.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, October 28, 2010

Penyelarasan Pengoperasian KSSR



Tentu tuan sedia maklum dalam era TRANSFORMASI ini banyak bidang utama dilibatkan ke arah meningkatkan pencapaian negara di masa depan. Tema " 1 Malaysia Menjana Transformasi" sempena merdekanya Malaysia yang ke 53 tahun ini amat memerlukan penglibatan serta komitmen semua pihak. NKRA dalam memperhebatkan pencapaian dalam kuantiti dan kualiti pengurusan serta outputnya dan NKEA dengan ETP dalam melonjak perkembangan ekonominya, menjadi fokus ke arah Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.

Lantas sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai penghubung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi fokus kerja utamanya kepada menjayakan pelbagai program, melalui penyebaran maklumat, latihan guru, penggumpulan dan pemerosesan data dengan post-mortem serta pemantauan profesional. Antara program ini ialah;

1. LINUS untuk Tahun 1 (pelaksanaan 2010) dan Tahun 2 (pelaksanaan 2011)
2. Prasekolah
3. MBMMBI - untuk memertabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris
serta yang terbaharu iaitu Pelaksanaan Kurikulum Standar Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahu 2011 yang bakal menjelang tak sampai 3 bulan lagi.

Tepat jam 9.00 pagi, 28 Oktober 2010 (Khamis),bertempat di PKG Banggol,Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, satu mesyuarat JK Kerja KSSR negeri telah berlangsung dengan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan.

Antara pengisian mesyuarat ini:
* Pengesahan JK Kerja KSSR Negeri yang terdiri dari pegawai akademik SPA serta Pegawai Akademik PPD yang akan dikenali selepas ini sebagai Pegawai Meja KSSR Negeri / Daerah.
* Pembentangan status peruntukan pelaksanaan program oleh En. Md. Yusof b Hasan selaku Pegawai LDP Negeri (Pembentangan kali akhir beliau sebelum bersara wajib mulai 2 November 2010)
* Taklimat Perancangan dan Pelaksanaan KSSR oleh Setiausaha KSSR Negeri- En. Mat Nawi Wahid
* Penetapan serta penjadualan kursus secara 2 hari 'on site' oleh setiap PPD yang akan bermula awal November sehingga tarikh akhir sesi persekolahan tahun 2010 ini. P

Peserta kursus adalah seramai 3652* orang ini termasuk Urus setia dan Jurulatih Utama Mata Pelajaran yang terlibat dalam KSSR iaitu Dunia Sains Teknologi, Matematik, Dunia Seni Visual, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani serta Pendidikan Kesihatan . (Terima kasih kepada Sektor Pengurusan Islam kerana telah memulakan kursus KSSR bagi Pendidikan Islam mulai 27hb Oktober 2010 lagi)
( * seorang guru setiap mata pelajaran bagi setiap sekolah )

Semasa kursus ini, peserta akan didedahkan dengan pendekatan baru setelah dibuat penambahbaikan dari KBSM sebelum ini. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) melibatkan Kreativiti dan Inovasi (KI), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Keusahawanan akan diterapkan semasa pelaksanaan P & P dalam KSSR Tahun 1 mulai tahun depan. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan diletakkan dalam kelas Tahun 1 supaya hasrat KSSR itu dapat dipenuhi.

Bilangan JU bagi semua mata pelajaran termasuk juga JU KI dan TMK adalah seramai 103 orang. Mereka inilah yang akan bergerak ke setiap PPD untuk menggerakan guru-guru peserta kursus tentang peranan mereka nanti untuk tahun 2011. (EMK Keusahawanan telah diberikan kepada semua JU Mata pelajaran-sebab itu tiada JU Keusahawanan)

Mssyuarat ditangguhkan jam 1.30 tengah hari.

Kepada yang menjayakannya, dan kepada guru peserta , bersama kita galaskan amanah ini untuk kejayaan anak generasi mendatang.

Semoga bertemu lagi dengan apa itu KSSR..Terima kasih

Wednesday, October 27, 2010

Bermulalah Kajian Lapangan TIMSS 2011

Mulai 25 hb. Oktober ini, bermulalah apa yang dinamakan Kajian Lapangan mengenai TIMSS untuk tahun 2011. Kajian yang dijalankan oleh pegawai EPRD, KPM ini melibat 11 buah sekolah di negeri ini. Pemilihan sekolah dengan pelajar tingkatan 2 ini dibuat oleh pihak urus setia TIMSS yang berpusat di Boston University College,USA. Penilaian dalam putaran 4 tahun sekali ini melibatkan 63 buah negara bertujuan unuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam bidang sains dan matemaik mengikut domain pengetahuan, aplikasi dan penaakulan.

Saya berkesempatan bersama dengan Dr. Sheela Nair melaksanakan kajian ini di SMK Putera Kota Bharu pada 26 hb Oktober, hari selasa mulai jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahhari. Dengan komitmen yang tinggi diri pihak sekolah bermula dengan program membiasakan TIMSS di kalangan pelajar terbabit selepas "dinatarkan" TIMSS ini kepada Pengetua dan Guru Kanan Sains Matematik pada 28 Sep.lalu sehinggalah pada tarikh ujian ini, begitu licin pelaksanaannya.

Di sekolah ini seramai 31 pelajar terlibat (sepatutnya 34 orang tetapi 3 pelajar telah berpindah sekolah, mereka ini tidak diambil kira lagi) dengan kehadiran 100 % (kehadiran minimum 90 %, jika kurang maka urusan "make up" perlu dibuat dengan pelajar yang seadanya)

Soalan yang dikemukankan berbeza diantara seorang pelajar dengan pelajar lain berdasarkan nombor buku (booklet number).Pelajar perlu menjawab semua dengan mencari jawapan terbaik jika ia objektif atau memberi jawapan bertulis sekiranya ia dalam bentuk sruktur ringkas. Soalan ini biasa dimulai dengan huraikan, jelaskan, terangkan. bagaimanakah serta lainnya yang menjurus kepada kemahiran berfikir beroientasikan penaakulan.

1 buku soalan terdiri dari 2 bahagian, bahagian 1 dan bahagian 2. Yang sempat saya tengok, bahagian 1, sebanayak 28 soalan matematik selama 45 minit, manakala bahagian 2 soalan sains sebanyak 58 soalan juga dalam masa 45 minit. Bahagian 1 dan bahagian 2 dipisahkan 15 minit untuk pelajar berehat. Selepas itu soal selidik pelajar dibuat dengan bimbingan guru mengenai apa yang berkait dengan pembelajaran pelajar. Soal selidik ini juga melibatkan pentadbir serta guru yang mengajar sains dan matematik tingkatan berkenaan.

Pada 27hb pula diberitakan YBrs.Timbalan Pengarah EPRD, Tuan Haji Roslan telah membuat pemantauan di SMK Zainab 2, Kota Baru. Semoga memberi kepuasan hati kepada beliau tentang pelaksanaan di negeri ini.

Pegawai Pemantau yang terlibat iaitu:
1. Dr. Shella Nair: 25 - 28 Oktober 2010(SML Mulong,SMK Putera, SMK Zainab 2, SMK Raja Sakti)
2. En. Shaharizan: 25 - 28 Oktober 2010 (SMK Kota Bharu. SMK Kangkong, SMK Sultan Yahya Petra 1,SMK Tengku Indera Petra 1)
3. Dr. Maimunah: 01 - 03 November 2010 (SMK Jelawat, SMK Meranti.SMK Tiang Chandi)

Dengan pegawai pengiring yang terdiri dari sahabat di JPN/PPD
Tn. Hj.Hilmi,Pn.Hjh. Zalina, Cik Halizah, Tn. Hj. Daud, En. Nasir,En. Wan Ahmad,Hj. Rahimi, En. Wan Badruddin, En. Razali, Che Zulkepli, En. Saharuddin,

Serta
Semua Pengetua, Guru Kanan Sains Matematik, Guru Sains, Guru Matemarik serta pelajar

Kajian ini tamat pada 03 November 2010

TERIMA KASIH BUAT SEMUA
Semoga kedudukkan TIMSS Negara akan bertambah baik.. Insyallah

p.s.: Singapura kekal memegang rekod juara

Monday, October 25, 2010

Edisi Kantoi...Rilek Minda

Apabila bahasa Kelate di KL kan..., baco sapa abis ni...baru demo pehe.. buleh tehe nak suko selok.. kawe guling bating do-de-do-de baco.. hahaha..

Kantoi 1: Gu kawe kijo hotel, dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok, dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini "mari kita pergi encik, hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2: Dulu,mase kawe belaja kat kolej, kelas komputer, kawe aja gu kawe pasal komputer, doh dio slow nok teke tikuh tu, kawe kato la gini "Ming, tunggu gapo laginyo, PENYEK la mouse tu". Gu kawe pun kato, oloh kapong molek bahaso mung, mujur mu tok oyak JIREK…

Kantoi 3: Kawan abang ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas, dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.." dengan muka selamba dan serius..

Kantoi 4: kawan aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut "pulut LEMPA satu”... sepatutnya pulut panggang .

Kantoi 5: Cikgu: ada berapa jenis KUTUB kat bumi. Murid: dua cikgu. Cikgu: nama dua jenis kutub tersebut. Murid: KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING - (khutub @ kerutuk)

Kantoi 6: Cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam? Murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7: ni cito aku pulok.... maso mulo2 masuk kolej gi cafe beli air dale gelas plastik macam kat pasar malam, pahtu maso nok bayar tuh... "kak, ada TUDUNG tak?" sambil tangan tunjuk kat atah gelas tuh.... kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata... "ooo....penutup".... dengan muko selamba... "a..ah penutup".... malu weh.... hehehehe

Kantoi 8: kawan aku citer cara2 masak kerutup. "mula2 panaskan minyak... masukkan bahan kisar.. tumis hingga naik bau.. kemudian masukkan AWAS....”

Kantoi 9: “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG..”

Kantoi 10: Aku pernah dengar statement ni kat bank. “hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS..” yang aku nak sukonyo ore wak oyak tu ore cino...

Kantoi 11: kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih kena cadar ngan toto.. semalam kitaorang tengah masukkan toto ngan cadar dalam mesin basuh, pah aku oyak gini dekat hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.." laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul.. bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12: peristiwa kat bandar jengka... member kelantan aku gak... 'BANG MINTAK SUPIK SATU'.. wakakaka... bercakap luar tuh...

Kantoi 13: masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar, ada housemate budak kedah nak pinjam motor... dia tanya mana kunci motor aku, dengan machonya aku jawab... 'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..' hahahahha....

Kantoi 14: masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek budak Johor, memang sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku ingat lagi masa tu dia tengah bergayut tanya khabar awek dia yg demam. "Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) tadi"

Kantoi 15: member citer takdih.... si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katok.....katok..."....

Kantoi 16: ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije... aritu hotel xdak api (blackout), so guest kol la receptionist: "nape takde api ni..??? "awek: " maaf cik, black out, api berJENTAP"

Kantoi 17: Dalam sebuah komuter... “abang boleh ALIH sikit tak? Saya nak duduk ETEP.”

Kantoi 18: Ada orang luar kelate mari jalan kampung... orang kampung tu tau doh dia orang luar macam budak Aduka tuh..., Ore luar tu gi jale2 umoh woris dia.. woris jauh2.. jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Orang Luar: 'mak ada tak?'
Anak Tuan Umah : "tadi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nak gi beli lauk..."
(standard orang2 kampung kat kelantan, waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngan motor kat tembak (tepi jalan ).

Kantoi 19: haha.. aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih di bazar ramadhan ari tu... die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2.. so dio ni oyak; "mok cik cucur lagi x cukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.. "cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20: aku teringat pok sedaro aku maso gi kijo s'pore dulu, sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu... dia sekali ngan saing dia 3 oghe gilah beli air... pah tu dia tanyo mokcik tu... "kak..... PLETIM adaa ? kakok tu ngango sapa saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21: teringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore... maso tu dio skoloh rendoh lagi... ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?
toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...
saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?
toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...
saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...
mok saing: ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...
saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22: aritu mak mentua saya ikot balik kedah, time maghrib suami dan abah saya nak pegi surau, mak mentua saya gi tanya kat abah saya "ustaz nok gi balasoh doh ko? "terkejut abah saya. "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23: member saya cikgu, jenis pekat giler kelate tapi ngajar di KL... budok2 biaso laa.. gege dale kelas.. pastu dok tubik masuk tubik masuk.. pastu dio jadi maroh gilo... marah ko budok2 tu.

Dia oyak: "awak ni kalau bising sekali lagi.. saya akan suruh awak TUBIK!!!
"budak2 KL hok dengar terpinga-pinga.. "apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24: budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap. Budak Johor:- nak berapa? Budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian... , budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu...., masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25: Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kampung aku.. pah tu gak adik aku nak tido skali depan tv dengan sepupu johor aku tu.. pah tu banyak nyamuk.. dio pun oyat gini.. "BANYAKNYE NYAMUK.. BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha.

Kantoi 26: Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan.. tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter.. dengan pantas aku menjerit... "Najib... jangan lari laju2... nanti REBAS!!"Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...

Kantoi 27: pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku.. lepas make tengahari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini: "guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda" terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.

Kantoi 28: teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"

Kantoi 29: Ambo sediri pun penah kena dulu, gini.. masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik, "weiii, diam la, BOSAN LA ... heheheh.. member kelate pecoh perut suko.. lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud

Kantoi Tahap Dewa : Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia gi disko, semua kawan2 dia mabuk. Dia cakap kat kawan dia: "berat-berat korang semua nih... dah-dah la tuh....jom KELIK... Galas... ngundi...

Sumber: E-mail ore tu laa..

SKPM : Dimensi I dari IV ( dengan 2 Elemen)

Dumensi I: Hala Tuju Kepimpinan

Elemen 1: Visi dan Misi
Visi sekolah ditulis dalam bentuk pernyataan yang menggambarkan hala tuju sekolah yang jelas bagi melahirkan murid yang sempurna. Misi sekolah dinyatakan dengan jelas dari segi cara,pendekatan atau kaedah bagi mereaklisasikan visi tersebut.

1.1 Pembentukan pernyataan visi dan misi:
a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , wawasan negara dan perkembangan semasa;
b. mengambil kira kekuatan,kelemahan, peluang,ancaman, potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti setempat; dan
c. dibuat secara kolektif

1.2 Visi dan misi sekolah:
a. disebarluaskan kepada warga sekolah
b. dihayati oleh warga sekolah
c. diterjemahkan secara terperinci dalam program,aktiviti dan kerja harian warga sekolah;
d. boleh dikukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah;
e. memberi impak kepada warga sekolah; dan
f. dikaji semula mengikut keadaan dan keperluan.

Elemen 2: Kepimpinan

2.1 Guru Besar/ Pengetua menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara;
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi;
b. mengamalkan daya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara sepasukan;
d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik, dan
e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir dalam kalangan warga sekolah.

2.2 Guru Besar/ Pengetua mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan dengan:a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;
b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengemukkan pendapat;
c. merangsangkan percambahan fikiran dalam kalangan earga sekolah; dan
d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

2.3 Guru Besar/Pengetua memberi motivasi dan dorongan bagi membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a. memberi sokongan moral dan material;
b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;
c. membuat penilaian secara adil;
menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.

2.4 Guru Besar/ Pengetua memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin kurikulum dengan:a. mengajar sejumlah waktu mengikut surat pekeliling sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerak dan memantau perjalanan Jawatankuasa Kurikulum, jawatankuasa Kokurikulum, panitia-panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan dengannnya; dan
e. memantau kemajuan murid

2.5 Guru Besar/ Pengetua mengupayakan semua guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;
b. melatih dan memimpin;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas; dan
e. membimbing dan menasihat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan.

Jumpa lagi dalam Dimensi II

Friday, October 22, 2010

Bila Diajar Bila Belajar Kejayaan Dicapai

BAHAYA YANG DISENGAJAKAN


BEKAS PLASTIK BOLEH SEBABKAN BARAH

Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.
“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/

Tuesday, October 19, 2010

Pernyataan Standard SKPM-Sekolah

Untuk membangun modal insan yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan wawasan Negara dan Misi Nasional , sekolah hendaklah berupaya memberi pendidikan yang berkualiti kepada muridnya.
Untuk memastikan hasrat tersebut tercapai, sekolah hendaklah dibangunkan secara menyeluruh merangkumi aspek pengurusan , sumber, pelaksanaan pengajaran-pembelajaran, pembangunan modal insan murid dan guru, penilaian dan tindakan penambahbaikan.

Pernyataan Standar SKPM-Sekolah membangunkan sekolah secara menyeluruh dalam dua belas (12) elemen yang dikelompokkan dalam empat(4) dimensi utama.

Para pentadbir sekolah, Guru Besar atau Pengetua atau mereka yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah perlu memastikan kesemua elemen diamalkan di sekolah.

Apa dia dimensi dan elemen yang terlibat.. kita jumpa dalam 'posting' akan datang.

MENDIDIK DALAM ISLAM



" ta’dib atau mendidik ke arab peradaban, kesopanan dan ketatasusilaan adalah matlamat mutlak pendidikan menurut Islam"... Prof Naquib Al Attas

Monday, October 18, 2010

CARTA ALIR PROSES P&P

Kata orang sekiranya kita ikut peraturan tentunya selamat dan berjaya. Begitu jugalah kita sebagai seorang guru yang hebat penuh dedikasi komitmen mengikut carta alir proses pengajaran dan pembelajaran, nanti tentunya kita sebagai guru akan gembira malah yang lebih lagi ialah anak didik kita sendiri. Jom kita boleh "ikut' flow ini:

1. Menulis rancangan pengajaran sebelum mengajar (rancanglah dengan baik)
2. Guru masuk kelas mengikut jadual
3. Pelajar ucap selamat dan doa
4. Guru memastikan kebersihan kelas
5. Guru menyemak kehadiran pelajar
6. Mulakan dengan set induksi
7. Memaklumkan tajuk dan objektif pengajaran
8. Pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan terapkan nilai murni
9. Lakukan penilaian
(Sekiranya ada pelajar yang tidak dapat belajar dengan apa yang diajar oleh guru, maka guru memberi bimbingan secara individu atau kumpulan )
10. Latihan dan pengukuhan
11. Membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran
12. Pelajar ucapkan terima kasih kepada guru

Tentunya sekali lagi tuan ceria.. kerana tuan telah berjaya melaksanakan proses P & P yang terbaik.

Standard Kualiti Pendididkan Malaysia-Sekolah

SKPM-Sekolah digubalkan untuk memandu sekolah meningkatkan kualiti pendidikan yang berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
a) Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi secara teramcang berasaskan potensinya.
b) Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan
d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.
e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berpandukan teori dan amalan pengurusan berkesan.
f) Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pengajaran berkesan, dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.
g) Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.
h) bahawa program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Bahagian (PPB) dan Pejabat Pelajaran Daerahsesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.
i) Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.

Rujukan: SKPP Sains Sekolah Menengah JNS, KPM.

Saturday, October 16, 2010

Guru Kreatif Inovatif Membangun Intelek Generasi

PM garis 4 perkara laksana sistem pendidikan
Okt 16, 10 5:26pm
Kongsi 0
Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara, termasuk membangunkan intelek di kalangan generasi baru yang boleh berfikir secara kreatif dan inovatif.

Perdana Menteri berkata kerajaan perlu memupuk generasi baru yang sangat tinggi daya ingin tahu kerana ini membuka ruang buat mereka untuk mencari maklumat.

"Kalau seseorang itu punyai daya ingin tahu tinggi, dia akan rajin baca buku, akan rajin cari sumber maklumat. Dia akan merupakan seorang individu yang akan sentiasa mahu meningkatkan pengetahuan sepanjang hayatnya," katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di Kuala Lumpr, hari ini.

Perhimpunan itu, yang dihadiri kira-kira 14,000 guru dari seluruh negara, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata sistem pendidikan negara yang melibatkan perkara termasuk cara mengajar di bilik darjah, menyediakan kertas soalan dan buku teks sepatutnya menjurus kepada pembangunan intelek dan menjana minda yang sangat kreatif dan inovatif.

- Bernama

Friday, October 15, 2010

Bersih dengan pahala



Oleh: Markisa Razak

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Wednesday, October 13, 2010

Antara Perkara Penting P & P Sains

Bagi Bidang Sains ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dalam memperhebatkan P & P, ini termasuklah:

1. Lokasi P & P : Bilik Darjah/Makmal Sains/Makmal Komputer/Bengkel/Studio/bilk Khas
2. Kategori P & P : Teori/Amali/Gabung (Teori + Amali)
3. Opsyen Guru Yang mengajar : Opsyen/ Tidak
4. Sukatan Pelajaran (SP)
5. Spesifikasi Kurikulum (SK)
6. Teaching Courseware (TC)
7. Buku Rujukan (yang membantu Pedagogi / Pendekatan P & P)
8. Bahan Sumber P & P : carta/CD dll
9. Modul Pembelajaran
10. Senarai Peralatan Makmal
11. Guru merancang pengajaran dengan sempurna
12. Objektif P & P guru menepati SK
13. Pengajaran berpusatkan murid
14. Murid terlibat secara aktif dalam P & P
15. Aktiviti murid dalam kelas yang diberi oleh guru mencapai objektif P & P
16. Guru menggunakan bahan sumber yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran
17. Guru menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi dengan murid
18. Guru mentaksir murid untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran
19. Keberkesanan proses P & P guru secara keseluruhan
20. Kelemahan P & P yang dapat dikesan dan punca kelemahan
21. Kekuatan/keistimewaan dalam P & P yang dijalankan
22. Mengelakkan salah faham konsep
23. Melaksanakan P & P yang menarik

Sekiranyanya diamalkan, tentunya banyak faedahnya..Guru Bahagia Anak Murid lagi Bahagia.

Tuesday, October 12, 2010

Pemantauan Pengurusan Kurikulum




Pada hari ini, Selasa 12 Oktober 2010 bermulalah program Pemantauan Pengurusan Kurikulum oleh Pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemantauan lebih berfokus kepada bidang sains elektif iaitu Fizik, Kimia Biologi dan Sains Tambahan. Aspek yang diberi perhatian ialah:

- Pengurusan P & P
- Pelaksanaaan P & P
- Pelaksanaan Amali Sains
- Pengurusan Makmal
- Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar
- serta sesi perkongsian serta isu-isu berbangkit mengenai pelaksanaan P & P berkenaan. Slot melibatkan tayangan video mengenai P & P berkesan dan program "Lesson Study" versi Jepun juga sempat dikongsi bersama.

Pegawai BPK, Pn. Lanita bt Yusof dari Unit Sains banyak memberi input yang begitu terkesan kepada semua guru sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Penguasaan TIMSS pelajar kita dalam arena antarabangsa juga diberi fokus supaya aspek penggunaan serta penaakulan selain dari fakta dapat dikuasai oleh pelajar kita.

Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:
SMK Kota - Lawatan pemantauan 12 Oktober 2010
SMK Tendong - Lawatan pemantauan 13 Oktober 2010

Besarlah harapan agar semua guru yang terlibat termasuk Tuan yang berada di semua sekolah di negeri ini bertindak sebagai pengamal pendidikan sains yang dapat memainkan peranan yang begitu berkesan dalam P & P Sains ini.

Kepada Pn. Lanita, terima kasih atas lawatan ini kerana membantu kami memperkasakan Falsafah Pendidikan Sains ini.Juga kepada Pengetua SMK Kota dan Pengetua SMK Tendong bersama guru-gurunya, terima kasih atas sokongan menjayakan program ini.

Saturday, October 9, 2010

Berkampung berencana untuk 2011



Bermula 9 Oktober 2010 (Sabtu), semua warga SPA dari Jabatan Pelajaran Kelantan dan dari 10 PPD telah berkampung di Gem Beach Resort bagi menjayakan Mesyuarat Pemantapan Program MBMMBI Peringkat Jabatan. Gem Beach Resort di Batu Rakit, Kuala Terengganu dengan jauh jarak dari rumah sekitar 160 km. Tepat jam 3.00 petang, Tuan KSPA telah menyampaikan ucap utama sebagai hala tuju gerak kerja semua warga SPA untuk tahun 2011. Bertemakan "Tinok Sapa Jelauk...Nak Lagi" akan menjadi pengerak aktiviti untuk tahun depan yang bakal menjelang tak berapa lama lagi. Begitu cepat masa berlalu. Kata orang 'gelap cerah, gelap cerah, pejam celik, pejam celik'masuk tahun lain pula.

Fokus KSPA untuk tahun 2011 ialah:
1. Prasekolah
2. LINUS
3. Pemanatauan Berkesan dengan penggunaan e-CAKNA yang dinaiktaraf
4. Kecemerlangan Peperiksaan Awam
5. Memperkasakan Peranan Guru Cemerlang dan Guru Berpengalaman
6. Memperksakan P & P - Guru Mengajar Murid Belajar
7. Penggunaan Head Counts (HC) dalam pengurusan audit kurikulum
8. Keperluan KPI sebagai rujukan kerja
9. Penubuhan Panitia Daerah Mata pelajaran Rendah dan Menengah
10. Memperhebatkan SABK,SJKC,SJKT,Sekolah Sesi Petang
11. Mengemilangkan SRK,SBP,Sekolah Kawaalan,SMKA

Nilai-nilai murni yang diberi penekanan dalam pengurusan SPA kali ini termasuklah rasa kesepunyaaan,keikhlasan, komitmen,kesetiaan,sentiasa bersemuka/bermesyuarat,bersunguh,keterlibatan serta rindukan kecemerlangan.

Pengisian lainnya sebagaimana berikut:
091010 (Sabtu):
8.30- 10.30 malam:
- Sesi Kenal Mesra antara pegawai unit, PPD dan Fasilinus yang baru dilantik (Moderator-KPP Sains)
- Taklimat LINUS oleh En. MOhd Hassany Hashim & En. Ehsam Mat Husain

101010 (Ahad):
8.00 - 9.30 pagi:
- Transformasi Kurikulum-Taklimat KSSR oleh En. Che Zulkepli b Abdullah dan En. Nasir b Mohd Noor
9.31- 10.30 pagi:
- Perancangan untuk pelaksanaan Kursus On Site KSSR bagi semua mata pelajaran tahun 1 bermula selepas 17 Oktober 2010 hingga 16 November 2010 (sebelum cuti akhir tahun)
11.00 -11.30 pagi:
- Taklimat Unit Teknik Vokasional oleh Pn. Hjh. Rani bt Abdul Mutalib
- Perancangan Peperiksaan Awam Tahun 2011
UPSR oleh En. Mohd Hassany bin Hashim
PMR oleh En. Nasir bin Mohd Noor
SPM oleh Hj. Hilmi bin Abdullah
STPM oleh Hjh. Wan Shuraya bt Ariffin
2.30 - 3.30 petang:
Prasekolah:Pelaksanaan KSPK oleh Pn. Hjh. Nik Asiah Nik Salleh
3.31 - 4.30 PETANG:
KPI DAN Perancangan Strategik oleh Tn. Hj. Hilmi b. Abdullah
8.30 - 10.30 malam
Kreativiti & Inovasi dan TIMSS 2011 sebagai satu anjakan paradigma dalam pelaksanaan P & P oleh saya sendiri.
Sumbangsaran Dapatan Penilaian Peringkat Kebangsaan mengenai ISO/SIRIM dan Sistem Star Rating (SSR)/MAMPU oleh:
1. En. Nasir b Mohd Noor
2. En. Mohd Razali b Abu Talib
3. Pn. Hjh. Rani bt Abdul Mutalib

111010 (ISNIN):8.00 - 9.30 pagi:
Penambahbaikan e-Cakna dalam aspek
1. Pengurusan kurikulum
2. Pencerapan P & P
3. LINUS
4. Prasekolah
5. ICT akademik
6. Bilik Khas
( oleh En. Nasir b Mohd Noor)
9.31-10.00 pagi:
Takwim SPA dan Kumpulan Inovasi Kerja (KIK)
oleh Pn. Hjh. Zalina bt Zakaria)
10.30-11.30 tgh
Pembentukan J/Kuasa Kerja
1. LINUS
2. Prasekolah
3. Perancangan Strategik dan KPI
4. Kajian Tindakan/Impak/Semula
5. Takwim SPA
6. Dokumentasi e-Cakna
7. Kreativiti & Inovasi
8. Kajian
11.31-12.15 tgh:
Majlis Penutup oleh YBrs. Tuan KSPA

Mesyuarat kami ditangguh, seterusnya makan tengah hari dan 'check-out' jam 2.00 petang, kembali ke kampung halaman masing-masing untuk bertugas keesokan harinya.

Friday, October 8, 2010

Tidak Pernah Mengenal Penat



Jantung Kita Yang Tidak Mengenal Penat
29 Syawal 1431 H
Oleh: Azman Ibrahim

Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu?

Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur.

Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.

Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari.

Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini.

bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti.

Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

Sunday, October 3, 2010

Objektif Pendidikan Sains

1. Memperolehi maklumat dalam Sains dan Teknologi dalam konteks fenomena semula jadi dan pengalaman seharian.
2. Memahami perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains secara kritis dan kreatif untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
5. Berani menghadapi cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta memberi sumbangan ke arah perkembangan Sains dan Teknologi.
6. Menilai maklumat berkait Sains dan Teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan dan menghayati sikap saintifik dan nilai-nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling bergantung antara benda hidup dan pengurusan alam semula jadi ke arah kewujudanan (survival) manusia.
9. Menghargai sumbangan Sains dan Teknologi ke arah perkembangan kebangsaan dan well-being of mankind.
10. Menyedari bahawa penemuan saintifik adalah hasil daripada kebijaksanaan manusia memahami fenomena semula jadi untuk kebaikan manusia sejagat.
11. Menimbulkan kesedaran tentang sayang akan persekitaran dan terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Membazir juga namanya itu...

Apakah Kita Melakukan Pembaziran Diri

KHUTBAH Jumaat di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini (Jumaat, 1 Oktober 2010) begitu menarik perhatian dan menyentuh kalbu saya. Isu atau temanya mengenai pembaziran. Khatib telah menghuraikan ada sembilan bentuk pembaziran (diri) dilakukan manusia. Sememangnya pembaziran ini jarang disedari oleh setiap daripada kita.

Selalunya bila disebut pembaziran ia terfokus kepada makanan, wang, masa dan tenaga saja. Bahawa hal-hal hubungan dan tanggungjawab diri kita dengan Tuhan juga sebenarnya berlaku pembazairan.

Di sini saya cuba mengulas dan memperluaskan lagi apa yang dimaksudkan pembaziran itu dan bagaimana ianya berlaku. Mudah-mudahannya ada manfaat untuk semua.

Antara sembilan pembaziran itu ialah;

i) Pembaziran ilmu pengetahuan - Banyak manusia mempunyai ilmu pengetahuan tetapi sayangnya ia tidak dimanfaatkan untuk kegunaan orang lain. Tidak mahu berkongsi dengan orang lain.

Misalnya banyak para sarjana atau intelektual kita dalam berbagai bidang, tetapi ilmu para ilmuan itu hanya tersimpan dalam khazanah hati mereka saja. Mereka menuntut atau mempelajari ilmu itu bertahun-tahun tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Ada yang sekadar belajar untuk lulus periksa atau mendapat master dan Phd saja. Selepas itu mereka terus diamkan saja dalam diri mereka.

Begitu juga dengan para ulama dan ustaz. Mereka tidak menggunakan ilmu yang dimilikinya seoptimanya. Mereka hanya menggunakan atau pun mengajar sanak saudara atau keluarga sendiri saja. Kalau ustaz mengajar hanya di surau-surau di kampung mereka saja. Malas untuk merantau jauh menyebarkan ilmu dan berdakwah. Walhal ilmu yang ada kepada mereka itu perlu disebar luaskan dan ia juga adalah satu tanggugnjawab wajib mereka yang tahu. Ia satu amanah Allah kepada mereka. Inilah dikatan pembaziran ilmu pengetahuan.

Seharusnya mereka tulis dan terbitkan ilmu yang mereka perolehi itu sebagai kitab, VCD atau vedio. Sebar kepada umum biar orang ramai dapat memetik dan menggunakan ilmu berkenaan untuk dijadikan pandaun untuk hidup di dunia dan akhirat. Dan ingat kalau sudah establish sebagai pendakwah nanti jangan pula meletakkan harga bayaran dengan nilai tertentu. Menerima bayaran juga pada saya satu pembaziran!

ii) Pembaziran kekayaan - Banyak manusia kaya raya, punya wang jutaan ringgit tujuh keturunan makan tidak habis. Ada yang sampai RM4 billion. Tetapi malangnya wang itu disimpan begitu saja dan tidak dimanfaat oleh orang lain. Orang miskin dan dhaif patut mendapat batuan mereka terus tinggal dalam kemiskinan dan kedaifan tanpa mendapat sejemput pun bantuan mereka.

Sikap ini menyebabkan orang miskin tidak dapat merasai kekayaan mereka dan si kaya pula tidak mendapat pahala dari si miskin. Jadilah kekayaan mereka untuk dimegahkan saja tetapi bukan membantu orang lain. Kekayaan seperti itu kekayaan yang tidak memberi guna sedikitpun. Kekayaan yang tidak diredhai Allah. Kekayaan ala Hamman dan Firauan.

Kekayaan yang mulia, ialah kekayaan yang dapat dikecapi sama oleh orang lain. Seperti mana kekayaan Allah s.w.t. menurunkan setitik hujan. Bila Allah turunkan hujan semua makhluk-Nya dapat merasai nikmatnya. Segala hidupan di atas gunung, bukit bukau curam dan lembah dapat merasai nikmat hujah. Rumput, lumut, pokok, semut, gajah, kambing, kucing, ayam, itik, semua dapat merasai air hujan itu.

Hatta ikan, belut, dan segala hidupan dalam sungai dan laut juga dapat merasai kekayaan Allah itu. Inilah dikatakan kekayaan yang tidak membazir. Kekayaan yang meliputi kegunaan dan manfaatnya.

Sebaliknya setengah orang kaya ini suka menghabiskan wang untuk keburukan dunia dan akhirat. Bukan dibelanjakan untuk membaiki dunia dan membawa dirinya hampir dengan akhirat. Inilah yang dimaksudkan kekayaan yang dibazirkan. Contohnya ada manusia yang memilik kasut sampai 3,000 pasang, kereta mewah pulahan dan sekali berbelanja terpaksa pakai trak atau lori untuk memunggah barang ke rumah.

iii) Pembaziran kesihatan - Allah memberi kesihatan tubuh badan kepada seseorang. Tetapi malangnya kesihatan itu tidak digunakan untuk kebaikan. Misalnya diberikan tubuh sasa, otak cergas tetapi kesihatan itu digunakan di jalan yang tidak benar. Bunuh orang, bakar orang jadi abu dan sebagainya. Kesihatan seperti ini juga tidak memberi faedah kepada dunia dan dapat memenuhi filsafat manusia itu sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Inilah kesihatan yang merugikan.

iv) Pembaziran ibadat - Anih ibadat pun ada pembaziran juga? Ibadat itu dikira membazir sekiranya ia tidak sampai kepada hakikatnya. Memang ada orang kuat beribadat, berzikir ribuan seharian, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, berkhalwat di dalam gua dan gunung, atau tinggal anak dan isteri berbulan kerana dakwah atau sembahyang sampai dahi lekuk dan menjadi hitam. Tetapi kalau ibadat itu tidak dapat merubah sikap dan perangainya baik lahir dan zahir ia hanya pembaziran saja. Kerja itu sia-sia saja. Ia lebih kepada ibadat untuk menunjuk-nunjuk. Inilah dinamakan ibadat syaitan.

Ibadat yang sampai ke kemuncaknya ialah bila dapat merubakan kehidupan diri, fiil dan perangainya mendekati akhlak Rasulullah s.a.w. Memiliki sifat mahmudah dan membuang perangai mazmumah yang bersarang di istana kalbun di dalam diri. Hoi...

v) Pembaziran zikir - Iaini mereka yang berzikir tetapi tidak mengingati Allah. Ingat hanya ketika zikir saja tetapi selepas zikir ia kembali ke dunia asalnya. Juga dikira membazirkan bagi mereka yang berzikir tahu menyebut dan mengulang-ulanginya tetapi tidak tahu makna dan pengertiannya. Zikir seperti ini samalah cakap burung gemala kerbau atau tiong yang tahu berkata-kata tetapi tidak mengerti makna dan maksudnya. Kemuncak zikurullah ialah zaouk (mabuk).

vi) Pembaziran cinta - Tidak mencurahkan cinta jiwa raganya kepada Allah yang berhak menerima cinta setinggi-tinggi dan sekudus-kudusnya. Manusia rela berkorban dan memberi cinta kepada mahkluk dan bukan kepada Penciptanya. Belum ada kita mendengar berita manusia terjun dari bangunan tinggi kerana kecewa cinta kepada Allah, sebaliknya yang kita dengar mereka membunuh diri kerana kecewa cinta dengan kekasihnya. Meletakkan perasaaan yang suci dan agung itu kepada manusia ini juga pembazhiran.


vii) Pembaziran kasih - Tidak mengasihi saudara sendiri tidak kasih kepada dunia dan tidak kasih kepada diri sendiri. Allah memberikan kawan dan saudara untuk saling kasih mengasihi dengan cara itu menguatkan keimanan dan ketakwaan. Sebaliknya kita bergaduh sesama sendiri, tuduh menuduh dan dengki mendengki. Tentang dunia dan makhluk ini pula kita tidak sayang dan kasih. Kita khianati sungai, khianati pokok, khianati bukit bukau, gondolkan untuk jadikan kawasan penempatan. Perbuatan ini juga menunjukkan kita tidak kasih, dan perasaan kasih itu adalah pembaziran.

viii) Pembaziran akal - Allah menganugerahkan akal kepada manusia menjadi manusia makhluk yan paling mulia. Akal membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Sayangnya manusia tidak menggunakan akal untuk melihat dan menghayati perbezaan itu sepenuhnya. Lebih malangnya lagi ada manusia bersikap dan berperangai macam haiwan. Inilah dikatakan pembaziran akal anugerah tertinggi bagi manusia.

Nah... cubalah renungi secara mengdalam dan menghalusi apakah tiap daripada kita tidak terlibat dalam melakukan pembaziran itu? [wm.kl. 3:00 pm 01/10/10]

Petikan: Tinta Emas MSO

Saturday, October 2, 2010

Menghayati Sains Dalam Kehidupan


Pada hari ini, merupakan hari penutup Program 1 Daerah 1 Program UMK (Universiti Malaysia Kelantan) bertempat di SK Temalir, Kuala Krai. Program Cakna Sains Sekolah Rendah Luar Bandar ini yang sepatutnya dilaksanakan bulan Mei lalu dijalankan dengan lancar sekali. Bermula pada 30 September, seramai 130 orang pelajar termasuk dari sekolah tuan rumah menyertai kem ini.

Pengisian kem, antara lainnya ialah bagaimana menghayati Kemahiran Proses Sains (KPS) serta Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang amat jarang diperolehi oleh sebahagian besar pelajar kerana kekangan tertentu semasa mengikuti P & P sains di sekolah. Masa yang diperutukkan selama 3 hari 2 malam ini digunakan seoptimum mungkin, di mana fasilitator dari kalangan guru sains yang hebat dengan dibantu oleh tenaga pensyarah UMK bersama mahasiswa telah menghidupkan program ini. KPS dan KMS dihayati melalui eksperimen mudah tetapi amat menarik seumpama bagaimana membina sebuah payung terjun yang baik tanpa memecahkan telur sebagai pemberatnya, juga bagaimana meletakan sebiji telur dalam bekas bergaram untuk memastikan telur itu tenggelam dan berada ditengah-tengah bikar berisi larutan garam tersebut. Perkara ini yang sepatutnya didedahkan untuk mereka supaya mereka menjadi orang yang berfikiran kreatif lagi berinovasi dalam dunia sains dan teknologi.Mereka bukan saja ada ilmunya tetapi juga dapat mengaplikasi dan membuat penaakulan dalam bidang berkenaan.

Majlis penutup program disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd. Adnan Mohd. Nor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan tepat jam 12.30 tengahhari. Cerianya wajah mereka, peserta kem ini, ada dikalangan mereka, katanya panggil lagi jika ada.

Terima kasih buat UMK kerana banyak membantu dalam menjayakan program ini, tahniah Tuan PPD dan pasukannya. Terima kasih semua yang terlibat.

Bersama memperkasakan KPS dan KMS..

Sambutan Edul Fitri 1431 H Peringkat Jabatan



Pada hari Rabu, 29 September 2010, mulai jam 8.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari SK Padang Garong 1, telah berlangsung sambutan Edul Fitri peringkat Jabatan Pelajaran Kelantan. Majlis diisi dengan tazkirah edul firi yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Hj, Abdul Razak Mat Saat, Ketua Sektor Pengurusan Islam, menyeru warga pendidik mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam sebulan berpuasa Ramadhan. Budaya kerja yang gemilang, keakuran masa dan janji dan lainnya banyak diamalkan dalam institusi Ramadhan berkenaan. Menjelang syawal, kita semua bersih seperti bayi yang baru lahir.Jangan lagi melakukan dosa. Bina kekuatan menjana kecemerlangan.

Majlis turut diisi dengan penyampaian surat pelantikan kepada Tuan Ketua Sektor Pengurusan Kemanusian dan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas yang baru. Tahniah buat Tuan berdua.

Mengakhiri majlis ialah ucapan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, antara lainnya kita semua perlu berbaik sangka dan sudi memaafkan segala kesilapan yang tidak disengajakan, sebagaimana baginda Nabi Muhamad SAW yang sentiasa memberi maaf walaupun kepada seorang musuh.

Jamuan raya menyerikan sambutan.

Penataran TIMSS 2010




Pada 28 September 2010 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Kelantan mulai jam 9.00 pagi telah berlangsung satu siri penataran TIMSS (Trends International in Mathematic and Science Study) peringkat Negeri Kelantan. Program yang dianggap amat penting bagi pemulihan imej negara dalam bidang Sains dan Matematik ini dihadiri oleh Pengetua dan Guru Kanan Sains Matematik dari 11 buah sekolah menengah di negeri ini.

Bermula dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, siri penataran diteruskan oleh YBrs. Dr. Latif Muhamad, Pegawai Unit Projek Khas, EPRD, KPM yang hadir khas bagi menerangkan akan peranan Pengetua dan Guru Kanan Sains Matematik sekolah bersama Guru Sains dan Matematik serta pelajar-pelajar 'responden' tingkatan 2 sekolah masing-masing.

Bermula dari tarikh ini, semua sekolah yang terlibat perlu memberi tunjuk ajar serta latihan yang sepatutnya agar apabila TIMSS yang akan bermula pelaksanaannya mulai 25 Oktober nanti, tidak lagi merupakan perkara baru buat mereka. Mereka ini perlu dilatih agar bukan saja mendapat pengetahuan sains dan matematik secara asas tetapi juga mereka dapat mengaplikasi dan membuat penaakulan terhadap isu yang dibangkitkan.

Pelaksanaan ini begitu penting kerana kita tidak rela lagi mendudukan Malaysia dalam rangking ke 20 dalam Sains dan ke 21 dalam Matematik bila dibandingkan dengan negara jiran, khususnya Singapore yang mengungguli kedua-duanya (No.1). Kedudukan ini menggambarkan hebatnya masyarakat dan pelajar yang menepatkan mereka dalam kalangan manusia yang maju dalam sebuah negara yang maju.

Kepada semua sekolah yang terlibat, Tuan boleh lakukan.Kita boleh menghambat dan mungkin boleh melintasi mereka..kerana kita mampu berbuat demikian.

Terima kasih kepada En. Mat Nawi Wahid (PP ICT Akademik) yang banyak membantu melancarkan program ini yang tamat jam 2.00 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh