.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Wednesday, February 29, 2012

Sebuah Renungan Yang Profesional

Mesyuarat Kali Pertama PAGI Peringkat KPM

Hari ini jam 9.00 pagi bermula mesyuarat yang julung-julung kali diadakan semenjak Pertandingan Anugerah Guru Inovatif di perkenalkan sebagai salah satu pengisian dalam Sambutan Perayaan hari Guru yang diadakan 16 Mei saban tahun.

Bertempat di Aras 8, E9, Bahagian Pembanguna Kurikulum, yang dihadiri oleh semua Penyelaras Negeri, banyak menyentuh tentang pengoperasian dan pengurusan pertandingan. JPN Kelantan telah diminta untuk membentangkan perkongsian pengurusan PAGI (nama popular di Kelantan)kepada semua ahli majlis.

( Majoriti penyelaras negeri yang hadir adalah kalangan muka baru kecuali En. Azahar JPN Selangor dengan 5 tahun pengalaman dan saya agak lama dengan 14 tahun pengalaman)

Pergi dengan MAS jam 6.50 pagi dan balik dengan AirAsia jam 6.00 petang - terasa amat penat pegerakan dan pengurusan harian hari ini

Monday, February 27, 2012

Jiran kita antara negara terkaya didunia


Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah. Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

Senarai Negara Terkaya Di Dunia

#Qatar - KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065)
#Luxembourg - KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980)
#Singapore - KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980)
#Norway - KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629)
#Brunei - KDNK per kapita sekitar RM48,000
#United Arab Emirates
#United States
#Hong Kong
#Switzerland
#Netherlands
#Australia
#Austria
#Ireland
#Canada
#Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia :

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika
membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan
kadar inflasi
Singapore dan Brunei – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.

Bilakah pula negara kita yang setanah sedaging dengan mereka?

Sunday, February 26, 2012

BILIK GERAKAN KSSR DI SEKOLAH -Apa yang perlu ada!

Ciri-ciri Utama
Kondusif
Selamat
Mesra Pelanggan
Sistematik
Informatif

Jawatankuasa
Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Pelaksana

Lokasi
Ruang
Mudah Akses
Kemudahan telekomunikasi
Keselamatan
Kondusif

Reka Bentuk dan Susun Atur
§  Ruang Pameran
§  Ruang Perbincangan
§  Ruang Perhubungan
§  Ruang Penyimpanan Data
§  Ruang Kerja

Peralatan
§  Talian Telefon – hotline, sms
§  Peralatan TMK – Komputer,Pencetak
§  Peralatan Audio-Visual
§  Panel Pameran
§  Rak Buku
§  Meja dan Kerusi
§  Penghawa Dingin/Kipas
§  Alat Pemadam Api
§  Kawalan haiwan/serangga perosak
§  Kabinet/Almari fail
§  Papan Kenyataan
§  Papan Putih
§  Peti Kecemasan

PERKARA
Pengisian
Bahan Pameran Kekal
§  Maklumat Umum
§  Poster
§  Pekeliling Pelaksanaan
§  Soalan Lazim
§  Gambar Aktiviti
§  Data Tahunan
Bahan Pameran Berkala
§  Data Semasa
§  Carta Pelaksanaan Penyebaran
§  Gambar aktiviti
§  Keratan akhbar
Bahan Cetak
§  Dokumen Standard – semua mata pelajaran
§  Modul – semua mata pelajaran
§  Buku teks KSSR – semua mata pelajaran
§  Buku penerangan KSSR
§  Brosur
§  Laporan
§  Data
§  Surat khabar harian

Bahan TMK/Digital
§  CD Dokumen Standard semua mata pelajaran
§  CD Umum KSSR
§  CD Power Point Presentation
§  Pangkalan data

Tentu boleh sediakan ... tak sukar.

Saturday, February 25, 2012

Jangan Jadikan Prestasi Kita Seperti Ini



Relakah kita menjahanamkan diri kita sendiri?

Friday, February 24, 2012

ZIKIR terapi ketenangan


Firman Allah yang bermaksud:

(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Zikir merupakan satu bentuk amalan yang diberi secara percuma bagi mencapai ketenangan jiwa dimana kaedah yang lain berbayar maupun tak berbayar hanya sempat memberi ketengangan sekejap sahaja.

Sentiasalah mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia.Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah. Ia adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.

Mampukah kita lagi menambah dosa yang kini begitu banyak kita kumpulkan sebelum ini?

Surat Pekeliling Ikhtisas BIL 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:" Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan.

3. Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting

2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional

2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan
itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan
pengajaran-pembelajaran.

2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah
pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu
dititikberatkan

2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari
peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin
profesionalisme di sekolahnya.

2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar
dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara

2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat
kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran
di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru
besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan
Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan
guru dan antara guru dan murid.

2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

2.3. Bidang

2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)
bidang:
a. bidang organisasi
b. bidang pengajaran dan pembelajaran

Bidang Organisasi
Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :
Iklim kelas
Organisasi kelas
Kawalan murid
Komunikasi
Motivasi
Sikap murid
Kebersihan dan perhiasan
Penyeliaan gerakerja
Penilaian prestasi
Profil murid
Panitia pelajaran
Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:
Rancangan pengajaran
Objektif
Isi kandungan
Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya
Penyampaian isi pelajaran
Teknik bersoaljawab
Interaksi guru murid
Penggunaan masa


2.4 Prinsip Perlaksanaan
2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh
Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru

2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
ringkas dan tepat

2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang
dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru

2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan
Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di
tangan Pengetua/Guru Besar

2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara
sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan
bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi
pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat
maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh
Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan

3.1 Latarbelakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan
kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai
peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik
para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.
Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan
berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan
kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih
terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru
yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah
yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh
semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak
perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)

3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang
dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah

3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran
masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung
di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar
atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan,
ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru
Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli
panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata
pelajaran:

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan
kelab akademik

3.4 Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;

3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah;

3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank
soalan;

3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran
dan pembelajaran;

3.4.7 Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu;

3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau
isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.

TAKKANLAH SUKAR UNTUK AMALKAN!!!

Thursday, February 23, 2012

BRM - Banyak Input Berguna Dari JNJK

Jam 2.00 petang, tak disangka kami menerima 7 orang dari JNJK Putrajaya yang bertandang ke Kelantan untuk melaksanakan pemantauan dan bimbingan P & P di sekolah-sekolah pilihan di negeri ini. Bilik KSPA berlangsungnya sumbangsaran berguna bagi Jabatan Pelajaran Kelantan khususnya buat pegawai di sektor di mana fungsi utamanya memperkasakan pengurusan kurikulum dan pemantapan P & P berkesan lagi menyeluruh.

Perkara yang menjadi prioriti pembincangan profesional ini ialah persediaan mental dan fizikal guru untuk hadir ke sekolah memasuki kelas melaksanakan P & P yang menghasilkan suasana "win-Win" antara guru dan anak muridnya. Sebelum masuk kelas , seorang guru wajib merancangan pengajarannya untuk mengajar anak didiknya .Buku Rancangan Mengajar (BRM), bukan Buku Rekod Mengajar perlu dilengkapkan dengan seawalnya. Merancang apa yang akan diajar nanti dengan pedagogi serta kemahiran tersendiri agar dengan harapan semua muridnya dapat belajar. Atau dengan kata lain, murid datang pagi tanpa diisikan dengan ilmu tretapi apabila pulang penuh dengan ilmu untuk kegunaan semasa dan akan datang.

Wednesday, February 22, 2012

Cuepacs Tuntut


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

- Bernama

Recently, the SBPA salary proposal presented by CUEPACS is focused on Grade 1 -54 group. Compare to Premier and JUSA group which has been enjoying SBPA salary around RM 60000, RM45000, RM 30000 per month. For example.

Premier 1 : RM60,000 per month without allowance
Premier 2 : RM40,000 per month without allowance
Premier 3 : RM40,000 per month without allowance
Premier 4 : RM35,000 per month without allowance
JUSA C : increase more than RM5,000

Salary Proposal SBPA Cuepacs : Salary Increase

Gred 1 – 16 : Increase RM700
Gred 17 – Gred 26 : Increase RM1,000
Gred 27 – Gred 40 : Increase RM1,500
Gred 41 – Gred 48 : Increase RM1,800
Gred 52 – Gred 54 : Increase RM2,500

Apa macam?

Tak berapa cerap lagi KSSR ni..

Pagi ini berada bersama Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik di SK Chiku 7, Gua Musang mencerap pengurusan kurikulum dan amalan P & P dibilik darjah. Senyap saja sekolah kerana masih ada UBB 1 sedang dijalankan. Maka pencerapan P & P tak wajar dilakukan kerana guru jaga periksa.

Selepas berinteraksi dengan GB dan PKP tentang pelbagai aspek pengurusan kurikulum di sekolah , jam 12.30 sempat bertemu dengan guru yang mengajar tahun 1 dan Tahun 2 KSSR. Tak ganggu mereka kerana periksa dah tamat. Sepanjang hasil pertemuan ini mengenai kefahaman dan penghayatan KSSR telah dapat dibuat satu generalisasi bahawa TAK BERAPA CERAP LAGI GURU-GURU DALAM MELAKSANAKAN P&P KSSR...

Ternyata ini meruapakan cabaran berterusan buat kami di JPN dan PPD ke arah merealisaikan DASAR TRANSFORASI KURIKULUM ini.

Tetapi buat guru, kami sedia membantu.

Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Bil.1/2012

Berlangsung pagi ini mulai jam 8.30 pagi, dengan dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Pengarah , mesyuarat JK Kurikulum Negeri buat kali pertama tahun ini dijayakan. Dengan dihadiri oleh semua KS dan PPD beserta IAB CT dan BTPNK mesyuarat yang diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik ini berintipatikan perihalan berikut:

1. Pembentangan SPA - KPI (Akademik) UPSR/PMR/SPM, Linus Saringan 6 dan Saringan 3,Pematuhan SPI Bil 2/1987 dan SPI Bil.4/1986, Pra Sekolah, Persekolahan Tingkatan 6 Versi MODULAR menggantikan TERMINAL,Transisi Tahun 1, PROTIM, MBMMBI, Dasar 60:40, Transformasi Pendidikan Vokasional.

2. Pembentanagn SPP - Menyentuh isu pelaksanaan PBS di Sekolah dengan sistem online.
3. Pembentangan SPPK- Kaedah Belajar Berkesan dan Kehadiran Murid
4. Pembentangan SJK - Rangking dan Band Sekolah

Mesyuarat seterusnya di pengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah,

5. Pembentangan SPS - MBMMBI dan Keperluan Guru
6. Pembentangan SPI - KPI (Akademik) SMKA dan SABK
7. Pembentangan SPK - Linus Tegar dan Pemulihan
8. Pembentangan JNJK - Pelaksanaan SKPM 2010
9. Pembentangan IAB CT - Kepimpinan Instruksional
10. Pembentangan BTPNK - Modul CD Courseware Pembelajaran

Mesyuarat ditangguh jam 5.00 petang

Sunday, February 19, 2012

Saturday, February 18, 2012

Dialah ALLAH



Tuhan seru sekelian alam.

Thursday, February 16, 2012

Brain Drain Tenaga Mahir Rakyat Malaysia.. sampai bila?


Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura(gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Perlu ada kebimbangan iaitu Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.

Tuesday, February 14, 2012

Dwibahasa : Apabila Menulis Vs Apabila Bercakap

Kamus dwibahawa jelas menunjukkan bahasa pertama dan diterjemahkan dalam bahasa kedua atau sebaliknya. Contoh Kamus Bahasa Inggeris - Melayu : Perkataan dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Begitulah kamus dwibahasa antara dua bahasa yang berbeza tetapi 'terjemah' sentiasa ada yang sama atau hampir sama maksudnya dengan bahasa pertamanya.

Begitu jugalah dalam Soalan UPSR/PMR/SPM dalam era PPSMI disediakan dalam dwibahawa. Dari muka surat 1 hingga muka surat 10 dalam BM manakala dari muka surat 11 hingga muka surat 20 dalam BI ( yang merupakan terjemahan dari versi BM).

Tak lupa dalam penyediaan buku teks disediakan dalam dwi bahasa - muka surat sebelah kiri dalam BM manakala muka surat sebelah kanan dalam BI juga merupakan terjemahannya. Demikian dalam penyediaan kertas kerja versi BI merupakan pasangan BM.

... Perkara tersebut adalah apa yang kita perhati apabila kita menulis


Bagaimana apabila kita bercakap ( Bukan membaca)?
Apabila bercakap dalam majlis rasmi, asalnya kita menggunakan BM tetapi memadangkan ada peserta dari kalangan negara luar, maka kita terjemahkan perkataan dalam bahasa Inggeris agar mudah mereka fahami. Di persidangan Antarabangsa, penterjemah bahasa memudahkan kefahaman pendengar dari kalangan bangsa masing-masing.

Terlintas difikiran ini, apabila dwibahasa merupakan pilihan dalam P & P Sains dan Matematik dalam era Soft Landing PPSMI @ MBMMBI: Jika guru mengajar dalam bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan dalam BM maka betullah ia dilaksanakan dalam Dwibahasa. Tetapi sekiranya guru gunakan BI dan BM dalam masa yang sama ( bukan terjemahan) maka adakah ia masih dikategorikan P & P dalam Dwibahasa? atau adalah ia merupakan Bahasa Rojak @ Bahasa Campur.

Dan inilah hakikatnya perbezaan APABILA MENULIS dan APABILA BERCAKAP menggunakan DWIBAHSA.

Teringat kata pakar pendidik, untuk mahir berbahasa sesuatu bangsa maka hadirlah dalam kumpulannya.

"bakpa anak ore putih mahir bercakap ore putih di mana kedua ibu bapanya tak pernah mengajar bahasa terjemahan " tetapi kita apabila mengajar BI mesti BM menjadi syarat wajibnya.

Betul ke pandangan ini ??..

Monday, February 13, 2012

INGATAN KEPADA LAPTOP MANIA


AWAS ! : JANGAN TINGGALKAN LAPTOP ATAS KATIL ATAU BANTAL

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah . Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu. Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama.

Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja. Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar.

Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida. Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. "Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang"

tilam/bantal tu lembut, tak de ruang udara . :) laptop pun reti lemas cam manusia juga.. apapun kalau nak juga guna komputer tu kat atas katil sambil baring2...pastikan tuan-tuan alas dengan pelapik yg ada kipas tu. boleh beli dgn harga serendah RM10. kalau x mau beli alternatifnya lapik jer dengan bakul plastik empat segi yang ada ruang udara bebas bergerak di bawahnya ).. Tak kan kedukut kot dengan RM10.00 ?

Sunday, February 12, 2012

Resipi Kejayaan Akademik : Laksanakan 2 Kehendak SPI Utama Ini

Telah banyak Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Akademik dikeluarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia sejak dulu lagi dan masih utuh untuk diteruskan penguatkuasaannya. Walaupun surat yang ada diterima , harap masih ada dalam simpanan untuk rujukan, dengan warna pudarnya tetapi isi kehendaknya masih relevan untuk masa kini dan masa depan selagi tiada SPI lain yang dikeluarkan untuk menafikannya.

Kini dengan perkembangan teknologi komunikasi SPI ini disebarkan dalam alam maya menerusi portal yang diwujudkan oleh bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk itu, dalam memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah maka SPI berikut perlu menjadi rujukan utama.

1) SPI Bil. 4/1986 - Panitia Mata Pelajaran

2) SPI Bil. 3/1987 - Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Oleh Guru Besar/ Pengetua


Penegasan YBhg Dato Seri KPPM supaya semua pentadbir dan guru wajib melaksanakan P% P berkesan begitu amat menyetujui kehendak SPI berkenaan. Sama telahan kini, apabila semua tahun dan tingkatan menjadi penting tidak hanya kelas peperiksaan awam semata-semata sepertimana amalan sebelum ini. Anak murid kita ini diajar didik mulai pra sekolah lagi demi kemenjadian diri, menjadi insan madani dunia akhirat.

Pengajaran dan Pembelajaran untuk tengok kesannya amat perlu dibuat pencerapan oleh orang nombor satu di sekolah atau melalui proksinya yang terdiri dari PK, Guru Kanan atau Ketua Panitia. Pencerapan sesama sendiri berkonsep "Lesson Study" amat digalakkan. Cadangan membina dapat memperbaiki kelemahan dalam pedagogi dan konten semasa berlangsungnya P & P.

Begitulah juga dalam mengurus panitia berkesan di mana menjadi keutamaan untuk memberi penekanan kepada pengurusan meningkatkan pencapaian akdemik murid.

Dan dengan merujuk kepada SKPM 2010 yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dalam aspek P & P bersama SPI berkenaan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah mempermudahkan pemantauan pengurusan panitia dan pencerapan P % P ini dengan terhasilnya apa yang dinamakan Pemantauan e-Cakna,kini telah ditambahnilai dengan e-Cakna Versi 7.0.

Justeru, adalah menjadi harapan agar semua pentadbir dapat merealisasikan kehendak SPI Bil. 3/1987. Semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun. Demikian juga pihak sekolah perlu cakna dalam meningkatkan pengurusan panitia dan yang berkaitan dengannya kerana pihak JPN dan PPD akan melaksanakan pemantauan bagi memastikan keakuran pihak sekolah dan guru kepada kedua-dua SPI ini.

KPI tahun 2012 ini tiada guru yang tidak dicerap P & P nya dan tiada sekolah yang tidak dipantau bimbing tentang pengurusan panitianya. Tiada lagi sebab untuk berdalih kerana pada tahun ini juga semua pentadbir wajib keberadaan berkesannya disekolah melebihi 70 % manakala guru P & P wajib keberadaan berkesannya dikelas melebihi 80%.

SPI yang berkaitan dengan sains adalah:
1. SPI No. 1/1974 - Keselamatan Makmal
1. SPI Bil. 6/1971 - Pengajaran Sains Di Sekolah Rendah

Apabila menanam kemudian dijagai maka akan dapat buahnya yang terbaik..Insyaalah dengan izin NYA.

Friday, February 10, 2012

Inilah makna dalam bahasa kita apa yang diselawatkan

Ya, inilah pegertian dalam bhasa kita apa yang dendangkan dalam selawat nabi di bulab Rabiulawal ini.

Selawat Allah ke atas Muhamad
Selawat salam dipohon lagi
Wahai Nabi salam atas mu
Wahai Rasul salam bahagia
Wahai kekasih salam bahagia
Selawat Allah ikuti pula
Bulan purnama menyinari kita
Hilang lenyap segala cahaya
Indah menawan tak pernah dilihat
Wajah gembira sepanjang hayat
Kaulah matahari kaulah bulan
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah rahsia hidup mulia
Kaulah obor menyuluh jiwa
Wahai kekasihku wahai Muhammad
Wahai pengantin indah sejagat
Wahai nabi dijulang pula
Wahai imam dua kiblat
Bahagialah orang pandang wajahmu
Wahai penghulu keturunan mulia
Kolam airmu sejuk jernih
Kunjungi kami hari akhirat
Sepanjang malam unta berjalan
Tiada berhenti rindukan tuan
Engkau dipayung awan putih
Para malaikat sama selawat
Allah mengetahui rahsia sulit
Dialah penyahut semua seruan
Wahai tuhan rahmatilah kami
Dengan segala amalan soleh
Selawat Allah ke atas Muhammad
Sebanyak baris kertas ditulis
Ahmad Muhammad penunjuk jalan
Ampun wajah berseri menawan
Oh Tuhan! Cucurilah rahma ke atas nabi, selamat berkat




Semoga kita sedar apa yang kita katakan

Thursday, February 9, 2012

9 Februari Tarikh Pertama Melihat Dunia

Setelah selesai meeting di Putrajaya, kembali ke rumah dengan mengambil penerbangan AirAsia jam 9.20 malam dan mendarat di Pengkalan Chepa, jam 10.20 malam. Setengah jam kemudian dengan memandu dp tiba di rumah.

Setibanya, eeh, gelap saja rumah tanpa lampu dalam, tetapi pintu tak kunci. Apabila masuk saja diruang dapur ada kek terhidang bersama satey diatas meja dan semua anak dan orang rumah datang membuka lampu lantas menyebut "My Love Selamat Hari Lahir, semoga ALLAH SWT memanjang usia dengan diberi rezeki melimpah ruah sihat walafiat dan semakin mendekati ALLAH SWT"

Sedikit terkedu buat ku, ingatan mereka sentiasa ada, dari Abe di RCSI Dublin Ireland yang tak dapat bersama telah menghantar ucapan HBD ( kakak ada bersama kerana cuti semester USM ). Dan sahabat lama sepengajian dulu, kini di UTP Perak sentiasa ingat hari lahir ku ini. Juga buat rakan di jabatan dan semuanya .. terima kasih.

Daku kini semakin meningkat usia.. Insyaallah semakin berfaedah untuk dunia dan untuk akhirat.

Mesyuarat Akademik Bil.1/2012 Bersama BPSH

Hari ini, 9 Februari 2012 (Khamis) jam 1.30 tengahari, ditangguhkan sudah mesyuarat akademik KSPA bersama BPSH di bilik Al-Tabari Blok E2, Putrajaya. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi sejak semalam ( ambil MAS jam 6.50 pagi)bersama KSPA (yang hadir lebih awal sehari) banyak membicarakan peranan KPM melalui JPN seterusnya PPD dalam memperkasakan P&P dan Pengurusan Akademik ke arah mencapai KPI Akademik dan Pengerusan sebagaimana yang dihasratkan. Pokoknya pelaksanaan pada tahun 2012 ini adalah "need more actions"

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn.Hj. Aminudin selaku Timbalan Pengarah BPSH memberi fokus kepada:


Alhamdullilah dapat jumpa dengan sebahagian besar KSPA negeri yang hadir bersama pegawai kanan akademik yang majoritinya dari kalangan pegawai Sains dan Matematik yang dulunya kerap jumpa dalam mesyuarat PPSMI.

Tahniah kepada 2 sahabat yang dapat title Pegawai Cemerlang - 1 DG52 KPP Sains Selangor dan 1 DG 48 PP Sains Johor.

Monday, February 6, 2012

Enjin Lama Kuasa Baru


Dibeli pada 25 November 1985 (Isnin 12 Rabiulawal )


Hari ini dah genap hari ke 18 berada di tangan foreman proton lamaku. Masuk bengkel dirumahnya pada 19 Januari 2012 (Khamis), dan hari ini 6 Februari 2012 (Isnin) jam 12.00 malam proton dengan enjin yang diperbaruhi hampir 90% dengan spareparts baru dibawa balik ke rumah.Begitu terasa beza powernya. Sekali tengok sebijik macam enjin baru, tanpa minyak tanpa gris dibodinya.

Jam 12.30 malam, cuci kereta kerana banyaknya debu. Esok akan dibawa ke pejabat sebagai kuda tunggangan yang setia. Padan dengan kos spareparts sahaja dalam mata wang kita 2.149k dan upahnya menjadikan kos keseluruhan 3k. Terasa puas hati apabila enjinnya dibuat oleh otang yang begitu banyak pengalaman dalam ehwal enjin proton ini. Sekali start brommm...tanpa yet yet yet brommmm.

Tetapi itulah enjin sebuah kenderaan, rosak boleh tukar, jalan gah kembali. Enjin manusia ada yang boleh tukar tetapi apabila tiba masanya, ia tidak boleh dihidupkan lagi. Kerana enjin tiada roh tetapi manusia ada roh yang akan diambil kembali bersama pahala dan dosanya.

Enjin lama berkuasa baru... grommmmmmmmmmmm.

Saturday, February 4, 2012

Kenali Dari Mana HP Kesayangan Anda


RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !BERHATI2 SEMASA BELI HP…
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473
… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

Pengertiannya ialah:

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!!
Saya dah semak HP sendiri, digitnya 04 - rupanya dari kilang asal..sangatlah TERBAEEEK

Friday, February 3, 2012

BUDU Penambah Seleraku

Pagi ini, sebagaimana biasa makan pagi dengan nasi berlauk,makan di rumah, ada-ada saja terlintas difikiran akan menu yang menyelerakan. Terliur lama dah tak jamah budu dengan cili padi.Lazat dan nikmat rasanya. Budu dah dikenali sejak dulu lagi dibuat dari ikan bilis dengan ramuan tersendiri. Kini dalam era modenisasi pengkaedah pengeluarannya juga bertambah sofistikated. Tetapi tahukah tuan, bahawa kini bukan saya ore klate make budu tetapi ianya dah jadi terkenal dan antara penyedap makanan di seentero dunia kerana banyak khasiatnya


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.

Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.

Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Generasi BUDU.



eemmmm...hingga menjilat jari

Thursday, February 2, 2012

Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan

Hari in bertempat di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, Peringat berlangsung program pemantapan kepimpinan pendidikan melibatkan Pengetua/Guru besar bersama beberapa orang guru dari setiap buah sekolah menengah/rendah seluruh negeri Kelantan.



Hadiran dianggarkan seramai 3k orang turut dihadiri oleh kepimpinan politik bahagian dan jemputan khas diisikan dengan Halatuju Pendidikan Kini yang disampaikan sendiri oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Suasana open air memberi sedikit kelainan dari kebiasaan yang diadakan di premis sekolah atau hotel.

Selepas sesi forum, ketibaan VIP untuk ucaputama iaitu YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin yang diiringi oleh YB Menteri Pertanian, Datuk Seri Haji Noh bin Omar dan SUA UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama kepimpinan politik negeri disambut oleh YABr Tuan Pengarah dan kepimpinan pendidikan negeri. Sempat juga bersalam dengan kedua-dua tokoh ini.

Majlis bersurai hampir jam 2.00 petang.

( 1. panjang jalan untuk park kereta 2 km kiri kanan, latihan jalan kaki untuk tubuh yang sihat
2. Sempat bertemu dengan beberapa rakan dari IAB Induk yang didatangkan khas untuk program ini
)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh