Friday, March 27, 2009

Renungan bersama...

Tuntutlah Ilmu.

Islam mewajibkan penganutnya untuk menuntut Ilmu, sekaligus bermaksud Islam adalah agama yang menganjurkan "sifar buta huruf". Sebagaimana Sabda Rasul : Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim.



Dengan memiliki ilmu seseorang itu akan mengenal Allah SWT, lalu memahami batas-batas halal dan haram. Punca rujukan Ilmu terpenting dalam Islam ialah Al Quran dan Hadits. Dengan berpegang kepada dua rujukan utama ini manusia tidak akan sesat selama-lamanya.

Kesesatan berlaku bila manusia berlepas dari berpandukan kepada dua perkara pokok ini. Mereka mementingkan akal dan nafsu semata-mata. Sedangkan nafsu dan akal mesti lah terbimbing oleh Al Quran Dan Sunnah barulah ianya menjadi sempurna sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Saturday, March 7, 2009

KAMI BERKOLABORATIF MEMANTAU

Assalamulakum!

Pada tanggal 2-6 hbMac 2009, kami dari Unit Sains dan Unit Matematik JPN dan juga PPD telah turun padang bersama seramai 12 orang pegawai dari JNJK Pusat melaksanakan pematauan biasa PPSMI. Banyak maklumat yang dikongsikan antara kami dari JPN dengan pihak JNJK mengenai pelaksanaan PPSMI ini. Saya sendiri bersama pegawai JNJK Pusat, Pn. Faridah Yang Razali telah membuat pemantauan di SMK Dato Mahmud Paduka Raja 1 dan SK Ipoh.Sepanjang pelaksanaan pemantauan, begitu banyak yang kami dapat dari pelajar, guru dan juga pentadbir...kami akan gunakan nanti untuk membuat penambahbaikan dalam tindakan seterusnya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Bersama Mencerna Kejayaan

Assalamulaikum!

Syukur Alhamdulilah, saya dapat bersama menghadiri Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Kelantan Bil.1/2009 yang berlangsung mulai 6-8 Mac 2009 bertempat di Permai Inn Kuala Terenganu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan ini melibatkan semua pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran Kelantan,Pejabat Pelajaran Daerah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan juga dihadiri oleh wakil Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Wakil Pengarah IPKB, Pengerusi PKPSM, Pengerusi MGB,Pengerusi MGC, Wakil Ketua JNJK Negeri serta Urusetia dari Sektor Pengurusan Akademik dan PPD Kota Bharu.

Pengisian program adalah berdasarkan agenda mesyuarat dengan memberi fokus kepada memperkasakan dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini. Siri pembentangan oleh pegawai yang berkenaan memberi begitu banyak input yang amat memerlukan output yang berskala besar demi lonjakan kecemerlangan sebagaimana yang dihajati. Peranan amat perlu dimainkan oleh semua yang hadir bagi memastikan tindaksusul mencapai matlamatnya. Sepatah kata dari YABrs. Tuan Pengarah..."semuanya perlu bekerjasama samada dari JPN dari PPD dan juga dari Sekolah untuk menjayakan perkara ini ".

Justeru itu, marilah kita bersama merealisasikannya... Sekian, terima kasih...Wassalam.