.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, November 29, 2010

Buku Teks KSSR Dunia Sains Teknologi


( Seronoknya belajar ..banyak alat bantu bersama komputer )

Mulai sesi persekolahan baru tahun 2011 yang bakal menjelang nanti, kurang lebih sebulan dari sekarang, Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai memenuhi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menerbitkan sebuah buku sebagai teks rujukan guru-pelajar tahun satu.

Buku setebal 97 muka surat ini mengandungi 12 Unit P&P. Ia berpandukan kepada Draf KSSR Dunia Sains Teknologi (DST) terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK untuk kegunaan Tahun Satu ini, Unit berkenaan adalah:

Unit 1: Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP

Unit 2: Manusia
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP

Unit 3: Haiwan
Terdiri dari 2 SK dengan 5+3 SP

Unit 4: Tumbuhan
Terdiri dari 3 SK dengan 5+2+1 SP

Unit 5: Mata Untuk Melihat
Terdiri dari 4 SK dengan 4+2+4+4 SP

Unit 6: Hidung Untuk Menghidu
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP

Unit 7: Lidah Untuk Merasa
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP

Unit 8: Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa
Terdiri dari 1 SK dengan 5 SP

Unit 9: Telinga Untuk Mendengar
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP

Unit 10: Menggunakan Semua Deria
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP

Unit 11: Timbul Dan Tenggelam
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP

Unit 12: Reka Bentuk
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP

*SK- Standard Kandungan
*SP- Standard Pembelajaran

Contoh:
Unit 1 : Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Standard Kandungan
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard Pembelajaran
Murid boleh
1.1.1 Mengegenal pasi benda hidup dan benda bukan hidup
1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu:perlukan air dan makanan, bernafas,bergerak,membesar dan membiak
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan

Bila kita kaji, Unitnya hanya ada 12, muka suratnya hanya 97, tetapi hari belajar hanya 210 hari atau 30 minggu, bererti dalam seminggu hanya sekitar 3 muka surat. Dalam seminggu masa hanya 60 minit untuk ini. Maka apa yang perlu dirancangkan oleh guru..tentunya perbanyakkan akiviti yang menyeronakkan pelajar untuk belajar.Kreativiti Inovasi dengan gabungan unsur EMK (Keusahawanan dan TMK) amat perlu dilontarkan semasa P & P.

Murid Tahun Satu dalam era Transformasi Kurikulum ini bukan saja hebat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira tetapi juga hebat menaakul. Berilah mereka peluang untuk juga berkreativiti inovasi bersama. Generasi akan datang perlu dengan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan dengan KBKK tersendiri bukan sekadar hanya berpengetahuan semata-mata. Tidak hanya disuap kemudian dimuntahkan kepada kertas peperiksaan, selepas itu tak tahu apa.Lebih-lebih lagi dalam Sains yang melibatkan KPS dan KMS.

Sekian, jumpa lagi diposting yang berikutnya.

Saturday, November 27, 2010

Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita



Kerana tuan adalah manusia pencinta....cinta kepada yang baik-baik

Friday, November 26, 2010

Mengapa sukar kita amalkan ?

Segala tugas atau menjalani aktiviti, tentunya ada tempatnya. Bertugas di pejabat, ada kerusi mejanya, ada rak bangkunya, ada kertas dan failnya, ada pensil dan pennya.Jika berada di rumah, sudah tentu ada banyak barangannya, dari pintu masuk depan rumah hinggalah pintu dapur. Demikian juga bila kita berada ditempat-tempat yang lain.

Persekitaran yang berada di sekekiling kita begitu banyak mempengaruhi acara aktiviti kita seharian. Jika masuk bilik di pejabat kita, berselerak kertas, bersampah sana sini, berdebu dan berhabuk..tentunya tempat kerja kita dah tak kondusif. Diri sendiri dah tak tergamak masuk, sama telahan rakan sejawat hendak dipelawa masuk.

Oh, itulah persekitaran. Semua 'kita' hendakkan yang indah bersih. Pakai kereta motor selalu dicuci agar berkilat naik cahaya. Kita sendiri jika nak keluar rumah, mandi bersih diri, pakai pakaian yang cantik elok. Beraksi di depan cermin, tengok muka badan nak pastikan tiada cacat cela berpakaian. Pantang jumpa cermin, tengok muka diri agar sentiasa ceria dan rambut kemas tersusun. Begitu bagus amalan rutin ini, TETAPI terkadang kala kita sendiri tidak cakna persekitaran tempat kita duduk berkerja.

Dalam rumah, berselerak dengan ramuannya. Di luar rumah apa lagi. Di dalam pejabat, sampah situ sini, berhabuk dan berdebu. Dalam kereta, entah apa yang ada, nak masuk 'kawan fikir dua tiga kali' nak duduk di kusyen mana, sebabnya semua kusyen berisi dengan kertas, buku, plastik beg dan lain-lain lagi yang sempat diisikan.

Itulah fenomenanya walaupun banyak kali diingati oleh rakan taulan. Amalan Sekitar Berkualiti (QE) hanya meniti dibibir mulut. Jika begitu halnya, sampai bila persekitaran kondusif itu dapat diwujudkan.

Kita di slogankan dengan 5 S. Katanya S ini dari budaya kerja Jepun, di alih bahasa juga jadi S sepertimana berikut:



Seiri - sisih : ambil barangan/dokumen yang dihendaki/masih boleh pakai dan yang lainnya dibuang.
Seito - susun : letakan pada tempat yang sesuai barangan/dokumen berkenaan dengan aturan yang betul
Seiso - sapu : Sampah/bahan buangan termasuk habuk debu perlu dibersihkan dari merosakkan persekitaran
Seiketsu - seragam : susunan dalam tertib dan elok mata memandang.
Shitsuke - sentisa amal: ni yang agak sukar.. nak jadikan budaya. Kena tanya diri dan beristiqamah.



Sekiranya kita semua caknakan perkara ini, tentunya, tempat kerja kita, dalam rumah kita, di luar rumah kita, di dalam kereta kita dan pastinya kampung, daerah, negeri dan negara kita akan bersih ceria, indah tersusun begitu kondusif sekali.. Negara Bersih Warga Sihat.

Sebenarnya perkara ini dah lama diajar. Islam mengajar umatnya tentang kebersihan, tetapi mengapa JEPUN yang ke depan, kita pula yang mengikutnya..Dah terbalik.Itulah sebabnya kita sentiasa tertinggal kerana kita sendiri tak amalkan apa yang di suruh.

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN DAN SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA YANG CANTIK BERSIH

Sekian..

Thursday, November 25, 2010

Renung dan iktibarkan

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : suhaimi mohidin

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Wednesday, November 24, 2010

Tahukah Anda Bersujud Itu Penuh Nikmatnya

Nikmatnya Memperbanyak Sujud
15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : nina mazrina

Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia sekaligus sebagai sarana paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah Saw, "Saat dimana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud.(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah Anda bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan listrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berkebangsaan Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga listrik magnetis yang tak sedikit jumlahnya melalui perangkat-perangkat listrik yang kita gunakan.

Sehingga dengan demikian tubuh ini menjadi alat untuk menyerap cahaya listrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga listrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa pegal, berat, sesak, malas dan lemah, hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Lalu bagaimana jalan keluarnya?

Melalui riset ilmiahnya, seorang peneliti Barat yang non-muslim mengemukakan bahwa metode paling jitu untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan listrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mengarahkan ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan lsitrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh.

Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) listrik dari gedung-gedung yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannaya adalah untuk menarik muatan listrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jaun dia menjelaskan metode paling tepat adalah menempelkan ubun-ubun ke tanah secara langsung seraya memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Kerana, dalam keadaan seperti itu, muatan lsitrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi sacara lebih kuat dan dalam jumlah yang banyak.

Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahwa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Ka'bah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan sholat adalah merupakan sarana yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan listrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Sang Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kalian bersujud," perintah Rasulullah (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah ampunan dan darjat yang tinggi di Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,

"Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'" (HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, yaitu muatan listrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk beliau berwudhu dan untuk kepentingan beliau yang lain.

Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!" Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga." Maka beliau bertanya, 'Apakah ada permohonan lainnya?" Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah." Beliau lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya banyak bersujud di hadapan-Nya.

Begitu besar fadilat sujud kepada kesihatan kita.. Bersama amalkan dengan Solat.

Tak lupa juga untuk renungan bersama,dari Ibnul Qayyim. katanya

“Berpikir akan melahirkan pengetahuan, pengetahuan akan melahirkan perubahan keadaan hati, perubahan keadaan hati akan melahirkan kehendak, kehendak akan melahirkan perbuatan. Jadi, berpikir adalah asas dan kunci semua kebaikan”.

Sekian, wassalam

Tuesday, November 23, 2010

Antara Ujian Kehidupan Insan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini, selasa 23 November 2010.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember 2010.

Inilah diantara ujian yang perlu dilalui oleh seorang insan.. Sentiasa diuji dari kecil hingga dewasa, dari dunia hingga ke akhirat. Maka sewajarnya kita lebih bersedia menghadapinya.

Selamat menempuhi ujian dan selamat bertugas sebagai pegawai peperiksaan
.

Sunday, November 21, 2010

Bengkel Pelan Strategik SPA



Alhamdulillah pada hari Ahad 21 hb. saya bersama beberapa sahabat dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah hadir di Permai Hotel Kuala Terengganu bagi pembengkelan "Pelan Strategik 5 Tahun" untuk tahun 2011-2015. Dari rumah bertolak selepas Solat Asar dan tiba jam 8.00 malam selepas memandu dalam hujan yang agak lebat di Penarik dan Batu Rakit.Menginap di bilik 2021.

Perbengkelan Pelan Strategik ini lebih berfokus pengisiannya kepada memenuhi kehendak masa depan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Sektor Pengurusan Akademik serta kehendak unit-unit di bawah sektor

Dengan berpandukan garis panduan tertentu dan memenuhi kehendak Star Rating MAMPU dan ISO SIRIM, beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam memantapkan perancangan 5 tahun sektor ini.

Terima kasih atas sumbangan tenaga dan idea dari sahabat seperjuangan,

1. En. Mohd Razali -(PP Sains)
2. En. Nasir - (PP Sains)
3. Pn. Hhj. Rani ( PP Teknik Vokasional )
4. En. Mat Nawi - (PP TMK)
5. En. Saharuddin - (PP Matematik)
6. Cik Halizah - (PP Matematik)
7. En. Zakaria - (PP Sains Kemanusiaan)
8. Tn. Hj. Rosme - (PP Sains)
9. En. Ehsam - (PP Bahasa)

Pada tarikh ini juga berlangsung Mesyuarat Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berasaskan TMK bagi Prasekolah Peringkat Jabatan Pelajaran Kelantan yang juga diurus setiakan oleh En. Mat Nawi Wahid. Seramai 32 JU TMK terlibat dalam program ini.

Disamping itu juga berlangsung satu kursus oleh Jabatan Pelajaran Pahang melibatkan semua Guru Besar dari PPD Rompin, Pekan, Kuantan dan Temerloh. Sempat jumpa beberapa sahabat lama semasa bertugas di SMK Jengka Pusat dulu (bertugas di sana 1983-1987 ). En. Rizal, En. Halim dah jadi GB sekarang ini. Juga dapat berjumpa dengan Hj. Yahya Zainal Abidin dulunya guru matematik di SMK Jengka 2, kini menjawat Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, di samping Tn. Hj. Jailani KSPA Pahang.

Pada jam 2.30 petang hari Isnin, 22 hb, tak semena-mena dapat berjumpa dengan YBhg. Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib (Pengarah Unit Pelajaran & Latihan Kemahiran FELDA )yang terlibat secara langsung dengan kompetensi pendidikan anak generasi FELDA yang bertugas terus di bawah YAB Perdana Menteri.Tak sempat jumpa dengan En. Zainurin, KSPS Pahang kerana terpaksa balik awal.


Sekali lagi, tahniah untuk semua.

Friday, November 19, 2010

Transformasi Amalan Makan


Seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban.

Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat menjadi penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada gaya pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan pengambilan makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani maupun rohani.

1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya

2. 80% penyakit berpunca daripada makan.

3. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

4. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

5. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

6. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

7. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

8. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

9. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

10. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

11. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

12. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

13. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

14. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.

Sumber :Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Boleh ke ???

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidul Adha 1431 H



Di bumi Malaysia , kita beraya esok iaitu pada hari Rabu 17 Nov 2010.

Tarikh ini berbeza sebanyak 2 hari dari tarikh WUKUF di Arafah, Arab Saudi. Wukuf jatuh pada hari Isnin 15 Nov 2010. Sepatutnya kita menyambut raya Aidil Adha sehari selepas umat Islam berwukuf. Mengapa tarikh ini "lari jauh" sedangkan disegi kiraan sains geografi matematiknya cuma berbeza 5 jam sahaja antara Kuala Lumpur dengan Riyad

.. Allahuallam
........
Pengorbanan Untuk Kejayaan Dunia & Akhirat



Mohon Maaf Zahir Batin..Berkorban Untuk Kesejateraan

Monday, November 15, 2010

Water Facts



Healthy living starts with quality drinking water. Scientific studies show that adults should drink 2 Liters of water every day – not including any soft drinks, juices, tea or coffee. In fact, coffee even dehydrates our body, so we should compensate every cup of coffee with double the amount of water.

Among other facts these studies in the US show:

* 75 % of the people are chronically dehydrated.

* One glass of water will shut down midnight hunger pangs for almost 100% of the dieters.

* Lack of water is the No.1 trigger of daytime fatigue.

* A mere 2% drop in body water can trigger fuzzy short-term memory, trouble with basic mathematics, and difficulty focusing on the computer screen or a printed page.

* Drinking 5 glasses of water daily decreases the risk of colon cancer by 45. It can slash the risk of breast cancer by 79%, and reduce the risk of developing bladder cancer by 50%.

* 80% of diseases are due to bad drinking water.


The studies also prove that Water:

* Provides oxygen and nutrients to different part of the body.

* Flushes out toxins in our body.

* Strengthens our immune system.

Friday, November 12, 2010

Matlamat dan Objektif KSSR DST

Setiap sesuatu perkara yang diadakan, lebih-lebih lagi setelah melalui kajian dan dapatan yang konkrit, di mana banyaknya faedah dan kebaikannya bila dilaksanakan maka tentunya ada matlamat dan objektifnya tersendiri. Pelaksanaan KSSR DST dengan matlamat dan objektif sebagaimana berikut:

Matlamat

Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni

Objektif

Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:
1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia sains di sekeliling mereka,
2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
3. Meningkatkan daya kreativiti murid,
4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains
5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis,kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,
6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya,
7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

Berikanlah perkara masa depan untuk mereka..maka pengamal pendidikan perlulah " One Step A Head ". Akan terasa kita bila murid mengatakan ' Cikgu, dalam kelas ni ramai ada Fb sendiri, Cikgu pun bertaya apakah itu Fb?.. Ketawa murid nanti.

Senerio ini kita perlu ubah..siapa yang perlu berubah?..tentunya KITA

Thursday, November 11, 2010

Tahniah Semua.. Tahniah Anakku.. Syukur Alhamdulliah



Oh! : 48,327 Calon UPSR 2010 Dapat Semua A

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 daripada 482,334 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang (semua A).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
"Pencapaian keseluruhan calon UPSR 2010 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN)," katanya pada pembentangan analisis keputusan UPSR di sini, Khamis.
Semua calon UPSR akan menerima keputusan mereka mulai pukul 10 pagi ini di sekolah masing-masing seluruh negara.
Bagaimanapun Abd Ghaffar berkata, peratusan calon yang mendapat minimum Gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.
"Pencapaian baik (Minimum C termasuk semua A) bagi calon UPSR tahun ini seramai 310,605 manakala di bawah tahap penguasaan minimum (semua D/3 atau kombinasi kedua-duanya) iaitu 16,334 orang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar meningkat sekali gus merapatkan jurang pencapaian calon cemerlang antara kedua-duanya iaitu 0.04 peratus.
"Pencapaian calon cemerlang bandar meningkat 0.35 peratus manakala calon cemerlang luar bandar 0.8 peratus," katanya.
Selain itu katanya, terdapat 1,270 calon istimewa menyaksikan pertambahan 184 orang berbanding tahun lalu dan daripada jumlah itu, 12 calon mendapat pencapaian cemerlang.
Walaupun bilangan calon istimewa yang mendapat pencapaian Cemerlang kurang seorang berbanding tahun lalu seramai 13 orang, namun Abd Ghaffar menjelaskan terdapat peningkatan 1.97 peratus bagi calon yang mendapat pencapaian Baik.
"GPN bagi pencapaian keseluruhan calon istimewa meningkat 0.02 peratus," katanya.
Mengenai pretasi semua mata pelajaran, Bahasa Melayu Pemahaman di Sekolah Kebangsaan (SK) terdapat peningkatan signifikan pada Gred A iaitu 4.5 peratus namun menurun bagi Bahasa Melayu Penulisan sebanyak 8.9 peratus.
Abd Ghaffar berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK meningkat dengan mencatatkan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sebanyak 2.74 peratus pada tahun ini berbanding 2.79 peratus pada tahun lalu.
"Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan Gred A menurun iaitu masing-masing 2.9 peratus dan 3.4 peratus.
"Namun prestasi Bahasa Inggeris di SJK mencatatkan peningkatan dalam GPMP iaitu 2.69 peratus pada tahun ini berbanding 2.8 peratus pada tahun lalu." katanya.
Beliau menambah, sukatan mata pelajaran Matematik dan Sains bagi SK dan SJK adalah sama dari segi kandungan.
"Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi Matematik meningkat 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala Sains turut meningkat 1.7 peratus," katanya.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Petikan Berita Harian Online
2010/11/12


KUALA LUMPUR: Terengganu terus mengungguli keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ke-10 apabila muncul negeri terbaik dalam peperiksaan itu tahun ini apabila seramai 3,560 atau 15.4 peratus daripada 23,147 murid mendapat 5A dan 7A.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu, Razali Daud berkata,
walaupun jumlah calon berkurangan tahun ini, berbanding 23,944 calon tahun lalu, murid mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat 0.1 peratus berbanding 15.3 peratus tahun lalu manakala calon yang mendapat keputusan 4A/6A+1B pula seramai 2,138 atau 9.2 peratus. Katanya, seramai 11,542 calon pula memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) meningkat 3.9 peratus, manakala mereka yang mendapat keputusan minimum C meningkat sebanyak 1.5 peratus.

“Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris pula menunjukkan penurunan sebanyak 6.9 peratus dan 1.5 peratus,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, seramai 2,548 daripada 23,305 calon memperoleh keputusan cemerlang atau semua A dan daripada jumlah itu, 1,841 calon dari sekolah kebangsaan (SK), 682 sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan 25 SJK Tamil.

Di IPOH, seramai 4,201 murid atau kira-kira 10 peratus daripada 42,057 calon UPSR memperoleh keputusan cemerlang 5A, meningkat 1.21 peratus berbanding 8.78 peratus tahun lalu.
Timbalan Pengarah JPN Perak, Mohd Idris Ramli, berkata seramai 26,610 calon atau 63.27 peratus mencapai tahap penguasaan minimum iaitu memperoleh gred A, B dan C dalam mata pelajaran diambil iaitu peningkatan 1.5 peratus berbanding pencapaian 61.77 peratus tahun lalu.

Di GEORGETOWN, seramai 2,839 calon memperoleh 5A/7A dengan seramai 16,065 calon atau 66.74 peratus lulus semua mata pelajaran.
Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin, berkata tiga sekolah yang terbaik ialah SK Bertam, Perai; SJKC Kwang Hwa, Sungai Nibong dan SJKT Mak Mandin.

Di SEREMBAN, seramai 2,324 murid atau 12.4 peratus daripada 18,790 murid di negeri itu berjaya memperoleh 5A dan 7A dengan peningkatan murid cemerlang sebanyak 0.03 peratus.

Timbalan Pengarah JPN Sembilan, Jamali Salam, berkata gred purata negeri juga meningkat kepada 2.19 berbanding 2.20 pada 2009, manakala pencapaian sekolah luar bandar turut memberi sumbangan besar apabila 1,243 murid memperoleh 5A dan 7A , berbanding 1,081 dari sekolah bandar.

Di KUANTAN, seramai 3,359 atau 12.88 peratus daripada 26,074 murid SK dan SJK di Pahang mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A dan jumlah itu meningkat sebanyak 1.09 peratus berbanding 11.79 peratus tahun lalu.

Pengarah JPN Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata seramai 17,997 daripada 26,074 calon atau 69.02 peratus menguasai semua mata pelajaran memperoleh gred A, B dan C berbanding 68.39 peratus tahun lalu.

Di KOTA KINABALU, seramai 1,190 daripada 43,886 calon UPSR di Sabah memperoleh gred A dalam semua lima atau tujuh subjek yang diambil.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, berkata daripada jumlah itu, 995 calon dari SK memperoleh 5A manakala 195 calon dari SJKC mendapat 7A dan jumlah itu meningkat 277 calon atau 0.73 peratus berbanding 911 calon tahun lalu, membabitkan 248 calon dari SK dan 31 calon SJKC.

Di MELAKA, Pengarah JPN, Datuk Isa Abu, berkata seramai 1,505 atau 10.4 peratus daripada 14,473 calon yang menduduki UPSR berjaya memperoleh 5A atau 7A.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 126 adalah calon bukan Melayu yang belajar di SK, manakala dua calon bukan Cina dari SJKC pula iaitu Syakirin Al-Husna Mohd Kamil dari Masjid Tanah dan Sakhti Shanti Sathamai Selvanathan (SJKC Ping Ming) memperoleh 7A.

Di KOTA BHARU, seramai 5,127 atau 14.49 peratus daripada 37,861 calon UPSR di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A.

Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang, berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding tahun lalu selain menyifatkannya sebagai pencapaian terbaik dalam tempoh tujuh tahun.


Di KANGAR, Pengarah JPN Perlis, Mansor Lat, berkata seramai 414 pelajar atau 9.4 peratus daripada 4,402 calon di Perlis memperoleh 5A atau 7A.

Di JOHOR BAHRU, seramai 6,172 daripada 58,197 calon di negeri itu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Di ALOR SETAR, Pengarah JPN Kedah, Abdullah Saad, berkata seramai 3,866 daripada 39,781 calon memperoleh keputusan semua A, meningkat daripada 9.36 peratus tahun lalu kepada 10 peratus tahun ini.

_________________________________________________________________________________
Pada hari ini,Khamis 11/11/10, jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Pelajaran Kelantan, pengumuman keputusan UPSR 2010 telah dibuat oleh YABrs. Tuan Haji Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan yang diantara lain nya memaklumkan bahawa GPS Negeri ialah 2.22, peratus am 67.8 dan peratus semua A 14.49.Alhamdulilah, syukur kepada MU ya ALLAH atas nikmat ini.

Tahniah Tuan Pengarah,
Tahniah Tuan KSPA,
Tahniah Tuan KS,
Tahniah Tuan PPD,
Tahniah Tuan KPP,
Tahniah Tuan PP,
Tahniah Tuan Penyelia Pelajaran,
Tahniah Tuan Penolong PPD,
Tahniah Tuan Guru Besar,
Tuan Penolong Kanan,
Tahniah PIBG,
Tahniah Ibu-Bapa
dan yang tak pernah dilupakan,
Tahniah Tuan Guru Mata Pelajaran yang bertungkus lumus mempersiap siagakan pelajar untuk menghadapi UPSR 2010 lalu.

Juga buat anakku WAN NUR SYAHIDA dari SK Tiong yang meneruskan legasi abang dan kakak-kakaknya. Alhamdullilah begitu tak terhingga akan pemberian MU kepada kami semua.


Kita sebenarnya mampu mendepani mereka kerana kita mempunyai kehebatan tersendiri berserta dengan izin NYA.
ALL THE BEST...

Standard Kurikulum Sains 2011

Tidak akan disebut lagi mata pelajaran sains tetapi akan disebut sebagai Modul Sains dan Teknologi (DST) dengan pendekatan bertema.Begitulah juga bagi kebanyakan modul yang lain (yang telah dipaparkan dalam posting sebelum ini). Sepatah kata dari Kata Pengantar Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, iaitu:

" Standard Kurikulum yang dibangun ini tidah hanya menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penggunaan kemahiran dan pengamalan sikap saintifik dan nilai murni tetapi juga menekankan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan seharian"

Dalam Tema DST, menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul khas penggunaan TMK turut disediakan bagi membolehkan guru membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran mereka.
Mengikut displin Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer-mempelajari Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Painting.
Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

Selepas mendapat pendedahan selama 12 waktu setahun ini ( 1 waktu = 30 minit), murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran displin pelajaran yang lain.

Dari segi pengisian kurikulum Sains pula ia di pecahkan kepada ,
1. Sains Hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan,
2. Sains Fizikal berkaitan semua jenis deria, dan
3. Sains Bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

Bagi guru yang terlibat, Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

Standard kurikulumnya telah menyediakan peluang yang secukupnya untuk murid menjalankan penyiasatan saintifik melalui aktiviti hands-on. Jika dalam KBSR, perkara ini juga diberi fokus utama, tetapi dengan peluang masa dan ruang tidak begitu mencukupi buat guru dan murid untuk melaksanakan aktiviti amali ( yang amat penting ialah habiskan silibus yang agak padat).

Pendekatan inkuiri, penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta pembelajaran berfikrah perlu ditekankan sepanjang proses P & P bagi membolehkan murid bersedia dalam alam pekerjaan mereka nanti.

Standard Kandungan merupakan pernyataan umum tentang domain kognitif yang mengandungi unsur pengetahuan,kemahiran saintifik, kemahiran berfikir,dan domain efektif yang mengandungi sikap saintifik dan nilai murni yang boleh dicapai oleh murid dalam sesuatu subtopik .

Manakala Standard Pembelajaranya pula merupakan penyataan khusus tentang apa yang murid patut tahu atau konsep yang difahami dan keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan profisiensi mereka dalam pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam bentuk yang boleh diukur.Standard Pembelajaran tidak menujukkan langkah pengajaran -pembelajaran di mana guru diberi ruang dan peluang untuk berkreativiti dalam penyediaan persekitaran pembelajaran kondusif di mana akhirnya murid dapat membentuk konsep dan mengembangkan kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.

Proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dirancangf secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa Standard Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian dan keperluan pembelajaran.Justeru, guru yang mengajar DST ini sewajarnya meneliti semua Standard Pemebelajaran dalam Standard Kurikulum yang berkenaan sebelum merancang aktiviti P & P

Standard Kandungan bagi domain efektif diterap secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi domain kognitif dijalankan.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid.


------------------------------------------------------------------------------------
Petikan Berita Harian Online:
Dunia Sains dan Teknologi dedah murid kemahiran ICT

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.
Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.

Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.

“Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.
“Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

“Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, Mohamed Sabri berkata, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

“Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik,” katanya.

Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Mohamed Sabri berkata, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu menjelang sesi persekolahan tahun depan.

“Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer atau peralatan itu di bilik darjah. Sekiranya tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR,” katanya.


------------------------------------------------------------------------------------
Seorang guru DST disemestinya berkebolehan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analisis, kritis, inovatif dan kreatif disamping menggunakan teknologi (TMK) sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan.

Standard Kurikulum Sains turut menerapkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) selain TMK (yang telah sedia ada dalam DST) iaitu Keusahawanan dan Kreativiti & Inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang beruapaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara yang berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi (MBE).

Tuesday, November 9, 2010

Terapi Hidung


02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : roslan mohd

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

Kita cuba, insyallah dengan izinNYA kita kekal sihat.

Monday, November 8, 2010

Bermulalah Kursus KSSR



Mulai 28 Oktober 2010 bermulakan kursus KSSR peringkat Negeri Kelantan. Kursus yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan Transformasi Kurikulum yang akan bermula pada 2 Jan 2011.Sesi baru persekolahan bagi Tahun 1 akan diwarnai dengan pendekatan baru dalam P & P guru. Dalam Standard Kurikulum,jika sebelum ini istilah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran menjadi sebutan warga guru, maka mulai hari ini dan seterusnya, guru akan menggunakan istilah Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang semestinya tidak sama maksud pengertian serta tindakannya.

Kursus dengan mod ' 2 day on site " ini dengan dimulai Modul Pendidikan Islam yang dihoskan oleh Sektor Pengurusan Islam,disamping Modul Bahasa Arabnya. Bagi Modul yang lain ianya dhoskan oleh Sektor Pengurusan Akademik bergandingan dengan Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta. Mengikut perancangan sebanyak 76 kursus meliputi semua modul ini akan dijalankan di premis pendidikan seentro Kelantan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.Kursus ini dijangka tamat pada 1 Disember 2010.

Kepada semua guru yang terlibat, berikanlah fokus yang terbaik untuk menjayakan dasar baru ini yang lebih menitikberatkan peningkatan potensi belajar murid.Perancangan bijak guru yang melibatkan aktiviti dan pedagogi yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid dan persekitaran amatlah dipentingkan.Jangan biarkan murid "tidak belajar" dan pulang ke rumah dengan "habuk pun tadak" yang akhirnya minat belajar, minat ke sekolah, minat kepada guru hilang entah ke mana.

Satu analogi yang kebanyakan kita tahu..

" Apabila kita menonton filem Bollywood, bahasa hindinya entah kitapun tak faham, tetapi kita masih melekat di depan TV, dengan terkadang menitis air mata hiba atau gembira bersama pelakon handalannya. dahlah tak faham, jika ada orang yang mengubah salurannya, mungkin kita akan memarahinya.kita tengok hingga ke ending nya."


Untuk pelaksanaan P & P, mengapakah kita masih lagi kurang mampu untuk menarik minat murid belajar bersama kita. Tetapi saya begitu yakin tuan, selaku guru yang masih bersama pelajar berkeupayaan untuk membuat sesuatu seperti analogi di atas agar murid minat belajar bersama tuan sentiasa segar kekal.Seandainya begitu, benarlah tuan seorang yang hebat.

Kepada semua JU sama ada JU konten & Keusahawanan, JU Kreativiti & Inovasi serta JU Teknologi Maklumat Komunikasi, jasa tuan amatlah dihargai kerana boleh dikatakan tuan semua "tak duduk diam"memenuhi jemputan pengisian kursus berkenaan.

Juga masih dalam ingatan buat semua pegawai akademik di Pejabat Pelajaran Daerah,"lelah" tu dah jadi rutin kita dengan setiap yang dibuat itu sentiasa perlu kepada penambah baikan.

Tak lupa kepada pegawai JPN yang terlibat, "senyumlah selalu".. elakkan tenson melampau.

TERIMA KASIH SEMUANYA.. bersama teruskan tugasan.

Saturday, November 6, 2010

Antara Kenangan Semalam, Realiti Hari Ini dan Impian Masa Depan

Berubah penting untuk kemajuan tanpa kompromi tentang nilai murni tuntutan agama. Perubahan dalam "anjakan paradigma' minda serta tindakan amat diperlukan. Kita amat perlu pedulikan tuntutan ke arah membina insan kamil yang bakal membina negara maju, makmur lagi bahagia.

Dalam dunia pendidikan, putaran masa memaksakannya melalui satu transformasi.Budaya statik akan menyebabkan kita akan ditinggalkan jauh terkebelakang dengan bangsa lain didunia. Jepun, dalam perang dunia kedua tahun 1945, bandar raya mereka iaitu Hiroshima dan Nagasaki hacur lumat diranap oleh bom atom Amerika. Begitu cepatnya mereka bangkit dan menjadi antara negara termaju di dunia kini. Sebabnya, mereka "berubah untuk maju", mengamalkan budaya ilmu, kerja dengan berkreativiti dan inovasi,kuat dan 'smart'. Untuk akan datangnya, tentunya mereka lebih hebat lagi.

Juga, Negara Cina, dulu adalah negara yang agak mundur, tetapi "berubah' dengan mendadak sekali, kini dapat menandingi kuasa ekonomi dunia. Dari yang tak hebat, kini menjadi hebat, dan tentunya akan datang semakin hebat.

lantas, bagaimana kita?. Dunia pendidikan kita telah berubah, dulu dengan KLSR kemudian KBSR dan kini KSSR.

Maka jadikanlah kenangan semalam sebagai panduan dan tauladan, jadikanlah realiti hari ini dengan menambahbaik segala kelemahan supaya impian masa depan penuh makna untuk kita semua.

" Hari ini lebih baik dari semalam dan Insyaallah hari esok akan lebih baik dari hari ini "

Itulah tugas murni kita, warga pendidik untuk merealisasikan pendekatan baru dalam dunia pendidikan kita.

KITA JAYAKAN BERSAMA TANPA KELUH DAN KESAH

Thursday, November 4, 2010

KITA LAKSANAKAN KSSR TAHUN 2011

Sebagai memenuhi Transformasi Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan II Tahun 2010 [ KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.3(5) bertarikh 14 Oktober 2010]dengan tujuan untuk memaklumkan agar semua sekolah rendah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun depan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSM) telah melalui proses transformasi kurikulum yang telah diperkukuhkan dan ditambah baik ini yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).

Peruntukan Masa (minit) Kurikulum Standard Sekoklah Rendah (KSSR) dalam seminggu mengikut MODUL adalah seperti berikut:

MODUL TERAS
1.
- Bahasa Malaysia [SK -360: SJKC -300 : SJKT - 300 ]
2.
- Inggeris [SK -300: SJKC -150 : SJKT - 150 ]
3.
- Bahasa Cina [SJKC - 360 ]:
- Bahasa Tamil [SJKT - 360 ]
4.
- Pendidikan Islam [SK - 180 : SJKC - 120 : SJKT - 120 ]
- Pendikan Moral [SK - 180 : SJKC - 120 : SJKT - 120 ]
5.
- Pendidikan Jasmani [SK - 60 : SJKC - 60 : SJKT - 60 ]
6.
- Pendidikan Kesihatan [SK - 30 : SJKC - 30 : SJKT - 30 ]
7.
- Matematik [SK - 180 : SJKC - 180 : SJKT - 180 ]

MODUL TERAS TEMA
8.
- Dunia Seni Visual [SK - 60 : SJKC - 60 : SJKT - 60 ]
- Dunia Muzik [SK - 30 : SJKC - 30 : SJKT - 30 ]
- Dunia Sains dan Teknologi [SK - 60 : SJKC - 60 : SJKT - 60 ]

MODUL ELEKTIF
9.
- Bahasa Arab/Bahasa Cina SK/Bahasa Tamil SK/Bahasa Iban/Bahasa Kadazandusun
[SK - 90 ]

Perhimpunan [SK - 30 : SJKC - 30 : SJKT -30 ]

JUMLAH MASA(MINIT) DALAM SEMINGGU [SK - 1380 : SJKC - 1380 : SJKT - 1380 ]

Pihak sekolah (untuk SK) perlu memilih untuk melaksankan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Dalam menentukan pelaksanaan KSSR bergerak lancar mulai sesi baru persekolahan 2011 untuk Tahun Satu, latihan Jurulatih Utama semua mata pelajaran berkaitan telahpun dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Justeru, latihan profesional guru mata pelajaran tahun satu yang akan diberi tugas melaksanakan P & P tahun depan di sekolah masing-masing kini sedang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan bersama semua Pejabat Pelajaran Daerah. Insyaalah latihan secara "2 day on site" ini untuk semua modul berkenaan akan dapat diselesaikan sebelum cuti panjang persekolahan 2010.

Semua guru yang terpanggil untuk mengikuti latihan ini akan didedahkan dengan konten KSSR itu sendiri bersama dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)iaitu Kreativiti dan Inovatif (KI), Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) serta Keusahawanan.

Kepada Tuan Guru Besar, mohon kerjasama dan keprihatinan Tuan agar guru-guru yang telah dilatih itu akan ditempatkan untuk mengajar mata pelajaran berkenaan untuk Tahap Satu tahun 2011 nanti. Penjadualan waktu mengajar guru perlulah akur dengan peruntukan waktu yang dicadangkan.

Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat murni ini didahului dengan ucapan terima kasih.


Sumber SPI.Bil.II/2010: Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sila ke Portal Rasmi KPM ( My Bloglist No 6 - cari Pekeliling )

Wednesday, November 3, 2010

Mesyuarat Bersama BPK


Alhamdulillah, bermula 01 - 03 November 2010, saya bersama Tn. Hj. Hilmi Abdullah (KPP Matematik) telah mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan untuk bermesyuarat bersama Pegawai dari Sektor Sains dan Matematik, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat yang melibatkan kesemua KPP Sains dan KPP Matematik atau wakilnya dari seluruh negeri ini berlangsung di Radius International Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Penerbangan pada 01 November 2010 (Isnin) dari Kota Bharu ke KLIA tertangguh kerana hujan lebat serta angin kencang (dah tibanya musim tengkujuh)menyebabkan saya sampai di tempat mesyuarat jam 4.00 petang setelah menaiki ERL Ekspress dan teksi.

Berikut merupakan kronologi dengan intipati mesyuarat yang perlu diberi fokus untuk tahun 2011 nanti.

01/11/10 (Isnin)
9.00 - 10.00 malam:
Pengerusi: En. Mohd Zanal Dirin - Timbalan Pengarah BPK (Sains & Teknologi)

* Pegawai Sains dan Matematik Kementerian/ Negeri / PPD adalah pengerak KSSR dalam bidang berkenaan.
* Kreativiti dan inovatif dijadikan medium menjana idea meningkatkan mutu P & P
* Pegawai sentiasa 'turun padang' ke sekolah untuk membantu bimbing pelaksanaan P & P berkesan
* Pegawai bersama guru hendaklah "one step ahead" dengan "working harder & working smarter"
* Kreativiti dalam pendidikan Sains Matematik akan melibatkan inovasi, peluang baru perniagaan,kerja baru dan kemakmuran ekonomi.
* Kreativiti boleh dikelaskan kepada "Modeling Creativity","Stimulating Creativity" dan "Rewarding Creativity".
* Kreativiti dalam P & P perlu difokuskan kepada berpusat pelajar serta interaksi aras tinggi antara sesama guru dan guru-murid serta sesana murid.
* Dalam pelaksanaan P & P , refleksi amat dipentingkan dalam menilai status pembelajaran murid :"What we know to How we come to know"
* MBMMBI - Memperkasakan Bahasa Melayu (Malaysia) mempunyai lebih baayak aspek kurikulum jika dibandingkan dengan Mermartabatkan Bahasa Melayu (Malaysia)

10.00 malam
Pengesahan dan Perkara Berbangkit mengenai minit mesyuarat tahun lepas
11.00 malam
Balik ke Bilik 1427 dan Beradu

02/11/10 (Selasa)
8.00 - 10.30 pagi: Pembentangan Wakil dari Bahagian-Bahagian KPM

1. Pn. Dewani Goloi (EPRD)
TIMSS 2011
- Kini dalam pelaksanaan kajian lapangan di sekolah terlibat (Terima kasih kepada JPN Kelantan dan negeri lain kerana memberi komitmen yang amat baik )
- Pelaksanaan berikutnya tahun 2015
- Soalan TIMSS 2007 boleh diperolehi di carian Google dengan "TIMSS 2007"

2. En. Hisham (EPRD)
MBMMBI
- Merupakan salah satu elemen dalam Transformasi Kurikulum dengan Pelaksanaan berperingkat mulai 2011
- Pengukuhan kompetensi guru,peningkatan infrastruktur dan bahan, pelaksanaan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu,penempatan guru mengikut opsyen antara langkah yang diberi fokus menjayakan MBMMBI
- Pelaksanaan Peringkat Sekolah Rendah
2009 - era PPSMI (menggunakan BI untuk P & P Sains dan Matematik)
2010 - Dwibahawa dalam P & P Sains dan Matematik
2011 - Tahun 1 Menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu (Tahun 2 dan keatas ;Dwibahasa)
2012 - Tahun 1 dan Tahun 2 menggunakan sepenunhnya Bahasa Melayu dalam P & P Sains dan Matematik dan begitulah secara peringkat seterusnya.

- Pelaksanaan Peringkat Sekolah Menengah
2009 - era PPSMI
2010 - Dwibahasa (Tingktan 1 hingga Tingkatan 5)
2012 - Tingatan 1 menggunakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 masih dalam dwibahawa (Buku Teks Tingkatan 4 dalam Bahasa Melayu)
2013 - PMR dalam dwibahasa tahun terakhir
2015 - SPM dalam dwibahasa tahun terakhir
2016 - SPM sepenuhnya dalam Bahasa Melayu
2009 - 2016 STPM untuk Sains dan Matematik masih dalam Bahasa Inggeris. Untuk 2017 akan ditentukan kemudian.

Rujuk jadual peralihan ini dalam http://www.moe.gov.my/

3. Tn. Hj. Tamrin (JNJK)
Isu sains di sekolahm masih belum mantap di segi :
- Kemahiran Proses Sains
- Kemahiran Manipulatf Sains
- Sikap Saintifik dan Nilia Murni

Dapatan Pemantauan Dalam P & P Sains:
- Ramai Guru yang tak membuat persediaan awal dengan baik
- Tidak memberi arahan yang jelas untuk melakukan amali
- Kurang menekankan aspek keselamatan makmal
- Kurang membimbing
- Kurang peyeliaan amali
- Hasil kerja amali kurang dibincangkan

Dapatan Pemantauan Dalam P & P Matematik:
- Kurang memberi penegasan terhadap tumpuan matematik seperti kemahiran asas,kefahaman,pembinaan konsep,prosedur matematik dan penerapan nilai positif.

4. Tn. Hj. Zainuddin Abas (BTP)
- Banyak resos pendidikan telah diedar ke sekolah tetapi penggunaannya adaalah minimum teruamanaya CD Courseware.
- mulai 2010, semua bahan tidak banyak di CD kan tetapi akan di 'up load'. Guru perlu akses perkara ini untuk membantu P & P nya.
- Kini telah ada di setengah sekolah 'Guru Pelbagai Media' untuk membantu meningkatkan penggunaan bahan tersebut dalam P & P guru.
- Bahan Tambahan dari BTP ini perlu banyak dimanafaatnya.
- Pemantauan penggunaannya akan sentiasa dibuat oleh KPM/JPN/PPD

Rujuk : http://btp.moe.edu.my
atau http://spp.moe.edu.my


5. Tn. Hj. Yusof (LPM)
- Prestasi Matematik UPSR untuk SK 2010 meningkat tetapi masih rendah
SK < SJKT < SJKC
- Prestasi Sains UPSR untuk SK 2010 meningkat dan hampir sama SK=SJKT=SJKC
- PBS SK Tahun 1 bermula tahun 2011 ( Penyebaran maklumat tentang kaedah pelaksanaan akan dibuat oleh Sektor Penilaian dan Peperiksan setiap JPN )

6. Tn.Hj. Azman (BPK)
KSSR
- Penghayatan Standard Kurikulum dan Standard Pengajaran dengan Kreativiti dan Inovasi Guru semasa melaksanakan P & P Sains dan Matematik
- Jangan mengejar untuk habiskan silibus untuk peperiksaan -pentingkan Format Kurikulum dari Format Peperiksaan
- Pastikan tiada lagi pelajar dalam KIA 2M / 3M

7. En. Bilezan (BPSH)
Realistic Mathematics Education (RME)
- Pelaksanaan P & P perlu kreatif dalam menjelaskan konsep matematik

11.00 pagi
Sidang Pleno antara ahli mesyuarat dengan panel berkenaan.
Antara fokusnya:
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010 mengenai peruntukkan waktu mengajar di bawah MBMMBI di mana masa sains dikurangkan dari 90 minit ke 60 minit seminggu untuk Tahun 1.
ii. Pengesahan status 5 bintang makmal dan bilik sains sekolah oleh JPN. Maklumat perlu dihantar segera ke BPSH, KPM
iii. KSSM bermula tahun 2014
iv. SKPM- Sekolah untuk tahun 2010 telah dibuat penambahbaikan oleh JNJK, KPM
v. Dasar 60:40 masih berfungsi, pendekatan baru perlu dibuat untuk mencapainya. (dasar ini mula diperkenalkan tahun 1999 dan dilaksanakan mulai tahun 2000)

2.15 petang
Pembentangan 1:
oleh En >Mazlan Awi-Ketua Unit Matematik Rendah (BPK)
- Modul Matematik disediakan dalam 4 bahasa utama: BM,BI,BC,BT
- KSSR juga melibatkan abacus
- LINUS dengan 34 modul telah diterbitkan pada tahun 2010 dan telah diserahkan ke sekolah melalui PPD.
- Perubahan pengenalan (jika diterima)
KBSR - Tahun 1,tahun 2, Tahun 3 dan seterusnya
KSSR - Aras 1, Aras 2, Aras 3 dan seterusnya

Di bawah KBSR:
LINUS 2010 - melibatkan Tahun 1
LINUS 2011 - melibatkan Tahun 2
LINUS 2012 - melibatkan Tahun 3

Di bawah KSSR
LINUS 2011 - melibatkan Aras 1
LINUS 2012 - melibatkan Aras 2
LINUS 2013 - melibatkan Aras 3
dan akan berulang seterusnya.

Rujuk : http://www.moe.gov.my/bpk

Pembentangan 2:
Oleh Pn. Zainon Majid - Ketua Unit Sains Teras (BPK)
- Masa Dunia Sains teknologi (DST) : 2 waktu seminggu (60 minit)
- Bererti 60 waktu/tahun dengan 12 waktu untuk TMK,48 waktu untuk Sains dengan disisipkan Reka Bentuk Teknologi (RBT)
- KSSR sains kini mula dimasukkan kemahiran menaakul (jadi TIMSS nanti ok lah)

Pembentangan 3:
Oleh Pn. Dr. Rusilawati Othman Unit Matematik Menengah (BPK)
- Draf kurikulum untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 telah disiapkan oleh BPK
- Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) akan diedarkan ke sekolah bagi kegunaan 2011
- Terdapat 16 topik dalam matematik boleh disesuaikan dengan penggunaan Kalkulator Grafik dan GSP
- Juga KG boleh disesuaikan untuk Fizik, Kimia dan Biologi termasuk Sains dan Sains Tambahan
- KG amat sesuai untuk kelas Tingkatan Enam

Pembentangan 4:
Oleh Pn. Rosita Mat Zin (BPK)
- Penggunaan 'Geogebra" dalam P & P, boleh di "down load" dari Internet

Pembentangan 5:
Oleh Pn. Zaidah Mohd Yusoff Ketua Unit Sains Elektif (BPK)
- KSSM yang akan dilaksanakan 2014 melibatkan perubahan dari Outcome base kepada Standard base
- Kurikulum juga akan menekankan kepada "Green Technology"
- Pemantauan Kurikulum oleh BPK ke sekolah akan dibuat dari semasa ke semasa
- Buku Penggurusan Makmal dan Bilik Sains telah siap untuk pencetakan

3.00 petang
Pembentangan 'Lesson Study" dan " Perkongsian Pintar" oleh JPN Melaka dan Terengganu
4.30 petang
Berehat

7.30 malam
Bertolak secara 'car pool' ke Planeterium Negara dengan kenderaan En. Arif (Melaka).Tengok BULAN dan Bintang Jupiter beserta sesi penerangan mengenai galaksi yang teramat luas ini.Hebat PENCIPTA.. Maha Suci ALLAH.

11.00 malam
Balik dan beradu

03/11/10 (Rabu)
8.00 pagi
Pembentangan
Oleh En. Ahmad Fauzi H A Rahman (Mantan Ketua Bidang Sains Matematik PPK)
- Pengamal Pendidikan perlu lebih ke depan untuk mendidik anak generasi-Y kini yang hidup dengan dunia Internet serta capaian ilmu pengetahuan yang cepat
- Kita kebanyakan dari "Silent/Lucky Generation" (1920-1945) atau "Baby Boomer 'Stress' Generation (1946-1964) yang pengalaman dan kemajuan semasa itu menjadi ikutan hingga kini yang sepatutnya kita juga berubah mengikut kemajuan zaman "Option Generation/Generation -X"(1965-1978) serta 'Mellineum Generation/Generation Y" ( 1980-kini). Tanpa berubah kita akan diperlekehkan oleh anak generasi kini.

11.00 pagi
Rumusan dan majlis ditangguhkan.

12.00 thg-'Check out" dan berteksi ke KLIA dan berterbang ke KB. Tiba di rumah jam 5.00 petang.

Sama-sama kita manafaatkan apa yang baik.. Jumpa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh