.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, September 30, 2011

Ibadat Haji Kini Tiba Lagi

Hari ini hadir di airport Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa menghantar anaknda ke KLIA untuk ke Heathrow London sebelum ke Dublin, Ireland setelah menghabis cuti hari Raya Aidilfitri. Genap sebulan berada di rumah setelah balik pada 29 Ramadan 1432 H = 29 Ogos 2011.

Sempat jumpa dengan sahabat lama, dari PSPN Pengkalan Chepa, ke EPRD, KPM, dan kini menjawat Prof di UPM. Dr. Mohd Sahandri Ghani. Berbincang isu pendidikan kini. Juga bertemu dengan rakan yang juga menghantar anak ke luar negara, Republik Czech setelah pulang bercuti.

Ramai juga penghantar di airport ini kerana musim haji kini telah tiba lagi. Mereka pergi awal untuk menginap di rumah sanak saudara di KL. Jika pemergian terus , terpaksalah ke airport Terengganu kerana ini adalah hari kedua penerbangan Jemaah Haji tahun 2011.

Semoga perjalanan selamat dan dilindungi ALLAH sentiasa. AMIN

Thursday, September 29, 2011

Majlis Bersama KPM JPN Kelantan

Jam 7.00 bergegas sikit ke Kelantan Trade Centre, Kota Bharu untuk bersama petugas lain dalam menjayakan majlis ilmu bersama pegawai meja KPM mengenai pelaksanaan Dasar Pendidikan terkini. Tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai SPA ialah menjadi penyambut tamu yang hadir terutama VIP dan kalangan pentadbir nombor 1 di sekolah.

Para peserta berjumlah 1000 orang memenuhi dewan KTC. Urutan program adalah sebagimana berikut:

8.00 - 8.30 pagi : Pendaftaran Peserta/ Panel/ VIP
8.30 - 10.30 pagi : Pembentangan dan Forum : MBMMBI
10.30 - 11.00 : Minum pagi
11.00 - 1.00 tgh: Pembentangan dan Forum : KSSR dan PBS
12.30 - 2.00 : Rehat dan makan tengah hari
2.00 - 4.00 ptg: Pembentangan dan Forum : Pendidikan Teknik Vokasional & I Murid 1 Sukan
4.00 - 5.00 ptg: Majlis Penutup oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan
5.00 ptg : Majlis tamat

Semoga pentadbir dapat memamahami dengan baik hasrat dan pelaksanaan dasar KPM ini. Terima kasih kepada 12 panel yang terlibat dari bahagian-bahagian KPM.

Wednesday, September 28, 2011

Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P &P) Sains Matematik

Hari ini merupakan hari akhir Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P & P) Sains dan Matematik di Bawah Dasar MBMMBI untuk tahun 2011. Bermula pada 26 Sepember dengan melibatkan 3 tempat kursus iaitu di KTC, Kota Bharu, Bukit Keluang Beach Resort, Besut dan Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu.

Peserta yang terlibat adalah terdiri dari guru sains dan matematik tahap 1 (sama ada dari tahun 2 atau Rahun 3) dan Tingkatan 4. Sepanjang tempoh 3 hari 2 malam, pengisian tertumpu kepada pengkaedahan P & P terarah yang terdiri dari 5 perkara.

Bertempat di KTC dengan penglibatan guru matematik dari PPD Pasir Puteh,Jeli dan Tanah Merah, majlis penutup dibuat mulai jam 11.15 pagi. Antara intipati ucapan ialah menjayakan dasar MBMMBI, KSSR dan lain yang diarah dengan baik dan sempurna. Juga para peserta dapat memahami antara perkara dasar dan perkara bukan dasar. MBMMBI, KSSR merupakan dasar tetapi LINUS merupa program diwujudkan khas unruk mempercepatkan pelaksnaan dasar.

Mulai 2010 , Tahun 1 Sains dan Matematik boleh diajar dalam Bahasa Melayu walaupun KSSR untuk tahun 1 bermula tahun 2011. Pedagogi yang dimantapkan ini hendaklah menggunakan BM sepenunya secara betul dan tepat. Juga dalam menjayakan MBM ini segala pengurusan formal hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia.

Disamping itu turut disentuh ialah bagaimana menginsaniahkan manusia untuk kemajuan negara didepan hari. Kini masih banyak cabaran menghadapinya dengan sikap dan tingkah laku yang tidak sepatutnya seperti potong Q, buang sampah di merata dan lain-lain yang mencacatkan pembinaan manusia yang hebat.

Najlis ditutup jam 12.20 tengah hari dengan diakhiri dengan penyampaian sijil kehadiran. Semogo guru yang diberikan pendedahan mengenai perkara ini akan mempraktikannya serta membuat sebaran kepada rakan di sekolah. Kite pelaksanan tugas dan perlu sentiasa akur dengan pendidikan yang sentiasa menuntut perubahan. Berubah untuk lebih maju dan berjaya.

Tuesday, September 27, 2011

Program Pemantauan Pelaksanaan Dasar MBMMBI KPM Tahun 2011

Alhamdullilah, saya telah diberi kesempatan untuk melaksanakan pemaantauan status pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) ke empat buah sekolah yang telah ditetapkan oleh urusetia pemantauan di JPN. Dengan menggunakan instrumen standard yang dikeluarkan oleh EPRD, KPM, pemantauan melibatkan responden dari kalangan Guru Besar dan Guru BI dam Guru BM yang mengajar di tahun 1.

Fokus pemantauan berpandukan instrumen adalah seperti item berikut:

1. Pengurusan
1.1 Dasar MBMMBI
- Pemanahaman SPI Pelaksanaan dasar MBMMBI Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010-penyebaran dan penghayatan dikalangan warga sekolah melalui mesyuarat (dalam JK Kurikulum Sekolah,Panitia,JK MBMMBI ),perbincangan,pamer,edaran. Pihak sekolah perlu mengadakan fail MBMMBI dengan KPI MBMMBI.
- Penggunaan BM dalam urusan rasmi (surat menyurat,mesyuarat,perhimpunan rasmi dan pelaporan)

-
- Meliputi keberkesanan aktiviti koakademik
1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pemahmanan dan penghayatan Dokumen Standard KSSR dalam mendengar, bertutur, membaca,menulis, seni bahasa dan tata bahasa serta juga dalam pendidikan khas dengan melihat dan menisyarat,membaca/mengisyarat,tatabahasa, seni bahasa dan bahasa isyarat komunikasi (BIK) Elemen baru seperti asas berbahasa dan didik hibur menjadi keutamaan.
1.3 Pentaksiran
Pemahaman Dokumen Standard Prestasi uyang diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.Juga sejauhmanakah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasas Sekolah (SPPBS) digunakan.

2. Buku Teks dan Bahan
2.1 Penggunaan Buku Teks dan Buku Amali
2.2 Penggunaan Bahan Bacaan Tambahan
2.3 Latihan dan Penggunaan Bahan Digital yang dibekalkan oleh KPM
2.4 Penngunaan Bahan Bantu Mengajar

3.0 Latihan
3.1 Kursus KSSR Peringkat Negeri/Daerah dan Kursus Dalam Perkhidmatan di sekolah

4.0 Pencapaian Murid
4.1 Pengusaan LINUS dimana status murid mengusai kstruks (Tegar, Linus, Perdana)
4.2 Pengusasaan Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam aspek mendengar, bertutur, pemahaman, penulisan serta penglibatan dalam koakademik BM/BI


Sekiranya kita semua pengamal pendidikan melaksanakan tangungjawab amanah ini dengan baik maka hasrat FPK akan tercapai. Masyarakat insaniah bertebar di bumi Malaysia.

Sunday, September 25, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan KSSR Bil 3/2011

Mesyuarat yang berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat PPD Machang lebih membincangkan kepada pelaksanaan Kursus KSSR Tahun 2 untuk disiplin ilmu DST, Matematik, BI dan BM yang akan dilangsungkan pada Oktober ini.

Disamping itu juga turut diberi fokus ialah isu dan langkah praktikal yang perlu diambil untuk memastikan kehadiran total para peserta dalam kursus berkenaan. Penggunaan peruntukan kewangan dalam mengendalikan kursus hendaklah secara optimum mengikut prosedur Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Hebahan mengenai maklumat dan dasar KPM hendaklah dihayati dengan baik oleh semua pegawai akademik di JPN maupun PPD dalam usaha bantu bimbing pihak yang berkepentingan di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.40 tengah hari.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. Mohon maaf diatas 'kekurangan' yang ada sewaktu mempengerusikan mesyuarat ini.

Bersama memantapkan pengurusan.

Thursday, September 22, 2011

Memaknai Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Setakat mana kita menghayatinya tanpa mengira siapa kita, lebih-lebih lagi kita dianggap sebagai role model di mata masyarakat.

Cuba kita renungkan bersama kenyataan mantan perdana menteri ini,

Sept 22.11

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.

Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor.

Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor.

"Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul.

"Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan.

Calon 'payung terjun'

Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan.

Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar."

Mahathir berkata beliau kini boleh berkereta mewah kerana beliau bukan lagi seorang wakil rakyat dan tidak perlu memikirkan persepsi masyarakat.

"Siapa-siapa tak suka kat saya tak apa... Tapi kalau imej wakil rakyat buruk, keburukan itu akan terpalit kepada parti," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon – satu lagi isu yang menyebabkan perpecahan dan kekalahan BN dalam pilihan raya sebelum ini – Mahathir berkata wakil rakyat berkenaan perlu menerima hakikat bahawa mereka mungkin tidak akan diturunkan sekali lagi.

Namun, wakil rakyat BN itu perlu terus menyokong calon yang diumumkan – termasuklah calon 'payung terjun' sekiranya bahagian tidak mempunyai calon yang sesuai ataupun untuk meletakkan individu tertentu sebagai menteri.

"Sebab ada juga teguran yang kata menteri tak tahu itu ini," katanya yang menjelaskan bahawa calon payung terjun itu bagaimanapun tidak boleh terlalu ramai.

Wednesday, September 21, 2011

Mesyuarat BPK Bersama KPP Sains dan Matematik

Hari ini berakhirlah Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sains dan Matematik antara Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan Ketua Penolong Pengarah Negeri Bil.2/2011. Ia berlangsung mulai 19 September 2011 (Isnin). Bertolak dari rumah ke airport Pengkalan Chepa jam 9.30 pagi untuk mendapatkan penerbangan MAS yang ditaja oleh BPK. Tiba di Hotel Federal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 2.30 petang dan menginap di bilik 706.

Kronologi Mesyuarat

19/9/2011 (Isnin)
3.30 - 4.30 petang
Taklimat Pengurusan Umum

( Tinjau beli di Plaza Low Yat yang berdepan pintu dengan Hotel Federal )

8.00 - 10.00 malam
- Pendedahan dari dapatan BPK mengatakan bahawa dalam melaksanakan KSSR bermula tahun lepas untuk latihan guru dan pelaksanaan untuk tahun 1 mulai 2011 ini, masih ramai Guru Besar dan pentadbirnya yang masih "tidak tahu" @r "tak ambiltahu".

- Pelan tindakan dengan inovasi perlu dibuat dalam menangani pelbagai isu mengenai penyampaian dan penghayatan dasar KPM oleh semua pelaksana dasar samada di KPM,JPN,PPD dan sekolah.

20/9/2011 (Selasa)
8.00 - 10.00 pagi
- Tahun 2012, Bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6, masih dalam edah KBSR ( 2011- KSSR Tahun 1, 2012- KSSR Tahun 2)

- Unit Matematik Rendah BPK memfukoskan Numerasi (Tahun 1-3), Protim (Tahun 4- 6), AMA (Abacus), SBC( Sekolah Berprestasi Cemerlang) dan SPR (Sekolah Prestasi Rendah)

- Pendekatan Befikrah ( Daya Berfikir dan Pemikiran ) akan diberi penekanan dalam pelaksanaan P & P.

- TIMSS untuk Tahun 4 akan dilibatkan dalam masa terdekat, inilah hasil Transformasi Kurikulum.

- Bahan Kurikulum KSSR akan disediakan dalam BM, BI, BC, BT.

- Status Terkini LINUS
1. Kohort 1 Saringan 5 (Kini Murid Tahun 2 2011 )
Konstruk 1 - 2 (Tegar) < Literasi = 0.89 % : Numerasi = 0.50 % >
Konstruk 3 - 9 (Linus) < Literasi = 3.83 % : Numerasi = 2.22 % >
Konstruk 10-12 (Perdana) < Literasi = 95.30 % : Numerasi : 97.27 %>

2. Kohort 2 Saringan 2 (Kini Murid Tahun 1 2011)
Konstruk 1 - 2 (Tegar) < Literasi = 4.30 % : Numerasi = 1.39 % >
Konstruk 3 - 9 (Linus) < Literasi = 12.35 % : Numerasi = 8.37 % >
Konstruk 10-12 (Perdana) < Literasi = 83.34 % : Numerasi : 90.24 %>

- Kalkulator Grafik yang dibekalkan di sekolah terpilih perlu digunakan dalam P & P.Begitu juga GSP di semua sekolah. Sekolah perlu melaporkan status penggunaannya. Penggunaan bahan terbaru amat digalakkan seperti Geogebra, Autograf dalam P & P.

- Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) masih diteruskan kerana membantu meningkakan pengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif,menyelesaikan maslah berstrategi,menaakul,kemahiran komunikasi dan sof skill yang lain serta ICT.

- KSSR dan KSSM dihasilan untuk memenuhi "4 Pillar of Education"
* Learning to know
* Learning to do
* Learning to life together
* Learning to be

Era KBSM ( 1989 - 2013)
KSSM ( 2014 -->) Fun Leraning dalam P & P.

- Kelas Sains Tambahan kini dalam hidup segan kerana di P.Pinang, Melaka , Labuan dan lainnya dah tak ada kelas yang diawarkan.

sambung lagi...

10.30 -

Sunday, September 18, 2011

Gelombang Merah Di Aidil Fitri


Hari ini mulai jam 10.30 pagi bertempat di padang SK Padang Garong 1 berlangsung sambutan Hari Raya Aidil Fitri serta sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Hampir 3k orang jemputan majoriti terdiri daripada AKS dari sekolah-sokolah dalam Parlimen Kota Bharu.

Bermula majlis dengan ucapan YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran, diikuti oleh YBhg. Dato Fatmi selaku Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu dan diakhiri ucapan oleh YB. Dato Pa, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Intipati ucapan adalah berkisar kepada memaknai dan menghayati merdeka dan cinta negara serta jasa pemimpin dan kepimpinan negara. Turut serta ialah semua Ketua Bahagian UMNO atau wakilnya bersama ketua jabatan kerajaan.

Meriah dengan ramai kehadiran luar jangka disertai dengan jaudah beraneka rasa memenuhi selera. Majlis tamat jam 1.00 twngah hari.

Dan itulah fenomena Gelombang Merah di Aidil Fitri.

( Antara ulasan yang menarik perhatian ialah isu yang mengatakan bahawa Bendera Malaysia perlu diubah kerana ia adalah ciplakkan Bendera Amerika Syarikat . Perkara ini dicetuskan oleh YB Monaharam dari DAP )


Bendera Amerika Syarikat



Bendera Liberia

Bendera Malaysia- Jalur Gemilang Yang Kini Dipertikaikan Orang

Saturday, September 17, 2011

Organisasi Yang Baik Kerana Anggotanya Baik



Hindarilah penyakit hati dalam kehidupan ini kerana ianya juga akan melemahkan organisasi.

Antara wabak-wabak hati yang boleh melemah dan merosakkan organisasi yang perlu dihindari oleh setiap anggota dalam organisasi ialah seperti berikut;

* Ego dan sombong

* Riak dan takbur

* Berprasangka negatif

* Cemburu dan iri hati

* Suka mencari kelemahan orang lain

* Kedekut dan tidak suka berkongsi

* Mementingkan diri sendiri

* Suka kepada pujian

Thursday, September 15, 2011

Menjelang Hari Malaysia 16 September 2011 : ISA yang kini di ISA kan

Banyak perkara yang timbul sempena Pembentukan Malaysia pada tanggal 16 September 1963. Sejak dulu hingga ke kemuncaknya pada peristiwa 16 September 2009 dimana sambutannya ada tetapi tak bermaya. Semua masih ingat apabila ada gerakan menukar kerajaan dengan isu perpindahan wakil rakyat pada tanggal tersebut. Susulan itu maka diumumkan 16 September 2010, hari cuti umum. Dan Kini 16 September 2011 , ISA yang dipuja oleh mereka yang memerlukan dan dikeji oleh mereka yang menentang kini diumumkan pemansuhannya.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

"Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.

"Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.

"Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya," tambahnya.


( Kita perlu membina generasi Malaysia yang berfikiran kritis dan kreatif untuk memajukan negara . Menggongkong membelenggu pemikiran akan membawa padah kepada kemunduran. Bangsa yang berjaya maju adalah bangsa yang hebat dalam pemikiran dan tindakan lebih lagi dengan konsistensi pegangan dan amalan agamanya.Menghindar dosa mengejar pahala. Aman dunia bahagia akhirat. )

Dan pada masa semua orang menyambut Hari Malaysia, YBM Tengku Razaleigh dan rakan dari semua komponen parti dan tanpa parti juga bersama menyambutnya dengan mendendangkan lagu berikut:

Monday, September 12, 2011

Menjana Kecemerlangan Pelajar STF/PPS 2011

Mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan Felda Gua Musang, Pegawai Penyelaras STF/PPS PPD Gua Musang dan PPD Tanah Merah bersama Guru Penyelaras STF/PPS dari 3 buah Sekolah Menengah yang terlibat lebih menjurus kepada usaha membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar menjelang peperiksaan PMR yang jatuh pada 4 Oktober 2011 dan SPM yang jatuh pada 15 November 2011. Pelajar ini tergolong dari pelajar STF dan PPS setiap sekolah.

Program yang akan dilaksanakan ini bersifat berpusat di mana seramai 20 orang pelajar setia sekolah berkumpul di Gua Musang selama 3 hari 2 malam dengan diisikan dengan pengkaedahan menjawab bagi semua mata pelajaran.

Terima ksih kepada pengurusan Felda yang menyediakan tempat dan kemudahannya di Pejabat Felda Chiku 6 dalam menjayakan mesyuarat ini.

Status Tanah Air Kita

Hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British,


Oleh Shannon Teoh

SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.


Betul kata ramai rakan, jika begitulah cerita kenyataan maka fakta sejarah wajib diubah kerana generasi kita ini diberi buku sejarah dengan bahannya menyatakan bahawa Negara kita dijajah mulai tahun 1511 hingga tahun 1957 apabila "Bapa Kemerdekaan" mewakili pejuang kemerdekaan melaungkan kata keramat MERDEKA.

Sunday, September 11, 2011

Malaysia's Mahathir: 9/11 not work of Muslims


The long-serving former Malaysian premier Mahathir Mohamad says Arab Muslims are incapable of carrying out the 9/11 attacks on the United States that killed nearly 3,000 people.

The ageing firebrand, who was in power in Malaysia at the time of the attacks and stepped down in 2003 after 22 years in power, slammed former US president George W. Bush ahead of the 10-year anniversary Sunday of 9/11.

Washington blames the attacks on Al-Qaeda.

"Bush lied about Saddam’s weapons of mass destruction... If they can lie so as to kill Iraqis, Afghans and American soldiers, it is not unthinkable for Bush & Co. to lie about who was responsible for 9/11," the 86-year-old wrote in his blog on Friday.

Listing out reasons in line with a conspiracy theory that the US government was behind the attacks, he wrote the Twin Towers in New York "came down nicely upon themselves".

"I believe Arab Muslims are angry enough to sacrifice their lives and become suicide bombers. But they or their handlers do not strike me as capable of planning and strategising such attacks so as to maximise the damage to the enemy," he said.

Mahathir, a fierce critic of the West, is known for his anti-Jewish and anti-American statements in Muslim-majority Malaysia.

Last year, he said if the US could make the 3D science fiction film Avatar, "they can make anything", adding there was strong evidence that the 9/11 attacks were staged.

He has also condemned Bush and then-British prime minister Tony Blair as "child killers" and "war criminals", saying they should be put on trial for the military invasion of Iraq.

Saya juga tidak percaya kerana kajian ilmiah pakar dari USA juga mengatakan ianya dirancang sendiri oleh elit pemerintah. Ingat tak bagaimana Presiden Amerika, JF Kannedy dibunuh di mana pembunuhnya ialah ejen CIA sendiri (dibongkar akhirnya)

Majlis "4 in 1"


Hari ini bertempat di Restouran Chengmai, Kota Bharu berlangsung majlis anjuran Badan Kebajikan Sektor Pengurusan Akademik. Majlis ini diadakan bertujuan:
1. Menyambut Aidilfitri
2. Meraikan Perpisahan Pn. Hjh. Rani Mutalib, KU TV JPN uang bertukar ke SMK Pintu Geng sebagai PKP
3. Meraikan Persaraan Wajib Pn. Hjh. Zainon bt S. Ahmad
4. Meraikan KSPA yang baru

Majlis bermula tepat jam 12.30 hari dengan dihadiri sebahagian besar ahli BKSPA. Antara pengisian ialah ucapan Tuan KSPA, Ucapan kedua-dua orang yang diraikan. Tamat jam 1.30 trngah hari.

Jasa Puan semua tetap kami ingati.

Saturday, September 10, 2011

Fakta Sejarah Tanah Air Ku..kita tidak dijajah


Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun

Jika itu faktanya maka mengapakah kita sambut merdeka saban 31 Ogos setiap tahun, sedangkan kita tidak pernah dijajah sehingga tahun 1957 ?

Dan semua orang menerima hakikat bahawa sejarah tidak pernah menipu.


Friday, September 9, 2011

Jangan Lagi Membuat Dosa

Mata melihat dosa
Telinga mendengar dosa
Hidung menghidu dosa
Mulut mengata dosa
Lidah merasa dosa
Tangan memegang dosa
Kaki melangkah dosa
Dari hujung rambut ke hujung kaki mengumpul dosa

Adakah kita ingin terus berdosa
Sedangkan kita boleh menghindari dosa
Bertaubatlah untuk tidak lagi membuat dosa

Sedangkan Baginda Nabi SAW mengulangi taubatnya sebanyak 70 kali sehari
Walaupun Baginda manusia maksum di sisi ALLAH SWT

Maka bertaubatlah dengan sebanyak-banyaknya agar kita semua merupakan antara insan terbaik disisiNYA.

Jangan lagi terus kekal dengan dosa kerana membebankan kita dihari kemudian.

( Khutbah Jumaat hari ini dengan temanya TAUBAT)

Thursday, September 8, 2011

Akui kesilapan-Terima kesilapan-Baiki Kesilapan


Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Demikian dilaporkan oleh AL-JAZERA

Kerana itu dah menjadi dosa. Kifarah penyelesaiannya.

Click to Watch out the video "Mistake in Announcing Eid 2011 source- Al Jazeera
Monday, September 5, 2011Saudi Government admitted their Mistake in Announcing Eid al-Fitr 2011

Wednesday, September 7, 2011

Puasa Sunat Enam Hari Bulan Syawal

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini.

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Tetapi jangan sekali-kali ditipudaya oleh syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

Antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini ialah esok aku raya.Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Tetapi sekiranya ada pertanyaan bolehlah kita men.jawabnya yang kita ni sedang berpuasa.Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Bersamalah kita renungkan.

Tuesday, September 6, 2011

5 Negeri Rasai Gempa 6.7 Skala Richter

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Gegarannya dilaporkan dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor, ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima panggilan dari orang awam berhubung gegaran tersebut.

"Pihak kami menerima beberapa panggilan pada pukul 2 pagi hingga 2.50 pagi tadi dari orang awam yang memaklumkan tentang gegaran yang dirasai di sekitar Shah Alam, Kuala Kubu Bharu, Selayang, pinggiran Batu Caves dan Ulu Bernam," katanya.

Jurucakap itu berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat gegaran tersebut.

--Bernama

Sekiranya ALLAH SWT menurunkan gempa dengan skala lebih besar lagi, bagaimana jadinya kita ? Bersama berdoa agar dijauhkan segala bencana. Teringat Tsunami tahun 2004 yang mengerunkan.

Saturday, September 3, 2011

Yang dekat dah penat apa lagi yang jauh..

Hari ini ada 2 aktiviti penting selain dari aktiviti rutin yang lain. Sebelah paginya mulai jam 10.00 ke Kota Bharu, jalan ok lah, normal tak lah sampai jem. Drop anak dan adik di Bazar Buluh Kubu dan selepas itu balik ke rumah, tiba jam 11.30 pagi sebab singgah di Wakaf Che Yeh sekejap, tukar mentol yang tak kena tapaknya.

Jam 11.50 pagi bertolak ke Machang, belarak waris ke Pangkal Melerek. Lalu ikut jalan Dewan Beta dan tiba di Simpang Machang melalui jalan lama satu jam kemudian. Ok jugalah walaupun jalan mulai jem di batu 27. Maklumat yang diterima mengatakan rumah pengantin dekat dengan SMK Pangkal Meleret. maka masuklah jalan ke Tanah Merah. alamak teruknya jalan, dari jam 1.00 tengah hari dengan jarak lebih kurang 2 km, tiba di rumah tempat bekwah jam 2.40 petang. Penat juga gerak perlahan ni. tetapi sekiranya maklumat yang betul, tentu tiba jam 1.10 tengah hari melalui jalan lama SMKA Wataniah, kerana rumah berkenaan terletak dekat dengan SK Pangkal Meleret.

Semasa dalam perjalanan, yang tak sepatutnya berlaku, berlaku. Potong Q tu tak kiralah orang muda atau orang tua, malah dikepalanya ada juga berkopiah. Pantang ada luang, potong.Sekecil kancil sebesar MPV , hentam sajalah asalkan lebih cepat sampai. Ada juga yang tersadai di tepi jalan, injin kepanasan. Juga ramai yang penat mengalah berhenti di restoran dan kedai pati di tepi jalan untuk minum makan menyegarkan tubuh dan minda sebagai persiapan untuk memandu seterusnya menuju ke destinasi masing-masing.

Kedengaran juga hon yang kuat dibunyikan, yang tak sepatutnya dibunyikan kerana semua pemandu begitu bersedia untuk bergerak, kecualikan pemandu di hadapan itu dah tertidur. Sekiranya itu berlaku, tentu sebahagian pemandu ada yang menyumpah seranah antara satu sama lain memandangkan emosi dah sesak seperti serabutnya jalan dengan pelbagai jenama kenderaan.

1 jam 40 minit dalam jarak sekitar 2 km, sebahagian besar penumpang, agaknya tentu kalangan anak beranak dan kaum keluarga kelihatan tertidur. Letih dan boring dengan suasana ini.

Gelagat dan telatah ini dimana pemandu dengan potong memotong, hon yang kuat dibunyikan serta sumpah seranah ini tak sepatutnya berlaku kerana baru 5 hari menyambut Hari Raya AidilFitri. Yang dah dibersihkan dosanya tetapi kini kembali menambahkan dosa. Dalam sebulan berpuasa, jaganya mulut, jaganya anggota dan pancaindera agar jangan melakukan dosa tetapi apabila diuji sedemikain, apa yang tarbiahkan itu hilang entah ke mana. Pi Mai Pi Mai Tan Tu Juga, masih mengulangi perangai hudoh yang sama. Yang sedihnya pelaku sedemikian adalah dari kalangan pegawai kerajaan yang telah diamanahkan sebagai role model masyarakat. Lagi sedih orang itu adalah seorang guru. Berkereta besar tetapi jiwanya kecil.

Itulah apa yang diperhatikan semasa bersama dalam jem tersebut. Bagaimana agaknya untuk mereka yang akan ke destinasi yang jauh. Semakin banyak cabaran minda dan tindakan apabila menghadapi beratus ribu kenderaan di jalan raya yang sama nanti.

Jam 3.30 petang, setelah menikmati makan tengah hari ditempat kenduri, kembali ke rumah sejam kemudian. Dan dalam majlis kesyukuran di rumah jiran, ada dimaklumkan yang bertolak jam 9.00 pagi baru sampai di Gua Musang jam 5.00 petang. Banyangkan lah jam berapa mereka akan sampai di Kuala Lumpur.

Itulah sanerionya perjalanan musim perayaan setiap tahun di mana saja. Yang dekat dah penat apatah lagi yang jauh. Yang pentingnya SABAR kerana ianya akan menyelesaikan masalah.





Friday, September 2, 2011

Perginya Seorang Pejuang Bahasa


Semalam telah berlangsungkawa seorang tokoh bahasa yang disegani. Kekal tegar memperjuangkan bahasa kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia sebagai bahasa penghantar bahasa ilmu bahasa untuk maju dengan acuan sendiri. Itulah Dato Dr. Hassan . Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya.Amin.


Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada jam 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, pagi esok sebelum Zohor.

Hassan meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.

Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

Petikan : Bernama


Dan inilah antara mengapa beliau dinobatkan pejuang bahasa:

8 Julai 2009 : Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Hassan Ahmad menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan dasar kontroversi PPSMI mulai 2012.

5 Mei 2009:kemaskini 3.12pm Dasar kontroversi PPSMI menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kelima-lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.

7 Mac 2009: kemaskini 6.19pm Polis melepaskan puluhan das gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI sekitar Kampung Attap bagi menghalang mereka ke Istana Negara.

8 Mac 2009:Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mengadakan pertemuan dengan perdana menteri sebelum perhimpunan agung Umno hujung bulan ini bagi menjelaskan pendiriannya.

8 Jan 2009:Bekas ketua pengarah DBP secara rasminya memimpin Gabungan Mansuhkan PPSMI yang membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

5 Jan 2009:Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu - yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


BAHASA JIWA BANGSA...Maka jika tiada bahasa makan bangsa itu tidak ada jiwanya. Setiap bangsa ada bahasanya dan Islam ALLAH berfirman dengan maksud kurang lebihnya berbunyi " tidak dijadikan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa melainkan untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain "

Belajarlah untuk mendapat ilmu dengan pelbagai bahasa tetapi jangan korban bahasa sendiri.

Thursday, September 1, 2011

Perginya Seorang Tokoh Pendidik


Beliau merupakan seorang yang mudah mesra. Setiap kali bertemu guru maka intipati motivasinya adalah "Back To Basic" iaitu kembali kepada asal..peranan serta tugas asal utama selaku seorang pendidik. Sekiranya para guru mengerjakan perkara ini dengan sebaik mungkin dalam peningkatan pengajarannya maka sudah semestinya pembelajaran anak murid mengalami peningkatan. Akan berkurangnya @ tiada lagi perkara yang membebani sehingga sekarang. Tiada pelajar yang tiada menguasai kemahiran asas seperti tulis-baca-kira kecualilah mereka yang teristimewa. Kreativiti dalam P & P guru memangkinkan pencapaian sedemikan. Yang primer dah dapat diselesaikan seawal yang boleh.


Saya diberi amanah dan berkesempatan sebagai Pegawai Penyelaras Tuisyen Al-Bukhary Peringkat Jabatan Pelajaran Kelantan. Saban tahun mulai 2005, beliau selaku Penasihat Tuisyen bersama Pegawai Strata Tuisyen AlBukhary Sdn Bhd, En. Abdullah , setiap tahun mengunjungi Jabatan Pelajaran Kelantan untuk bertemu dengan Guru Penyelaras Tuisyen AlBukhary yang ditaja oleh Tan Sri Ayed Mukhtar AlBukahry. Menjemput beliau di air port, bermesyuarat dengan guru penyelaras serta melawat tempat dan membeli belah sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Begitulah setiap tahun sehingga Tuisyen AlBukhary ditamatkan tajaannya pada tahun 2009. Sesungguhnya amat besar impak dalam kecemerlangan akademik pelajar semasa dibawah tajaan ini.

Dan itulah kenangan bersama beliau yang kini telah kembali ke rahmantullah semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Amin


Petikan Bernama

Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada jam l 1.20 pagi ini.

Allahyarham berusia 67 tahun.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang dan kemudiannya dibawa ke Putrajaya untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Pagi ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Abdul Shukor ialah bekas Ketua Pengarah Pendidikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh