.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, January 30, 2011

Mesyuarat Pemuafakatan STF/PPS Felda Gugusan Aring, Chiku dan Perasu

Pada hari ini jam 10.00 bertempat di Pejabat Felda Chiku 6, Gua Musang telah berlangsung mesyuarat pemuafakatan STF/PPS Siri 1 untuk tahun 2011 di antara personel yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Pegawai Penyelaras STF JPN Kelantan
Pegawai Penyelaras STF PPD Gua Musang
Pegawai Penyelaras PPS PPD Gua Musang
Pegawai Pengurus STF/PPS Felda Wilayah Gua Musang
Penyelaras Sekolah STF dari 6 SK dan 2 SMK ( SK Perasu - Felda Gugusan Aring, SK Perasu - Felda Gugusan Perasu, SK Chiku 1, SK Chiku 2, SK Chiku 3, , SK Chiku 7, SMK Chiku 2 dan SMK Bandar Chikur - Felda Gugusan Chiku)

Antara Pengisian Mesyuarat ialah:

1. Pelaksanaan STF dan PPS berdasarkan punca kuasa dari FELDA dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pelaksanaan Tuisyen mesti bermula dalam bulan Februari dan berakhir menjelang UPSR, PMR dan SPM tahun 2011
3. Penubuhan Jawatankuasa Khas Disiplin dalam menangani isu disiplin di kalangan pelajar di bawah STF dan PPS
4. Pembukaan Kelas Tuisyen STF di setiap sekolah

4.1 Kelas STF Tahun Enam (UPSR)
- Hanya 1 kelas dibenarkan
- Saiz Kelas 25-30 murid
- 80 % adalah anak peneroka/waris FELDA
- Kelayakan minimum C bagi semua mata pelajaran berdasarkan PAT 2010 (Tahun Lima)
(jika tiada, ada 1 @ 2 D dibenarkan)(jika tiada, ada 1@2 D dibenarkan dengan dijangka berpotensi untuk lulus dengan baik)
- 5 Mata pelajaran : BM(K), BM(P), BI, Sains dan Matematik

4.2 Kelas STF Tingkatan Tiga (PMR)
- Hanya 1 kelas dibenarkan
- Saiz Kelas 15-25 murid
- 80 % adalah anak peneroka/waris FELDA
- Kelayakan minimum C bagi semua mata pelajaran berdasarkan PAT 2010 (Tingkatan 2)
(jika tiada, ada 1@2 D dibenarkan dengan dijangka berpotensi untuk lulus dengan baik)
- 6 Mata pelajaran : BM, BI, Sains,Matematik, Sejarah dan Geografi

4.3 Kelas STF Tingkatan Lima (SPM)

4.3.1 Aliran Sains Tulen
- Hanya 1 kelas dibenarkan
- Saiz Kelas 15-25 murid
- 80 % adalah anak peneroka/waris FELDA
- Kelayakan minimum C bagi semua mata pelajaran berdasarkan PAT 2010 (Tingkatan 4)
(jika tiada, ada 1@2 D dibenarkan dengan dijangka berpotensi untuk lulus dengan baik)
- 7 Mata pelajaran : 3 TERAS [ BM,Bi, Matematik ] + 4 MP Elektif

4.3.2 Aliran Sastera Ikhtisas
- Hanya 1 kelas dibenarkan
- Saiz Kelas 15-25 murid
- 80 % adalah anak peneroka/waris FELDA
- Kelayakan minimum C bagi semua mata pelajaran berdasarkan PAT 2010 (Tingkatan 4)
(jika tiada, ada 1@2 D dibenarkan dengan dijangka berpotensi untuk lulus dengan baik)
- 7 Mata pelajaran : 4 TERAS [ BM,Bi, Matematik, Sains ] + 3 MP Elektif

5. Pelaksanaan Kelas Tuisyen
6. Peranan Pengurus STF setiap sekolah
7. Persediaan Buku laporan Pengurusan STF
8. Penetapan Target UPSR dan PMR untuk tahun 2011
9. Program Pendidikan 2011 Felda Wilayah Gua Musang

Insyaallah buat Gugusan Kemahang, mesyuarat seumpama ini akan dibuat dengan kadar segera.

Saturday, January 29, 2011

Semak Tak Kerja Murid ?

Sudah semestinya guru yang melaksanakan P & P akan menguji muridnya. Ia bertujuan menentukan apa yang diajar dapat difahami dan dihayati oleh mereka. Hasil kerja buat murid membantu merefleksi tugas guru. Guru yang hebat sentiasa menafaatkan dapatan tersebut dalam rancangan dan tindakan seterusnya.

Persoalannya, seramai manakan guru yang sedemikian. Ada dapatan berikut yang mengatakan :

Kategori memberi latihan

1. " Cikgu tak pernah pun memberi latihan kepada saya"
2. " Cikgu bagi latihan setahun sekali"
3. " Cikgu begi latihan sepenggal sekali"
4. " Cikgu bagi latihan sebulan sekali"
5. " Cikgu bagi latihan seminggu sekali"
6. " Cikgu bagi latihan setiap hari"

Kategori Menyemak Latihan
1. " Cikgu tak pernah pun menyemak latihan"
2. " Cikgu menyemak latihan setahun sekali"
3. " Cikgu menyemak latihan sepenggal sekali"
4. " Cikgu menyemak latihan sebulan sekali"
5. " Cikgu menyemak latihan seminggu sekali"
6. " Cikgu menyemak latihan setiap hari"

Kategori status semakan

1. " Cikgu menyemak cincai"
2. " Cikgu menyemak dengan teliti bersama pembetulan"

Maka satu soalan di sini " Di mana anda berada ? "

Thursday, January 27, 2011

Hari ini berlangsungnya P A G I

Pagi ini juga mulai jam 9.00 telah berlangsung apa yang diakronimkan sebagai P A G I oleh saya sendiri. Penilaian Anugerah Guru Inovatif ini diadakan bertujuan memilih guru-guru yang hebat berinovatif dalam P & P yang telah dijalankan di sekolah mereka sebelum ini.

Pengalaman selama hampir 13 tahun dalam perkara ini banyak membantu melicinkan pengurusan. Dalam tahun-tahun sebelum ini, ramai sahabat guru yang telah menjadi juara malah juara keseluruhan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan saban tahun.

Dengan bantuan rakan-rakan yang berpengalaman sebagai panel hakim dan urusetia, pemilihan berlangsung dengan baik. Johan setiap kategori ( Prasekoah,Individu Rendah, Individu Menengah dan Kumpulan) akan dicalonkan untuk merwakili negeri ke peringkat kebangsaan nanti. Panel hakim dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya akan menentukan letak duduknya peserta dari negeri ini apabila bersaing dengan peserta dari negeri lain.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada panel hakim yang terlibat termasuk urusetia dari jabatan. Juga kepada Penyelaras PPD yang terlibat dan tidak lupa kepada semua guru yang menyertai P A G I ini. Penyertaan Tuan menceriakan suasana P & P yang berteraskan kepada Kreativiti dan Inovasi.

Cuma dalam adat memilih tentu ada dihadapan dan ada dibelakangnya tetapi semuanya berjaya... TAHNIAH.

Lawatan Kerja Pegawai UPSI ke JPN Kelantan


Hari ini, jam 9.00 pagi, kami bersama Tuan KSPA yang mewakili YABrs. Tuan Pengarah telah menerima tetamu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dulunya sebelum dinaiktaraf, dikenali sebagai Maktab Pengurusan Sultan Idris yang besar jasanya dalam produk guru yang mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.

Rombongan yang diketuai oleh Dr. Ahmad Jazimin ini terdiri dari 4 pegawainya berinteraksi dalam majlis taklimat yang dihadiri oleh pegawai Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Kaunseling dan Bimbingan.

Antara perkara yang diagendakan dalam majlis ini ialah:
1. Penempatan Guru dari UPSI untuk menjalani latihan Praktikum di sekolah yang telah dipilih.
2. Program jalinan profesional UPSI-JPN dalam memperkasakan kualiti pendidikan, melibatkan JPN, MGC dan UPSI serta pentadbir dan murid.
3. Perancangan Kajian / Penyelidikan bersama dalam isu pendidikan terutama P & P.

Majlis perkomgsian ilmu ini berakhir jam 12.30 tengahari.

Sepatah kata dari Tuan KSPA, kami sentiasa bersedia untuk membantu kerana menangnya untuk kedua-duanya... win-win situation

Wednesday, January 26, 2011

Saya tak yakin cerita ini BETUL

Kadangkala terdengar berita cerita tentang sesuatu yang tak sepatutnya terjadi. Benarkan ia betul berlaku atau omongan kosong sekadar penglipurlara mengisi masa lapang.

Begini ceritanya

" Di sekolah, awal tahun, murid baru masuk , sama ada pelajar baru atau pelajar lama akan masuk kelas yang telah ditetapkan berdasarkan keputusan peperiksaan sebelumnya...Peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam. Bagi kelas yang hanya satu kelas muridnya tak berubah muka... sama sahaja, tetapi bagi sekolah yang banyak kelas, mungkin streming kelas berlaku, maka muka murid dalam kelas juga turut berubah. Samatelahan selepas UPSR, semua muka baru menyambung pelajaran ke tingkatan satu sekolah menengah.

Ada kelas didepan dan ada kelas dibelakang.Kelas didepan menempatkan murid yang kadar akademiknya tinggi manakala kelas di belakang menempatkan murid dengan kadar akademik yang agak rendah. Semua mereka datang ke sekolah demi menuntut ilmu bersama guru mereka. Yang depan cepat dapat yang belang lambat dapat...bukan tak dapat. Sekiranya tak dapat ini adalah kesalahan besar guru mereka kerana dah semestinya guru mereka telah melupakan mereka sebagai anak muridnya. Guru mereka dah ponteng tugas.

Maka masuklah seorang guru dalam kelas depan bersemuka dengan anak muridnya. Maka berkata guru " Awak semua ini pelajar hebat UPSR tahun lepas, 5A semuanya, Hari ini cikgu tak nak mengajar, baca dan buatlah sendiri kerana semuanya pandai belaka"

Maka masuklah pula seorang guru dalam kelas belakang bersemuka dengan anak muridnya. maka berkata guru " Awak semua ini pelajar tak pandai, cikgu ngajar pun tak faham, tolong senyap, cikgu nak buat kerja"


Inilah senario, kelas depan dan kelas belakang. Kelas pertengahan macam mana.. entah macam-macam. Semuanya bergantung kepada sikap cikgu. Jika apa yang disebut di atas itu betul maka cikgu berkenaan juga ponteng tugas.

Tetapi saya yakin cerita ini tak BETUL.. kerana Tuan adalah seorang guru yang penuh berintergriti.

Monday, January 24, 2011

Transisi dah selesai buat murid tahun 1 2011


Bermula sekolah dibuka mulai 3 Januari 2011, kini dah masuk minggu ke empat bererti program transisi telah selesai dilaksanakan oleh semua sekolah rendah di seluruh negara. Minggu ke empat bermulalah P & P Tahun 1 dengan sepenuhnya.

Dan dah sedia maklum murid tahun 1 inilah merupakan generasi pertama yang mengikuti apa yang dikatakan Transformasi Kurikulum..Generasi KSSR.

Sukalah diimbas kembali apakah dia Program Transisi ?

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah.

Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu (dulu 3 bulan). Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

Tujuan Program Transisi

-Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
-Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
-Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
-Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama.

Objektif Khusus

-Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
-Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
-Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.

Harapan buat sahabat guru tahun 1, guru KSSR, kepada tuanlah perlu memainkan peranan kerana murid ini dah bersedia untuk ditunjukajar dengan pendekatan yang lebik berkreativiti dan inovasi menggunakan pelbagai sumber yang ada. Jangan perapkan potensi mereka .

Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

Friday, January 21, 2011

Ingat untuk selamat

Tanda-Tanda Awal Kanser

16 Safar 1432H.
Oleh : selatanonline.

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit dibuah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafastermengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau

(3) Alkohol
(4) Radiasi

(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan

(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara

(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oilProduk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser1.

SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah,

Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang.

Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.

Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,

"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

5. Bawang Goreng segera .Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.

Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.

Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

-----Sudah semestinya inilah pilihan terbaik segar bugar lagi berzat-----

Perkongsian ini memanfaatkan kita semua.. Insyaallah

Perancangan STF/PPS 2011 Negeri Kami

Ini adalah merupakan cadangan program / aktiviti Skim Tuisyen Felda dan Pusat Pembelajaran Sains bagi Tahun 2011.

1. Kempen Kemasukkan Ke PPS 2011
Jan- Februari
Penglibatan : Penyelaras PPS Negeri, Daerah,Pengetua dan Kaunselor

2. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan
Tarikh: Minggu Kedua Februari
Penglibatan: Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah, Sekolah dan Pengurusan FELDA Wilayah Gua Musang

3. Bengkel Penggumpulan Data Ujian/Peperiksaan
2.1 UPSR
AR1 - Jun
AR2- Ogos
AR3 - November

2.2 PMR
AR1 - Jun
AR2- Ogos
AR3- Disember

2.3 SPM
AR1 - Jun
AR2 - Oktober
AR3 - Mac 2012

Catatan:
AR1 - Perengahan Tahun
AR2 - Percubaan
AR3 - Sebenar
Penglibatan : Pegawai Data STF/PPS Negeri

4. Pemantauan
Pemantauan 1 : Minggu Kedua Februari
Pemantauan 2 : Minggu Keempat Jun
Pemantauan 3 : Minggu Peempat Ogos
Penglibatan: Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Pegawai Data STF/PPS Negeri

5. Kursus HC3 dan Post Mortem
Mac - Mei
Senarai sekolah akan ditentukan oleh PPD masing-masing
Penglibatan: Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Pegawai Data STF/PPS Negeri

6. Bengkel Lesson Study
Mac - Mei
SK - 2 Pusat : Gua Musang dan Tanah Merah
SM - 1 Puast : Gua Musang atau Tanah Merah
Mata Pelajaran : Sc/M/BI/Sains Tulen
Penglibatan: Guru Maa Pelajaran Sekolah Sekitar, Pelajar Sekolah dijadikan Pusat,Guru Cemerlang, Penyelaras STF/PPS Negeri dan Daerah,Pengurusan FELDA

7. Bengkel Pelaporan HC3 dan Post Mortem
Selepas sahaja selesai AR1 dan AR2
Penglibatan: Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Pegawai Data STF/PPS Negeri

8. Kursus Pendedahan Kerjaya
Dikendalikan oleh JPN/PPD bersama Kaunselor Sekolah

9. Mesyuarat Pemaufakatan STF
Tarikh : Februari
Penglibatan: Penyelaras STF Negeri, Daerah,Pegawai Data SF/PPS Negeri, Guru Besar, Pengetua, Pengurus Rancangan,Wakil PIBG dan Pengurusan FELDA

10. Kursus Mata Pelajaran Kritikal STF bersama Guru Cemerlang
Feb- Jun
SK - 2 Pusat : Gua Musang dan Tanah Merah
SM - 1 Puast : Gua Musang atau Tanah Merah
Bergantung kepada Mata Pelajaran Kritikal Setempat

11. Bengkel Penyediaan Soalan Pecutan STF
Feb - Jun
Melibatkan UPSR/PMR dan SPM
Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Guru

12. Bengkel Teknik Menjawab bagi Guru
Mei - Julai
Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Guru

13. Kem Kecemerlangan Akademik UPSR/PMR/SPM Pelajar
Julai - September
Penyelaras STF/PPS Negeri, Daerah dan Guru

14. Program Koakademik
Kuiz Muiara dan lain-lain
( Ditentukan oleh BPSH dan FELDA)

Insyaallah akan bersama kami jayakan demi memperkasakan STF/PPS
(Tempat dan tarikh adalah tentatif )

Thursday, January 20, 2011

Kursus KSSR Untuk Guru SABK-YIK



Hari ini, mulai jam 11.00 pagi, saya berpeluang menghadiri dengan tujuan pemantauan ke Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) buat guru tahun 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - Yayasan Islam Kelantan yang berlangsung di Bilik Seminar 2, Yayasan Islam Kelantan, Nilam Puri. Di kelilingi oleh Institusi Pengajian iaitu Akademi Islam, Universiti Malaya dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), terletaknya Dewan Saddam Hussain,peninggalan Presiden Saddam di bumi Kelantan.

Peserta dari sekolah berkenaan seramai 16 orang mewakili seorang guru bagi setiap sekolah mengikui kursus KSSR Dunia Sains dan Teknologi selama 2 hari sejak semalan. Fasilitator terdiri dari Pegawai Unit Sains JPN bersama Pegawai ICT JPN dibantu JU Sains dari SK Pauh Lima Bachok.

Sempat mengikuti persembahan yang dibuat oleh kumpulan guru ini mengenai apa yang mereka fahami tentang KSSR setelah diberi pendedahan selama masa tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa guru ini boleh membezakan antara KSSR dengan KBSR yang dilaksanakan sebelum ini dan masih diteruskan untuk murid tahun 2 dan ke atas.

Mereka boleh menjelaskan bahawa KSSR melebihkan aktiviti murid dengan pendekatan bermain sambil belajar dengan menerapkan EMK yang dicadangkan. Mereka juga dapat menyediakan Lesson Plan berdasarkan SK dan SP serta menunjukkan dalam penulisan nya. Sekiranya ia merujuk Modul EMK (iaitu KI dan TMK) yang disediakan maka SK dan SP juga perlu dituliskan. Bagi KU dinyatakan secara umum tanpa menulis SK dan SPnya kerana tiada Modul Khas.

Dari permerhatian, ada juga dikalangan mereka ini masih tak berapa mantap dalam penyediaan Lesson Plan ini kerana kurang mahirnya dalam TMK bagi penyediaan bahan bantu yang banyak terdapat di dalamnya.

Sempat juga memaklumkan agar guru tak perlu risau mengenai penyediaan Lesson Plan ini kerana dah banyak Lesson Plan yang telah di up load di laman sesawang, web atau blog yang boleh dijadikan rujukan nanti. Tetapi yang afdalnya jika dah memahami dengan baik maka buat sendiri itu akan mengundang kepuasan diri.

Diakhir kursus, pihak YIK yang diwakili oleh Tn.Hj. Tarmizi (rakan sekuliah dulu, juga orang fizik) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Dan bagi kami dari JPN yang ditugaskan untuk menyebarluaskan maklumat kurikulum serta pelaksanaannya akan sentiasa bersedia untuk bersama membantu demi kejayaan anak bangsa akan datang.

Buat rakan dari JPN
En. Nasir Mohd Noor, En. Che Zulkepli Abdullah, Pn. Zuriah Muhamad serta JU , Cikgu Azlina .. terima kasih atas sumbangan tuan dalam menjayakan kursus ini.


Sekali lagi dinyatakan bahawa semuanya ini demi anak bangsa kita

Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat STF Bil.1/2011



Tanggal 17 hingga 19 hb. Januari 2011, bertempat di Sumai Hotel & Apartment Kuala Terengganu telah berlangsung mesyuarat Skim Tuisyen Felda (STF) kali pertama untuk tahun 2011. Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 40 orang Penyelaras Negeri STF, Penyelaras PPD STF (tidak termasuk urus setia) dari semua negeri yang ada Tanah Rancangan Felda. Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan,Selangor, Perak,Kedah dan Perlis. Negeri Sabah dikecualikan hadir kerana keadaan cuaca yang tidak menentu mempengaruhi penerbangan ke semenanjung.

Turut hadir adalah pegawai dari Jabatan Negeri yang terlibat sebagai panel Pengurusan Data yang dilantik oleh BPSH. Tetamu Kehormat ialah YBhg. Dato Ahmad Azmey bin Abu Talib selaku Pengarah Unit Latihan Pendidikan dan Latihan FELDA yang ada bersama pada hari kedua dan ketiga mesyuarat.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Hjh. Juraida bt Umat@ Bidin, Ketua Unit Akademik Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM ini berkisar kepada isu dan perancangan strategik jangka pendek untuk tahun 2011 yang merujuk kepada dapatan post-mortem tahun 2011 dan kehendak baru KPM dalam bidang pendidikan.

Kronologi Mesyuarat

17/1/2011 (Isnin)

2.00 - 6.00 ptg
- Lapor diri di Sumai
8.30 - 10.00 malam
- Pengurusan Mesyuarat(oleh Tn.Hj. Abu Hashim- Urus setia BPSH, KPM)
- Budaya Kerja Cemerlang Menurut Islam dan Keputusan UPSR dan PMR 2010 bagi Sekolah di bawah Program STF (oleh Hjh. Juraida b Umat @ Bidin, BPSH)

18/1/2011 (Selasa)

8.30 - 10.30 pagi
(oleh Tn.Hj. Abu Hashim dan Hjh. Juraida bt Umat@Bidin))
- Senario dan pencapaian UPSR /PMR/SPM dalam STF dan PPS
- Konsep STF dan PPS di mana murid waris Felda mendominasikan penyertaan dengan kadar 70:30 Jika tidak maka program ini tidak layak untuk diadakan.
- Penetapan Sasaran UPSR dan PMR 2011
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan agar sasaran UPSR 2011 bagi peringkat kebangsaan ialah:
-> Kecemerlangan Semua A : 40 % dan ke atas
-> Kelulusan dengan minimum C (ABC) : 95.27 % dan ke atas


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan agar sasaran PMR 2011 bagi peringkat kebangsaan ialah:
-> Kecemerlangan Semua A dengan 6A ke atas : 15 % dan ke atas
-> Kelulusan dengan minimum D (ABCD) : 76.68 % dan ke atas


11.45 - 1.00 tgh
(oleh YBhg. Dato Ahmad Azmey bin Abu Talib)
Antara intipati ucapan ialah:

A. Senario Murid Felda kini

- 101 SM dan 270 SK kini terlibat dengan STF
- Enrolmen murid Felda semakin berkurang dari 200k kini dah jadi 150k dan dah ada sekolah dah jadi status SKM
- Penyebabnya i.Kadar Kelahiran Kurang ii. Generasi Kedua Berpindah ke luar FELDA
- Generasi Pertama kini dah bergelar datuk nenek memelihara cucunya generasi ketiga
- Tahap pencapaian akademik di Felda masih rendah
- FELDA perlu bertanggungjawab membina generasi ketiga ini yang masih tinggal dengan datuk nenek mereka dengan manjaan yang agak lebih.
- 8-9 % keputusan UPSR/PMR/SPM disumbangkan oleh murid FELDA
- Kejayaan murid FELDA menjadi contoh kepada generasi luar bandar yang lain

B. Budaya Kerja Pegawai / Guru

- Langkah yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang luar biasa
- Mengamalkan pendekatan partisipatif @ kolaboratif bersama bukan hanya secara individu.( Kelemahan kadangkala tak nampak oleh individu tetapi jika dalam kumpulan tentu banyak penambahbaikan dapat dibuat)
- Bagi guru, tidak semesti guru lama yang hebat tetapi ada kalangan guru baru yang lebih hebat kerana pendekatann P & P begitu berkesan
- Pemantauan Kesediaan, Pemantauan Prestasi dan Pemantauan Diagnostik hendaklah dibuat setiap masa.

C. Strategi Kecemerlangan di Sekolah,

Antaranya:
- Disiplin ditangani dengan baik
- SIP dimana statusnya perlu diperingkatkan, jangan berada dalam band 5,6,7 (ini menandakan sekolah bermasalah)

D. STF 2011

- Pelaksanaan STF perlu memauhi Garis Panduan Pelaksanaan STF 2011 (terkini)

Tahun 6 (UPSR)
- Mula awal Febuari (Lepas Cuti Tahun Baru Cina) hingga bulan ke 8 (32 minggu)
- 1 Kelas STf seramai 25-30 murid yang terbaik dari keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 5, 2010
- Kelayakan mininum C .Jika kelas kecil, teruskan.
- 5 m.p (BM(K),BM(P), BI, M, S)

Tingkatan 3 (PMR)
- Mula awal Febuari (Lepas Cuti Tahun Baru Cina) hingga bulan ke 8 (32 minggu)
- 1 Kelas STf seramai 15-25 murid yang terbaik dari keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan 2, 2010
- Kelayakan mininum C .Jika idak cukup, ambil pelajar yang hampir capai C
- Utamakan sahsiah yang baik
- 6 m.p. (BM,BI,S,M,Geo,Sej)

Tingkatan 5
(SPM- Kelas Sains Tulen)
- Mula awal Febuari (Lepas Cuti Tahun Baru Cina) hingga bulan ke 8 (32 minggu)
- 1 Kelas STF seramai 15-25 murid yang terbaik dari keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan 4, 2010
- Kelayakan mininum C .Jika idak cukup, ambil pelajar yang hampir capai C
- Utamakan sahsiah yang baik
- 7 m.p. (Teras (3): BM,BI,M Elektif (4): F, K, B, MT)


(SPM- Kelas Sastera Ikhtisas)
- Mula awal Febuari (Lepas Cuti Tahun Baru Cina) hingga bulan ke 8 (32 minggu)
- 1 Kelas STF seramai 15-25 murid yang terbaik dari keputusan Peperiksaan Akhir Tingkatan 4, 2010
- Kelayakan mininum C .Jika idak cukup, ambil pelajar yang hampir capai C
- Utamakan sahsiah yang baik
- 7 m.p. ( Teras(4): BM,BI,M, Sc, Elektif (3): , , )

E. Persediaan Awal
- Taklimat kepada ibu bapa murid yang berjaya dalam program STF
- Tidak hadir 3 kalai tanpa sebab, diberi amaran dan kali ke empat di pecat (sekolah perlu mencari murid lain untuk menggantikannya)
- JK Disiplin murid perlu dibentuk dari kalangan pentadbir dan pengurus rancangan
- Sesi moivasi murid ibubapa perlu dibuat

2.15-4.00 peang
Majlis Dialog bersama YBhg. Dato.
Berkisar tentang penambahbaikan pelaksanaan STF 2011

8.30 - 10.00 mlm
Perbengkelan Sasaran UPR/PMR 2011
Untuk Kelantan
UPSR
Capai 2010
Calon-225, 5A- 35.11% , 4A - 28.44 %, ABC - 98.66 %
Targe 2011
Calon-225, 5A - 44.44%, 4A - 44.44 %, ABC - 100 %

(225 - 9 Sek STF x 25 murid )

PMR
Capai 2010
Calon-60, Semua A - 13.33 % , ABCD - 100.00%
Targe 2011
Calon-75, Semua A- 20.00 % , ABCD - 100.00 %

(75 - 3 Sek STF x 25 murid )

19/1/11 (Rabu)
8.30-11.00
Pelaporan dan rumusan oleh BPSH

11.30-12.00
Ucapan penutup oleh YBhg. Dato

Majlis bersurai , makan tengah hari, solat kemudian check out berkereta kembali ke rumag masing-masing dengan amanah yang diberi. Saya ber car-pool dengan En. Razali Kasim.

Wakil Kelantan
1. KPP Sains,
2.En. Mohd Razali Abu Talib PP Sains (Panel Data STF BPSH ),
3.En. Razali Kasim Penolong PPD T.Merah dan
4.En. Mohd Zuhdi Makhtar Penolong PPD G.Musang)

Sunday, January 16, 2011

Garis Panduan Modul Elektif Di Sekolah Kebangsaan

Tuan telah sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah mengedar Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010 mengenai Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011 dengan rujukan KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.3(5) bertarikh 14 Oktober 2010.

Telah diterangkan dalam posting sebelum ini KSSR terdiri dari beberapa dokumen standard berkonsepkan modul. Antara modul ini ialah Modul Elektif yang ditawarkan kepada Sekolah Kebangsaaan (SK) telah tidak dapat dipenuhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajarannya kerana sebab-sebab tertentu.

Modul Elektif ini adalah pelengkap masa dalam jadual waktu persekolahan iaitu 1380 minit. Modul Elektif terdiri daripada Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Peruntukan masa P & P nya adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid sera prasarana sekolah.

Jika sekiranya terdapat sekolah yang tidak dapat menawarkan P & P Modul Elektif disebabkan ketiadaan kemudahan berkenaan seperi yang disebutkan, sekolah hendaklah menggunakan 3 waktu yang diperuntukkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Garis Panduan Pelaksanaan Modul Elektif

i. Semua Sekolah Kebangsaan yang mempunyai keupayaan dan kemudahan hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif yang diperuntukkan sebanyak 90 minit (3 waktu) dalam jadual waktu persekolahan.

ii. Sekolah yang melaksanakan program j-QAF boleh menawarkan bahasa lain selain Bahasa Arab. Murid yang mengikuti program j-QAF perlu mengambil sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif sama ada Bahasa Arab,Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Iban atau Bahasa Kadazandusun.

iii. Bagi sekolah yang tidak dapat melaksanakan Modul Elektif seperti yang ditetapkan, guru besar hendaklah membuat pilihan untuk pengisian bagi 90 mini ( 3 waktu) dalam jadual persekolahan mengikut keperluan murid. Guru Besar boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada senarai berikut:

a. Bahasa Malaysia
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. Dunia Sains dan Teknologi

iv. Contoh pelaksanaan satu atau kombinasi mata pelajaran adalah seperti berikut:

1. Contoh Pilihan Satu Mata Pelajaran dan masa:
Bahasa Malaysia (90 minit) atau
Bahasa Inggeris (90 minit)atau
Matematik (90 minit) atau
Dunia Sains dan Teknologi (90 minit)

2. Contoh kombinasi dua atau lebih Mata Pelajaran dan masa:
Bahasa Malaysia (60 minit) DAN Bahasa Inggeris (30 mini) atau
Bahasa Inggeris (60 minit) DAN Matematik (60 minit) atau
Matematik (60 minit) DAN Dunia Sains dan Teknologi (30 minit) atau
Bahasa Malaysia (30 minit) DAN Matematik (30 minit) DAN Bahasa Inggeris (30 minit) atau
Mana-mana kombinasi mata pelajaran dan masa yang sesuai dengan kesediaan dan keupayaan sekolah

v. Sekolah yang tidak dapat melaksanakan Modul Elektif atas sebab tiada kemudahan hendaklah melaksanakan P & P Modul Elektif apabila sekolah mempunyai kemudahan tersebut nanti.

vi. Guru Besar hendaklah memaklumkan pemilihan pelaksanaan Modul Elektif oleh sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

Semoga kita semua semakin jelas mengenai kaedah pelaksanaannya.
Terima kasih
.

Rujukan: Surat Siaran dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld.2(31) bertarikh 3 Januari 2011

Wednesday, January 12, 2011

Mesyuarat KSPA Negeri dengan BPSH KPM Bil.1/2011

Semalam, saya telah diamanahkan oleh YBrs. Tuan KSPA mewakili Jabatan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Kurikulum Dan Akademik Bersama Ketua Sektor Pengurusan Akademik (KSPA) Jabatan Pelajaran Negeri Bil.1/2011. Sengaja untuk kali ini ke Putrajaya dengan mengambil bas ekspres merasai pengalaman berbas ke sana.

Bertolak dari Terminal Langgar Kota Bharu, jam 9.00 malam menaiki bas Transnasional Skyview (dua tingkat) menuju terus ke destinasi Putrajaya Sentral.Tiba di sana jam 5.30 pagi setelah singgah di Merapoh untuk sedikit persegaran.( Teringat juga semasa mewakili mesyuarat yang sama pada penghujung tahun 2009 di Heritage Ipoh, saya juga berbas ke sana).Berada di tangkat atas semacam naik kapal terbang, yang sebelum ini hanya tengok saja bas dua tingkat.Agak berbaloilah dengan tambangnya sebanyak RM44.20 sehala.

Hari ini setelah selesai persiapan diri di Putrajaya Sentral, dengan mengambil bas 400 Nadi Putra Berkuasa Gas Asli, tambang 50 sen dapat round hampir semua jalan utama di Putrajaya sebelum berhenti di Parcel E untuk ke tempat mesyuarat di E2,Bilik Kemboja,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di Lobi, sempat bertemu dengan KPP SPB-Klaster, Pn. Faridah Yang Razali, yang sebelum ini di Bahagian Jemaah Nasir Sekolah.Lama tak berjumpa, banyak perkara menjadi topik perbualan. Pemantauan PPSMI di sekolah-sekolah dalam PPD Tanah Merah bersama pada tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan profesional. Rupanya dah ramai pegawai bertukar tempat berpindah jawatan kerana naik pangkat. Tahniah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah (Sekolah), Tuan Hj. Abdullah Mad Yunus ini bermula jam 9.00 pagi dengan memberi fokus kepada kehendak Dato KPPM iaitu jika sebelum ini hanya JPN dan PPD sahaja yang terlibat dengan data peperiksaan dan ujian maka bermula tahun ini, data peperiksaan serta ujian akan diambil maklum sendiri oleh YBh. Dato. Dan SPA akan diberi penarafan bintang jika caknaan terbaik dalam perkara ini.

Setelah pengesahan minit mesyuarat yang sama pada 12-14 Julai 2010 di Hotel Quality City Kuala Lumpur dibuat, majlis dimaklumkan agar semua perkara baru yang diperkenalkan akan diberi tumpuan dan diperkasakan pelaksanaanya tahun 2011 ini. Antaranya ialah LINUS, KSSR, NBMMBI, SIP,SIT,TAWARAN BARU, KSPK, Wajib Lulus SEJARAH SPM 2013, Penarafan Kendiri Makmal/Bilik Sains, Skim Tuisyen Felda (STF), Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

Dalam menetapkan sasaran peperiksaan awam UPSR, PMR semua negeri telah memberi data masing-masing yang mampu capai lagi realistik untuk tahun 2011 ini. Dan data ini akan dimaklumkan kepada YBhg. Dato KPPM. JPN Johor diwakili oleh Tuan KSPA yang baru kerana mantan KSPA, En. Mohd Noor yang kenal biasa dengan saya kini menjawat sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.. Tahniah Tuan.

Begitu jugalah dalam menyediakan perancangan strategik lima tahun mulai 2011 hingga 2015 nanti, perkara yang disebut di atas perlu diberi perhatian dan dijadikan prioriti.

Juga disentuh mengenai Surat Siaran dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld.2(31) bertarikh 3 Januari 2011 mengenai Garis Panduan Melaksanakan Modul Elektif Di Semua Sekolah Kebangsaan (SK).

Antara lain, pernyataan dalam surat ini ialah sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,permintaan darpada murid serta prasarana sekolah.(Modul Elektif terdiri daripada Bahasa Arab,Bahasa Cina SK,Bahasa Tamil SK, Bahasa Iban dan Kadazandusun dengan peruntukan masa sebanyak 90 minit (3 waktu) dalam jadual waktu persekolahan).

Sekiranya sekolah tidak dapat menawarkan pengajaran dan pembelajaran Modul Elektif disebabkan ketiadaan kemudahan di atas, sekolah hendaklah menggunakan 3 waktu yang diperuntukkan sebagaimana garis penduan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mesyuarat ditangguh jam 1.15 tgh bagi memberi laluan kepada majlis perpisahan YBhg. Dato'Hjh. Norizan Bapo Hashim ,Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dah tiba masanya untuk bersara wajib.


Setelah selesai menikmati hidangan tengah hari, disebabkan masih ada banyak masa yang terluang maka saya dengan menaiki KLIA Transit ke KL Sentral. (Terima kasih KPP Matematik Selangor, Tn. Hj. Buhardin menghantar saya ke hentian Putra ). Badan dah mula merasa kepenatan dan lesu. Keletihan dapat dihindari apabila melihat warga kota di KL Sentral. Di sini awal tahun 2000, saya telah disapa dan ditemubual oleh media mengenai perkhidmatan terbaru iaiu ERL Ekspres, penghubung warga kota raya dengan KLIA. Besoknya di media terpampan berita mengenainnya. Ramai sahabat menelefon , betul ke itu orangnya.

Jam 6.30 petang, kembali balik ke Putrajaya Sentral untuk mendapatkan bas balik ke Kelantan. Dari jam ini hingga 10.00, mengantuk teramat rasanya. Bertolak dengan bas berjenama sama, terus tertidur. Untuk makluman selain Transnasional, Mutiara dan Mahligai juga menyediakan perkhimatan KB-Putrajaya.

Untuk esoknya, ganti tidur amat perlu kerana tidak sama tidur di kerusi bas dengan tidur di rumah. Dulu ok lah, usia muda dengan jiwa muda tetapi kini jiwa kekal muda tetapi usia dak tak muda.Yang penting amanah tetap dilaksanakan.

Monday, January 10, 2011

Taklimat e-Cakna Versi 6.0




Hari ini, bermula jam 9.00 pagi bertempat di PPD Tanah Merah telah berlangsung satu taklimat yang dihadiri oleh sebahagian besar pegawai akademik JPN dan PPD. Mereka dialukan kehadiran oleh YBrs. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kelantan.

Tujuan utama diadakan untuk memberikan penerangan pemggunaan versi baru e-Cakna disamping merupakan pertemuan akademik pertama sesi 2011 ini. Peringatan berguna telah diberikan oleh Tuan KSPA mengenai tata cara pemantauan dan pencerapan agar 'tahap profesional" ditonjolkan oleh setiap pegawai yang terlibat apabila berkunjung ke sekolah.

Bagi pegawai lantikan baru di PPD , Jabatan mengucapkan tahniah dan berharap dapat menjalankan tugas pengurusan ini tanpa banyak menghitung hari cuti yang dinikmati sebelum ini. Kerja di JPN/PPD sebenarnya 'tak tahu tika masa' atau sentiasa dalam situsi 'on call'

Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Zalina Zakaria, Penolong Pengarah Sains ini seterusnya memberi peluang kepada En. Nasir Mohd Nor, yang juga Penolong Pengarah Sains untuk membentangkan dapatan e-Cakna tahun 2010 sebagai panduan gerak kerja pemantauan dan pencerapan untuk tahun ini.

Berdasarkan isu-isu yang timbul pada tahun 2010 dan fokus Kementerian Pelajaran pada tahun 2011 maka instrumen e-Cakna telah dibuat pengubahsuaian bagi memenuhi kehendak berkenaan. Taklimat mengenai versi baru e-Cakna ini telah disampaikan secara terperinci oleh pembinanya iaitu En. Ehsham Mat Husin, Penolong Pengarah Bahasa dan En. Mohd Razali Abdul Talib, Penolong Pengarah Sains.

Semua pegawai mencuba aplikasi ini dengan komputer riba masing-masing.

Versi 6.0 ini akan menggantikan Versi 5.0 sebelum ini dan akan diuji rintis di beberapa buah sekolah mulai 11-13 Januari 2011. Jika terdapat kelemahan atau kecatatan pengunaannya ia akan diatasi segera.Dijangkan perkara ini nerada dalam 'skala kecil' sahaja.

Sebelum tamat, pegawai lantikan baru diberi peluang memperkenalkan diri masing-masing yang kini sebagai warga SPA.

Terima kasih Tuan PPD Tanah Merah kerana bersama menjayakan program ini.

Selamat menggunakan Versi 6.0, up-gred e-Cakna yang bertambah matang.

Sunday, January 9, 2011

Menghargai Kecemerlangan 2010



Hari ini bertempat di Dewan Perdana SMK Bandar Chiku, Gua Musang telah berlangsung satu majlis meraikan kecemerlangan pendidikan warga peneroka. Program Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR 2010 ini disertai oleh pelajar-pelajar yang mendapat 5A dan 9A/8A dalam UPSR dan PMR Tahun 2010 bersama ibu bapa, pengurus rancangan, pengetua, guru besar, guru dan pegawai FELDA dari Gua Musang dan Kemahang, Tanah Merah.Hampir 200 orang memenuhi dewan berkenaan.

Program ini yang dianjurkan oleh FELDA WILAYAH GUA MUSANG bertujuan menghargai kecemerlangan pihak sekolah, pihak pengerusi FELDA serta yang lebih lagi ialah murid yang berjaya cemerlang sebagai murid STF iaitu yang terlibat dalam SKIM TUISYEN FELDA.

Saya telah dimandatkan mewakili YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan ke majlis ini tiba tempat jam 9.50 pagi setelah bertolak dari rumah dua jam sebelumnya. Memandu dengan lebih berhati-hati kerana jalan licin disebabkan kadang kala hujan.
Tepat jam 10.00 pagi, tetamu kehormat YB. Dato'Paduka Norzula bin Mat Diah selaku ADUN Paloh tiba untuk memeriah majlis. Agak lama tak berjumpa dengan YB, banyak juga ceritanya. Teringat masa tahun 90'an dulu, pasukan bola sepak kampung iaitu Rupek FC, di mana saya selaku pengurusnya, telah mengadakan lawatan muhibah serta perlawanan persahabatan dengan Paloh FC di Paloh. Di waktu tu dah jadi YB. Masih ada tersimpan gambar bersama beliau. Dan sehingga kini dah lebih 20 tahun, karekternya masih sama, berjiwa rakyat.Terkadang saya disapanya dahulu.."Low Profile"

Majlis dimulakan dengan bacaan doa agar niat suci diberkati ALLAH SWT. Urutan dan intipati ucapan adalah seperti berikut;

1. Ucapan Wakil Pengarah
Saya mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan menyampaikan tahniah dan penghargaan serta terima kasih kepada pihak sekolah, pengurusan FELDA serta ibu bapa yang mencaknakan pendidikan sehingga melahirkan pelajar cemerlang UPSR dsan PMR yang lebih berkualiti bagi tahun 2010 berbanding sebelum ini.

2. Ucapan Pengurus Besar Wilayah
YABrs. Tuan Haji Norzuki b. Mustafa selaku Pengurus Besar FELDA Wilayah Gua Musang memfokuskan tentang peruntukan FELDA hampir mencecah RM450k bagi program pendidikan termasuk STF dan PPS. Kejayaan sekolah FELDA di negeri ini mendorong penambahan peruntukan untuk menjayakan banyak lagi program seumpama ini. SK Kemahang 1 telah menjadi sekolah nombor 1 di kalangan sekolah FELDA di negara ini (Tahun 2009, nombor 10). Begitu juga dengan 8 SK yang lain serta 3 SMK yang terlibat dalam STF/PPS.

3. Ucapan YB Dato'
YB Dato' menyarankan segala kerja buat "BIAR BERSUNGGUH". Jika tahun 2010 banyak menghasilkan yang terbaik kerana bersungguhnya semua pihak memajukan pendidikan, maka pada tahun 2011 ini mestilah makin bersungguh.. baru ada peningkatan dalam kuantiti dan kualiti. Di samping itu juga turut disentuh ialah sentiasa membuat penilaian kerana dengan penilaian kita akan tahu di mana adanya kekuatan dan kelemahan. Kekuatan yang ada terus diperkukuhkan manakala kelemahan hendaklah diatasi segera.

Jam 11.30 pagi bermulakan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada pelajar yang memperolehi semia A dalam UPSR dan PMR Tahun 2010. Saya diberi peluang bersama Tuan Pengetua SMK Bandar Chiku, En. Maharon, untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pelajar berkenaan. YB Dato' menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Pengetua, Guru Besar serta Pengurus Rancangan di mana sekolah berkenaan mencatat keputusan terbaik dalam UPSR dan PMR di rancangan masing-masing.

Majlis tamat jam 12.30 tengahari.

Tahniah buat pelajar yang berjaya, teruskan usaha untuk kejayaan seterusnya.

Saturday, January 8, 2011

Hujan Lebat Turun Lagi



Sejak hari Khamis lepas, hujan turun tanpa henti, sekejap lebat sekejap renyai dengan langit diliputi awan mendung menyeluruh. Berada di pejabat dengan berbaju batik beralaskan kot, kesejukan yang teramat. Air teh panas sekejap saja menjadi sejuk.

Balik pejabat jam 4.00 petang sebab hari Khamis, balik lebih awal dari hari-hari yang lain, "jem" jalan agak teruk berbanding hari biasa tanpa hujan.Hujan sepanjang jalan.

Sebaik saja tiba dirumah, panggilan telefon dari anak Tingkatan 1 di SMK Kota menyuruh menjemputnya di sekolah kerana pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi petang balik lebih awal kerana kelas dipenuhi air. Jalan ke kampung dah digenangi air sedalam 10 cm. Kenderaan masih mampu merentasinya. Banyak sekolah lain juga diarahkan tutup demi keselamatan bersama.

Hujan terus mencurah dengan lebatnya menjelang malam dengan sekali sekala kedengaran dentuman guruh. Sejuknya lebih lagi. Gebar selimut tak mencukupi. Jika salji mungkin beku kita yang tak pernah merasainnya. Keesokan harinya iaitu Jumaat, jambatan tak boleh dilalui. Teringat masa kecil dulu,bila tibanya musim tengkujuh ini, maka aktiviti menangkap ikan air tawar rancak sekali. Tahan tauk, tahan tual, jala, mukak, tahan bubu dan lainnya amat popular. Dapat ikan haruan, keli, sepat, puyu, sepila serta udang yang segar dari bendang. Dikala itu, sejuk ini tak terasa tanpa payung di kepala. Gementar menggigil tubuh tak dihiraukan...happy.

Itu semmuanya dah berlalu, hidupan di bendang dah tak banyak dek penggunaan baja buatan dan racun perosak. Semuanya dah menjadi kenangan terindah. Kadangkala timbul pertanyaan mengapa fenomena dulu tak boleh dikekalkan untuk aktiviti anak generasi akan datang walaupun di alaf yang serba canggih dan moden ini. Kini ramai yang dah tak mengenali pacat lintah lagi.

Hujan kini masih turun lagi tetapi agak reda dan sekali sekala. Air banjir dah semakin surut. Semoga kedatangan banjir yang telah di program kan oleh ALLAH SWT ini akan banyak memberi rahmatnya.

Thursday, January 6, 2011

"Hari Tanpa Beg Plastik"

Pada hari Sabtu lepas bermulanya hari pertama tahun baru 2011, sempatlah saya mengunjungi KB Mall, sebuah pasaraya besar di Kota Bharu. Belilah sedikit barangan keperluan berpadanan dengan duit yang ada dalam poket. Sampai di kaunter, juru jualnya memaklumkan beg plastik tak disediakan hari ini, malah setiap Sabtu kerana kempen jangan guna beg plastik. Maka respon segera dari saya kepada adik pelayan dikaunter berkenaan..sesuatu yang positif dan amat bagus, kita pelihara dan jagalah alam sekitar kita ini. Alternatifnya saya beli beg yang bukan dibuat dari bahan plastik sebagai bekas untuk barangan berkenaan.

Tujuan kempen adalah bagi mengalakkan budaya kitar-semula dan mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution

Tanpa hipokrasi setiap warga negara yang prihatin terhadap masa depan wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas pelaksanaan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”. Bermula 1 Januari lalu, kempen dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu akan diteruskan pada setiap Sabtu di seluruh negara.

Kesan negatif penggunaan bahan plastik dalam aktiviti harian sudah dimaklumi umum. Ia bukan sahaja dibuktikan secara saintifik berupaya memudaratkan kesihatan penggunanya, malah turut meninggalkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.

Justeru, sebagai usaha menyelamatkan bumi yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang, kerajaan dianggap mengambil langkah tepat menggerakkan kempen lebih bersungguh mengurangkan penggunaan pelbagai barangan dari bahan yang sukar dihapuskan itu.

Sasaran utama buat masa ini ialah mengajak rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik. Menerusi kempen ini pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan beberapa premis perniagaan terpilih di seluruh negara tidak lagi dibekalkan beg plastik percuma tatkala membeli-belah di situ.

Sebaliknya, mereka akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan pada setiap Sabtu. Hasil jualan beg tersebut akan dikumpulkan dalam tabung khas bagi melaksanakan program kepenggunaan dan kemasyarakatan, terutama yang menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah memulakan kempen itu untuk sehari seminggu sejak 1 Julai 2009 hingga Disember tahun sama. Ia diperluaskan kepada tiga hari seminggu menerusi fasa kedua bermula 1 Januari 2010. Dan apabila masuk fasa ketiga nanti, maka tidak akan dibekalkan dengan beg plastik.

Kini, kempen itu bukan sahaja dilaksanakan setiap hari, bahkan turut diperluaskan kepada lebih banyak premis perniagaan termasuk farmasi, rangkaian kedai nasi kandar, restoran makanan segera dan kedai serbaneka.

Ia menampakkan usaha serius menghampiri hasrat menjadikan negeri itu bebas dari beg plastik, sepertimana dialu-alukan pelbagai pihak yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar.

Tambahan pula penguatkuasaan peraturan terbaru itu tidak dibuat secara mengejut. Ia dilakukan setelah didahului dengan proses pendidikan berperingkat sejak Julai 2009

Mulai Januari 2010, Kerajaan Selangor juga telah melaksanakan satu kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” setiap sabtu.

Bagi kita kaum pendidik yang terus bekerja untuk mendidik, marilah kita amalkan budaya ini terlebih dahulu.

Kini apabila ke pusat membeli belah di pasar raya, saya telah menyedia dan membawa beg bukan plastik untuk mengisi apa yang dibeli.

Dan kita tidak boleh lupa bahawa tiada makhluk lain yang akan merosakkan bumi yang indah ini kecuali kita yang bergelar manusia.

Kita realisasikan "Hari Tanpa Beg Plastik" ini dan lebih afdalnya lagi " Hari-hari Tanpa Beg Plastik "

Renunglah petikan ini..

LOS ANGELES: Majlis Bandaraya Los Angeles yang mengundi semalam mengharamkan penggunaan beg plastik di pusat beli-belah mulai 1 Julai 2010.

Sehubungan itu, pengunjung hanya dibenar membawa beg sendiri untuk memasukkan barangan yang dibeli atau membayar 25 sen untuk mendapatkan beg kertas.

Pegawai majlis bandaraya itu berkata, pengharaman beg plastik itu sebagai langkah mengurangkan sisa buangan di Los Angeles, yang menyaksikan penggunaan lebih 2.3 bilion beg plastik setahun.

Majlis itu juga mengundi supaya pentadbiran negara meluluskan undang-undang mengharamkan penggunaan beg plastik pada 2012 dan mengenakan caj sekurang-kurang 15 sen untuk beg kertas kepada pengguna.

Tahun lalu, San Francisco menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat mengharamkan beg plastik yang berkuatkuasa November. - AP


Lantas mari kita guna beg kertas (paper bag)


Semasa saya masih lagi kecil,rata-rata kedai runcit/borong menggunakan beg kertas (brown paper bag) untuk mengisi barang yang dibeli pelanggan seperti yang dipraktikkan oleh negara-negara barat sekarang. Beg kertas amat mudah dilupuskan dan bagi saya ia adalah penyelesaian untuk masalah penggunaan dan pelupusan bahan plastik.

SAYANGILAH ALAM SEKITAR KITA

Wednesday, January 5, 2011

Anugerah Guru Inovatif 2011

Pada tanggal 24hb Disember 2010, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menerima surat makluman mengenai Anugerah Guru Inovatif 2011 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Dan pada hari ini, Jabatan Pelajaran Kelantan telah mengedar surat makluman berkenaan ke semua sekolah menengah dan rendah di negeri ini untuk mengalu-alukan penglibatan guru-guru dalam anugerah berkenaan.

Tidak sepertimana tahun 2010, anugerah kali ini akan melibatkan semua kategori iaitu;
1. Prasekolah
2. Individu Rendah
3. Individu Menengah
4. Kumpulan
Menyamai tahun-tahun sebelum ini kecuali tahun 2010 ( Tahun 2010 kategori kumpulan diabaikan)

Antara objektif utama ianya diadakan ialah untuk mengcungkil bakat kreativiti dan inovasi guru dalam melaksanakan P & P Berkesan. Anugerah yang melalui pertandingan ini perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cuma agak membimbangkan ialah masa yang diperuntukan untuk tahun ini agak singkat di mana tarikh tutupnya jatuh pada 31 Januari 2011. Semua penyertaan selepas itu tidak akan dilayan oleh Urus Setia Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan itu, tuan yang hebat dalam melakukan inovasi ini amatlah dialukan penyertaanya. Untuk makluman, rekod tahun-tahun sebelum ini didapati ramai dari kalangan sahabat-sahabat guru di negeri ini telah memperolehi tempat di peringkat kebangsaan malah ada yang menjadi johan serta johan keseluruhan. Kejayaan ini tentu membangga bukan sahaja tuan sendiri malah sekolah, PPD dan Jabatan.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan yang berkaitan, tuan bolehlah menghubungan saya sendiri selaku Pegawai Penyelaras Anugerah Inovatif Negeri atau Penolong PPD (Sains Matematik) PPD masing-masing.

Kami sedia membantu demi kejayaan bersama.

Tuesday, January 4, 2011

Tak Termampu Oleh Akal...



KEADAAN gerhana matahari pertama tahun ini yang dirakamkan di Bucharest hari ini. Namun, awan tebal di kebanyakan kawasan di Eropah menghalang pemandangan fenomena alam yang menakjubkan itu. - Foto AFP
Jan 4, 2011 8:55 pm

Tentu ada yang menfenomenakan alam ini.. Hebatnya PENCIPTA

Monday, January 3, 2011

Pemantauan PPSAT 2011

Pada hari ini, hari pertama persekolahan serentak seluruh negara, jam 7.30 pagi saya telahpun berada di perkarangan SMK Kota, Jalan Salor, Kota Bharu kerana diberi tugas untuk melaksanakan Pemantauan PPSAT 2011. Semua sahabat yang lain sama ada dari JPN maupun PPD telah berada di sekolah masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Kelantan.

SMK Kota yang merupakan sekolah menengah pertama saya sendiri, dan kemudiannya diikuti oleh anak-anak, merupakan sekolah dua sesi. Sidang Pagi merangkumi murid dari Tingkaan 1 hingga Tingkatan 6, manakala sidang petangnya terdiri dari murid tingkatan 1.

Berpandukan Instrumen Pemantauan PPSAT yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan perjumpaan awal bersama tuan rumah, Pengetua SMK Kota, Tn.Hj. Mohd Fauzi,pemantauan dilaksanakan sebagaimana menurut aspek berikut antaranya;

1. Persekitaran sekolah - kebersihan dan kecerinaan
ii. Keselamatan
iii. Keperluan Kerusi Meja Guru - Pelajar
iv. Keperluan simber manusia - Fokus Guru
v. Penempaan murid untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 4
vi. Pelaksanaan P & P

Dapatan pemantauan menunjuk bahawa pihak sekolah telah membuat persediaan yang secukup serta mencakup untuk menyambut tahun baru persekolahan ini. Tahniah buat Tuan Pengetua bersama barisan kepimpinan sekolah serta semua guru yang telah memberi kerjasama menjayakan PPSAT ini.

Mengambil peliang yang ada, saya juga sempat mendaftar anaknda yang masuk ke Tingkatan 1 di sekolah ini. Dalam UPSR 2010, setelah mendapat 5A,beliau ada menerima tawaran dari dua sekolah kawalan dan SMKA, tetapi "agak keberatan untuk ke sana". Nak belajar di SMK Kota seperti mana abang dan kakak-kakaknya sebelum ini yang pernah ditawarkan ke sekolah kawalan dan SPB.

Bagi saya, walau berada sekolah manapun, kejayaan akan tetap diperolehi, INSYAALAH, sekiranyan semuanya menjalankan tugas iaitu murid belajar dan gurunya mengajar. Dan saya penuh yakin, apabila kita memudahkan orang lain maka ALLAH akan lebih lagi memudahkan kita. Semoga pelajar lain yang memperolehi 5A dan yang betul layak dari kalangan keluarga yang sepatutnya dapat mengisi kekosongan ini. Berilah peluang ini untuk mereka, kerana anak mereka amat perlu menikmati kemudahan ini.

Bersama sentiasa bermuhasabah diri.

Sunday, January 2, 2011

Jom Ke Sekolah..Jom Masuk Kelas

Pada hemat saya, malam ini adalah masa membuat persediaan akhir bagi ibu bapa, murid, guru dan pentadbir bagi memulakan sesi persekolahan hari pertama,esok 3 Januari 2011,Isnin yang jatuhnya serentak seluruh negara.Mungkin hari esok merupakan "Hari Ini Dalam Sejarah" dimana sepatutnya sekolah di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah telah pun bermula sesi baru persekolahan pada hari ini, tetapi telah diberi cuti khas untuk meraikan kejayaan skuad bola sepak negera menjuarai Piala Suzuki.

Bererti esok, semua ibu bapa yang anaknya baru masuk sekolah, semua murid, semua guru dan semua pentadbir akan serentak memasuki sekolah di seluruh sekolah di negara ini.Ramainya anak-anak generasi baru ini yang dahagakan ilmu untuk masa depan mereka.

Hampir sebulan setengah bercuti, tentulah 'rindu' kepada sekolah. Rindukan ilmu, rindukan teman rakan, rindukan guru, rindukan aktiviti dan lainnya.

Buat ibu bapa, agak banyak wang ringgit dilaburkan untuk anak-anak mereka. Beli pakaian,beli kasut stokin, beli beg dan beli alat tulis. Kadang kala boleh memeningkan kepala ibu bapa apabila yang bersekolah itu bukan seorang, tetapi tiga empat orang. Anak yang baru masuk sekolah sama ada pra, tahun 1, tingkatan 1 lebih memerlukan kos. semuanya mesti baru. Kalangan ibu bapa yang berpendapatan kecil amatlah terasa sekali tetapi terpaksa berkorban demi kepentingan anak didepan hari.Besarnya harapan ibu bapa kepada sekolah.

Buat murid yang lain sama ada tahun 2 sehingga tahun 6 atau tingatan 2 hingga tingkatan 5, hadirnya mereka ke sekolah untuk mendapat sebanyak-banyaknya ilmu lebih-lebih lagi bagi yang akan menduduki peperiksaan tahun 2011 ini. Jika ada dikalangan mereka tahun 2010 tak seberapa belajarnya, maka mulai tahun ini dengan azam baru, mereka akan belajar bersunguh-sungguh.

Buat semua guru mata pelajaran, agihan tugas telah dibuat oleh pihak pentadbir sekolah semasa cuti baru-baru ini. Lantas, persediaan mantap telahpun dibuat bagi melaksanakan P & P apabila tuan masuk kelas dengan bermulanya loceng pertama nanti. Laksanakan P & P dengan pedagogi yang menarik.

Buat pentadbir, tuan adalah orang penting dalam kepinpinan pengurusan kurikulum. Lantas tunjuk ajar bantu bimbinglah semua guru di bawah pimpinan tuan agar berperanan sebagai seorang pendidik sebenar.

Hari pertama persekolahan "mereka datang berlari" maka teruskan spirit ini untuk hari seterusnya. Jangan jadikan esoknya "mereka pulang berlari" kerana apa ? .. Gi sekolah pun wat gapo cikgu tak ngajar..bo nak baca buku..dimoh pun boleh..Amali pun kadang-kadang buat..

Buat kami, dari KPM maupun JPN atau PPD, akan turun padang ke sekolah yang telah ditetapkan unuk pemantaun hari pertama persekolahan.PPSAT la tuu..

Jayakan Jom Ke Sekolah..Jom Masuk Kelas untuk semua pelajar. Jangan ada yang ponteng kerana kelemahan gurunya.

Tahun 2011 melangkah ke sekolah dengan azam baru pendekatan baru mengapai kecemerlangan

Saturday, January 1, 2011

Hari Pertama Tahun Baru

Hari ini, 1111



Kita bersama raikannya dengan sebaik mungkin

Ada lagi untuk tahun ini, 111111
Ada umpp ke nombor ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh