merudum dan mereka, orang-orang biasa ini, mereka rasa tertipu kerana kurang amanah di peringkat orang atasan, beri bonus terlalu tinggi kepada mereka, jadi sekarang ini ada protes seperti itu.

Jadi sekarang ini ada perbezaam antara kelas di negara kita, bukan kaum sahaja. Kena jaga juga.

Sebab itu dari segi strategi hendak naikkan gaji minimum supaya tidak ada pekerja dapat kurang daripada RM900 misalnya. Ini semua menentukan ke arah pengagihan kekayaan daripada pembangunan dirasai oleh semua pihak, semua kaum, semua keturunan. Ini sentuhan yang dibawakan oleh pucuk pimpinan.

Kematangan berpolitik
SINAR HARIAN ONLINE: Jika kita lihat kepada senario politik semasa  menjelang pilihan raya umum, bagaimana Tan Sri melihat kematangan rakyat Malaysia berbanding 2008?
ABDUL AZIZ: Saya kira pemikiran rakyat sekarang begitu menyerlah kerana pendedahan maklumat. Betul atau tidak maklumat itu, ia soal yang kedua. Tapi maklumat berlambak-lambak keluar. Dan ia secara segera, virtual, dan apa yang berlaku di mana ceruk sekali pun, semua orang akan dapat tahu. Tak boleh sorok lagi dan ini membentuk pemikiran baru dan kita nampak trend semacam ini berlaku di mana-mana. Ini membentuk politik baru, pemikiran baru dan kita nampak trend seperti ini berlaku di mana-mana.
(Presiden Amerika Syariat, Barack) Obama misalnya menang sebagai presiden berasaskan kepada pendekatan semacam ini. Mendekati rakyat terutama remaja dan kelompok-kelompok yang bukan dalam arus perdana, yang dipinggirkan, dirangkum dipeluk kepelbagaian ini untuk menerima habuan daripada kerajaan dan memberikan persepsi yang terbuka dan tepat.

Jadi persespi ini boleh bertukar kerana maklumat terlalu banyak. Apa sahaja yang dibuat pasti ada tangkisan-tangkisan daripada pihak lawan untuk mengatakan ini ketidaksungguhan ke, tidak tepat ke, tidak benar ke, jadi penangkisan perang antara maklumat ini begitu hebat.

Jadi saya nampak sekarang ini, Datuk Seri Najib Razak kini sedang berjinak-jinak dengan remaja ini menerusi media sosial ini yang perlu mereka semua dalam politik terlibat. Serupa. Aktiv seperti Datuk Seri Najib. Dengan Twitter, website dengan blogging dan sebagainya ini. Kalau tidak, orang merasakan tidak terikut orang ramai dengan pemimpin-pemimpin yang lain. Tak akan lah Datuk Seri Najib seorang sahaja mempertahankan perjuangan bangsa?

Semua yang terlibat, pengikut-pengikut ini mesti memainkan peranan yang sama. Tidaklah bebanan itu hanya tertumpu kepada Datuk Seri Najib atau pun Muhyiddin sahaja. Menterimenteri, ketua-ketua peringkat cawangan, peringkat bahagian, mesti memainkan peranan yang lebih menyerlah.

Jadi di sini, Pemuda dan Puteri juga mesti memainkan peranan yang lebih. Lebih menyerlah untuk mendekati kelompok mereka, kumpulan umur yang sama. Jadi anak-anak muda, remaja ini, mesti selalu mendapat sentuhan dari segi minda, dari segi emosi dan dari segi persepsi. Kalau tidak, kekosongan itu akan diisi dengan data-data atau maklumat yang lain, yang tidak semestinya tepat, tidak semestinya betul, ini cabaran yang amat besar kepada pucuk pimpinan kerana remaja juga apanila kita tidak lagi menyekat program mereka di dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pendedahan mereka kepada politik, perjuangan politik, lenih matang, lebih menyerlah jika dibandingkan dahulu.

Bila Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) diliberalisasikan, maknanya kerajaan bersungguh-sungguh untuk memberi peluang kepada anak-anak muda menyertai dalam peranan politik negara. Jadi sebab itu, kita kena ada pendekatan yang baru kerana mereka akan memberi pengundian yang pertama kali untuk 2013 ini.

Jadi mereka mesti ditentukan dari segi pengenalannya. Dasar-dasar kita, pemimpin kita kepada mereka. Oleh sebab itulah, saya di dalam pengalaman saya, dalam ucapan saya, saya mengatakan perlunya kali ini pihak Barisan Nasional menamakan calon-calon lebih awal. Terutama di kawasan-kawasan di mana pemimpin-pemimpin belum lagi dapat dipastikan untuk menerajui kerajaan kalau kita menang.

Misal katakan di Selangor. Siapa bakal Menteri Besar Selangor Barisan Nasional. Jadi ini terpaksa dibuat awal-awal kerana kita kena tonjolkan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi Menteri Besar, diberi peluang untuk mendapat tempat-tempat lain.

Kalau tidak, dalam saat-saat terakhir, mungkin lima atau enam orang memang rasa dia layak jadi Menteri Besar, jadi kita mungkin tidak sempat kalau kita terlalu lewat untuk menamakan yang tidak dapat tadi, terlalu kecewa dan buat sahaja yang akan merugikan.
Kalau awal-awal kita sudah beritahu, anda ke sini, yang ini ke sini, aturkan. Kalau menang apa yang akan berlaku. Ini penting.

Umno parti tradisional?
 
SINAR HARIAN ONLINE: Tan Sri ada sesetengah pihak melabelkan Umno itu sebagai parti tradisional. Ahli Umno tidak menyerlah dari sudut menggunakan media sosial ini. Pada pandangan Tan Sri, kita ambil dalam skop yang lebih luas iaitu dalam BNitu sendiri, adakah ahlinya menggunakan medium ini untuk berkomunikasi dengan rakyat?
ABDUL AZIZ: Tak ramai. Di dalam Barisan Nasional, saya perhatikan di dalam blog-blog, misalnya tak ramai yang boleh berdiri sendiri untuk memberikan penjelasan dan penerangan atau dengan cara pertahanan dan strategik untuk mempertahankan tohmahan menerusi blog masing-masing.
Jadi pengikut-pengikut blog ini, kalua kita lihat dan kaji, ia hanya menumpukan kepada blog-blog yang popular sahaja. Berapa ramai orang Barisan Nasional dapat menyertai barisan depan ini, dikumpulkan di barisan depan kerana mereka ini menyerlah dari segi komennya, inteleknya, ideanya, pendedahan dan komitmen terhadap mempertahankan atau membuat strategi untuk proaktif di dalam penjelasan. Sebelum orang tohmah kita, kita jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Maknanya ketelusan amat penting. Jangan kita berselindung lagi dengan pangkat, dengan ketokohan kita semata-mata. Kita tidak boleh berselindung dengan perkara-perkara ini kerana kita telah dibebaskan untuk mereka menyaksikan siapa dia pemimpin itu daripada A sampai Z. Dia sudah tahu, dia nak tahu, kalau kita selindung sahaja, orang akan mencelah dengan tohmahan-tohmahan, dengan negatif dan kita pula kena menjawab. Jadi janganlah kita asyik menjawab sahaja.

Kita kena memberikan jawapan lebih awal, jangan kita pertahan sahaja. Proaktif, maksudnya kita menjelaskan, memberi penerangan sebelum orang bertanya, sebelum orang salah sangka, kita beri penjelasan awal. Jadi kita kena lebih cerdik, lebih pintar menganalisis program-program yang berlaku seharian. Maknanya kita hendak bersedia memberi penjelasan. Kalau kita tidak, orang lain akan memberi penjelasan yang negatif. Ceritanya akan berbeza.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana agaknya Tan Sri untuk mewujudkan kesedaran atau punca yang menyebabkan pemimpin itu sendiri lebih mengambil sikap membela diri sesudah dikritik, adakah kerana faktor selesa dengan keadaan sekatang ini?
ABDUL AZIZ: Ya! Inilah ia, keselesaan masih wujud. Itu yang saya bimbang kerana negara-negara di seluruh dunia kalau kita perhatikan, kalau kita terlalu selesa dengan kuasa yang tradisional yang sudah kita dapat sejak 1955, pilihan raya yang pertama sekali sebelum merdeka, menang 51 daripada 55 kerusi katakan, sehinggalah dua pertiga secara berterusan tetapi kecewa pada 2008, tetapi semuanya ini hanyalah sejarah.
Tetapi landskap politik berubah. Selain daripada ekonomi, pendidikan dan sebagainya berubah, yang paling penting, landskap politik itu berubah. Cara berpolitik mesti berubah. Kalau kita tidak berubah, kita akan diubah.
Ini berlaku macam di Jepun. Parti-parti tradisi di Jepun, banyak perubahan-perubahan dibuat, pertukaran landskap politik yang tidak difahami oelh pemimpin-pemimpin yang sedia ada. Jadi ini amat penting untuk kita menentukan perubahan itu betul-betul berlaku. Jangan kita sebut sahaja. Retorik. Tetapi betul-betul berlaku di bawah. Jadi semua orang yang aktif dalam politik dalam Barisan Nasional, mesti ada kursus yang betul-betul solid, yang betul-betul tegap dan mantap untuk menceritakan cara mana perang baru ini dapat kita hadapi.
Saya rasa mesti ada kursus. Orang-orang muda, Pemuda dan Puteri mesti memainkan peranan untuk menggunakan cara-cara dan kaedah baru di dalam mengatasi politik baru.

BN kena menang lebih
SINAR HARIAN ONLINE: Masing-masing, BN dan Pakatan Rakyat membawa pembaharuan selepas Pilihan Raya Umum 2008. Apa perubahan-perubahan ketara yang dilakukan oleh BN dan Pakatan Rakyat ini mengikut pengamatan Tan Sri?
ABDUL AZIZ: Amat meruncing! Ini kerana dari pembangkang dan mana-mana parti yang bukan Barisan Nasional, mereka lebih agresif. Kerana memang pembangkang ini lumrahnya mereka lebih agresif memainkan media baru ini.
Dan mengumpulkan data-data sama ada betul atau tidak, belakang kira, dan menyampaikan maklumat ini secepat mungkin. Sebar ke seluruh dunia. Bukan hanya di sini sahaja. Jadi kepantasan pihak pembangkang, pihak pakatan bukan Barisan Nasional ini, tidak selari dengan kepantasan Barisan Nasional.

Seperti disebut tadi (BN) lebih 'defensive' daripada strategik untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam bidang baru ini. Ini trend dan ini di mana-mana sahaja, pihak pembangkang yang hendak menawan, lebih agresif, lebih tersusun untuk bertalu-talu, bertubi-tubi mendedahkan segala macam masalah, kelemahan oleh parti yang sedia ada, pemerintah yang sedia ada kerana mereka hendak ke situ.
Jadi kita kena fikir pula, bagaimana? Bukan hendak mempertahankan tetapi nak menang lebih. Jadi dengan itu, susunan kita lebih berlipat ganda. Jangan kita sentiasa dengan keselesaan, menunggu sahaja tohmahan-tohmahan, menunggu sahaja apa yang orang hendak buat, lepas itu balas dan balas. Tak boleh!
Mesti ada satu kumpulan yang benar-benar memikirkan cara mana kita mendahului, bukan mengikuti, mendahului peperangan ini. Perang siber ini adalah perang yang sangat hebat pada 2013.

SINAR HARIAN ONLINE:  Baru-baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan beliau bahawasanya BN akan menang dengan majoriti dua pertiga. Selepas itu pelbagai ramalan daripada penganalisis mengenainya. Tan Sri sendiri ada ramalan atau pun perkiraan mengenainya?
ABDUL AZIZ: Saya kena lihat daripada sejarah terbaru, Datuk Seri Najib mengambil alih pucuk pimpinan selepas kita hilang dua pertiga. Kita tidak kalah tetapi kita hilang dua pertiga pada 2008. Masa yang diberi kepada Datuk Seri Najib merangka perubahan singkat tetapi padat, tepat dan berkesan. Singkat maknanya tidak lama sangat, baru dalam dua tiga tahun sehaja tetapi program yang dibuat itu memang padat, memang tepat tetapi pada masa yang sama, tohmahan-tohmahan daripada pihak pembangkang lebih hebat kerana mereka merasakan, mereka sudah sangat hampir dengan Putrajaya.
Jadi nak buat pelbagai. Dengan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 katakan, dengan pelbagai protes nak menunjukkan kepada umum bahkan dunia, nak menunjukkan kalau mereka kalah sedikit esok ialah kerana sistem yang ada ini tidak menyebelahi mereka, walhal sistem itu jugalah yang memenangkan mereka baik di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan seolah selama-lamanya di Kelantan.
Tetapi pembangkang ini hendak menunjukkan kepada dunia, "tengok, kita kalah esok, inilah sebabnya, ini sebabnya protes berjalan sekarang ini". Strategik itu pemikiran mereka.
Tetapi Datuk Seri Najib, sungguh pun program yang padat itu, kelestariannya. Sekarang ini dekat pilihan raya, mesti bubar Parlimen pada 2013. Jadi paling lewat, pilihan raya mesti diadakan 60 hari selepas pembubaran Parlimen selepas pengakhiran sesi
Parlimen ini iaitu pada bulan April. Maknanya campur lagi 60 hari, antara bulan lima atau enam. Selewat-lewatnya bulan enam pilihan raya mesti berlaku, mesti wujud untuk memilih kerajaan baru.

Jadi dalam masa yang sesingkat itu, transformasi yang begitu pada padat dalam ekonomi global yang merudum, cabarannya begitu hebat. Tetapi kesedaran rakyat, sentuhan yang dibuat ini tadi, ada kesannya. Tetapi kita bermula dengan satu paras yang tidak dua pertiga. Kita hanya 140 kerusi.

Jadi kalau ramalan dibuat bermula 109, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri kata 120, ia di situ. Lepas itu sekarang ini, katakanlah 120 kerusi yang dikatakan oleh Dr Shamsul Amri tadi, yang hendak direbut itu 70 kerusi itu. Perbezaan antara dua ini tadi. Itu jadi medan peperangan yang besar untuk menentukan dua pertiga atau kurang daripada dua pertiga, 70 lebih kerusi yang terpaksa direbut, baik di Sabah, Sarawak mahupun di Semenanjung. 70 itulah yang paling kritikal.     

Jadi sebab itulah pilihan calon mesti tepat. Mesti tidak membawa beban-beban yang boleh membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan. Merela mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk bertanding kali ini.

Kalau ada sahaja masalah, tidak boleh jadi calon. Kalau dia jadi calon, bukan dia sahaja kalah tetapi seluruh parti akan merasa impaknya. Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan hanya winnable dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya, putih seputih-putihnya untuk kita esok kena gunakan tenaga kita nak mempertahankan lagi tohmahan-tohmahan. Jadi melangkau tohmahan.

SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini saya mengadakan wawancara dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Pandangan beliau, mana-mana parti pun yang akan menang, akan menang dengan majoriti mudah. Apa pandangan Tan Sri?
ABDUL AZIZ: Yang inilah yang kita hendak tentukan ia tidak akan berlaku... 70 kerusi itulah. Sasaram  ialah di 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak-geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan di 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ kerana memang benar kalau tidak ada gerak kerja yang benar-benar mantap, 70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur, yang boleh menyebelahi sana atau memihak kepada Barisan Nasional.
Jadi cara yang benar-benar tepat, orang yang hendak jadi calon di situ mesti tepat dan pada masa yang sama program pembangunan di 70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan yang sedia ada sekarang ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Tujuh puluh kerusi ini berada di mana Tan Sri?
ABDUL AZIZ:  Ia wujud di Selangor, di Sabah, di Sarawak ada. Di negeri-negeri di mana kita menang tipis atau kalah tipis. Yang kalah 500, 600 atau 1,000, 2,000, di situ penumpuan kena buat dengan lebih rapi.
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi di negeri-negeri yang sekarang ini dimenangi oleh pembangkang, adan negeri mana yang Tan Sri lihat kekal atau mampu dirampas oleh BN?
ABDUL AZIZ: Saya rasa Selangor ini unik. Selangor ini kalau kita lihat sejarah, Tun Razak memisahkan Wilayah Persekutuan daripada Selangor untuk tentukan Selangor itu selamat dari segi demografiknya, dari segi politiknya.
Tapi apabila sampai 2008, untuk kali pertama Selangor yang diidam-idamkan sebagai ketahanan Barisan Nasional runtuh, roboh. Jadi, masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi-pengundi Selangor memang banyak. Pucuk pimpinan parti Pakatan sekarang ini yang bertugas sebagai kerajaan lebih banyak menimbulkan masalah daripada penyelesaian masalah. Soalnya sekarang sejauh mana ia dieksploitasi oleh Barisan Nasional kepada rakyat. "Nah tengok, kita sudah beri peluang kepada mereka memerintah sejak 2008, ini senarai yang berlaku A sampai Z. Janji-jani yang tidak ditepati, masalah-masalah yang dulu tak ada, sekarang timbul, air dan sebagainya", kita kena senaraikan itu dan kita beritahu kepada mereka, kalau kita jadi pucuk pimpinan, kalau kita jadi pemerintah, ini semua akan kita selesaikan dan lebih daripada itu, pembangunan akan terus meningkat di negeri Selangor untuk menjadi tonggak pembangunan negara keseluruhannya.

Ini kena jelas. Dan orang yang hendak memimpin negeri Selangor mestilah diidentifikasikan, mesti diperkenalkan, mesti ditetapkan sekarang juga kerana inilah barisan yang akan diketengahkan untuk menentukan Selangor itu terselamat daripada masalah-masalah yang sekarang ini memudaratkan rakyat negeri Selangor.
Itu kena buat. Spesifik di negeri Selangor kerana Selangor ini merupakan negeri yang amat penting dari segi perjuangan politik dan ia merupakan tonggak pertahanan politik bangsa.

Politik sepanjang tahun
SINAR HARIAN ONLINE: Ada pendapat mengatakan bahawa di Malaysia ini Tan Sri, politiknya sepanjang tahun. Bagaimana Tan Sri milihat senario itu? Benarkah itu berlaku?
ABDUL AZIZ: Dari segi keghairahan berpolitik lebih sikit di Malaysia ini kerana kita ini masih rapuh dari segi proses pembangunan negara bangsa tadi.
Disebabkan kita berbilang kaum, lebih-lebih lagi sensitiviti kaum, dulunya diterjemahkan sebagai polarisasi dari segi ekonomi pun wujud, Melayu ini kerja mereka, Cina ini kerja mereka, India ini kerja mereka. Yang itu perlahan-perlahan sejak Dasar Ekonomi Baru sampai sekarang mula pudar, ada tetapi pudar.
Jadi untuk menentukan sokongan kepada politik masing-masing untuk berterusan, maka kerja politik ini juga berjalan berterusan sebabnya kita masih berdasarkan etnik. Sungguh pun kita ada Pakatan dengan Pas, 100 peratus Melayu, PKR lebih Melayu daripada bukan Melayu, DAP lebih Cina daripada Melayu, India dan sebagainya.
Di Barisan Nasional pula komponen-komponen, dulunya Perikatan sekarang Barisan, dengan Cina, Melayu dan India, kadazan, Dusun dan sebagainya, jadi landasan politik negara kita adalah etnik, bangsa. Tidak ada lagi satu Malaysia dalam politik.

Belum wujud parti satu Malaysia.

Jadi ini parti komponen-komponen menjadi pakatan kerana kita ada masalah-masalah yang berbeza-beza. Bila masalah-masalah itu menjadi sama, apabila tiada masalah membabitkan perbezaan bangsa, bila tidak ada lagi kekayaan mengikut bangsa,
waktu itu politik satu Malaysia akan wujud
. Kini, pada waktu ini masih lagi berasaskan kepada kaum, etnik, agama dan sebagainya.

Jadi untuk sampai ke tahap itu ia memerlukan masa. Cara berfikir mesti bertukar. Landskap politik mesti berubah, landskap pemikiran mesti berubah, tapi ianya diubah dengan tidak adanya perbezaan tadi. Perbezzan yang ketara dari segi ekonomi, dari segi pendidikan dan sebagainya tadi.

Keghairahan politik memang lebih tetapi perancangan kita hebat. Perancangan pembangunan kita hebat jika hendak dibandingkan dengan negara lain. Pemikiran itu bezanya. Kekuatan politik kita di negara kita ini berasaskan kepada kekuatan perancangan kita yang lebih rapi, profesional.

SINAR HARIAN ONLINE: Melihat kepada itu, negara bagaimana yang Tan Sri hendak saksikan selepas PRU13 ini?
 
ABDUL AZIZ: Apa yang dilakukan sekarang ini memang tepat. Daripada pendidikan misalnya, pelajaran dengan sekarang ini Tan Sri Muhyiddin hendak bawa pula satu program baru semata-mata untuk menentukan program pelajaran dan pembelajaran itu sendiri, mesti dapat menyatupadukan rakyat. Ianya bermula di situ.
Kita mengharapkan program baru ini tadi mesti bertapak 2013 dan dipantaui dari segi kegiatannya, ini dinamakan pemupukan anak bangsa dan ia mengambil masa ke satu dan dua generasi. Tetapi yang ada sekarang ini, pendedahan dari segi remaja kita sekarang ini di peringkat universiti kepada perjuangan politik itu sendiri, terdedah. Ia tidak terkongkong lagi tetapi pada masa yang sama, ia perlu dengan ketelusan dan tanggungjawab. Hendak tanam itu pula.

Kita telah berikan kebebasan yang begitu luas, begitu mendalam, tetapi kita kena beri pula perasaan tanggungjawab cinta kepada negara, supaya apa yang dibuat dan kerangka kebebasan tadi, benar-benar bertanggungjawab.
Kalau ini berlaku, mungkin akan muncul perlahan-lahan, sebab itu kalau Barisan Nasional kita ada friends of BN, maknanya orang yang tidak terlibat dengan arus perdana politik, mereka boleh juga jadi penyokong kepada parti-parti politik itu. Penyokong-penyokong luar daripada parti politik itu sendiri.
Kalau kita lebarkan itu, perluaskan lagi, Insya-ALLAH, political dan politicking Malaysia itu akan berkurangan.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah ini kerana perkembangan semasa?
ABDUL AZIZ: Ya! Dulu saya pergi sekolah, Melayu, Cina, India sama sebab sekolah tak banyak ketika itu. Tetapi sekarang ini terlalu banyak institusi-institusi yang boleh membezakan Sekolah Cina, Tamil, waktu itu, bahasa perantaranya adalah bahasa Inggeris sebelum bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
Jadi senang untuk dipupuk kerana dalam satu institusi tetapi sekarang ini, nak kita rapatkan di peringkat universiti, susah. Mereka sudah matang. Proses peringkat pendidikan itu adalah di peringat bawahan, peringkat tadika, kalau tidak disamakan, disatukan, didekatkan, ianya akan meruncing ke atas.

Wednesday, January 30, 2013

"Why Finland has best education system in the world"

 
Findlan kini antara terhebat dalam dunia pendidikan.. mengapa tidak kita?..
walaupun dah jelas nyata Islam mewajibkan menuntut ilmu demi pembangunan dunia dan akhirat?..
Sayang yang ada ditangan kita ,kita tak banyak memanafaatkannya

Monday, January 28, 2013

Emmm..dunia politik

Petikan Bernama

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kissAnggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
NONEManakalan Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza.
Cuma bagi penulis.. dunia politik  ibarat tidur sebantal belum tentu mimpinya sama dan hari ini kawan tetapi esok belum tentu kekal kawan...kerana ada kawan ngap kawan apabila berpolitik 'sempit'






Ada juga Presiden seperti ini...

 








Presiden Uruguay, menerima gaji sebanyak RM40,000 sebulan dan mendermakan 90% daripada gaji untuk membantu golongan miskin dan usahawan kecil. Beliau hanya mengambil RM2,500 sebulan.

Saya digelar sebagai presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin. Orang Miskin adalah mereka yang berusaha memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta
 

Ianya akan kekal meniti bibir setiap rakyat yang rasional.....Teringat dalam sejarah Islam, ada Khalifah yang zuhud seperti ini. Islam mendahului untuk bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Friday, January 25, 2013

Fikir-Cakap-Buat dengan pro..kalau tak

 
 
Inilah nasib yang menimpa Sharifah "Listen" , gelaran popular selepas  siri forum di UUM bulan lepas.Sehingga kumpulan Maharaja Lawak 2012 Peringkat Akhir di JB, baru ni, BOBOI menyebut "Listen,Listen,Listen" hingga tergelak sakan penontonnya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi cakap beliau   langsung tidak bersopan dan beretika...
KJ pulak kata dia bukannya orang yang dikenali dalam BN...
Presiden KIMMA cakap dia ni jenis wanita liar dan langsung tak mengaku sebagai ahli KIMMA...

Ketua Wanita KIMMA pulak nak saman sesiapa yang berani kaitkan dirinya dengan KIMMA...
Dan terbaru Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) melalui Naib Canselornya sudah tidak izinkan beliau buat ceramah dalam premis UUM berkuatkuasa serta merta...

Begitulah nasib yang menimpa dirinya... Dihina, dinyahkan, dipinggir dan diboikot oleh  lawan dan rakan.

Inilah akibat tak pro.

Emmm..wajah "kaya" di Malaysia




1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 billion

2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion2. Robert Kuok (Kuok Group) - RM29.40 billion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 billion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 billion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 billion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 billion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 billion
9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion9. Tan Sri Azman Hashim (AmBank Group) - RM4.18 billion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 billion
Hanya 2 per 10 aje! emmmmmmmmmm.............

Thursday, January 24, 2013

Semakin Dekat PRU...ada-ada saja hal

Published Date
 
















Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang warganegara Malaysia hari ini, dakwa sebuah NGO.

Pengerusi Pertubuhan India Progresif Malaysia - Malaysian Indian Progressive Association (Mipas) A Rajaretinam mendedahkan hal ini di dalam satu protes di Brickfields terhadap gesaan Mahathir untuk menyiasat warganegara yang diberikan semasa kemerdekaan. 
Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai balasannya terhadap pmbongkaran pemberian IC sewaktu RCI Sabah berlansung, yang mendedahkan pentadbiran administrationnya terlibat di dalam memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah.
Rajaretinam memberikan gambaran mengenai latarbelakang keindiaan Mahathir, dimana ayahnya ialah seorang imigran India Muslim.
Rajaretinam berkata Mahathir bukan saja menghina Tunku dengan kenyataannya tetapi menghina seluruh rakyat India di negara India.
beliau menambaah kaum India di Malaysia ini memperolehi kewarganegaraan dengan mengorbankan darah, keringat dan airmata untuk tujuan pembangunan negara, bertentangan dengan apa yang berlaku di Sabah.
“Orang-orang tua kami bukan pendatang.
Kita dibawa oleh kerajaan British ke Malaya untuk membangunkan negara ini.
“Apabila anda bercakap mengenai perladangan, landasan keretapi dan pembinaan jalanraya, anda akan melihat pengorbanan orang-orang tua kamu berkorban untuk negara,” kata Rajaretinam.
Laporan Polis
beliau juga mengingatkan mahathir dengan kerana undi bukan-Melayulah yang telah menyelamatkan beliau dari tercampak keluar dari kerusinya pada penghujung 80an dan 90an, apabila berlaku krisis beliau dengan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.
Rajaretinam berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Mahathir di Balai Polis Travers pada sebelah petang dan mendesak Mahathir untuk meminta maaf terhadap kenyataannya dalam tempoh seminggu.
“Kami juga meminta Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau terhadap hal ini,” tambahnya.
Turut hadir di dalam demo selama, yang disertai oleh 20 orang, ialah ADUN Sungkai A Sivanesan dan Setiausaha Angkatan Warga Aman S Barathidasan.
Sivanesan berkata kenyataan Mahathir berupa hasutan kerana beliau mempersoalkan har kewarganegaraan bukan-Melayu dan juga mempersoalkan kelayakan (merits) kemerdekaan kita.
Rajaretinam menjelaskan Mipas dan 20 NGO yang lain sedang merancang untuk mengadakan satu lagi protes pada Feb 27.

Untuk Maju maka..jangan la'ihkan minda

Tak kan ada lagi bodoh sombong
Tak kan ada lagi egoistik
Tak kan ada lagi biadap
Tak kan ada lagi mulut celupar tanpa data fakta
Tak kan ada lagi bebal
Tak kan ada lagi 'la’ih minda

Maka
Berfikir Di Luar Kotak
Bukan lagi zaman tempurung dengan di dalamnya katak
Semuanya HOTs
Mampu bersaing semerata alam
Mengaplikasikan akal otak
Yang boleh berkreatif dan berinovatif
Menerima berita dengan dicerna 
Bukan terus telan tanpa usul periksa
Kot-kot menempah dosa sesama manusia

Justeru
Jangan la'ih kan minda
Kurniaan Illahi ini
Demi kemajuan di sini dan di sana

Wednesday, January 23, 2013

Bimbang tetapi relak..tengok statistik terkini dari UM


Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.
NONE
Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).
Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).
Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.

Ketua   Kajiselidik   Umcedel itu,   Profesor Datuk Dr.  Mohammad Redzuan Othman      berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot   kepada 54 peratus   daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.



Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Pengundi baru, Anwar lebih popular
Sementara itu, kajiselidik itu mendapati Anwar lebih popular berbanding dengan Najib di kalangan pengundi baru dan kali pertama.
NONE
Anwar memperolehi 52 peratus penerimaan dari kumpulan ini,

manakala Najib menerima 30 peratus, dengan Abdul Hadi di tempat ketiga (24 peratus) dan Muhyiddin lepas (15 peratus).

Terdapat lebih dua juta pengundi baru dalam pilihan raya umum yang akan datang, yang mewakili kira-kira 20 peratus daftar pemilih, membuat mereka mempunyai kuasa yang kuat.

Responden terbahagi hampir sama rata dalam pilihan antara parti atau calon, dengan 48 peratus meletakkan calon dahulu dan 47 peratus memberikan keutamaan kepada parti.

Bagaimanapun, responden wanita dalam kajiselidik tersebut memberi penekanan yang lebih besar kepada calon - 54 peratus mengatakan calon lebih penting, berbanding dengan 46 peratus sebaliknya.

Tuesday, January 22, 2013

Bimbang aku dengan akhbar UM ku ini...


Datuk VT Singham, Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberikan kemenangan kepada saman DS Anwar terhadap Utusan Malaysia dan ini adalah kekalahan yang terbaru terhadap saman-saman yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang.Yang Ariff VT Singham telah berkata semasa memulakan penghakiman beliau, “Judges aren’t party to the state…Judges are beholden to no man…” dan seterusnya beliau memberikan penghakimannya sampai selesai.

Dalam penghakimannya VT Singham telah mengarahkan Utusan untuk membayar kos sebanyak RM45 ribu kepada DS Anwar. Nilai ganti rugi akan ditaksirkan kemudian.Hakim VT Singham juga mengingatkan suapaya media massa tidak diperguna oleh pihak yang berkepentingan politik dan melaksanakan profesyen mereka secara benar dan jujur dan beretika. 
 
Tetapi bagi penulis... yang ini sepatutnya tak sepatut.. ni merupakan kemenangan moral kepada pejuang-pejuang yang mahukan media massa memainkan serta melaksanakan profesyen mereka secara adil dan saksama serta beretika yang tinggi.serta kemenangan moral kepada mangsa.


 Nanti peminat tegar yang berfikiran kritis akan ...




Minum lebih pun ada mudaratnya

Bahaya Terlebih Minum Air Kosong

mujahid
Ramai beranggapan dan percaya bahawa dengan mengambil air putih 6-8 gelas sehari adalah baik untuk kesihatan. Malah tidak sedikit juga pengamal perubatan menyarankan untuk minum lebih banyak gelas air dengan tujuan menyingkirkan toksin dalam badan, mengawal berat badan, melancar peredaran darah dan paling penting mengganti cairan tubuh yang hilang semaca beraktiviti seharian.
Dan umum menerima saranan ini sebagai betul dan wajar diikuti. Apatah lagi ia disarankan oleh mereka yang berkelayakan.

Namun, mungkin sekadar pandangan kedua. Penulis pernah diberitahu oleh seorang rakan bahawa minum 6-8 gelas sehari hanyalah mitos dan anggapan para doktor semata-mata. Hakikatnya pengambilan air yang baik adalah hanya semasa badan memerlukan sahaja. Bergantung kepada gaya hidup individu. Jika aktif, maka perlu lebih air diambil, dan jika tidak cukup sekadar keperluan untuk menstabilkan dan selesa diri sendiri.

Faktanya adalah, jika anda telah terlebih mengambil air dalam kuantiti yang tidak diperlukan oleh badan, maka kemungkinan untuk mendapat keracunan air (water intoxication) adalah tinggi. Kadang-kala kita tidak perasan bahawa rasa pening di waktu tengah hari adalah disebabkan kita minum terlalu banyak air kerana haus. Sedangkan sekadar menghilangkan haus sudah memadai.

Lebih memburukkan keadaan, pada tahap yang serius, rasa loya-loya boleh terjadi seterusnya menghasilkan sawan dan koma akibat fungsi otak yang telah diganggu oleh tekanan yang disebabkan oleh lebihan air dalam darah. Pada tahap ini, jika tidak bertindak dengan pantas, kematian boleh berlaku. Ada kes yang dianggap strok sebenarnya bukan disebabkan kolestrol menyumbat salur darah, tetapi disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi disebabkan lebihan cairan.

Bagaimanapun, ini hanyalah sekadar pandangan kedua. Apapun sakit yang kita alami, segeralah untuk merujuk kepada doktor. Mereka boleh mendignosis punca penyakit dengan lebih tepat.

Apabila PRU semakin dekat

20 Hb Januari 2013 .. PM ,melawat  negeri kami dalam sisri jelajah Janji Ditepati