.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, December 29, 2008

MUTIARA KATA




"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."


“Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri…” Surah Ar-Rad Ayat 11


Friday, December 26, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah

Assalamulaikum!

Tahun 1429H akan berakhir pada hari Ahad ini dan Tahun 1430H akan menjelang pada hari Isnin berikutnya. Tahun Baharu Kalender Islam datang lagi. Kedatangannya menuntut kita selaku umat Nabi Muhamad SAW untuk membuat muhasabah diri agar peranan dan tanggungjawab kita untuk tahun berikutnya menjadi semakin baik dengan output semakin cemerlang berlandaskan ketaqwaan tulen kepada ALLAH SWT.

Begitu banyak fadlilat Awal Muharram ini untuk kita raikannya. Semoga kita dapat mengamal dan menghayatinya. Selamat menyambut Awal Muharram pembuka pintu iltizam serta azam yang menjurus ketaqwaan. Sekian, Wassalam.

Thursday, December 25, 2008

..Itulah Takdir Ilahi

Bersama Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin
yang bertandang ke kampung pada hari Sabtu 20 Dis 2008.
Sukar untuk bertemu tetapi jika dah ketentuanNYA semua boleh berlaku

Monday, December 22, 2008

TERIMA KASIH BUAT JURULATIH UTAMA

Assalamulaikum!

Jasa dan pengorbanan atas sumbangan yang diberikan oleh seorang insan kepada insan yang lain merupakan suatu yang amat murni dan mendapat pahala..lebih-lebih lagi ilmu yang diperturunkan itu diguna atau diamalkan serta disebarkan untuk kebaikan umat manusia.
Sehubungan itu, jasa Tuan/Puan yang ditugaskan sebagai Jurulatih Utama ( JU) untuk menghebahkan pelbagai program dalam pembangunan akademik tetap menjadi ingatan kepada semua pegawai di Unit Sains samada di JPN maupun di PPD. Tanpa penglibatan Tuan/Puan sebagai JU ETeMS, Kajian Tindakan,KOSM, ELiTE, PROTIM,OPSME, Program INTERVERSI, Interim , SMERP serta sebarang progam PPSMI yang lain agak sukar bagi kami untuk menyebarkan kehendak dan hasrat Kerajaaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kepada semua yang menjayakan pelbagai program di atas, saya dahului dengan ucapan berbanyak TERIMA KASIH. Semoga Tuan/Puan dapat meneruskan lagi sumbangan ini untuk masa yang akan datang.
Jayakan Tahun 2009 dengan penuh makna.. Sekian, terima kasih... WASSALAM.

Friday, December 19, 2008

Menjana Kecemerlangan Melalui Kajian Tindakan

Assalamualaikum!

Kecemerlangan merupakan idaman bagi setiap insan dalam melakukan tugasan rutin seharian.Jika hasil meningkat dengan baik, ini bermakna perancangan yang dibuat merupakan perancangan yang baik. Tetapi ada kalanya perancangan yang baik itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Ini merupakan ujian bagi kita yang melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Sekiranya berlaku keadaan sebegini, kita tiadak seharusnya menyalahkan terus perancangan kita sebelum ini, tetapi kita hendaklah sentiasa proaktif membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan perancangan tersebut dengan pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Insyaallah dengan kesabaran dan ketabahan kita, masalah itu dapat di selesaikan atau setidaknya dapat diminimumkan.

Kita sebagai guru sentiasa menghadapi masalah sedemikian sewaktu P & P. Kita amat mengharapkan agar pengajaran kita dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar... sekali ajar semuanya dah faham...Tetapi realitinya, hanya sebahagian yang dapat memahami dalam masa yang agak singkat, tetapi sebahagian yang lain kurang memahami atau tidak memahami langsung apa yang diajar. Jika perkara ini berlaku, adakah kita akan meninggalkan mereka dengan tajuk itu ?.. Masuk tajuk baru, tajuk lama masih tak faham.. lama kelamaan pelajar ini akan menjadi bosan dan tidak akan berminat dengan mata pelajaran berkenaan. Pembelajaran dah tak banyak maknanya, akibatnya pencapaian akademik mereka tidak seberapa. Mengharapkan kecemerlangan, entah di mana.

Tugas kita ialah mengatasinya dengan inovasi P & P. Sentiasa membuat perancangan yang baik sesuai dengan kebolehan pelajar seterusnya bertindak, membuat pemerhatian serta mereflek. Seorang guru yang baik akan melaksanakan perkara berkenaan dalam sesi P & P mereka. Dan sebenarnya mereka telah menjalankan Kajian Tindakan ( Action Research ) tanpa mendokumentasikan apa yang mereka telah buat.

Kajian Tindakan secara mudahnya melakukan inovasi P & P mengikut tahap pencapaian pelajar agar semua pelajar dapat manfaatnya dalam setiap tajuk yang diajukan walaupun berbezakan aras kesukarannya. Kajian Tindakan dilakukan oleh guru mata pelajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Kejayaan P & P adalah merupakan kejayaan mereka dan kejayaan anak murid mereka.

Sehubungan itu, pada 14-17 Disember 2008, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan Peringkat Negeri yang dihadiri oleh seramai 48 orang guru. Guru yang terdiri dari pelbagai opsyen ini telah diberi kursus oleh seramai 7 orang JU Kajian Tindakan yang begitu berpengalaman.Adalah menjadi harapan, agar semua guru yang terlibat dapat mengaplikasikan dapatan kursus ini demi peningkatan kecemerlangan akademik mata pelajaran mereka dan seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan rakan guru yang lain.

Marilah bersama membudayakan Kajian Tindakan.,,bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri.. Setiap hari, kita akan menghadap cermin hanya untuk melihat diri kita, untuk apa ?, untuk pastikan diri kita kelihatan cantik. Jika itu dapat kita lakukan, sudah semestinya kualiti pengajaran kita dapat dipertingkatkan... kerana itulah tugas utama kita sebagai seorang pendidik...

" ... hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.." Itulah namanya KEMAJUAN.

Sekian, Wassalam.

Saturday, December 13, 2008

.. Low Achievement-High Threatment..


Assalamualaikum !


Alhamdullilah, walaupun masih dalam percutian akhir tahun 2008, Tuan/Puan rakan pendidik kekal sibuk dengan pengisian tugas masing-masing yang berkaitan dengan bidang kerjaya yang diamanahkan.Sepanjang cuti ini, peluang yang ada digunakan untuk memanfaatkan perancangan serta tindak ikut yang akan dilaksanakan untuk sesi persekolahan tahun 2009 nanti.

Pada tarikh 10-12 Disember 2008, saya bersama Pengetua SMK Chiku 2, Gua Musang dan Penolong Kanan (HEM) yang mewakili Pengetua SMK Kemahang telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Bil.6/2008 bertempat di Hotel Impian Morib, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat yang membicarakan pelaksanaan PPS ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dihadiri oleh YH Dato Hj. Ahmad Azmey bin Abu Talib selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelajaran Malaysia. Peserta mesyuarat adalah terdiri dari Pegawai KPM,Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Hingland,Ketua Penolong Pengarah Sains Negeri serta Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat dalam PPS ini.

Apa yang menarik dalam membicarakan hal ini ialah kepentingan kewujudan PPS dalam menjayakan Dasar 60:40 . Kita sedia maklum bahawa dasar ini amat penting dalam melahir dan membudayakan masyarakat akan kepentingan sains dan teknologi yang akan menjadi sebahagian keperluan kehidupan manusia. Untuk mengikuti kelas aliran sains di tingkatan empat, pelajar yang layak seharusnya mempunyai keputusan minimum C dalam Sains dan minimum C dalam Matematik setelah keputusan PMR diumumkan. Walau bagaimana pun, pelajar yang memperolehi C C ini sebahagian besarnya mempunyai fobia takut kepada sains menyebabkan mereka beralih ke aliran sains sosial.

Pusat Pembelajaran Sains yang diwujudkan ini menyediakan platform untuk mengajak pelajar yang C C ini memasuki aliran sains dengan segala keperluan pendidikan disediakan. Di Kelantan, terdapat 2 pusat iaitu di SMK Kemahang dan SMK Chiku 2 di mana pada tahun 2009 akan melahirkan generasi sulungnya untuk mengambil SPM dalam aliran sains ini.

Apa yang kita tahu, bahawa pelajar sedemikian mempunyai pencapaian agak rendah jika dibandingkan dengan rakan mereka yang terus ditawarkan memasuki aliran sains. Atas kepentingan inilah, guru-guru amat perlu memberikan perhatian kepada pelajar mereka dengan pengkaedahan pengajaran berkualiti dimana pelajar mendapat pembelajaran berkualiti.

Bagaimanakah kita sebagai guru sains dan guru matematik dapat membantu meningkatkan penyertaan pelajar yang berkelulusan minimum C C ini memasuki aliran sains dengan penuh keyakinan seperti rakan mereka yang lain. Mereka ini low achievement tetapi mereka boleh dibantu oleh kita sebagai guru dengan memberi high treatment kepada mereka... kerana itulah tugas kita.

Insyaallah Dasar 60:40 akhirnya dapat dicapai... jumpa lagi, Wassalam.

Friday, December 5, 2008

SALAM AIDILADHA


ASSALAMUALAIKUM

Kini selepas 2 bulan 10 hari setelah menyambut Aidilfitri, kita umat islam di seluruh dunia akan menyambut Aidiladha bersama jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Buat rakan pendidik yang kini mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci, semoga Tuan mendapat Haji Mabrur.

Perayaan Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa pengertian sendiri khususnya dalam aspek bina insan. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Pengertian ini menjurus kita semua supaya melaksanakan tugas dengan baik untuk mendapat pahala dan meninggalkan tugas yang tidak baik untuk mengelakkan dosa.

Hanya sekadar itu dari saya... Selamat Menyambut Aidiladha.. Maaf Zahir Batin..WASSALAM



...BELAJAR DOH TAPI TAK FAHAM!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Pada tanggal 1-3 Disember 2008, bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang, Selangor, kami yang terdiri dari 15 orang Pegawai Sains & Matematik JPN/PPD, Guru Cemerlang dan Guru telah menghadiri "Science and Mathematics Educational Regional Conference 2008 (SMEReC2008)" bertemakan Sustainable Human Capital Development Through Science and Mathematics Education. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan pakar pendidik dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Australia.

Pengisian SMEReC2008 ialah mengenai kepentingan ilmu Sains dan Matematik dalam membawa negara ke arah negara maju dengan pembangunan modal insan yang hebat demi menambahkan kekuatan daya saing menghadapi cabaran dalam abad ke 21 ini. Ianya amat bersesuaian sebagai satu platform untuk guru sains, guru matematik, pembuat dasar, pembangun kurikulum dan yang berkepentingan dalam memperkasakan modal insan ini.

Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah isu Belajar Doh Tapi Tak Faham ( Learning Without Understanding). Ianya mungkin telah dilalui oleh semua orang termasuk kita sendiri. Dengan kata lain, proses pembelajaran agak sukar atau tak berlaku, nanti natijahnya ialah tajuk atau mata pelajaran berkenaan akan dilabelkan sukar. " Tak payah masuklah aliran sains, susah ........". Sindrom ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Bagi konteks kita, adalah sukar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai hasrat Dasar 60:40 menjelang tahun 2010.

Apakah sebabnya ?. Mengikut dapatan yang dicadangkan, perkara ini boleh diatasi secara berhemah oleh guru mata pelajaran berkenaan. Mereka perlu meningkatkan mutu pengajaran dengan pelbagai pengkaedahan pengajaran bermula dengan aras rendah diikuti aras sederhana dan aras tinggi. Kita golongan guru perlu ada pedagogy-content-knowlegde yang secukupnya. Kita guru sains dan matematik sentiasa mengatakan bahawa belajar sains dan belajar metematik itu mudah, maka menjadi tugas kita agar anak didik kita juga akan mengatakan demikian kerana mereka telah dipermudahkan oleh kita... sebabnya pengajaran yang dibuat oleh kita begitu mudah difahami dan dihayati oleh mereka.

Tapi itu semua bergantung kepada perancangan dan kerjabuat yang lebih sistematik oleh kita..Proses pengajaran yang baik oleh guru akan menjadikan proses pembelajaran yang baik oleh pelajar. Semoga sesi persekoahan 2009 diisi dengan penuh makna.Sekian.. WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh