.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Wednesday, August 31, 2011

Transformasi Insan Kamil


"Hati Suci Ditarbiyah Ramadhan"


Kini dah khatam menuntut di Madrasah Ramadhan
Banyak ilmu pengajaran
Begitulah banyaknya ilmu pembelajaran

Diajar yang tidak baik menjadi baik
Diajar yang mungkar menjadi makruf
Diajarnya fizikal menjadi bersih
Diajarnya hati menjadi suci
Diajarnya hati budi
Diajarnya pekerti

Maka semestinya setiap orang yang beriman
Mengamalkan pembelajaran

Agar mata menjadi baik
Agar telinga menjadi baik
Agar mulut menjadi baik
Agar lidah menjadi baik
Agar tangan menjadi baik
Agar kaki nenjadi baik
Agar fikir menjadi baik
Agar hati menjadi baik

Kerana itulah seorang insan kamil yang telah bertransformasi,
tidak akan mengulanginya lagi akan dosa yang telah dilalui.

__________________________________________________

Juga hari ini, negara ku menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 54. Merdeka fizikal, merdeka jiwa dan merdeka minda berlandaskan ajaran Islam yang mulia.

Tuesday, August 30, 2011

Salam AidilFitri Buat Semua


biar renggang di fana dunia

biar hina di mata manusia

biar semangat makin tua

biar harta makin tiada

biar akal makin berusia

biar jauh kedudukan kita

biar jurang pangkat kita

jangan tergadai silaturahim antara kita

sekiranya ada:

silap bicara

salah pekerti

terlebih bahasa

terkurang budi

ampun maaf dipinta

Dari
Blogger Sains 4 U
Selasa
1 Syawal 1432H

Monday, August 29, 2011

Makna 7.21 malam


Hari ini merupakan hari terahir umat Islam menunaikan ibadah puasa. Masih berkerja di pejabat dengan cuma 3 orang, yang lain majoriti ambil cuti, persiapan menjelang raya. Sekitar jam 9.30 pagi, Tuan Timbalan membuat kunjungan ke SPA untuk bertemu dengan ucapan hari raya dan sejam kemudian diikuti oleh Tuan Pengarah. Bersalaman dan saling bermaafan akan silap bicara tuturkata serta laku buat sepanjang tahun ini dan sebelumnya. Kerana kita makluk yang serba kekurangan sifatnya.

Jam 3.00 bertolak ke airport jemput anaknda yang baru balik dari Ireland untuk beraya bersama di kampung halaman yang berkebetulan musim cutinya. Sempat juga jumpa dengan Ustaz
Muhamad Haron bekas Mudir SMKA Melor, juga waris terdekat yang baru balik dari menunaikan umrah.

Juga dengan izin ALLAH dapat jumpa dengan Dato Prof Mohamad Shukry Yazid, Presiden dan CEO Management Science University (MSU) dan PTPL. Beliau merupakan sahabat lama semasa menutut di kelas yang sama Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di SMK Kota. Berpisah sekejap dan bersama kembali menjadi penuntut Matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. Sambung belajar di UKM Kampus Sains Lembah Pantai, Jalan Pantai baru, Kuala Lumpur dengan duduk satu dorm di Yayasan Pelajaran Mara, belakang NST Bangsar. Banyak kenangan kami bertiga termasuk Tn. Hj. Askury Kadir yang kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Petronas, Perak.

Setelah mengambil satay yang dah lama booking di Baung dengan harga kini 78 sen secucuk balik ke rumah untuk menikmati juadah berbuka yang ringkas, berbuka terakhir buat Ramadhan 1432 H ini. Sayu rasanya meninggalkan sebuah madrasah pendidikan membentuk insan kamil ini yang entah ada ke peluang untuk tahun-tahun mendatang. Hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Tempat jam 7.21 malam, azan berkumandang maka bertandanglah 1 Syawal menandakan hari kegembiraan buat mereka yang lulus cemerlang dari madrasah Ramadhan ini. AidilFitri memanifestasikan orang baru yang bersih dosanya. Dan harapan agar untuk masa yang mendatang nanti, kita semua tidak akan mengulangi segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini dengan taubat nasuha. Jangan ada lagi dikalangan kita "menghina agama kita sendiri". Sentiasa bertanyalah kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya agar kita bahagia hidup di sini dan di sana.

Selamat berpisah Ramadhan 1432 H, Semoga dapat berjumpa lagi dengan mu Ramadhan 1433 H. Dengan Izin NYA. Amin

Sunday, August 28, 2011

Kota Bharu Yang Penuh Sesak



Hari ini ambil cuti rehat, sama seperti oarang lain, buat sedikit persiapan nak raya yang mana puasa dah masuk hari ke 28. Jam 11 pagi bertolak ke KB hantar 2 anaknda dan adik. Hampir 1 jam berkereta, biasanya 15 minit sampai di ibu negeri Kelantan ini. Kemudian balik, laju sikit.

Jam 4.00 petang. setelah lena sekejap, bertolak pergi ke KB untuk jemput mereka balik. Turut bersama bonda untuk membeli juadah berbuka puasa. Laju sikit sebelah petang untuk ke pusat bandar, itu pun mengambil masa hampir 50 minit. Petang ini hujan turun dengan lebatnya bersama tiupan angin.

Menghala ke Bazar Ramadhan di pengkarangan Stadium Sultan Muhamad IV, pergerakan amat perlahan. Hampir 30 minit baru sampai. Pakir amat sukar. Beli belah sedikit lauk paut bertujuan untuk berbuka bersama seisi keluarga di rumah bonda yang tersayang. Ramai berduyung membeli lauk paut kueh mueh. Bukan saja orang Islam yang hadir tetapi juga disertai oleh rakan dari kalangan Tiounghwa dan India.

Membeli berpada agar tiada pembaziran. Sewaktu melalui meja urusetia, FAMA, DJ nya memaklumkan bahawa bilangan kenderaan yang masuk ke Kelantan sempena Aidilfitri 1432 H ini sebanyak hampir 2 juta buah. Fulumak kata ku.

Bermakna dalam masa seminggu ini, sukarlah pergerakan kenderaan di bandar Cik Siti Wan Kembang ini. Walau bagaimana pun, tahniah kerana saban tahun menjelang syawal, warga bumi kelantan tetap ingat akan negeri tumpah darahnya.

Saturday, August 27, 2011

Penghayatan Yang Tersurat dan Tersirat

"SEINDAH WAJAH SEINDAH HATI BUDI"


Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

manakala Rukun Iman:-

(1) Percaya kepada Allah
(2) Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
(3) Percaya kepada Malaikat-Malaikat
(4) Percaya kepada Kitab-Kitab
(5) Percaya kepada Hari Akhirat
(6) Percaya kepada Qada' dan Qadar

Tetapi mengapa pincangnya umat ini ?

Semuanya yang berlaku kerana tiadanya penghayatan total di kalangan umatnya sendiri. Begitu ramai yang dapat mengamalkan yang tersurat tetapi tak ramai yang dapat menghayati yang tersurat dan juga yang TERSIRAT.

Maka marilah kita bersama menghayatinya dengan amalan berterusan.

Friday, August 26, 2011

Berzakat Besedekah Amalan Mulia


Di hari baik bulan baik ini, zakat fitrah wajib ditunaikan oleh semua orang yang mengelarkan dirinya Islam. Juga zakat bagi harta benda bagi mereka yang mampu, demikian juga bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Biasa kita dengar bahawa tangan sebelah atas itu lebih baik dari tangan sebelah bawah.Tetapi bagi muslim yang baik ia tidak akan mengekalkan dirinya untuk sentiasa menjadi tangan di sebelah bawah. Mereka akan mencuba dengan kaedah halal untuk mencari pendapatan yang lebih bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka dan mereka ini juga mampu untuk menjadi manusia dengan tangan disebelah atas.

" Masuk ke hutan untuk mencari kayu api untuk dijual adalah lebih baik dari pergi meminta-minta "

Berzakat bersedekahlah kepada mereka yang amat memerlukan. Dan sudah semestinya kita perlu mengenali mereka ini, kerana di dunia fana ini kita membantu mereka manakala di akhirat nanti mereka akan membantu memimpin kita menunjukkan jalan menuju ke syurga.

Maka janganlah kita berbangga dengan pangkat, pengiktirafan, kuasa dan harta benda yang sekelumit cuma dipinjamkan oleh ALLAH SWT kepada kita semua.

Sentiasalah berzakat bersedekah kerana ia adalah amalan mulia.

Thursday, August 25, 2011

AIDILFITRI - MERDEKA JIWA BANGSA



Petikan Khutbah Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak

اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ :
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿١٥﴾ وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿١٦﴾ فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿١٧﴾ – سورة الطارق : ۱٥ - ۱٧


Sesungguhnya mereka bermati-mati menjalankan rancangan jahat. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau mengharapkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.


أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah.


Muslimin Muttaqin Yang Berbahagia,


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita juga harus bersyukur kerana sambutan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada hari raya kedua yang merupakan saat kita mengecap kemenangan menundukkan hawa nafsu kita.


Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah salah satu nikmat Allah yang cukup besar kepada kita semua. Islam menuntut umatnya berjihad untuk mendapatkan dan mempertahankan kemerdekaan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berjihad dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka bagi tujuan melaksanakan Syariat Allah seluruhnya.


Maka kemerdekaan adalah satu wasilah terpenting untuk melaksanakan Syariat Allah, bukan merupakan satu perayaan yang semata-mata diraikan, seolah-olah kita memberikan pengiktirafan kepada dosa-dosa penjajah yang memeras hasil bumi kita yang tercinta. Para Sahabat bukan sahaja mencari kemerdekaan di Madinah malah turut berjihad memerangi Negara-negara lain untuk memerdekakan rakyatnya daripada cengkaman pemerintahan kuffar kepada kebebasan memilih aqidah Islam.


Sidang Jumaat Sekelian,


Sekian lama kita menyambut kemerdekaan, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Kita masih lagi menjadi Bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehidupan masyarakat dan negara. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyarakat dan menghadapi krisis identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas dalam segala hal, malas membaca, malas berfikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Sudah merdekakah diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan Negara ? Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya, dengan melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata.


Ada juga orang yang berpendapat bahawa kemerdekaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini, walaupun tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyukuran.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan, maka kita perlu mengetahui apakah pandangan Islam terhadap kemerdekaan. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia.


Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam walaupun kita melihat ramai umat Islam disiksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.


Kaum Muslimin Yang Berbahagia,


Mungkin banyak kesilapan yang kita lakukan dalam menghayati semangat kemerdekaan selama ini. Kita mewarisi pendekatan penjajah yang menjadikan kita sebagai bangsa yang lemah. Melayu dan Umat Islam menjadi lemah kerana penjajah mahukan kita menjadi lemah. Kita dimomokkan dengan gelaran peribumi dan dibiarkan karam dengan ego sebagai Bangsa Tuan dan ujub yang ketuanan tersendiri. Bangsa asing dilatih dan didedahkan dengan aktiviti ekonomi sehingga mereka mampu berdikari. Jiwa Melayu tidak pernah dibangunkan dengan kekuatan semangat sehingga mereka hilang jati diri. Melayu dibiarkan terus lemah sehingga jiwa dan minda mereka sebati dengan kelemahan. Kebanyakan kita sudah menerima bahawa bangsa kita adalah bangsa yang lemah dan tidak akan ada jalan untuk menghilangkan kelemahan tersebut.


Sidang Jumaat Sekelian,


Islam mempunyai kaedah dan pendekatan yang amat berkesan dalam membangunkan jiwa umatnya. Islam tidak pernah menghina manusia malah menaikkan semangat umatnya dengan pujian dan pengiktirafan.
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ ﴿٤﴾
Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian
– At-Tin : 4
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾
Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang terhebat jika kamu orang-orang yang beriman.
– Ali Imram : 139.


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah
– Ali Imran : 110


Sidang Jumaat Sekelian,


Kita tidak boleh lagi menganggap Bangsa kita adalah bangsa yang lemah. Jangan lagi kita mengulangi ungkapan “Melayu Mudah Lupa”, “Melayu Haprak”, “Janji Melayu” dan sebagainya. Tonjolkanlah kejayaan dan kehebatan yang ada pada bangsa kita agar generasi akan datang merasa malu untuk mengaku sebagai Islam dan Melayu selagi belum memiliki kehebatan tertentu. Anggaplah kelemahan yang ada pada kita sebagai satu cabaran untuk kita melakukan perubahan bukan isyarat kehancuran buat generasi akan datang.


Wahai insan-insan bertaqwa sekelian,


Satu-satunya jalan untuk menjadi bangsa merdeka dan mengekalkan kemerdekaan adalah dengan membentuk masyarakat bertaqwa. Mana mungkin Allah akan mengangkat martabat bangsa yang terus-terusan menderhakaiNya. Apalah gunanya kebebasan fizikal. Jika hati masih terpenjara. Apalah gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Apalah gunanya kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Wednesday, August 24, 2011

Post Mortem PMR-SPM 2011


Hari ini, Alhamdulillah dapat bersama dengan semua Pengetua, PK P , Guru Kanan Sains Matematik serta Guru Kanan Sains Sosial dalam membicarakan percapaian serta tindakikut yang perlu dibuat oleh semua pengurus sekolah ke arah meningkatkan pencapaian keseluruhan dan kecemerlangan peperiksaan awam PMR dan SPM yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Kesemua 15 buah sekolah menengah di PPD Pasir Puteh hadir bersama dengan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah serta Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN bersama pasukannya.

Pembentangan dapatan berdasarkan PKBS2 telah dibuat oleh Penyelaras SPM Peringkat JPN iaitu Tn. Hj. Hilmi Abdullah merangkap KPP Matematik Negeri, manakala PMR oleh Clk Halizah Mat Zin selaku Penyelaras PMR Peringkat JPN, merangkap PP Matematik Negeri. Turut membantu ialah Pn. Hjh. Zalina Zakaria selaku PP Sains Negeri bersama pasukan urusetia peringkat PPD Pasir Puteh.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini diakhiri pada jam 2.00 petang dengan ucapan perumusan oleh Tuan KSPA. Antara lain yang amat menarik ialah Pengurus yang baik akan sentiasa dibantu oleh penolong-penolongnya yang baik.

Tahniah kepada semua sekolah yang sentiasa meningkat pencapaiaanya dan yang belum capai gunakan kesempatan masa dan ruang yang ada untuk membantu anak didik calon PMR-SPM ini agar lebih bersedia dan dapat mencapai kejayaan yang diidamkan.

GPS Sekolah > Daerah > Negeri > Kebangsaan : Maka secara langsung akan terserlahlah hebatnya kita.

Tuesday, August 23, 2011

SPA: Mesyuarat Pelaksanaan Dasar KPM


Bermula jam 9.00 pagi di Bilik Bestari 2, BTPN Kelantan berlangsung mesyuarat Pelaksanaan Dasar KPM yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Pengarah. Alhamdullilah semua jemputan hadir berjumlah 72 orang termasuk urusetia. Ahli mesyuarat terdiri dari Tuan Timbalan Pengarah, semua KS dan semua PPD @ wakilnya.Juga semua KPP/KU serta pegawai dari SPA termasuk KPP Peperiksaan & Penilaian bersama Pegawai Meja UPSR, PMR, SPM dan STPM semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Kelantan.

Pengisian mesyurat adalah berkisar tentang status pelaksanaan dasar KPM di peringkat JPN-PPD. Antara yang diberi fokus kali ini ialah:

1. LINUS
2. KSSR
3. MBMMBI
4. PBS
5. SAPS
6. KPI (Akdemik) UPSR-PMR-SPM-STPM (Sebagimana format BPSH , KPM)

Antara amanat penting, YABrs. Pengerusi ialah program-program mantap anjuran JPN-PPD untuk memenuhi hasrat dasar KPM ini bersandarkan data imperikal yang tepat sah dan boleh dipercayai. Majlis berakhir tepat jam 1.40 tengahari.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini. Jumpa lagi dilain kali dalam siri mesyuarat berikutnya.

( Alhamdullilah walaupun agak penat tetapi berbaloi dengan persediaan yang perlu dibuat sejak dari minggu lepas lagi )

Monday, August 22, 2011

Di penghujung Ramadhan Ini


إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
(Surah Al-Fath 48: Ayat ke 8)

Daripada Aishah r.a."Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya".

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Petikan: 1 Love Islam

Bersama memanfaatkan hari-hari yang penuh bererti ini.

Sunday, August 21, 2011

Mustajabnya doa sebelum berbuka


Kita sering lupa mengambil kesempatan memohon doa sebelum masuknya waktu berbuka puasa atau azan Maghrib, iaitu waktu mustajab berdoa.

Sementara menanti alunan azan, sebaiknya waktu lima minit direbut bagi memohon hajat kepada Yang Maha Esa. Alangkah ruginya jika waktu itu dibazirkan dengan berbual kosong atau hanya menonton televisyen.

Sepanjang Ramadan langit dibuka setiap saat, pintu syurga dibuka seluas-luasnya sementara pintu neraka ditutup. Justeru, mintalah apa saja yang kita hajatkan kerana dengan izin Allah, permintaan itu akan dimakbulkan.

Jika kita belum pernah berdoa sementara menanti waktu berbuka, dalam minggu akhir Ramadan ini, marilah jadikan ia amalan wajib. Luahkan segala apa yang terbuku dalam hati, mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan kita.

Begitu juga apabila menjamah juadah, hendaklah dilakukan mengikut tertib, jangan terlalu gelojoh walaupun tidak dinafikan sudah penat seharian kita menahan nafsu makan. Sebaiknya dimulakan dengan makan kurma mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Kemudian berhenti sekejap untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menikmati juadah berat bagi menjana tenaga untuk menunaikan tarawih.

Bagi mereka yang menghidap penyakit, pastinya perlu berhati-hati di bulan puasa ini supaya kesihatan terpelihara. Tambahan pula bagi yang berkemampuan berpuasa, akan berdepan cabaran hebat.

Kita perlu reda dengan ujian penyakit yang Allah datangkan kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.

Semoga kesungguhan kita menjiwai mukjizat al-Quran pada Ramadan yang menjanjikan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka, Allah meringankan ujian yang diberi kepada kita dan beroleh kesihatan diharapkan.

Bersama kita amalkan.

Saturday, August 20, 2011

Keaiban Yang Ditutup ALLAH



20 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu.


Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.


Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "


Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)


Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.


Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!


Firman Allah:


"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.


Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:


"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:


"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)




Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.


Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.


www.iluvislam.com

Friday, August 19, 2011

Al Quran : Membaca Memahami Menghayati Mengamal


Amat tertarik isi khutbah hari ini. Boleh dikatakan setiap rumah ada kitab suci Al Quran. Jika tiada entahlah bagaimana ia mendakwa dirinya seorang Islam. Jika sekali sekala menengok baca, ok lah tu. Tetapi jika disimpan kerana rasa sayang disebab harga beratus ringgit, tak patutlah.

Didalamnya penuh makna, yang dapat dicapai dan tak dicapai oleh pancaindera dan akal. Semua ada, kisah dulu, kisah kini dan kisah akan datang. Semuanya diceritakan. Ia nerupakan manual operasi makhluk manusia ciptaan ALLAH SWT samada secara zahir dan batinnya.

Tetapi mengapa masih ada di kalangan kita yang bergelar muslim ini hanya mengambil yang menguntungkan kita semasa dan menolaknya jika ia merugikan. Walhal apa yang ada didalamnya yang berupa suruhan dan larangan NYA perlu kita patuhi. Segala amal makruf nahi mungkar semuanya dah lengkap untuk kita selaku makhluk NYA.

Semoga dalam akhir-akhir Ramadhan ini, dengan penuh segala pahala fadhilatnya, bersamalah kita mengambil kitab suci ini dengan membaca, memahami, menghayati dan seterusnya kekal mengamalkan segala perintah dan larangan NYA agar kita menjadi manusia yang benar-benar manusia. Maka tidak akan ada lagi kerosakan di dunia ini akibat buat laku manusia yang zalim.

Kita renungkan bersama.

Thursday, August 18, 2011

Akan Tiba Giliran Nanti.. Insyaallah


Alhamdulillah, hari ini berlangsung majlis send off Tn. Hj. Ab. Razak Mat Saat, Ketua Sektor Pengurusan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan. Majlis disempurnakan jam 2.00 petang dan punch card terakhir jam 3.30 petang sebelum rombongan menghantar beliau bertolak ke rumahnya di Pasir Puteh.

Sepanjang perkenalan dan berkerja di jabatan ini, beliau merupakan seorang yang mudah baso dan sering memberi nasihat panduan ilmu agama dalam menjalankan rutin kehidupan ini. Tegas tetapi penuh dengan kemanusiaan.

Wednesday, August 17, 2011

Dua Peristiwa Besar Dalam Bulan Ramadhan


Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Tuesday, August 16, 2011

Hari ini Nuzul Al-Quran


Hari ini ialah hari ke-16 Ramadan 1432 Hijrah, bersamaan 16 Ogos 2011. Di musim Ramadan ini ramai yang mengaji, bertadarus atau membaca al-Quran. Ia sememangnya satu amalan yang baik yang mendatangkan pahala, insya-Allah. Namun siapakah yang sebenarnya membaca al-Quran di sisi Allah?

“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)

Berhubung dengan ini Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)

Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa mereka yang benar-benar membaca Kitab Allah ialah mereka yang membacanya ‘haqqa tilaawatih’. Siapakah mereka itu? As-Syeikh Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir mendatangkan pendapat sahabat Abdullah ibn Masud ra yang berkata: “Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya (iaitu haqqa tilaawatih) ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.”

Untuk tujuan ini kita perlu memahami apa yang kita baca dan bukan sekadar membaca, mengaji dan bertadarus begitu sahaja. Allah berfirman, “Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)

Ketika menerangkan maksud ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.

Ramai dari kalangan umat Islam di Nusantara pada hari ini lebih mengutamakan pembacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul tanpa banyak memberi tumpuan kepada kefahaman ayat, sedangkan Allah menghendaki umat Islam memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran. Apabila mesej al-Quran dapat difahami dengan betul, barulah penghayatan akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Selamat MENGAJI dan MENGKAJI.

Petikan dari artikel Oleh Dr Danial Zainal Abidin (www.mindasuper.com)

Esok 17 Ogos 2011 (Rabu), Negeri Kami Kelantan Darulnaim cuti umum sempena Sambutan Nuzul Quran ini..Jadikan Al Quran Pedoman Hidup.

Monday, August 15, 2011

Saturday, August 13, 2011

Indahnya Dunia Ciptaan Ilahi



Sekiranya inilah betapa indahnya dunia yang fana , maka bagi orang yang beriman maka indah lagi akhirat. Bersamalah mencari kunci untuk menikmati keindahan di sana. Hanya bertaqwa kepadaNYA dengan sebenar-benar TAQWA.

Friday, August 12, 2011

Doa Di Bulan Ramadhan


Semua dah sedia maklum bahawa Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Amalan di dalamnya penuh pahala berganda lebih-lebih lagi malam seribu bulan "Malam Lailatul Qadar". Maka gunakan kesempatan ini yang belum tentu diperolehi buat tahun mendatang, untuk mendapat semaksimum fadilatnya.

Amalam doa diperbanyakkan agar segala apa yang telah dilakukan akan diberkati dan dimakbulkan dan apa yang mendatang nanti sentiasa mendapat redha NYA. Sentiasa muhasabah diri dengan apa yang dilakukan yang dikategorikan berdosa. Usaha yang dilakukan selama ini dan akan datang adalah usaha terbaik untuk kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat.

Dan mengikut tazkirah Ramadhan hari ini, pada setiap kali berdoa, nyatakanlah

" YA ALLAH AMPUNI LAH DOSA KU, DOSA KEDUA IBUBAPA KU, DOSA KAUM KELUARGA KU....
( dan mintalah apa yang dihajati dengan kehendakNYA ke arah amal makruf nahi mungkar )"


Serta beristiqamah agar tidak akan melakukan dosa lagi sebagaimana sebelum ini.
Jadilah orang baik untuk semua manusia dan segala makhluk ciptaan NYA

Thursday, August 11, 2011

Majlis Serah Tugas Ketua Sektor.. SELAMAT DATANG

Hari ini jam 11.30 pagi, bertempat di bilik YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan berlangsung majlis serah tugas antara Ketua Sektor Pengurusan Akademik dengan Ketua Sektor Peperiksaan Dan Penilaian Jabatan Pelajaran Kelantan. YBrs.Tuan Hj. Jaafar Ismail,yang bertukar tugasnya ke Sektor Pengurusan Akademik telah menyerahkan tugas kepada penggantinya, YBrs. Tuan Hj. Zulkipli Mohd Noor yang bertukar tugas dari Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai. Majlis disaksikan sendiri oleh YABrs. Tuan Hj. Hussain Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan bersama YBrs. Ketua Sektor Pembangunan dan Perkhidmatan beserta pegawai-pegawai dari SPA dan SPP.

Sebelum itu, jam 9.00 pagi, majlis menghantar Tuan KSPA dari SPP telah berlangsung di mana beliau diiringi oleh pegawai-pegawai dan staf SPP ke tingkat 3 SPA. Dah secara kebetulan YBhg. Tuan Hj. Mohd. Adnan Mohd Noor, mantan KSPA juga hadir. Begitu meriah suasanannya.

Juga sekitar jam 10.00 pagi, rombongan pegawai dan staf PPD Kuala Krai juga turut menghantar mantan PPD nya ke SPP.


SELAMAT DATANG .. SELAMAT BERTUGAS

Wednesday, August 10, 2011

Tarikh Tutup SAPS Kini Dilanjutkan


Hari ini sempat membuat lawatan pemantauan ke tempat bengkel SAPS kepada SUP semua sekolah PPD Machang . Tempat yang sama sebelum ini kerana kemudahan talian internetnya. Dewan PKG Jambu Lawar dipenuhi dengan SUP dari 10 sekolah Menengah dan 29 sekolah rendah. Pelaksanaan bengkel boleh dikatakan berkesan kerana jam 12.00 tengah hari dah dapat ditamatkan. Turut bersama sekali lagi ialah Tuan PPD Machang.

Untuk makluman , bengkel SAPS hari berlangsung di empat lokasi iaitu di PPD Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Jeli. Semalam di PPD Kuala Krai, dan esok semua PPD akan menyelesaikannya.

Saya berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dengan memaklum agar semua SUP sekolah dapat melaksana dan menyelesaikan tugasan ini dengan tepat dan sempurna. Kesabaran dalam pekerjaan key in angka ini amatlah diharapkan. Dan sesuatu yang melapangkan dada ialah tarikh wajib hantar yang sepatutnya pada 15 Ogos 2011 kini dilanutkan ke 2 September 2011.

Walaupun bagaimanapun , lebih awal lebih bagus.

Tahniah kepada urusetia dan JU En. Azhan diatas kelicinan mengendalikan bengkel ini.

Tuesday, August 9, 2011

TQVM My PM



Semalam 8 Ogos 2011, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Kewangan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awan termasuk yang dah pencen. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.Sebelum tahun 2007, bonus akan menjadi tajuk untuk setiap kali bajet. 2 Bulan ke? satu bulan ke? di mana Ceupecs akan memohon kebiasaannya 2 bulan gaji.

Tetapi mulai tahun 2008, istilah bonus lenyap dan digantikan dengan wang bantuan sebanyak RM500 bagi semua kategori penjawat. Kemudian istilah ini dikembalikan semula pada tahun 2011 untuk bayaran yang akan dibuat pada pertengahan bulan puasa ini. Sumber kewangan yang begitu diharapkan oleh majoriti penjawat awam memandangkan kos kehidupan yang dah mendadak meningkatnya.

Berdasar pengalaman sebelum ini, apabila harga minyak petrol naik, maka harga barangan keperluan ikut naik bersama. Tetapi yang agak dikesali ialah kenaikannya agak besar skalanya. Jika pada tahun 2008 harga murtabak RM 1.20 sebiji, kemudian selepas itu naik ke RM 1.50 dan RM 1.80. Sebelum bulan Ramadhan 1432 H ini, harganya RM 2.00 sebiji, kini apabila hari pertama Ramadhan harganya dah menjadi RM 2.50 sebiji. Kenaikan nya dah menjadi 25 %.

Bermakna bonus ini banyak meringankan beban penjawat awam seluruh negara. yang dikhuatiri nanti, harga barangan turut naik. nantu selepas berbelanja raya, pendapatan yang dah tetap sama tetapi barang tak akan turun. Bererti dalam bank ada RM yang perlu dikekalkan untuk menghidupkan hayat buku bank sahaja.

Walau apapun. Terima Kasih PM

Monday, August 8, 2011

Modul Pecutan Kecemerlangan Kini Siap Untuk Edaran


Modul Pecutan Kecemerlangan UPSR, PMR dan SPM yang diterbitkan oleh Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan kini telah siap untuk diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah negeri Kelantan.

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, modul ini dihasilkan dari susulan penghasilan Modul Cakna Akademik yang banyak membantu mencemerlangkan pencapaian A dan peratus keseluruhan peperiksaan awam berkenaan.

Modul yang dihasilkan oleh gabungan kepakaran Guru Cemerlang dan Guru Sumber Mata Pelajaran ini diharap akan dapat digunakan oleh semua sekolah sebelum menjelangnya peperiksaan nantu.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan siri penerbitan ini.

Inisiatif ini adalah untuk kejayaan kita semua.Manfaatkan lah.

Sunday, August 7, 2011

Bengkel SAPS bersama PPD

Bertempat di PKG Jambu Lawar, Machang, Kelantan berlangsung sesi bengkel dalam menjayakan SIP NKRA Pendidikan. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, ringkasnya SAPS adalah satu instrumen melengkapkan SIT dalam komponen SIP berkenaan. Sistem ini telah dibangunkan pada Julai 2011 dan perlu digunapakai oleh semua sekolah di seluruh negara sebagai 1 sistem HC yang standard.

Sudah sedia maklum bahawa semua negeri termasuk Kelantan telahpun membangun dan mengaplikasikan sistem HC nya sendiri(Kelantan dengan JC3). Walau bagaimanapun, SAPS adalah berkonsepkan One Stop Data Center menggunakan sisem pengoperasian atas talian @ on line.

Bengkel yang bermula jam 9.00 pagi ini, dihadiri seramai 40 orang pegawai dan JU daerah, diisikan dengan taklimat mengenai dasar dan konsep SAPS. Setiap PPD dihadiri oleh 1 Pegawai HC, 1 Pegawai Akademik dan 1 JU manakala setiap unit di SPA di wakili oleh seorang pegawai ( Pegawai HC PPD telahpun didedahkan dengan SAPS semasa bengkel bersama Pegawai NKRA di Hotel Grand Continental Kuala Tererngganu pada 6-7 Julai 2011- Saya mewakili Tuan KSPA ketika itu bersama KSPP dan Wakil KSICT ).

Mewakili Tuan KSPA, saya sekali lagi menjelaskan tentang kehendak YAB Menteri Pelajaran agar semua analisia peperiksaan dalaman sekolah menggunakan SAPS. Perbengkelan dipermudahcarakan oleh Rn. Ehsham Mat Husin dengan dibantu oleh En. Nasir Mohd Noor dari SPA.

Sepanjang sesi, semua pegawai diperjelaskan bagaimana pengoperasian SAPS dilakukan. Dari mendafar SUP sehinggalah memasukkan TOV, ETR, dan AR. Simulasi penggunaan SAPS bersama 2 orang guru SK Jambu Lawar banyak membantu. Soal jawab lazim memantapkan pemahaman mengenainya di mana semua pegawai PPD yang hadir termasuk JU nya akan melaksanakan siri pendedahan SAPS kepada SUP dan guru di daerah masing-masing.

Ketetapan tarikh pelaksanaan siri tersebut telah diambil dimana ianya akan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos ini. Semoga nanti semua sekolah akan menyelesaikan tugas ini menjelang 15 Ogos 2011 sebagaimana kehendak Unit NKRA Pendidikan.

Bengkel ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tn. H. Nasir selaku Tuan PPD Machang.

Akhir bengkel , saya memohon semua sahabat yang mewakili PPD agar dapat bersama melunaskan tugas ini dengan sebaik mungkin kerana banyak cabaran angka, angka, angka bersama guru kita nanti. Kerana sabar itu berkat.

Terima kasih kepada semuanya yang menjayakan sesi kali ini. Sekian.

Saturday, August 6, 2011

Air Ori Kelapa Muda Untuk Berbuka



Alhamdulillah, berbuka puasa semalam dengan kurma dan air buah. Buah kelapa muda dengan air dan isinya. Lazat dan menyegarkan. Apatah lagi, air ori. Tentu ada juga khasiatnya. Dan inilah diantaranya,

1. Air kelapa ternyata lebih bernutrisi dari susu berkrim karena tidak mengandung kolesterol dan rendah lemak.

2. Air kelapa dapat memperbaiki peredaran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.

3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika Anda mengidap penyakit batu ginjal, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan membantu memecah batu ginjal dan memudahkan mereka keluar dari tubuh.

5. Air kelapa juga dikenali sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

6. Jika Anda masih merasa pening karena mabuk, tak ada yang bisa memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.

7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit dan potassium . Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah dan fungsi organ jantung.

Lantas saya seorang peminum air kelapa.. kelapa tua atau kelapa muda.

Friday, August 5, 2011

" MAKHLUK PEROSAK" Peninggalan Yakjuj Makjuj


Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh aeorang pendakwah selepas selesai solat Fardu Jumaat hari ini sungguh bermakna. Menyentuh mengenai kesan tarbiyah Ramadhan kepada umat Islam. Adakah puasa wajib yang dilakukan setiap hari sepanjang Ramadhan ini hanya yang dapatnya lapar dan dahaga sahaja, sedangkan segala amal ibadat yang disuruh ALLAH, sekiranya kita melakukannya akan dapat pahala yang melimpah ruah.

Kesan tarbiyah ini menjadikan seorang dari bergelar MUSLIM kepada bergelas MUKMIN dan seterusnya bergelar MUKTAKIM. Menjadi seorang muslim begitu mudah hanya sekadar mengucap dua kalimah syahadat. Tetapi untuk menjadi seorang mukmin apa lagi muktakim begitu mencabar. Orang mukmin tidak akan melakukan dosa, tetapi orang Islan yang sekadar mengaku dimulut sahaja banyak melakukan dosa. Penipuan, perompakan, penzinaan, adu domba, pemfinah, perasuah, pembunuhan anadalah antara conoh amalan seseengahnya. Mereka tidak takut azab neraka, walaupun dah sejuta kali diberi peringatan. Bulan puasa mereka puasa tetapi mereka tipu juga.

Tarbiyah Ramadhan dalam madrasahnya banyak mengajar manusia tentang ketuhanan dan kemanusiaan. Ibadah puasa yang diamalkan oleh makhluk ciptaan ini hanya boleh dilihat oleh ALLAH SWT sahaja, tidak boleh dilihat oleh manusia lain kecuali orang iu makan dan minum dihadapannya. Rukun Islam yang lain iaitu mengucap dua kalimat syahadah, solat lima waktu, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji boleh dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Ibadat dengan 24/7 untuk sebulam ini memandu kita untuk melaksanakan segala suruhannya dan meninggal segala larangannya. Bermula puasa malam pertama dengan solat sunat terawih selepas solat fardu Insya'. Begitu banyaknya fadilah solat ini pada setiap malam dari malam pertama sehinggalah malam ke tiga puluh. Malamnya dan siangnya pula boleh dipenuhi dengan bacaan ayat suci Al-Quran Karim serta lebih afdal dapat memahani terjemahannya. Qiyamullah amat dituntut untuk kita melakukannya bagi mnerefleksi diri tentang laku buat kita sebelum ini. Dan sekiranya malam berkenaan jatuh pada malam Lailatuqadar maka ganda pahalanya melebihi ibadat seribu bulan.

Siangnya selepas waktu imsyak hingga waktu mahgrib, kita tidak dibenar makan dan minum sebagaimana aturan yang ditetapkan. Menghindari mana-mana perkara perbuatan yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkannya. Segala pancaindera digunakan untuk mendapat pagala bukan menanbah dosa sebagaimana sebelum tibanya bulan yang mulia ini, penghulu segala bulan.

Mata tak perlu memandang perkara maksiat, telinga tak perlu mendengar perkara buruk, hidung tak perlu menghidu bauan busuk, mulut lidah tak perlu beromongan kosong dan bercakap biadat umpat keji fitnah hina. Kaki tak perlu melangkah ke tempat maksiat, tangan tak perlu menjamah barangan maksiat. Otak jangan fikirkan yang buruk

Mata pandanglah yang baik, telinga dengarlah yang baik, hidung hidulah yang baik, mulut lidah bercakaplah yang baik, kaki berjalanlan ketempat yang baik, tangan jamah peganglah yang baik. Fikirkan yang baik.

Bila azan maghrib, berbukalah dengan hidangan lazat berkhasiat, elakkan pembazairan. Makan dan minum berlebihan menjejaskan keselesaan dan kesihatan. Kekenyangan akan membantutkan pengerakan akibat keletihan kerana terlebih makan. Sungguh ramai lagi manusia diluar sana yang hanya dapat sesuap nasi untuk meneruskan hidup.

Tarbiyah ini juga mengajar kita tepat waktu, azan saja terus buka, jangan lengahkan, nanti pahala sikit. Sahur pastikan sebelum waktu imsyak, lakukan sahur walaupun dengan seteguk air, dapat pahalanya.

Demikianlah serba sedikit pengajaran puasa yang kita laksanakan saban tahun di bulan mulia ini, Cuma kesannya yang boleh dipersoalkan. Lantas boleh tanya diri kita, adakah aku selepas selesai Ramadhan ini:

Jika dulu aku jahat , kini aku orang baik
Jika dulu aku penipu, kini aku tidak lagi
Jika dulu aku pemfitnah adu domba, kini aku dah tinggalkan
Jika dulu aku pengotorm kini aku dah menjadi bersih
Jika dulu aku pembazir, kini aku berhemah
Jika dulu aku kedekut, kini aku penderma
Jika dulu aku tiada intergriti, kini aku berdisplin
Jika dulu aku buruk-buruk-buruk, kini aku baik-baik-baik

Adakah kita mahu mengolongkan diri kita sebagai pengikut Yakjud dan Makjud yang merosakan sebagaimana pengajaran dalam surah Al-Kaffi ?

Adanya pengikut Yakjud dan Makjud inilah yang membuatkan kehidupan manusia tak tenteram walaupun dia mengaku beragama Islam.

Kerana Ramadhan tahun akan datang adakah lagi untuk kita.
Umat Islam yang baik, dia bukan MAKHLUK PEROSAK

Insaflah wahai manusia jika dirimu bernoda...

Thursday, August 4, 2011

INILAH FADHILAT MALAM-MALAM RAMADHAN


Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “

Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

INSYAALLAH KITA MAMPU MELAKUKANNYA..

Tuesday, August 2, 2011

Amalan-amalan di Bulan Ramadhan


Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan, anataranya ialah:
- bau mulut orang yangberpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi ALLAH
- para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
- syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan
- syaitan-sayaitan dibelengu sepanjang bulan Ramadhan
- pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup
- terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan . Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.
- orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
- Pada setiap malam Ramadhan tersenarai disisi ALLAH nama-nama hambaNYA yang bebas daripada api neraka.

Maka diantara amalan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:

1. BERPUASA
Amalan Wajib dimana satu kebaikan seumpama sepuluh hingga 700 kali ganda.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketiak berbuka dan ketika bertemu dengan ALLAH. Berpuasa memberi banyak faedah kepada kehidupan jasmani dan rohani. Dalam konteks rohani, ia amat berfaedah untuk menjinakkan nafsu yang liar, melatih untuk bersabar, memahami erti kefakiran , kesusahan dan sebagainya.

2. MEMBACA AL-QURAN
Para ulamak bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al_Quran pada bulan Ramadhan. Sebahagian mereka mengkhatamkan al_Quran dalam tempoh 3 malam. sebahagian setiap satu minggu dan sebahagian mereka dalam tempoh 10 hari sekali. Mereka membacanya ketika di dalam solat dan juga di luar solat. Iman asy-Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 50 kali dalam bulan Ramadhan dan beliau membancanya diluar solat.

3. QIYAMULLAIL
Bagi seorang mukmin apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengan dua jihad di dalam dirinya. Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail.Sesiapa yang berjaya melakukan dua jihad ini dengan melaksanakan hak-haknya dengan sabar dan sempurna maka ganjarannya amat besar tidak terhingga.

Qiyamullai adalah amalan kebiasaan Nabi dan para sahabat yang tidak pernah ditinggalkan oleh mereka. Khalifah Umar al_Khattab akan bersolat malam seberapa banyak. Setiap jemaah hendaklah menyempurnakan solat terawaih bersama iman supaya namanya tertulis dikalangan orang-orang yan Qiyam (orang yang berdiri solat)

4. BERSEDEKAH
Rasulullah adalah manusia yang sangat pemurah dan Banginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Takutlah apai neraka walaupun dengan bersedekah dengan sebelah tamar. Bersedekah dapat dibahagi kepada 2 iaitu,

a) Memberi Makan
Para ulamak salaf sangat menitikberatkan amalan memberi makan dan mendahulukannya daripada ibadat-ibadat lain. Iannya samada dengan memberu makan orang yang kelaparan ataupu kawan-kawan yang soleh dan tidak disyaratkan hanya kepada orang faqir.Ibadat memberi makan akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, seperti rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan dan ini akan menjadi salah satu sebab untuk masuk syurga.

Sabda Rasulullah yang bermaksud
" Tidak masuk syurga seseorang itu sehingga ia beriman, dan tidak beriman sehingga ia saling mengasihi " (HR Al_Bukhari)

b) Memberi makan (berbuka) bagi orang yang berpuasa
" sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan iannya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun " (HR At-Tirmizi)

5. MENJAGA LIDAH, MENGURANGKAN KATA-KATA DAN MENJAUHI SIFAT DUSTA
Dengan berpuasa, sesorang perlu menahan daripada pembohongan dan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah apalagi mengumpat dan menipu.

6. DOA , ZIKIR DAN ISTIGHFAR
dalam bulan ramadhan, banyakkan doa, zikir dan istighfar khusunya pada waktu-waktu yang mustajab seperti;
- ketika hampir waktu berbuka
- di pertiga malam
- waktu sahur

7. UMRAH PADA BULAN RAMADHAN
Satu umrah dalam bulan Ramadhan ganjarannya senyamai satu haji.

8. BERIKTIKAT
Terumatamnya pada sepeluh terakhir Ramadhan.

9. LAILATUL QADAR
hdirnya sekali dalam setahun dengan pahala yang berganda-ganda.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ {185}

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (QS. Al-Baqarah : 185).

Hari ini jatuhnya 1 Ramadhan 1432H bersamaan 1 Ogos 2011 . Sehubungan dengan itu, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang mulia bulan penuh berakah kepada umat yang meraikannya. Salam Ramadhan 1432 H. Rebutlah peluang keemasan sempena hadirnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh