.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, November 30, 2012

Palestin kini dah ada Negara

Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli




16 Muharram 1433H. [MOD] -


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi memihak Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.

Undi Perhimpunan Agung PBB yang diadakan  pada mesyuarat di New York Khamis lalu, merupakan kejayaan yang telah lama diimpikan Palestin dan kekalahan diplomatik bagi Amerika Syarikat, dengan 138 negara mengundi memihak Palestin untuk menaik taraf status.

Sembilan negara mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.

Satu bendera Palestin terus dikibarkan di tingkat Perhimpunan Agung, di belakang delegasi Palestin.

Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Sejurus selepas keputusan diumumkan, duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin.

"Resolusi yang malang dan tidak produktif ini menambahkan lagi halangan dalam usaha ke arah keamanan. Itulah sebabnya Amerika Syarikat mengundi menentang tuntutan tersebut," katanya.

"Para penyokong resolusi hari ini berkata mereka mahukan negara Palestin yang bebas dan berfungsi berdamai dengan Israel, dan kami pun mahukan perkara yang sama. Tetapi kita telah lama jelas bahawa satu-satunya cara untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan menyelesaikan semua isu adalah adalah melalui rundingan langsung yang memenatkan tetapi penting antara kedua-dua pihak. "

Amerika Syarikat dan Israel mengundi menentang pengiktirafan, bersama dengan Kanada, Republik Czech, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memperbaharui panggilan untuk penyambungan semula rundingan langsung antara Israel dan Palestin.

"Undi hari ini menegaskan kepentingan penyambungan semula rundingan," kata Ban.

"Kedudukan saya konsisten selama ini. Saya percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk negara yang bebas. Saya percaya bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan dengan jiran-jirannya. Tiada pengganti untuk rundingan bagi mencapai matlamat ini." (aljazeera.com)

Tuesday, November 27, 2012

Bengkel Kerja Penulisan Dokumen MMI




Bermula hari ini 27 November 2012 hinggalah 30 November 2012,penulis mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan hadir di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka untuk bersama dengan rakan di negeri lain menjayakan bengkel berkenaan yang diurus setiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel Kerja Penulisan Dokumen MMI ini diadakan bertujaun menghasilkan satu standard dokumen untuk dijadikan rujukan oleh semua pentadbir sekolah serta semua guru dalam "Melindungi Masa Instruksional"  di sekolah masing-masing dengan fokus ke arah Keberhasilan Pembelajaran Murid.

Kumpulan bengkel dipecahkan kepada 2:

1. Bengkel Penulisan oleh Negeri ( dihahadiri oleh Pegawai MMI Jabatan, Pengetua dan Guru Cemerlang PdP)-Dewan Putri 2, Di Pengurusikan oleh  Dr. Jafri bin Abu , BPSH,KPM.

2. Bengel Penulisan oleh Bahagian-Bahagian KPM ( dihadiri oleh wakil dari bahagian-bahagian KPM yang terlibat secara langsung dalam MMI-Dewan Putri 3 Di Pengerusikan oleh En. Zainuren bin Mohd Nor Timbalan Pengarah BPTV  (Rakan semasa kursus kepimpinan pengurusan tertinggi KPM suatu waktu dulu)

• Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
• Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan
• Bahagian Pendidikan Islam
• Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Bahagian Sukan
• Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan
• Bahagian Pendidikan Khas
• Bahagian Perkembangan Kurikulum
• Bahagian Teknologi Pendidikan
• Bahagian Buku Teks
• Bahagian Pendidikan Guru
• Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
• Lembaga Peperiksaan
• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Institut Aminuddin Baki
• Bahagian Kewangan
• Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
• Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Turut bersama adalah 4 orang pengetua termasuk Tn. Hj. Komaruddin bin Abdullah. Pengetua Cemerlang SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan yang sebelum ini telah membentangkan Pengurusan dan Pelaksanaan MMI pada penghujung bulan lepas di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu sempena siri Taklimat MMI Peringkat Zon Timur yang juga dikendalikan oleh BPSH,KPM. 

Bengkel ini di rasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sesi bengkel bermula pada 28-29hb, di mana setiap isu yang dibangkitkan dalam MMI dikupas dengan baik untuk mendapatkan pelan tindakan menjayakan MMI ini bagi tahun 2013 nanti. Disamping itu juga carta gantt pelaksanaan turut dibuat oleh setiap negeri berserta bahan penulisan amalan terbaik PdP dan amalan terbaik pengurusan sekolah.Bengle ini bermula setiap hari dari jam 8 pagi dan berakhir jam 10.30 malam.

Pada hati Jumaat 30 November 2013, sesi pembentangan hasil bengkel dilakukan dimana sekali lagi YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.hadir bersama untuk sesi rumusan dan penangguhan. Majlis pada hari ini diisikan dengan

10.20 pagi - Ucapan Pengerusi oleh Wakil JPN Johor
10.30 pagi - Pembentangan 11 Pelan Tindakan MMI oleh KPP Sains JPN Kelantan mewakili JPN Negeri-Negeri
11.00 pagi - Pembentangan 11 Inisiatif MMI oleh En. Zainurin Mohd Nor Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM
11.30 pagi - Pembentangan Carta Gantt Pelaksanaan oleh En. Faris Johan dari BPSH, KPM
11.40 pagi - Sesi rumusan dan penangguhan oleh YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
12.00 tgh- Penyampian Sijil dan bersurai

Tanpa makan tengah hari, jam 12.40  , check out dari bilik 257 untuk ke KLCC menumpang Naza Ria En. Wan Zamri, pegawai MMI dari JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berhenti makan dalam hujan di R& R Nilai.Turut bersama ialah Pegawai MMI JP Wilayah Labuan dan JPN Sabah.

Dari KCCC , terus check in flight dan menggunakan KLIA Ekspes ke KLIA mendapat penerbangan ke KBR jam 6.25 petang. Alhamdulliah tiba dirumah jam 8.40 malam dijemput oleh anaknda.
( Catatan: 27 November 2012 - KBR ->KLIA, Flight delay hampir 2 jam.. Tiba di Puteri Resort dengan TEKSI Limo jam 9.30 malam. Kos teksi RM 159.00 sehala)

Monday, November 26, 2012

Mudah mendapatnya tetapi sukar mengekalkannya

Usaha membuahkan hasil lenih-lebih lagi usaha itu diredhai ALLAH. Semua orang bersyukur apabila mendapat kejayaan dan untuk masa hadapannya usaha perlu ditambahbaik agar semakin ramai yang akan menikmati kejayaan. Begitulah keputusan UPSR bagi negeri Kelantan bagi tahun 2012 ini. Harapan dengan izinNYA untuk tahun mendatang nanti, lebih menyerlah akan kejayaan  dalam kecemerlangan, gred purata dan kelulusan keseluruhan.Buat sahabat yang terlibat secara langsung, terima kasih atas jasa budi tuan dalam menunjukajardidik mereka menjadi insan yang bukan saja pandai akademik tetapi memenuhi kreteria seorang manusia yang beriman dan bertqwa.

Tertarik dengan petikan akhbar BH Edisi Timur, 23 November 2012, dari YAB Menteri BesarTerengganu
"











Bagi kami semua, inilah cabaran yang paling kritikal  untuk kami mengekalkan atau meningkatkan momentum kecemerlangan ini demi anak didik di negeri Kelantan khususnya.

Sunday, November 25, 2012

Menteri Muslim pertama di Britain

23 November 2012


Sidiq Khan berketurunan Pakistan berjaya melakar sejarah British sendiri, sebagai Ahli Majlis Privi moden pertama berketuruan Asia dan Muslim pertama yang menjadi Menteri di Britain.

Bukan kerana apa.. kerana beliau seorang yang hebat.  .

SPI Bil. 1/2000 Tu Masih Lagi Laku..

Walaupun dikeluarkan pada tahun 2000, apabila masalah beg berat diberi perhatian oleh KPM, SPI tersebut masih kekal diguna pakai supaya murid-murid sekolah rendah hanya bawa buku yang penting dan perlu sahaja untuk menjayakan PdP. Buku teks keluaran KPM la tu..
 
Sama telahan kini, banyak buku-buku yang diterbitkan oleh pengusaha buku dalam mencari RM untuk memenuhi kehendak KSSR dan PBS. Maka ramailah pemintasnya menggunakan buku sedemikian sama ada  buku itu betul benarnya sesuai dengan kehendak KPM. Jika sesuai ok lah tetapi jika lari dari kehendak asal KPM, dahlah menghabiskan duit sahaja tetapi juga menambah beratkan murid memikul buku demikian ke sekolah. Dah lah kecil body tetapi pikulnya beban berkilo-kilo. Belajar tak seberapa dapat tetapi penat banyak yang dapat.
 
Maka patuhilah kehendak SPI ini.

Saturday, November 24, 2012

Kucha Asura Perdana Dalam MBR 2012

Kucha dalam cuaca dingin kerana hari nak hujan.. dan hujan
Ramainya hari ini di RTC- Pusat Transformasi Luar Bandar nama baru bagi TEMAN (Terminal Makanan Negara, masa era Pak Lah sebagai PM) program "Kucha Asura Perdana" anjuran JPP sehingga 200 kawah ..majoriti dari KRT (Kelab Rukun Tetangga) seluruh Kelantan .....memang wajar dalam MBR (Malaysia Book of Records)..JPN Kelantan 2 kawah. Sedap kucha..emmmm "kucha jangan tak kucha"

Hebatnya Ciptaan ALLAH

Saturday, November 24, 2012

Subhaanallah, fakta ilmiah tentang lalat dalam pesanan Rasulullah

Rasulullah bersabda: 

"Jika jatuh seekor lalat pada minuman kamu, maka benamkanlah, kerana di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya" 
[HR. Bukhari]

Hadis Rasulullah ini dibuktikan oleh saintis, Sebagaimana mereka mempelajari daripada serangga - serangga yang ada di bumi. Mereka mencari kelebihan dan kehebatan serangga - serangga yang menakjubkan bahawa lalat mengepakkan sayapnya sebanyak 200 hingga 400x setiap saat. Setiap saat lalat menggerakkan sayapnya 200 hingga 400x gerakan. 

Para saintis mempelajari 4 jenis serangga, mereka mendalaminya dan dikatakan kami baru mempelajari 4 jenis serangga dan masih terdapat lebih dari 10 juta macam serangga di muka bumi. Dan tentunya banyak mereka menemui penemuan - penemuan dan keajaiban pada serangga sehingga mereka mengatakan bahawa di dalam setiap sayap seekor lalat itu ada daripada fungsi - fungsi elevator dan fungsi - fungsi depressor iaitu fungsi mengangkat dan menurunkan sayapnya.Sayap lalat boleh bergerak 200 hingga 400x setiap saat dan gerakan lalat itu sangat menakjubkannya boleh bergerak tanpa henti.
Gerakan otot yang cepat untuk menggerakkan sayap seekor lalat yang sangat kecil. Seekor lalat yang kecil dijelaskan oleh saintis dari Australia bahawa sebelah sayapnya ditemui 1 gen refilin iaitu gen yang mempunyai 2 fungsi iaitu fungsi pada industri dan fungsi pada kesihatan.

Fungsi pada industri bahawa gen refilin ini lebih dahsyat dan lebih kuat dari semua jenis getah yang ada yang telah dibuat oleh banyak orang di muka bumi ini. Jenis getah diambil dari pokok getah atau lain, gen refilin yang ada di sayap lalat itu lebih kuat dan lebih hebat jika digunakan sebagai getah kerana ianya mempunyai daya tolakan dan daya tekanan yang sangat kuat serta daya pental yang demikian dahsyat dan itu ada pada sayap seekor lalat dan serangga lain hingga ianya dapat bergetar hingga 1000X dalam setiap saat seperti beberapa haiwan serangga lain. 

Dari segi kesihatan bahawa gen refilin itu adalah satu gen yang boleh mengubati penyakit - penyakit yang ada pada saraf arteri dan saraf meina. Saraf arteri yang banyak tersumbat dan gen - gen refilin yang ada di sayap seekor lalat itulah yang boleh mengubatinya.

Demikian indahnya, sempurnanya dan kebijaksanaan Rasulullah Saw. Jika lalat terjatuh pada minuman kamu, tenggelamkan ia. Maksudnya gen - gen refilin yang ada di sayap itu akan bertebaran di dalam air sehingga menjadikan airnya itu bebas daripada bakteria - bakteria yang ada pada sayap yang lain.

Manusia melihatnya dengan mikroskop dan selama puluhan tahun mereka menelitinya tetapi Nabi SAW tahu di sayap lalat itu ada gen penyembuh, ada gen penyakit sampai butiran gen dan sel yang ada di sayap lalat diketahui oleh Rasulullah Muhammad SAW atas penggunaan dari Allah SWT sebagai sang Maha Pencipta segala sesuatu dan Maha Mengetahui akan selok belok ciptaanNya. Wallahu'alam bishawab

Diterjemah dari sumber islampos.com

Friday, November 23, 2012

Sentiasalah Bertasbih

Mudannya bertasbih.. hanya gunakan jari-jari tangan untuk menghitungnya.


"Doa Yang Hangat Dibicarakan"

Dalam seminggu dua ini . masih heboh diperkatakan  oleh media elektronik maupun cetak tentang doa di atas. Hanya diharapkan agar semua yang menerjah ke klip video ini perlu berfikir dengan aras tinggi bersandarkan ilmu agama yang sedia ada atau bertanyakan kepada yang arif dalam bidangnya..bukan menghentam keromo berdasarkan sentimen dengan tahap profesional yang rendah.Sesungguhnya tiada sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan kecuali kembali kepada apa yang sedia ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Gambar Hiasan : Masjidil Haram tempat doa yang paling mustajab
 Antara doa harian ku

Thursday, November 22, 2012

Islam Dahulukan Damai : Antara Wajah Menang Vs Wajah Kalah

Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya adalah kanak-kanak dan akhirnya dengan tentangan hebat dari pejuang yang begitu tinggi semangat jihad dan strateginya maka tentera rejim laknatullah ini akhirnya akur dan menerima gencatan senjata.. Malunya bukan kepalang,.nampaknya menang dalam  kalah.

Dua suasana berbeza melanda saat genjatan senjata yang dipersetujui antara HAMAS dan Israel.

 Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh bersama pembantunya
  Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu dan  Menteri Urusan Militer Israel Ehud Barak

Lihatlah saja wajah 'dungu kesedihan' pemimpin Israel seakan begitu mudah kita untuk faham akan 'kekecewaan' mereka... Kecewa kerana misi mereka menghirup sepuasnya darah Palestin dengan kecanggihan teknologi ketenteraan mereka telah gagal...

Manakala gambar atasnya menunjukkan Ukiran senyuman daripada pimpinan HAMAS jelas terpancar memberi maksud kepada kita semua iaitu KEMENANGAN!

Gencatan senjata antara Israel-Palestin akhirnya tercapai mulai pukul 21.00 waktu Kairo, Khamis. setelah lapan hari pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Jalur Gaza. Pertempuran yang sudah dimulai sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih dari 160 warga Palestin, lima warga Israel, serta membuat sekitar 1,200 warga Palestin terluka.

Berkatalah wakil pejuang " KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (Brigade Al-Qassam)"




Kamilah yang membuat keputusan memasuki pertempuran 'Hijarah As-Sijjil' dan kami telah laksanakan serangan yang mengejutkan musuh 7 malam 8 hari .

Teruskan Jihad... kerana Islam dahulukan DAMAI

Tabik Buat Pejuang

 Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh -pejabatnya dibom
 Bersarapan di rumahnya

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah

 
Ketua Panglima Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera HAMAS, Ahmed Al-Ja’abari antara yang dibunuh oleh  Tentera Zionis

Antara syarat gencatan senjata ialah:

1: Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.



2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3-Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

4-Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

5-Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.


Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...!!!

Sumber:
Berita Al-Jazeera
 Recep Tayyab Erdogan PM Turki bersama Isteri, Emine Erdogan
"Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama" Ucapan Erdogan Perdana Turki di Cairo dalam mempertahan Bumi Pelastin
 Abdullah Gul, Presiden Turki bersama isteri, Hayrunnisa
 "Semoga ALLAH melindungi pejuang-pejuang ini"

Penemuan saintifik tentang Adolf Hitler @ Abdul Kohar

Wednesday, 21 November 2012 
Adolf Hitler Peluk Islam  dan  Meninggal di Indonesia 

Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi. 

Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida? Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu? Beberapa Versi Tentang 

Kematiannya Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet. Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan. Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri. 

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis. Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai). Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida. Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.

" Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945. Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail. "Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. " Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker. Biografi Ringkas Adolf Hitler Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang "anti-sosial" sebagai sebuah kecacatan. Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa. 

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei). Surat keiizinan masuk Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato. Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar "singa podium", ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda. Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan. Bukti-Bukti Hitler di Indonesia Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya? Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada. Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi. Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. 

Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman". Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm. Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler. Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler. Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler. Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. 

Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya. Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain. "Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries. Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan yang sering diucapkan Poch. Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya. "Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries. Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi. "Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia. Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. 

Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar. Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler. Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan. Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut. Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun. Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan. 

Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, "Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali. " Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter. Kata Dr Sosrohusodo, isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler. Hitler Mati di Indonesia Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?. Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah Nazi meninggal di Indonesia. 

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah. Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin. Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana. Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel. 

Penutup Kematian Pemerintah Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipersoalkan dan menjadi misteri. "Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal. Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. 

Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku) (Foto-foto diatas ditanda untuk menghargai hak cipta) Judul Buku : Hitler Mati di Indonesia Katagori : Umum / Tokoh / Sejarah Ukuran : 14 X 21 cm Penulis : Ir. KGPH Soeryo Goeritno, Msc ISBN : 978-602-97263-0-5 Isi Buku : vi + 122 halaman Penerbit : Titik media Publisher Buku ini akan menjawab beberapa soalan yang belum terjawab, spt: Mengapa Hitler lari ke Indonesia? Mengapa Hitler akhirnya menjadi Muslim? Apa hubungan Hitler, Indonesia dan Yahudi? Apa yang dilakukan Hitler di Indonesia? Bagaimana hubungan Hitler dengan Sukarno? Dimana kubur Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler boleh berada di Indonesia? Apa kata Jerman, Rusia, Inggeris dan Israel? Siapa lagi yang mengetahui Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler menyembunyikan identitinya?” Buku yang akan menggemparkan dunia” (H.Oetoyo Oesman, SH- Mantan Menteri Kehakiman). ” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).

Tuanku Al Sultan Kami

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan ( dalam bulatan merah ) , yang turut serta dalam proses pengebumian jenazah .

Bagi rakyat    Kelantan, sekilas  pandang  sudah  boleh  tahu  siapakah gerangan insan bertuah ini.Inilah,
Sultan  Kelantan  Sultan  Muhammad V yang  turun dalam liang lahad tanpa  menghiraukan darah diraja baginda untuk menunaikan  kewajipan Allah dalam proses pengebumian rakyatnya, iaitu rakyat Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah.

Alhamdullilah,  benar-benar  rasa  bertuah  mempunyai  sultan  yang  menjadi ikon untuk seluruh rakyat Kelantan  dan  Malaysia. 

Alllahuakbar, Allahuakbar , Allahuakbar Tuanku.

Tuesday, November 20, 2012

Satu Bangsa Yang Begitu Hina


Protokol Zionis yang dipelopori oleh satu bangsa yang teramat degil di dunia ini sejak dulu hingga kini menyebabkan dunia sukar untuk di amankan. Ada-ada saja perilaku dayus melampaui norma hidup manusia sentiasa berlaku. Semasa seruan para nabi dari dulu hingga ke era nabi akhir zaman, baginda Junjungan Muhammad SAW , bangsa ini hanya bersifat manis dimulut tetapi dalam hati perut penun beracun. Beriman hanya sekejap tetapi kemudian lawan. Yang tak malunya mengaku bahawa bangsa ini adalah bangsa terbaik dikalangan bangsa manusia sehinggakan dalam protokol jahat mereka ini mencatatkan bahawa membuat onar kepada bangsa selainnya akan mendapat pahala...membunuh mbangsa lain mendapat banyak lagi pahala. Dibelakang, ada saja perancangan jahat dilakukan dan kemudian ditonjolkan secara terangan menentang apa yang diserukan untuk hidup di jalan yang diredai ALLAH SWT.
Bangsa bangsat ini hidup bertabur di atas bumi ini dan dalam perang besar dunia,"Perang Dunia Kedua" bangsa ini hampir dilenyapkan di bumi German. Terasa apa yang dibuat dulu olah Adolf Hitler  banyak benarnya kini. Hampir jutaan bangsa ini dihapuskan semasa permerintahan NAZI . Walau bagaimanapun kesatuan mereka yang kukuh terus membina kekuatan melalui proksinya sehingga terbentuklah negara haram Israel pada tahun 1948, hasil pencabulan dan pengambilalihan tanah dari negara sekitarnya , lantas digazetkan sebuah negara bergelar Isreal.

Bukan  itu saja, peluasan empayar terus dibuat dari semasa ke semasa dengan menghalau penduduk arab di sekitarnya dan dengan sumber kekuatan mempengaruhi  proksi untuk menjatuh kepimpinan sebuah negara serta terus menjahnamkannya. Lihatlah apa sudah jadi dengan Afganistan, Iraq dan beberpa negara yang lain. Adu domba mereka menghancurkan kedamaian yang sedia ada.. Hingga kini tak aman-aman.

Terkini, Gaza yang dipimpin oleh pemerintah pilihan rakyat, HAMAS di bedil sebegitu rupa. Tetapi dek kecekalan dan istiqamah kepimpinan dan perjuangan hak maka perilaku mereka tidak menjejaskan perpaduan kerajaan kecil ini.Dalam pendekatan mereka, perlu pentadbiran dari kalangan mereka untuk memperjuangkan hak berdasarkan ajaran Islam iaitu mempastikan  tanah watan dari dicerobohi oleh anasir perosak ini.

Semua bangsa membenci pembunuhan dan kemusnahan kecuali bagi mereka yang betul-betul bebal dan samseng babarian.yang tiada kemanusian walaupun mereka juga manusia yang tiada beza dengan manusia yang lain.

Maka pengiktirafan oleh yahudi dan kuncunya tentang jahatnya NAZI yang diasaskan oleh Adolf Hitler kini hanyalah propoganda jahat mereka. Teringat penulis bahawa Adolf Hitler pernah bertemu dengan Mufti German supaya askar muslim German solat terlebih dahulu sebelum bergerak ke medan tempur menghadapi pasukan bersekutu pinpanan Amerika.


Buat anak-anak UPSR 2012 - Tahniah

Semalam telah diumumkan secara rasmi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2012.

SINAR HARIAN

PUTRAJAYA - Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran, menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Dr Na'imah Ishak berkata pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.

"Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR, di sini hari ini.

Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta.

Na'imah berkata sebanyak 286,930 calon tahun ini memperoleh keputusan Baik iaitu minimum C tidak termasuk semua A, meningkat 1.49 peratus berbanding 269,021 calon tahun lalu.

Sebanyak 17,251 calon lagi berada di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya, meningkat 0.54 peratus berbanding 13,958 peratus tahun lalu.

Beliau berkata jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 17,329 tahun ini, berbanding 16,244 calon tahun lalu manakala calon bandar pula menurun kepada 27,681 berbanding 29,462 tahun lalu.

Katanya, bagi pencapaian Baik pula, calon bandar dan luar bandar mencatat peningkatan dengan calon bandar meningkat kepada 149,911 berbanding 148,265  tahun lepas manakala calon bandar pula 136,590 berbanding 118,543 tahun lalu.

"Pada tahun  ini peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum berjaya dikurangkan terutama di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.86 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.20 peratus.

"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar dengan beza sebanyak 0.66 peratus," katanya.

Na'imah berkata peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat semua A meningkat kepada 25 orang tahun ini berbanding 17 orang tahun lalu, meliputi tiga orang calon buta, tujuh calon rabun dan 15 calon dengan lain-lain kecacatan.

Beliau berkata peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik juga meningkat sebanyak 0.44 peratus daripada 218 orang  tahun lalu kepada 295 orang pada tahun ini, manakala pencapaian keseluruhan juga meningkat sebanyak 0.01 mata GPN berbanding tahun lalu.

Bilangan calon berkeperluan khas yang menduduki UPSR tahun ini bertambah kepada 1,752 orang tahun ini berbanding 1,329 orang tahun lalu.

Dari segi mata pelajaran pula, Na'imah berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi keseluruhan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) menunjukkan penurunan 0.07 mata, manakala calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun masing-masing 1.6 dan 2.6 peratus.

Beliau berkata bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Penulisan di SK pula meningkat sebanyak 0.03 mata GPMP berbanding tahun lalu, malah peratusan Gred A juga meningkat sebanyak 3.2 peratus namun peratusan Gred ABC menurun sebanyak 0.2 peratus.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), peratusan calon yang mendapat Gred A masing-masing menurun sebanyak 1.5 peratus dan 2.8 peratus, manakala berdasarkan GPMP Bahasa Melayu - Pemahaman mencatat penurunan sebanyak 0.04 mata manakala Bahasa Melayu - Penulisan meningkat 0.03 mata, katanya.

Na'imah berkata bagi Bahasa Inggeris di SK, prestasi keseluruhan meningkat 0.05 mata GPMP, dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred ABC masing-masing meningkat 0.8 peratus dan 2.6 peratus berbanding tahun lalu.

Beliau berkata prestasi mata pelajaran itu di SJK pula menurun sebanyak 0.07 mata GPMP dan peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun masing-masing sebanyak 1.9 peratus dan 1.6 peratus.

Mata pelajaran Matematik meningkat 0.02 mata GPMP tahun ini, sementara calon yang mendapat Gred A dan ABC meningkat masing-masing 0.6 peratus, manakala Sains menurun 0.04 mata GPMP, sementara calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC, masing-masing menurun 1.7 peratus dan 0.6 peratus, katanya.

Dr Nai'mah berkata prestasi keseluruhan mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman menurun sebanyak 0.01 mata GPMP manakala Bahasa Cina - Penulisan meningkat 0.02 mata GPMP, dan bagi Bahasa Tamil - Pemahaman dan Penulisan menurun masing-masing 0.10 mata dan 0.04 mata GPMP.

Bagi Ujian Aptitud yang merupakan tahun keempat dilaksanakan bagi memberi gambaran dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah, beliau berkata maklumat keputusan ujian itu tidak dinyatakan dalan slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah.

Peperiksaan UPSR dijalankan serentak di seluruh negara pada 11, 12 dan 13 Sept lalu di 8,284 pusat peperiksaan.- Bernama

Sunday, November 18, 2012

Lagi sekali di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu





Pada 30/10/2012 - 1/11/2012 baru ni, hadir bersama dengan pegawai KPM yang diketuai oleh YBhg TKPPM untuk menjayakan Taklimat MMI dan kini bermula 17-20/11/2012 sekali lagi bertandang di tempat yang sama untuk mengikuti Kursus Pemantapan Pengurusan Akademik anjuran JPN Kelantan.

Program ini disertai oleh semua pegawai dari SPA Jabatan dan PPD. Fokus diberi kepada pelaksanaan dasar KPM untuk lebih direalisasikan bagi tahun 2013 apabila sebahagian besar isu dikenalpasti dan dibuat pengubahsuaian pendekatan.

Antara intipati pengisian:

1. Hala tuju 2013 - KSPA
2. Pemantapan Pengurusan Akademik -KPP Sains
3. BOS dan HOTs - KPP matematik
4. Takwin 2013- KPP Sains
5. Pengurusan e-Cakna - En. Mohd Razali Abu Talib PP Sains
6. Pengurusan LINUS Saringan 9- En. Saharuddin Abdullah PP Matematik
7. Pendidikan Teknik dan Vokkasional - KU TV
8. Pelan Operasi Latihan 2013 - En. Mat Nawi wahid - PP KM

Urus setia kursus diketuai oleh En. Mat Nawi Wahid

Friday, November 16, 2012

Aduhai Isreal... ada mu dunia takkan aman



2 Muharram 1433H. [MOD] -


Keadaan semakin tegang di Timur Tengah dengan Israel dan Hamas, terus berbalas tembakan dalam keganasan terburuk sejak serangan Israel ke atas wilayah itu hampir empat tahun lalu.

Tiga rakyat Israel meninggal dunia di bandar utara, Kiryat Maleakhi Khamis lalu selepas roket yang dilancarkan dari Gaza melanda sebuah bangunan apartmen.

Sumber Israel berkata dua roket dilancarkan ke Tel Aviv - dengan sebuah peluru berpandu mendarat di laut manakala peluru berpandu lain melanda kawasan yang tidak didiami , kawasan pusat komersial Israel.

Siren serangan udara menyebabkan penduduk mencari perlindungan di Tel Aviv, sebuah bandar Mediterranean yang tidak pernah diserang roket sejak Perang Teluk 1991.

Jihad Islam, satu lagi kumpulan yang berpangkalan di Gaza berkata mereka telah melancarkan salah satu roket yang menyerang Tel Aviv.

Walaupun kawasan selatan Israel berhampiran Gaza telah lama berhadapa situasi tersebut, namun serangan ke atas kawasan Tel Aviv menggambarkan keupayaan Hamas yang telah meningkat.

Pejuang Palestin pernah menyerang Rishon Lezion sebelum ini tetapi tidak pernah sampai ke Tel Aviv, kira-kira 70 km utara Sttrip Gaza.

Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera Khamis dalam pertempuran yang bermula dengan serangan udara yang membunuh Ahmad Jabari, komander tentera Hamas yang dituduh Israel menjadi dalang serangan terhadap orang awam.

"Ia adalah penting untuk memahami satu perkara yang mudah: tiada moral yang simetri antara pengganas di Gaza dan Israel," ujar Binyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, Khamis lalu.

"Mereka telah melakukan jenayah perang berganda: mereka menyerang orang awam Israel dan bersembunyi di belakang orang awam Palestin." (aljazeera.com)

Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia



tumblr_mdjd1jK7tg1qkc59eo1_r2_5002 Muharram 1433H. [MOD] -
Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera  BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.
Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.
Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia
“Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin” demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.
Selain itu,  media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza.
“BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,’’ kata media tersebut.
Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja.
Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya.
“Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza.
Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza.
Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana.
Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa’.
Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya.
Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu.
Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. –

Kuasa Memilih Di Tangan Tuan

Berhijrah sikap dengan jihad demi kebahagiaan dunia akhirat

Thursday, November 15, 2012

Antara Penasihatnya adalah Ketua Saintis Islam

Di sebalik kemenangan Obama buat kali kedua sebagai Presiden Amerika


Obama sekali lagi di pilih untuk menduduki tahta presiden Amerika dengan mengalahkah Mitt Romney dari Republikan. Bagaimana pun kemenangan beliau telah menimbulkan banyak isu, cara mana dan siapa di belakang kemengangan tersebut. Obama juga tidak ketinggalah menggunkan internate dalam kempennya. Beliau juga mempelbagaikan cara kempen dengan teknologi moden, berinternate, twitter, e-mail dan di kaca tv sudah sementinya.
Faktor kedua kemenangan Obama beliau, kerana sikap sederhana dan tidak " mengumpat  " pihak lawan, beliau tidak melakukan serangan peribadi, sebalikinya Obama hanya menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.

Satelah puas mencari akhirnya ketemu juga seiapa di belakang Obama, siapa bertindak sebagai “ master mind ” kempen Obama. Rupa-rupanya individu yang bertangongjawab ialah seorang Islam untuk menjadi Ketua Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Ketua Saintis Islam ini telah melakukan banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers. Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam siri TV Numbers.

Beberapa minit selepas kemenangan Obama , Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.

Tidak sampai seminggu kemenangan Obama, Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

1434 H

Jaga Tangan
Jaga Kaki
Jaga Mulut
Jaga Mata
Jaga Hidung
Jaga Telinga
Jaga dari hujung rambut hingga hujung kaki
Semoga darjah ketaqwaan semakin meningkat
Menjadi Muslim Sejati

Wednesday, November 14, 2012

Akhir Tahun 1433H Awal Tahun 1434 H.. Semakin Bertaqwa

 
Dr. Maza


Doa Akhir Tahun
 Doa Awal Tahun

yang penting adalah kita memahami apa yang kita doakan..tak guna setiap tahun berdoa tetapi tak faham apa isi kandung doa sehinggakan kita sentiasa melakukan dosa nista yang sama saban tahun merosak diri, merosak keluarga, merosak masyarakat, merosak negara

"INSAFLAH WAHAI MANUSIA"

SEGALA DOA POHONKANLAH SETIAP MASA KERANA DOA ITU SENJATA PALING AMPUH BAGI ORANG MUSLIM SETELAH BERUSAHA TERBAIK DIIKUTI DENGAN SEPENUH TAWALKAL KEPADA ALLAH SWT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh