.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, November 24, 2008

MESYUARAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPN DAN PPD

ASSALAMUALAIKUM

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah selesai mengadakan Mesyuarat Pengurusan Akademik yang berlangsung mulai hari Khamis 20 November 2008 dan berakhir pada hari Sabtu 22 November 2008. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik telah dihadiri oleh seramai 70 orang pegawai dari JPN dan PPD negeri Kelantan.

Antara pengisian mesyuarat
i. Ucapan pembukaan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik
ii. Pembentangan aktiviti dan refleksi tahun 2008 dari semua Ketua Unit
iii. Taklimat Kewangan oleh KPP Bahagian Pendidikan Guru

Intipati ucapan pembukaan banyak menyentuh mengenai pencapaian dan kecemerlangan pendidikan negeri kelantan berdasarkan keputusan peperiksaan awam terutamanya mengenai UPSR 2008 yang baru saja diumumkan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dari kalangan pengurusan di Jabatan , di PPD dan Pengurus Sekolah serta semua guru-guru yang terlibat.Semoga gerak kerja untuk tahun 2009 nanti akan lebih terserlah kejayaannya.

Bagi sesi pembentangan aktiviti serta refleksi 2008, saya mewakili Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan telah memberi fokus kepada dapatan mengenai PPSMI. Dapatan dari JPN dan KPM telah menjadi bahan rujukan sebagai persediaan untuk merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah penambahbaikan PPSMI. Pemantauan dan bimbingan dari KPM/JPN/PPD akan diperhebatkan demi membantu guru mengimplimentasikan segala hasrat dan dasar KPM kearah meningkatkan kecemerlangan ilmu dan sahsiah diri pelajar.Peranan pihak sekolah juga amat diharapkan agar pemantauan dalaman sentiasa berlaku secara berkala dengan niat bukan mencari kelemahan guru tetapi membantu guru dalam peningkatan mutu serta amalan P & P yang berkesan.

Bagi sesi bersama wakil BPG, fokus diberikan kepada penggunaan sumber kewangan untuk digunakan dalam memberi latihan profesional semua guru berdasarkan keperluaan berasaskan pedagogical-content-knowledge di mana akhirnya peningkatan P & P berlaku.

Mesyuarat diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar semua pegawai yang hadir berperanan untuk merealisasikan "CAKNO PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010".

Untuk semua rakan pendidik, marilah sama kita semua jayakan... WASSALAM



Friday, November 21, 2008

BENGKEL PEMANTAPAN P & P PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)

Assalamulaikum

Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P) berkesan adalah perlu dijadikan modal utama seorang guru apabila melaksanakan tugasnya. Perancangan awal sebelum memulakan tugasan perlu dibuat. Kita lebih kenalinya sebagai Perancangan Pengajaran yang perlu mengikuti kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Bagi guru, pemantapan dalam mutu pengajaran mereka amatlah diharapkan. Guru baru perlulah menyediakan diri mereka dengan melengkapkan penguasaan dalam pedagogical-content-knowledge serta penggunaan peralatan ICT yang telah dibekalkan.

Pada 17-20 November 2008, pihak Unit Akademik Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan bengkel pemantapan P & P untuk guru-guru di bawah program Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Seramai 80 orang guru dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel ini. Guru dari Kelantan terdiri dari guru SMK Chiku 2, Gua Musang dan SMK Kemahang, Tanah Merah.

Mata pelajaran yang terlibat ialah Biologi, Fizik dan Matematik. Mereka dipandu oleh Moderator yang dipilih khas oleh Bahagian berkenaan. Bengkel ini dijalankan di SMK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, disamping melibatkan guru-guru berkenaan, ianya melibatkan pelajar Sains Tingkatan 4 sekolah tersebut.

Banyak input yang berguna telah diperolehi oleh semua yang terlibat. Kami bertiga iaitu saya sendiri, En. Wan Ahamad Ibrahim dan En. Hussain Ab. Ghani telah diamanahkan bertugas sebagai urus setia sepanjang berlangsungnya program ini. Pegawai Bahagian berkenaan yang hadir ialah Dr. Mazniah Md Jaafar (Ketua Unit Akademik Menengah), En. Abu Hashim dan En. Salamaon.

Ucapan terima kasih kepada Pegawai kementerian yang sudi memilih Negeri Kelantan Darul Naim,negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah serendah sekebun bunga sebagai tempat untuk melaksanakan bengkel ini. Terima kasih kepada yang terlibat sama dalam menjayakan bengkel ini - Pengetua SMK Tanjung Mas (tempat dan kemudahan), KPP BTP Negeri Kelantan (rakaman video) serta pengetua yang membenarkan bas sekolah mereka diguna untuk pangangkutan guru dari tempat penginapan ke sekolah berkenaan di mana sesi perbengkelan berlangsung.Juga terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Kata mereka.. bengkel ini menyeronokkan.

Ya.. jika guru seronok mengajar dengan pelajar seronok belajar, maka berjayalah matlamat P & P ini. Semua bergantung kepada kita sebagai guru. Sekian, terima kasih...WASSALAM


Monday, November 10, 2008

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT-HASILNYA KEJAYAAN

Pasukan MeDeliver KMK Jabatan Pelajaran Kelantan Yang Mengungguli Persembahan Sempena Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bergambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri KSU dan YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan
(Foto Ehsan Pn.Zalina Zakaria: 21 November 2008.Pearls International Hotel, Kuala Lumpur)

ASSALAMUALAIKUM..

Kata orang 'Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat'. Dengan diketuai oleh YBrs. Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Kelantan, pasukan ini dengan tajuk "Office Delivery System" telah berjaya menjadi johan keseluruhan KMK peringkat kebangsaan tahun 2008. Tidak sia-sia usaha dan kesungguhan ahli pasukan membuat persediaan yang rapi sehingga dinobatkan dengan title berkenaan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan.. khas buat rakan dari Sektor Pengurusan Akademik dan PPD. Usaha Tuan telah mengharumkan nama jabatan.Motto "Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan" rupanya boleh dijelmakan asalkan kita berusaha untuk mendapatkannya.

Sekian, Terima kasih...WASSALAM

Sunday, November 9, 2008

BERKERJA BERSAMA

MESYUARAT PENYELARASAN & PENGUMPULAN DATA KAJIAN KEBERKESANAN PPSMI JABATAN PELAJARAN KELANTAN







Sebahagian Foto Pegawai JPN/PPD yang hadir

ASSALAMULAIKUM..
Pada tanggal 9-11 November 2008, kami dari Unit Sains dan Unit Matematik Jabatan Pelajaran Kelantan beserta Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Matematik) dan Pegawai Data masing-masing seramai 25 orang, telah berkampung di Demong Beach Resort untuk bermesyuarat. Mesyuarat bertujuan untuk membuat penyelarasan dan penggumpulan data kajian PPSMI yang telah dilaksanakan meliputi semua sekolah di negeri ini.

Antara pengisiannya ialah pengkelasan data mengikut jenis dan lokasi sekolah, pembersihan dan penyediaan CD data setiap PPD,kompilasi data serta analisis dan penyediaan pelaporan PPSMI Fasa 2. Mesyuarat berakhir dengan pembentangan pelaporan setiap PPD.

Ucapan berbanyak terima kasih di atas kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dan komitmen Tuan amat diharapkan.

Terima kasih... WASSALAM


Friday, November 7, 2008

IBADAH HAJI TELAH TIBA LAGI...

Kota Suci Mekah

ASSALAMUALAIKUM.. syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk menerus hidup di dunia yang fana ini. Setelah Ramadhan berlalu diikuti dengan Syawal dan kini tiba pula Bulan Zulkaedah di mana umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah haji telah mula berangkat menuju ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima ini, yang berlangsung pada kemuncaknya 10 Zulhijjah setiap tahun hijrah. Sesungguhnya Islam mengajar umatnya sentiasa melakukan amal ibadah setiap masa.

Khusus buat rakan pendidik yang akan berangkat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, saya mewakili Unit Sains, Jabatan Pelajaran Kelantan mendoakan agar Tuan selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadah dan selamat kembali dengan mendapat haji yang mabrur... semoga semakin bertambah intergriti dan tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pewaris kepimpinan nanti.

Sekian... WASSALAM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh