Wednesday, March 31, 2010
Hanya Untuk MU
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja sedang berdoa setelah selesai Mengimankan Solat Hajat Di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu baru-baru ini dengan diaminkan oleh sebahagian rakyat yang hadir.
taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
Sultan Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan
selamat menyambut hari keputeraan al sultan kelantan
DAULAT TUANKU
Monday, March 29, 2010
Uruslah Panitia Anda sebaik mungkin..
Buat sahabat yang dilantik sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains khususnya, di sini saya memperturunkan serba sedikit mengenai Pengurusan Panitia untuk dikongsikan bersama agar Panitia Sains di sekolah Tuan merupakan Panitia yang hebat, yang juga diharapkan menjadi ikutan kepada Panitia lainnya.
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Pengetua/Guru Besar selaku pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) perlu menubuhkan panitia mata pelajaran yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga orang guru bagi mata pelajaran tersebut. Sekiranya terdapat seorang guru atau dua orang sahaja, maka digalakkan penggabungan panitia.(SPI Bil:4/1986).Nmum begitu guru mata pelajaran berkenaan tetap mengelolakan fail panitia berkenaan dan menjadi ahli JKS. Pelantikan ketua panitia berdasarkan guru terkanan, berpengalaman, mempunyai prestasi yang cemerlang serta sikap kepimpinan yang tinggi.
Surat pelantikan rasmi perlu diberikan kepada ketua panitia sebagai watikah pelantikan selama tempoh memegang jawatan tersebut.
Contoh Surat Pelantikan Ketua Panitia
Dengan ini, Ali bin Mat, KP:XXXXXX-XX-XXXX dilantik dengan rasminya sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains mulai 3.1.2010 hingga 31.12.2010.
Tuan dengan ini diarahkan untuk mengurus panitia ini dengan mematuhi sepenuhnya perkara berikut:
* Arahan Perkhidmatan bab 4 : Fail Memfail
* SPI Bil.4/1986
* PKPA Bil.2/1991
* SPK Bil: 5/2002 dan lain-lain yang berkaitan dengan pelaksanaan mata pelajaran
Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran
Penubuhan JK Panitia di sekolah bertujuan agar segala perancangan yang berkaitan dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lancar.
Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh pemimpin kurikulum. Secara automatik, semua ketua panitia mata pelajaran menjadi ahli JKS. Mereka akan menjadi penghubung antara ahli panitia dengan pemimpin kurikulum.
Contoh Keanggotaan JK Panitia Sekolah:
Penasihat ( Pengetua/Guru Besar)-> Pengerusi ( Ketua Panitia)-> Naib Pengerusi (Penolong Ketua Panitia)->Setiausaha -> Ahli-ahli ( Guru-guru mata pelajaran)
catatan: Pengetua/Guru Besar,GPK,GPK HEMJ,GPK Kokurikulum, Penyelia Petang, Guru Kanan juga adalah sebagai ahli mengikut pelajaran opsyen di samping tugas sebagai penashat)
Ketua panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokuskan tugas guru-guru mata pelajaran bagi meningkatkan tahap keberkesanan P & P serta pencapaian murid dalam mata pelajaran berkenaan. Kerjasama ahli panitia dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan serta merancang peningkatan pencapaian murid melalui aktiviti pembelajaran terancang yang lebih klinikal yang menjurus kepada potensi murid.
Ketua panitia perlu membawa keputusan-keputusan yang diamalkan oleh setiap panitia dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran kepada pemimpin kurikulum ataupun penolong kanan sama ada untuk mendapatkan penyelesaian mahupun sebagai makluman.
Peranan Ketua dan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah
Panitia mata pelajaran di sekolah bertanggungjawab untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah terhadap mata pelajaran itu. Pengetua/Guru Besar harus mengetahui dan menguasai peranan panitia.Pengetua/Guru Besar juga harus membimbing ketua panitia untuk memastikan panitia menjalankan peranannya dengan berkesan. Antara peranan yang pewrlu dilaksanakan oleh panitia ialah:
1. Sukatan Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran berperanan memperolehi sukatan mata pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia mata pelajaran berkenaan bagi setiap tingkatan atau darjah.
2. Penyediaan Rancangan Mengajar
Panitia perlu menyediakan dan menyelaraskan rancangan mengajar tahunan dsn harian bagi semua tingkatan aatu darjah dalam tahun persekolahan. rancanagn mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu tingkatan atau darjah yang berkaitan.
3. Mencadangkan Bahan Bacaan Tambahan
Panitia memainkan peranan dalam memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, panitia juga berperanan menentukan alat bantu mengajar yang mencukupi dan memenuhi keperluan guru dan murid.
4. Menyelaraskan Soalan-soalan
Panitai berperanan menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah yang disediakan bagi setiap tingkatan atau darjah serta menubunhkan bank soalan. Panitia juga berperanan menentukan guru-guru yang akan menyediakan soalan-soalan. Soalan-soalan yang sudah siap perlu disemak oleh Ketua Panitia supaya soalan-soalan yang disediakan sesuai dengan tahap kebolehan murid.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
Panitia juga berperanan untuk mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam setiap peperiksaan berasaskan sekolah,khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.Selepas analisis dilakukan, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pangajkjaran dan pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat panitia
Peranan panitia yang seterusnya ialah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal dan mengadakan perjumapaan-perjumpaan secara "ad-hoc" apabila diperlukan. Selain itu, panitia juga memainkan peranan mengatur perjumpaan dan mesyuarat dengan ahli panitia secara formal dan tidak formal untuk memikirkan dan membincangkan masalah atau isu yang berkaitan.
7. Bertukar-tukar pengalaman
Panitia juga berperanan bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh daripada ahli-ahli lain setelah mengikuti kursus atau seminar.Pengalaman ini penting supaya ahli-ahli yang lain mendapat ilmu pengetahuan yang berguna dalam usaha mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Penyelengaraan fail-fail panitia
Penyelengaraan fail-fail panitia sangat penting dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan perlu disimpan dalam fail panitia. Setiap guru yang mengajarkan mata pelajaran tertentu boleh merujuk kepada Ketua Panitia untuk mendapatkan sukatan mata pelajaran atau rancangan tahunan.
9. Menwujudkan semangat kerjasama
panitia juga berperanan menwujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, panitia juga perlu bekerjasama dan bertukra-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia=panitia di sekolah-sekolah yang berhampiran. Seterusnya, panitia perlu bekerjasama dengan panitia lain dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
10. Menganggarkan perbelanjaan
Ketua Panitia juga berperanan merancang anggaran perbelanjaan dalam setiap opanitia masing-masing. Ketua panitia juga merancang dan memikirkan bahan-bahan sesuai seperti alat bantu mengajar dan buku rujukan yang difikirkan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Bersamalah kita berperanan...
Friday, March 26, 2010
Penerus Perjuangan..
Pada tarikh 24 Mac 2010,Rabu, selepas menunaikan solat asar saya berkereta ke Sumai Suite Hotel & Apartman, Kuala Terengganu menghadiri satu mesyuarat anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, kementerian Pelajaran Malaysia.Memandu dengan speed sederhana dapat merehatkan minda dan menjimatkan tenaga di sepanjang perjalanan melalui Tok Bali jalan pantai ke destinasi. Tiba jam 8.00 malam.Mesyuarat ini berlangsung selama 3 hari dengan berakhir pada 26 Mac 2010 (Jumaat).
Yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai cerita pengguna jalan, yang Tuan juga adalah pengguna setia setiap jalan-jalan utama di negara ini ialah sikap pengguna yang kadangkala ingkar dengan apa yang dipelajari. Semasa kita memandu ada pemandu lain yang secara tiba-tiba memotong laju walaupun kenderaan hadapan dalam arah bertentangan begitu hampir, dahlah dalam double-line, berani benar mereka .. akan terkejut kita serta mengambil langkah segera demi keselamatan nyawa. Dulu semasa ingin mengambil lesen memandu, segala titah perintah undang-undang memandu dipatuhi, begitu berhemahnya apabila memandu kereta disebelah tester. Tinggi sungguh santunnya lagi bertertib terni.Bukan apa-apa...takut tak lulus.
Apabila lulus, semua jalan dijadikan hak milik mutlak, laluan milik orang pun kita empunya. Pekakkan telinga pedulikan apa orang kata..perlu laju dengan kereta hebat lagi berjenama. Kena saman kita ada duit..bayar sajalah. Itulah antara sikap negatif pemandu sedemikian samatelahan mereka ini juga merupakan orang cerdik pandai lagi berpelajaran tinggi. Kata orang " berpelajaran tinggi tidak semestinya berpendidikan tinggi". Tetapi kita dari kalangan guru diharapkan bukan seperti golongan tersebut.,kerana CAKAP dan BIKIN guru itu sentiasa konsisten. Guru Berpelajaran, Guru Berpendidikan. Apa yang dibuat oleh guru akan dikuti oleh anak muridnya
Mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua 14 penyelaras sekolah Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Felda dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan serta Penyelaras Negeri telah memberi fokus kepada analisis peperiksaan SPM 2009.Pencapaian baik pelajar bagi kohort pertama PPS dalam SPM 2009 sungguh membanggakan. Jika dalam tahun 2008 mereka ditempatkan ke tingkatan 4 PPS dengan berdasarkan syarat kemasukan dengan kelulusan minimum bagi mata pelajaran Sains dan Matematik PMR pada tahap C, agak terkejut juga ada di kalangan mereka memperolehi A+ dalam mata matematik dan sains tulen. Ada pelajar yang mendapat semua A bagi mata pelajaran berkenaan.
Ini sebenarnya memberi makna kepada kita, warga pendidik, walaupun pelajar ini masuknya ke aliran sains dengan kelulusan minimum C, mereka tetap beroleh peluang untuk mendapatkan kecemerlangan dalam SPM..asalkan segala perancangan kecemerlangan serta komitmen yang tinggi dari sahabat guru dapat dilaksanakan sebaiknya.Dapatan juga menunjukkan hampir 70 % dari kalangan mereka ini berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma serta Matrikulasi.
Tuan, turut terlintas dalam pemikiran saya, kebiasannya kita masuk kelas terus melaksanakan P & P. Bagi Kelas peperiksaan terutamnya kelas SPM, sepatutnya bukan saja kita menunjuk ajar mereka tentang bagaimana untuk berjaya dengan skor yang baik dalam mata pelajaran, kita sepatutnya juga mendedah dan memandu mereka ke mana seterusnya untuk menyambung pelajaran atau meentukan bidang kerjaya nanti. SPM itu sebenarnya titik mula samada seorang pelajar itu mahu berkerja atau menyambung pelajaran bagi mendapat kerja yang lebih baik lagi. Maklumkan kepada mereka tentang syarat kemasukan minumum untuk Sijil ke..., Diploma ke..., Matrikulsi ke... supaya mereka bersedia untuk itu. Selepas mendapat sijil stau Diploma atau Ijazah, mereka ingin berkerja untuk menerus hidup dan kehidupan.
Juga yang menarik dalam mesyuarat ini ialah cadangan pelaksanaan "Lesson Study" yang melibatkan guru-guru mata pelajaran sekolah sekitar. Guru-guru berkenaan perlulah melaksanakan P & P di sekolah dengan diselia bantu untuk penambakbaikkan oleh rakan guru dari sekolah lain serta guru cemerlang atau guru berpengalaman. Dengan kaedah ini diharap mutu persembahan guru dalam P & P semakin hebat dan menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran yang mereka ambil.
Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan akan mengambil inisiatif untuk melaksnakan program ini.. Insayallah. Semoga mendapat kerjasama semua pihak.
Bantu bimbinglah anak-anak ini kerana mereka itu lah penerus perjuangan.
Thursday, March 25, 2010
Jasa Tuan Penuh Makna
Alhamdulillah, syukur kepada NYA kerana pada tanggal 24 Mac 2010 (Rabu, bermula jam 9.00 pagi bertempat di PKG Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu telah berlangsung mesyuarat bersama antara kami < En. Mohd Razali Abu Talib, En. Nasir Mohd Nor,En. Che Zulkifli dan saya sendiri > dari Unit Sains Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan para guru yang terdiri dari Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah di negeri ini. Walaupun tidak semua guru cemerlang dijemput tetapi mesyuarat ini begitu bermakna kerana dapat membuahkan idea dan pandangan membina dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik sains dalam P & P dan pencapaian peperiksaan awam, UPSR.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 24 orang Guru Cemerlang Sains dari pelbagai sekolah merangkumi semua daerah. Gabungan antara GC 'veteran' yang hebat berpengalaman dengan GC 'baru' yang penuh semangat menceriakan suasana perbincangan dalam mesyuarat tersebut.Antara intipati yang menjadi fokus dalam majlis ini ialah bersama memperkasakan kerja buat..kami di JPN/PPD dalam aspek pengurusan strategi dan pelaksanaannya manakala Tuan selaku GC dalam aspek meningkatkan mutu P & P Sains di sekolah.
Di penghujung mesyuarat, majlis memutuskan untuk menghasilkan "soalan pecutan sains" bagi membantu guru dan pelajar untuk persediaan khususnya dalam menghadapi UPSR tahun 2010 ini.
Terima kasih kepada GC yang terlibat, semoga sumbangan Tuan ini akan menjadi antara faktor penyumbang dalam mencemerlangkan pencapaian kualiti dan kuantiti sains dalam UPSR 2010 dan seterusnya. Indikator kejayaan itu sebenarnya menggambarkan kehebatan Tuan. Kepada sahabat GC Sains untuk peringkat PMR dan SPM pertemuan seumpamanya akan dibuat dalam masa terdekat ini.
Friday, March 19, 2010
Kenangan Mewakili KPM ke Kem Antarabangsa Angkasa Lepas
Bermula dari 11-21 Ogos 2006, saya diamanahkan oleh KPM mengiringi dan membimbing 2 orang pelajar kembar seiras ke International Space Camp di Gizmir, Turki. Mereka berdua dari Perak, pelajar tahun 5 yang berjaya cemerlang dalam pertandingan Kuiz Sains Angkasa anjuran KPM. Bersama rakan, Sdr. Kamarulzaman dari Akademik Sains berada selama 8 hari di Gizmir, bandar industri Turki di pesisir Laut Mediternian. Masa ini perang meletus antara Hisbullah dengan Israel.. takut juga sebab kedua-duanya juga berada di pesisir laut ini. Banyak kenangan semasa berada di sini, dan 2 pelajar Malaysia ini merupakan pelajar terbaik keseluruhan dari semua peserta dari pelbagai negara termasuk dari Isreal.
Kita rakyat Malaysia juga boleh berada dipersada dunia bersama mereka. Terima kasih kepada pengurusan KPM di atas amanah ini.
Thursday, March 18, 2010
Friday, March 12, 2010
Ada kalanya manusia tak mampu lakukan..
10 Mac 2010 24 Rabiulawal 1431H
Awan aneh di Uruguay
Dari Email : noorsaifah osman
i. Awan bergulung macam benang putih agak rendah dengan pantai
ii. Pandangan dari dalam pesawat kecil yang tak mampu terbang tinggi
Kita biasa tengok, asap kapal terbang di udara, tetapi asap ini akan bertebar setelah dilepaskan dari enjin jetnya. Runut-runut yang terjadi ini berlaku apabila udara panas yang dihamburkan bertemu dengan udara sejuk diluarnya. Adakah benang awan ini wujud kerana berlakunya fenomena tersebut. Tetapi kenapa benang ini masih bersaiz sama dengan julat yang panjang tidak berpecah?. Jika ini satu fenomena biasa, mengapa tidak berlaku di tempat lain, di negara sejuk di mana banyak lagi pesawat terbang canggih. Uruguay merupakan negara yang masih dekat dengan garisan khatulistiwa.
Sekira ianya bukan buatan manusia, maka sudah tentu ianya kehendak pencipta alam ini.Apabila dikatakan jadi, maka jadilah apa yang dikehendaki NYA.
Kini negara kita mengalami cuaca amat panas, musim alnino, di Bandar Kota Bharu, minggu lepas, suhu pernah tercatat setinggi 40 C, sungai surat airnya, tanah merekah kering kontang, panas terik memeritkan kulit, mata ditapis dengan kacamata apabila disilau suria, rumput di sekeliling rumah berubah warna menjadi perang, pokok lesu... ini baru panasnya dunia. Kita manusia mampu memohon kepada NYA,dengan menunaikan solat istisqa (mohon hujan) serta perbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, alhamdullilah pada pagi ini hujan turun dengan agak lebat,senyum dan bersyukur semua makhluk atas nikmat ini.Turunnya hujan bererti akan melimpahruahlah rezeki Allah kepada makhkluknya. Benarlah, bersedekah itu menyuburkan rezeki.
Itulah kehebatan ALLAH SWT. Kami panjat syukur kepada MU.
Wednesday, March 3, 2010
Think Green..Go Green
The most Romantic Green slogans
September 10th, 2009 by Özge Uraz
Bikes not bombs
Buy Local
Clean and Green
Don’t be mean Go green
Earth allows you to stand. Let it stand the way it is.
Earth Day Every Day
Eat, Sleep, Recycle
Embrace the green revolution
Go Green
Go Green for Life
Gotta dream green
Green is my favorite color
Green revolution the best solution to arrest pollution
I am a friend of nature
I brake for litter
I hear the Eco
I live my life by the seed of my plants
Join the green side.
Just say no to hummers
Keep our forests green
Keep our oceans blue
Live Green, Love Green, Think Green
Live the Green Dream
Make conservation a habit.
Make trees not stumps
Nature saves us, we have to save it.
Nurture Nature For Our Future!
One raindrop raises the sea.
Plant a tree, green the earth, clean the air, live happily.
Protect our environment, keep it safe; tomorrow, we’ll be saved!
Reduce, reuse, recycle!
Save our planet think green.
Save paper, save trees, save the planet
Save the earth, plant a tree!
Save the Planet
Save the trees!
Save water drink beer
Stop, Drop, Recycle
Take up the spade of justice.
The Earth is Yours. Save it!
There is no Planet B.
Think green.
We are Greenagers
Why yes, I eat granola
Will Work for Trees
You must be the change you wish to see in the world
Your planet needs you.
Apabila membaca nukilan ini, saya merasakan semua inginkan keceriaan dan kebersihan, inginkan udara nyaman untuk menyedut nafas beroksijen tinggi yang menyihatkan tubuh badan. Tetapi terkadang kita tak sengaja mengotorkan alam sekitar kita. Apabila berada di rumah, segala sampah sarap dan sisa buangan dikumpul simpan dalam bekas atau beg palstik. Bersih rumah dalam dan luar..Indah kan. Tiada lagi bau-bauan yang semerbak "harumnya" menganggu hidung, tiada lagi kloni lalat lipas menambahkan generasi keturunannya. Ya sudah semestinya sampah yang dikumpulkan ini akan dibawa ke tempat penggumpulan sampah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sampah ini dibuang dan diambil oleh pihak berwajib.
Tetapi ada ketikanya, kita biasa melihat beg plastik berisi sampah dan sisa makanan dan lampin pakai buang ini tak sampai ke tempat yang sepatutnya tetapi bertabur di atas jalan. Alahai, dah lah menyakitkan mata, menyakitkan hidung .. menyakitkan hati. Saya masih ingat, pada permulaan sesi persekolahan 2010 ini, bertaburan sampah di atas jalan didepan SK Tiong. Bukan main marah lagi "tukang kebun" sekolah, terpaksa membersih sampah diluar kawasan sekolah, yang bukan merupakan tugas rutinnya.. tak tahu lah di dalam hatinya apa yang dikatakan.. diharap beliau tidak menyumpah seranah.
Sayangnya mereka ini dengan penjagaan kebersihan di rumah, tetapi mereka juga yang mengotorkan jalan di rumah orang lain.Jika orang lain lakukan, mereka juga akan menempelak perlakuan tersebut.Apa salahnya, beg sampah sarap diletakan dalam bonet kereta bukan di atasnya, nescaya beg sampah itu tidak akan menjatuhkan dirinya lagi.Tidak akan memalukan empunya kereta tersebut. Ada orang berkata, rumah bersih, kereta bersih, tetapi orangnya masih berminda tak bersih.. menyusahkan orang lain.
Kadang-kadang semasa memandu, kita biasa melihat, kereta yang berkilat bersih, beraircon dingin..tiba-tiba diturunkan cermin kereta lalu dilemparnya putung rokok, kertas tisu serta bermacam lagi di atas jalan raya.Ya.. mereka inginkan dalaman kereta mereka bersih tetapi secara langsung mengotorkan jalan raya.Kesian sungguh petugas kebersihan bukan saja menyapu daun-daunan, tetapi menyapu kotoran buatan ini.
Teringat petikan dari riwayat Muslim " Ketika seorang lelaki melalui satu jalan, terdapatnya satu kayu berduri merentangi jalan tersebut, lalu mereka membuangnya, ALLAH berterima kasih dan mengampuni dosanya"
Apakah kita suka menambah dosa membuang sampah merata sedangkan orang yang membersihnya selalu diampunkan dosa. Jagalah alam sekitar kita, kerana di sinilah kita berada.. Salah satu ciri manusia beriman itu ialah kebersihan.
Wassalam.